Total Pageviews

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK ! - Alhamdulillah mak, abah, along dan adik dah selamat tiba di Madinah. Mereka bertola...

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK ! - Alhamdulillah mak, abah, along dan adik dah selamat tiba di Madinah. Mereka bertolak untuk ke umrah pada 28 May (Selasa) insyaallah akan pulang dari umrah ke Malaysia pada Hari Raya ke-4. Makanya, bulan ini dan bulan depan mummy agak banyak bercuti untuk hal kekeluargaan. Maaf juga jikalau mummya da terlambat response email mahupun terpaksa menolak jemputan berbuka puasa pada tahun ini. Puasa Ramadan kali ini, mummy agak sibuk dengan hal kekeluargaan dan juga aktiviti kerja dan event di ofis.

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !


SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK ! Ada orang tanya mummy "aik adik beradik semua pergi. Mummy tak pergi ke?" . "Ada hutang puasa tak boleh buat umrah ke" Mak aiiii nak cili aje mulut orang yang reti bab agama Islam tapi nak tanya banyak-banyak bab agama. Hutang puasa mummy memang masih banyak sebab beranakkan anak di bulan puasa, berpantang di bulan puasa dan banyak lagi. Tapi, fidyah mummy bayar dah (malas nak cerita kat orang yang bertanya tu..bukan dia faham sangat pun kan) sesiap. Puasa tu slowly ganti. Sebab Daim pun sedang menyusu badan lagi ! Insyaallah ada rezeki sampailah kami sekeluarga di sana nanti ! Menyusukan anak pun satu amanah Allah juga. Opsss..masuk cerita agama pulak. Hehehe. Malas nak cerita banyak dalam bab agama. Tak mo jadi ustajah tenet hari ini !

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !

Bab umrah ini, mak, abah, along dan adik dari 9 pagi dah sampai dah KLIA ! Kami 11 pagi baru sampai KLIA. Flight mereka jam 3 petang . Tapi, macam biasa lah mak abah tu, suka datang awal. Biar awal, jangan terlewat gitu

Mereka memilih travel agensi dari JUARA. Kalau sebelum ini, mak abah pernah gunakan perkhidmatan UTAS, ANDALUSIA dan kali ni JUARA pulak !

Harga? Kalau pergi bulan puasa ni, pepaham jelah harganya. Semua orang nak kejar malam Lailatulqadar kan.

Teringin juga nak berpuasa sebulan untuk umrah. Berangan je lah dulu kami ini laki bini. Tak salah berangan pun, kan !

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !

Semua lepak McDonald's haha bebulan puasa lepak McD pulak. Ye lah kan, nama pun budak !  bebudah ini, lelama tunggu. Mestilah lapar, yang puasa pun buka puasa (anak-anak buah). 

Terima kasih semua yang sudi datang hantar mak, abah, along dan adik ! Sedih pun sedih jugak, mummy 3 beradik je. Dan bohonglah mummy tak sedih sebab tak dapat ikut berkumpul 3 beradik di sana. Tapi, perancangan Allah tu indah,kan ! 

Daddy cakap, kalau ada rezeki..kita pergi umrah satu keluarga kecil kita dulu lah ! 



SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !


Anak-anak adik semua tinggal dengan family suaminya. Tapi, mummy bawa Bella lah balik rumah mummy. JAga sehingga sebelum raya. Nak jaga keempat-empat tu belum boleh lagi. Mummy pun masih kerja lagi. Cuti 2 hari je nak tengok macam mana keadaan semua ni.

Anak-anak mummy (tok mak jaga) so, bila tok mak pi umrah. Daddy jadi baby sitter sekejap. Sorry sayang ! Mummy tak boleh cuti lama kali ini. 

Insyallah raya mummy amek cuti lama.
Sorry bos ! This is RAYA okayyyy hehehe

You Might Also Like

7 comments

  1. Semoga selamat menjalani ibadah di dalam bulan Ramadhan. Di beri kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  2. smoga semuanya selamat dan sihat selalu utk lakukan ibadah di sana

    ReplyDelete
  3. Semoga mendapat umrah yang mabrur

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan Umrah buat mak, abah, along dan adik sis.. Aamiin..

    ReplyDelete
  5. indahnya dpt kerja kan umrah di bulan Ramadhan & Syawal.
    aida simpan impian jugak umrah di waktu ni. in shaa Allah...

    ReplyDelete
  6. Semoga ibadah umrah family Linda di permudahkan allah...aminnn

    ReplyDelete
  7. Seronok dapat buat umrah dengan keluarga macam nie.. harap satu hari nanti Kak Sue pun ada rezeki nak buat umrah sekeluarga macam nie..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -

Labels

Dhia batrisya (392) blogger (382) 2018 (379) azlindaalin.com (352) dzal aidi fiqry (318) review (282) 2019 (247) resipi (148) travel (87) Daim Naufal (81) daddy (42) advertorial (36) Resipi 30 Hari Ramadhan (19) tutorial blog (11) Baby D (6) blogwalking (4) 2017 (2) 2020 (2)