Total Pageviews

SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA

SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA - Selesai mummy khatam drama 28 episod CURI CURI CINTA  . Boleh pulak pi sam...

SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA - Selesai mummy khatam drama 28 episod CURI CURI CINTA . Boleh pulak pi sambung drama baru kat ASTRI RIA ni pulak ! SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA yang di arahkan oleh Michael Ang ni baru je bermula semalam 17 Jun 2019 jam 10 malam macam biasa Isnin sehingga Khamis.

SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
gambar sumber google

SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA


Tengok teaser SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA beberapa hari lepas nampak menarik. Ceritanya santai dan ada elemen kekeluargaan, percintaan yang cute / comel dan tak terlalu berat. Bolehlah tengok memalam sambil lipat kain dan sambil layan anak main beyblade kan. At least, tak adalah rasa tension kerja tu terbawa-bawa ke rumah !

SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
novel adaptasi dari penulis : Anna Milia

Bagi yang belum tengok atau belum terjebak, meh baca sinopsis SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA hehehe. Kot-kot rasa nak terjebak sama macam mummy ke kan !

SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA


Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad - Setelah bercerai dengan Hani, Hannan  (Kamal Adli) dipaksa berkahwin dengan Nawal (Uqasha Senrose) atas ugutan ibunya, Wan Masitah (Sharifah Shahora). Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar.

Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan.

Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya. 

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil.

Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.


PELAKON SETELAH TERLAFAZNYA AKAD


Barisan pelakon SETELAH TERLAFAZNYA AKAD terdiri daripada Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab.

Jom tonton setiap ISnin - Khamis dari jam 10 malam !



You Might Also Like

8 comments

  1. Samalah Mrs. A tertengok teaser time raya hari tu.
    Terus malam tadi tunggu nak tengok episod 1.
    Suka nak follow sebab suasana kampung

    ReplyDelete
  2. Eh..macam akak dah ada jer novel ni...nanti nak tengok la kat youtube..drama curi- curi cinta ari tu ending dia tak mantop la

    ReplyDelete
  3. nieyl baru tgk dia punya teaser pun rasa nak tergelak...
    mesti best drama ni..so, wajib tonton...

    ReplyDelete
  4. ada tengok gak sedutan kat IG..macam best..selalu kalau Kamal Adli ni berlakon, citer dia best..n santai2..

    ReplyDelete
  5. Lama tak tengok drama.. Eh tp sbb drama ni dora g rapat sekrang kan

    ReplyDelete
  6. Macam menarik juga drama nie kan.. boleh lah layan santai sambil relaks dengan keluarga kan Linda..

    ReplyDelete
  7. Cerita ni masa mula2 hari tu macam bosan ja. Sekarang ni dah ikut plk cerita ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -

Labels

Dhia batrisya (396) blogger (382) 2018 (379) azlindaalin.com (352) dzal aidi fiqry (322) review (282) 2019 (269) resipi (148) travel (87) Daim Naufal (82) daddy (42) advertorial (36) Resipi 30 Hari Ramadhan (19) tutorial blog (11) Baby D (6) blogwalking (4) 2017 (2) 2020 (2)