Showing posts with label #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Show all posts
Showing posts with label #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Show all posts

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Pengalaman Main Mercun


Pengalaman main mercun mummy sebenarnya tak ada. Nak main bunga api pun takut. Lagikan nak main mercun. Sebab apa takut nak main bunga api? Masa kecil-kecil dulu, lepas main bunga api. Serpihan bunga api termasuk dalam selipar. Tapak kaki pedih kene serpihan bunga api. Bermula pada itu, mummy memang takut dengan bunga api. 

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Hari Kuih Raya


Sudah siap beli kuih raya? Mestilah sudah,kan? Lagi 3 hari je kita nak menyambut Syawal yang mulia. Mummy pun sudah siap beberapa jenis kuih. Semua kuih beli. Kuih yang ada ialah tart mangga, jejari nestum dan sarang semut. Keropok dan kerepek juga mummy beli dalam 4 jenis. Cukuplah tu kot! Satu balang kuih raya crunchy nuts dah habis makan. Biasalah kan. Tips tak mahu membazir kuih raya ialah, makan di bulan Ramadhan. Ramai yang komplen kata membazir beli kuih raya. Sebab, hari raya orang tak nak makan kuih. Nak makan ketupat, lemang, bihun dan lain-lain. erm...ada betulnya tu!!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Nostalgia Kad Raya


#Cabaran20Hari Puasa/Raya Nostalgia Kad Raya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Nostalgia Kad Raya

Masih buat penghantaran kad raya? Ya! Saya masih buat penghantaran kad raya. Tapi, tahun ini tak sempat nak tempah kad raya sendiri. Insyaallah tahun depan jika di panjangkan umur dan di murahkan rezeki www.azlindaalin.com buat kad raya sendiri ye.

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Aktiviti di Pagi Raya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Aktiviti di Pagi Raya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya Gambar dan Ucapan Raya

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Gambar dan Ucapan Raya


Lagi 5cabaran, #Cabaran20Hari nak habis. Cabaran kali ini, saya suka sebab Gambar dan ucapan raya. Gambar raya dah siap-siap photoshoot di Mojo Studio. Dengan ucapan:-

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ampun dan maaf jika ada penulisan saya yang menyinggung hati sesiapa atau mengguriskan hati sesiapa. Jika, kita pernah bersua makan dan minum. Minta di halalkan segalanya. 

BALIK KAMPUNG jangan lupa kunci pintu tingkap. Tutup plug dan gas di dapur.

JEMPUT datang ke rumah bawa duit raya utk Dhia dan Dzal tau hehehehe #salamkosongkosong



#Cabaran20Hari Puasa/Raya Memori Raya Zaman kanak-kanak

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Memori Raya Zaman Kanak-Kanak. Masih ingatkah lagi? Atau tidak ingat lagi?

Memori raya zaman kanak-kanak paling saya ingat zaman berzaman ialah DUIT RAYA. Memang motif beraya hendak mencari duit raya. eh..eh..eh.. duit raya yang di cari!! Tak bagus? Tak baik? Biasalahkan nama pun kanak-kanak. Ada ke budak-bedak beraya tak mahu duit raya? Tak dapat minum dan makan pun tak apa. Tapi, kalau berjalan jauh-jauh beraya. Mau taknak minum air. Mestilah nak beraya sambil minum dan dapat duit raya kan. Raya tahun ini, Dhia dah besar. Dah pandai nak beg tangan dan nak duit. Seronok la Dhia tahun ni beraya, kutip duit raya gamaknya.