PIZZA DOMINO'S PERCUMA UNTUK PENUMPANG KOMUTER BALIK KAMPUNG

PIZZA DOMINO'S PERCUMA UNTUK PENUMPANG BALIK KAMPUNG Dalam semangat menyambut Hari Raya, Domino's Pizza menambahkan keseronokan balik kampung dengan mengedarkan lebih 1,000 keping piza di KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Para penumpang yang menunggu untuk menaiki bas dan kereta api untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri gembira menerima pizza Domino’s yang lazat untuk berbuka puasa.




PIZZA DOMINO'S PERCUMA UNTUK PENUMPANG BALIK KAMPUNG


Menurut Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, “Inisiatif hari ini seiring dengan janji jenama kami, ‘It’s All About You’. Di Domino’s, kami berhasrat untuk memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, dan musim perayaan adalah peluang yang terbaik untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, apabila mereka memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan Hari Raya dengan orang tersayang. Di samping itu, sempena bulan yang penuh berkat ini, kami ingin memberi piza kepada penumpang yang mungkin tidak dapat berbuka puasa kerana perlu bergegas untuk sampai ke destinasi mereka. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan TBS atas sokongan padu mereka dalam memastikan inisiatif ini berjaya.”


Suasana di sekitar KTM KL Sentral, Hentian Duta, Hentian Shah Alam dan TBS kelihatan riuh rendah serta dipenuhi keseronokan dan kegembiraan apabila penghantar piza Domino’s tiba untuk menghantar beratus-ratus piza. Pasukan Penghantar Domino’s turut mengedarkan pizza panas kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, memastikan mereka mendapat makanan untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan balik kampung. Selain menyediakan piza untuk para penumpang, Domino’s turut memberi piza kepada para pekerja yang bertugas di keempat-empat terminal.


Puan Linda juga berkata, “Kami sangat menghargai titik peluh para pekerja yang bertugas di hab-hab pengangkutan penting ini sepanjang bulan Ramadhan, dan juga semasa musim Hari Raya. Berpegang teguh kepada tradisi Domino’s, kami telah menyumbang piza sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat pasukan- pasukan ini terutamanya semasa tempoh perjalanan yang paling sibuk di negara ini.”

Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Domino'S Pizza terus mencari inisiatif untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat semasa pelbagai musim perayaan di seluruh negara.
9 comments on "PIZZA DOMINO'S PERCUMA UNTUK PENUMPANG KOMUTER BALIK KAMPUNG"
  1. Alhamduillah, rezeki sapa yang dpaat kan hehe

    ReplyDelete
  2. dulu masa drive balik ray dapat a few bottles of 100plus

    ReplyDelete
  3. Wah bagusnya dominos buat macam ni. Kenyang perut dengan dominos

    ReplyDelete
  4. Seronok dorang, time balik kg dpt free pizza utk berbuka...

    ReplyDelete
  5. Wah.. bagusnya, Alhamdullilah..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, memang elok sangatlah Domino's buat camtu

    ReplyDelete
  7. Untungnya siapa yg dot pizza free.. tahniah Dominos atas keprihatinan

    ReplyDelete
  8. Best la siapa yang dapat pizza free, SA dah lama x makan pizza ni...rasa teringin plak

    ReplyDelete
  9. Satu usaha yang bagus dari Domino..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com