100% Organik EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Pembersih Muka dan Penanggal Makeup

100% Organik EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Pembersih Muka dan Penanggal Makeup - Assalamualaikum, selamat pagiiii ! Best rasa kulit wajah ini, pepagi tadi mummy dah pakai 100% Organik EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Pembersih Muka dan Penanggal Makeup . Walau waktu pagi, kulit mummy bebas dari make up . Tapi, mummy suka gunakan 100% Organik EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Pembersih Muka dan Penanggal Makeup sebelum pakai make up juga. Nak pastikan 100% kulit bersih sebelum memakai make up ...adalah satu kemestian bagi mummy hehe.



100% Organik EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Pembersih Muka dan Penanggal Makeup


Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.



Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi Jepun. EVERSOFT™ kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.

Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata.



Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/ SLS, propylene, glycol, phthalates, wangian, alcohol, minyak mineral, dan pewarna, menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.




Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.

EVERSOFT™ AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT NORMAL

Jika anda dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, anda boleh memilih apa sahaja variasi air micellar yang anda gemari. Namun, EVERSOFT™ telah mencipta formulasi khas yang akan membantu mengekalkan keseimbangan kulit anda. EVERSOFT™ Avocado Micellar Cleansing Water dapat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran, serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.


EVERSOFT™ TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT KERING

Jika anda mengalami kulit kering, anda mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit anda. Namun dengan EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water anda tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun, iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.

EVERSOFT™ GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT



Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, anda boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat.

EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah, atau jika anda merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah anda juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat.




Rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! 

Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung)/ RM27.20 (Sabah & Sarawak)* dalam botol bersaiz 300 ml di semua pasaraya besar, pasar raya hyper, dan farmasi di seluruh negara.


*Harga termasuk 6% SST.

17 comments on "100% Organik EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Pembersih Muka dan Penanggal Makeup "
  1. tak pernah guna produk ni. Ada banyak variasi rupanya. Bolehlah cuba one of them nanti

    ReplyDelete
  2. Best micellar water ni...akak dah start guna dah

    ReplyDelete
  3. tak pernah try lagi.. nk cuba la nanti

    ReplyDelete
  4. Tomato best jugak. bersih wajah..

    ReplyDelete
  5. Bagusnya sebab ada pilihan ikut jenis kulit.

    ReplyDelete
  6. Bgus.. Swmua berunsurkan buah.. Bokeh cuba ni. Dah lama tak nampk brand ni..

    ReplyDelete
  7. Dulu wawa dh pernah try yg tomato timun xsilap.. Skrg de yg baru lagi mcm best je..sbb dia berjaya tgglkn solekan tanpa kasar

    ReplyDelete
  8. Eversoft dah ada cleansing water dah kan, Kak Sue suka tengok packaging dia..

    ReplyDelete
  9. Ramai guna zira tengok macan nak try tapi nak tunggu zira punya yang ada sekarang habis baru try

    ReplyDelete
  10. Cleanser water mmg best guna.. Tp jenama ni zaza belum cuba lagi pakai..

    ReplyDelete
  11. Menarik ni Linda. Nanti nak cuba cari kat drugstore lah

    ReplyDelete
  12. harga pun ok. boleh la try nanti.:)

    ReplyDelete
  13. okey la nak cari gak nanti..ai kan kaki mekap..hehe

    ReplyDelete
  14. Jenama Eversoft pun ada ye micellar water. Kita pkai jenama safi je. Jenama ni tak cuba lagi.

    ReplyDelete
  15. akak suka eversoft.. mmg ok sgt produk ni tentu keluaran baru ni pun ok

    ReplyDelete
  16. makin pelbagai variasi produk pembersih wajah sekarang ini..
    Yang ini guna bahan organik, nampak menarik..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com