Total Pageviews

KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA

KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA - Assalamualaikum, Salam 1 Zulkaedah ! Sekejap je Syawal meninggalkan kita.. Bye bye Syawal. Jumpa l...

KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA - Assalamualaikum, Salam 1 Zulkaedah ! Sekejap je Syawal meninggalkan kita.. Bye bye Syawal. Jumpa lagi next year ! Cerita Raya dan Syawal mummy pun dah habis dah ! Ngam-ngam oiii siap entri raya ikut bulan Islam hehe. Tutup cerita bab raya. Meh ...mummy nak cerita bab sekolah anak pulak dan kisah KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA. Kebetulan ada HAMBA ALLAH nak buat sedekah untuk arwah mak beliau. Katanya nak sedekah / wakaf yang berpanjangan, untuk arwah di sana. Kebetulan memang mummy pun jenis tahu sekolah TABIKA KEMAS anak tu, apa yang cukup , apa yang tak. Memang lah sekolah kerajaan, tapi kerajaan pun peruntukannya bukannya banyak. Apa yang mummy nampak sekolah TABIKA KEMAS anak tak cukup kerusi meja. Kalau semua pelajar hadir, memang tak muat. Lagi satu, sekolah tu nak pakai penghawa dingin juga.

KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA


Macam mana boleh terfikir nak beli KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA? Asalnya, bincang punya bincang, seorang HAMBA ALLAH ni, minta mummy buat kira-kira dan bajet. Serta tolong carikan quotation termasuk penghantaran. Bab buat kira-kira bajet memang mummy suka. Lelagi part shopping dan jadi personal shopper. Haiiihh, bab shopping ni, mana boleh tolak !  Bila buat kira-kira, HAMBA ALLAH ni setuju untuk buat WAKAF sedekah KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA untuk arwah maknya dan juga dari keluarga beliau sendiri.

KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA

Kiranya beli 2 set KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA terus lah ! 1 set KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA ini ada 2 meja belajar + 12 buah kerusi. Kiranya, 1 set KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA ada 1 meja + 6 kerusi.

Semasa buat order KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA, mummy lupa nak letak alamat sekolah. Huhu . Pi letak alamat rumah sendiri pulak dah ! Nasib sekolah depan rumah je. Tapi ...sian jugak tok mak pi bawa hantar ke sekolah. Mummy mana? Mummy kerja lah !

So, mummy pun tak ada gambar sendiri. Semua gambar ini dari WhatsApp je !


KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA

Masa tanya cikgu nak warna apa untuk KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA, cikgu cakap nak pink dan merah. Huhu. Jenuh juga cari warna pink sebenarnya. Hahaha sapa suruh minta cikgu pilih warna? 

Tapi, orang kata dah memang rezeki sekolah tu kan. 


Akhirnya, dapat juga warna pink untuk KERUSI MEJA BELAJAR BUDAK UNTUK TADIKA. 

Selesai 1 amanah orang ! Lega ! 





Bila orang nak buat Wakaf / sedekah, mummy dapat tolong macam ni pun dah rasa best dah ! Walau RM bukan dari poket mummy. Tapi, dapat bantu buat order dan uruskan order pun dah rasa seronok dapat sama-sama bantu sekolah.

Korang nak meja belajar juga macam ni ke? Ada yang 1 set 2 kerusi, 4 kerusi dan 6 kerusi. Kalau nak buat meja study kat rumah dan ada 6 orang anak, boleh lah amek set 6 kerusi hehe. 

Ok lah, apa-apa roger multitasking mummy ni, ye. Cakap je ...nak bantuan macam mana. Jangan minta bantuan duit, sudah ! Nak pinjam duit, pi pinjam bank .....

You Might Also Like

17 comments

  1. Alhamdulillah..semoga sedekah dan amal jariah hamba allah tu mendapat berkat berpanjangan...

    ReplyDelete
  2. tq atas perkongsian. walaupun nampak kecil tp tetap berguna

    ReplyDelete
  3. semoga murah rezeki si pemberi..dan rezeki sis juga, yang usaha setelakn hal pembayaran

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah nasib baik ada Tok Mak tolong hantarkan tuk mummy :D

    ReplyDelete
  5. Seronok rasanya bila dapat tolong orang macam nie kan mummy.. Terpalit juga pahala tu kat mummy.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. semoga dimurahkan rezeki selalu.

    ReplyDelete
  7. syukur ye tak semesstinya amal jariah hanya dgn duit saja

    ReplyDelete
  8. I love the colors. They look practical

    ReplyDelete
  9. Comel kerusi meja nya..

    ReplyDelete
  10. Wah bagus nya hamba Allah yang menderma, Linda pun dapat juga pahala sebab tolong mudahkan semuanya.. good job Linda.. ❤

    ReplyDelete
  11. Cantik kerusinya. Sesuai untuk budak2 kan.. Zaza doakan semoga dimurahkan sentiasa rezeki buat penderma.

    ReplyDelete
  12. semoga dia murah rezeki..bgus hamba Allah tu..meja kerusi tu nampak lawa..sesuai untuk anak-anak

    ReplyDelete
  13. berminatnya tengok.. kat mana nak beli ni? macam berkenan je.. buat meja harraz study ke.. comel.. nanti pm kat fb ye mana nak beli ni.. huhu

    ReplyDelete
  14. Allah.. baiknya hamba Allah tu. Semoga ganjaran pahalanya sentiasa mengalir buatnya. Mummy, mahal tak set meja tu.. cantik pulak tengoknya. Hehe

    ReplyDelete
  15. WAh baguss! semoga diberkati and the tables and chairs nampak tahan juga

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah. rezeki anak anak disitu

    ReplyDelete
  17. alamak aiiii, cantik nyer.
    bersemangat anak2 tu nanti, alin.
    indah nyer kan dpt mudahkan urusan org, dpt beri something yg beri manfaat.
    alhamdulillah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -

Labels

Dhia batrisya (391) blogger (382) 2018 (379) azlindaalin.com (352) dzal aidi fiqry (317) review (282) 2019 (220) resipi (148) travel (86) Daim Naufal (79) daddy (42) advertorial (36) Resipi 30 Hari Ramadhan (19) tutorial blog (11) Baby D (6) blogwalking (4) 2017 (2) 2020 (2)