Total Pageviews

Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s - McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge

‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ (McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge) . Hai, korang ada join ke   ‘Cabaran Hujung Minggu...

‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ (McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge). Hai, korang ada join ke ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ (McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge) yang diadakan pada 26 hingga 28 April 2019? Sebenarnya, weekend baru ini, kami sekeluarga langkah kanan. Kebetulan mummy nak bawa anak untuk mummy keluar berjumpa orang, repair skrin hand phone dan singgah rumah adik. Alang-alang keluar tu,  macam biasalah... tapau dan singgah drive-thru di McDonald's Kajang Perdana. Anak-anak ni, kalau ada makanan dalam kereta ...memasing 'behave', memudahkan kerja mummy untuk drive ke sana sini !

‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ (McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge) 





Masa mummy sedang beratur drive-thru McDonald’s, ternampak bunting ni. Eh, ada kempen ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ (McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge)PERCUMA toy dan Gift Cards (baucer). Manakala pembelian atas RM20 pula, akan dapat tambahan McFreeze. Memang best sangat ni !


‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’ (McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge) PERCUMA Toy, Gift Card, Stiker VIP





Bebudak ni, macam biasalah nak order Happy Meal je lah ! Jadi double dapat toy ! Memang seronok depa !




Oleh kerana, satu anak nak 2 toys. Gamaknya mummy kena beratur lagi drive-thru untuk beli 1 Happy Meal lagi, demi nak adil 2 toys untuk 1 anak hehe.



Lepas buat bayaran, bukan sahaja kami dapat extra toy. Tapi kami dapat stiker VIP, gift card (iced latte / sundae / apple pie). Mummy tak tunggu dah, next purchase (pusing sekali lagi beli Happy Meal ) terus redeem gift cards dari McDonald's.

Happy tummy dapat apple pie, iced latte hasil dari redeem gift card McDonald's !

McDonald's Pemegang Book of Records - Penyertaan Paling TInggi Untuk Cabaran Pandu-Lalu Dalam Masa 24 Jam 


Sepanjang berlangsungnya Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s - McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge. Kini, McDonald's di iktiraf secara rasmi sebagai Pemegang Book of Records - Penyertaan Paling Tinggi Untuk Cabaran Pandu-Lalu Dalam Masa 24 Jam.


Kalau korang nak tahu, sepanjang tiga (3) hari Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s - McDonald’s Drive-Thru Weekend Challenge, sejumlah 473,860 kenderaan mendapatkan hidangan McDonald’s kegemaran mereka dari 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara. 

Jumlah kenderaan ini, jika diukur kepanjangannya adalah bersamaan dengan kira-kira 150 kali ganda kepanjangan Jambatan Pulau Pinang yang pertama.

Selain itu, McDonald’s juga berjaya mencipta rekod baharu pada 27 April 2019 merupakan jumlah kenderaan paling banyak menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu dalam tempoh 24 jam, dengan sejumlah 164,235 kenderaan. 

Ini menjadikan McDonald’s Malaysia diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi “Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam Tempoh 24 Jam”.

McDonald's Top 10 Drive-Thru Heroes.


Ada lagi satu inisiatif McDonald's telah lancarkan menerusi McDonald’s App mulai 17 hingga 30 April 2019 sempena ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s’.

Drive-Thru Hero Challenge telah 
mewujudkan keterujaan dalam kalangan pelanggan dimana ia menggalakkan mereka untuk menuju ke sebanyak restoran Pandu-Lalu McDonald’s yang mungkin dan berpeluang menjadi Top 10 Drive-Thru Heroes. 

Satu perhentian ke restoran Pandu-Lalu McDonald’s adalah bersamaan 10 mata, dan Top 10 Drive-Thru Heroes akan menerima ganjaran wang tunai berdasarkan jumlah mata yang dikumpul. 

Bagi pelanggan-pelanggan lain pula, setiap 5 perhentian di mana-mana restoran Pandu-Lalu McDonald’s membolehkan mereka mendapatkan tawaran tertentu daripada menu hidangan McDonald’s.

Selanjutnya tentang McDonald's dan promosi terkini. Layari ke :-


You Might Also Like

9 comments

  1. sambil drive thru ada surprise ye

    ReplyDelete
  2. akak ada join gak ni linda tapi corot jee

    ReplyDelete
  3. dah lama tak pergi mcD so tak tahu ada challenge ni. Good luck Kak Lin!

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  4. akk ok lg beli utk anak-anak..
    nieyl kalau keluar beli happy meal utk husband..:P

    ReplyDelete
  5. Suka aanak-anak kan..nampak happy semua..tahniah Mcd

    ReplyDelete
  6. Ala.. sini takde mcdonalds.. tak dapat nak joint.. hehehe

    ReplyDelete
  7. wahh siap ada challenge drive thru mcd. power

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya dapat macam macam gift kakau beli kat drive thru... Mcd ounya drive thru memang pantas

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -

Labels

Dhia batrisya (396) blogger (382) 2018 (379) azlindaalin.com (352) dzal aidi fiqry (322) review (282) 2019 (270) resipi (148) travel (87) Daim Naufal (82) daddy (42) advertorial (36) Resipi 30 Hari Ramadhan (19) tutorial blog (11) Baby D (6) blogwalking (4) 2017 (2) 2020 (2)