Showing posts with label 1 year old baby. Show all posts
Showing posts with label 1 year old baby. Show all posts

18% CASH BACK DARI SHOPEE DAN MENANG SAMSUNG NOTE 8 !

18% CASH BACK DARI SHOPEE DAN MENANG SAMSUNG NOTE 8 ! Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 



Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari 2018.


Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari 2018.

“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari 2018.

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari 2018.




Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank. 

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:

Mobil & Gajet 
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri 

Kesihatan & Kecantikan 
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek

Permainan, Kanak-kanak & Bayi 
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan 

Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun 

Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur


Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. 

Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

Perkembangan Dhia berumur 1 tahun

Ketika anak br lahir, kita dok tye, "bila la nk dpt main gelak2,ni?"

Bila anak dah pandai gelak2 ketika kita agah. Dok taye,"bila nk meniarap & merangkak?"

Anak dah pandai meniarap & merangkak. Kita dok terfikir2,"bila nk pandai jalan?"

Sebelum anak berjalan. Pastinya mereka akan memapah dulu.

Mcm perkembangan Dhia yang 1 tahun ni. Semput jugak lah mummy yg membuyong ni berkejaran. Lagi2 bila br lps mandi. Kejap je, Dhia dah bgun nk memapah & memanjat.

Mmg amek masa gak lah nk pakaikan pempes & baju.

Perkembangan anak 1 tahun mmg mencabar sedikit. Tapi, tak mengapa..tak lama pun.. Bila anak dah stabil pandai berjalan & berlari. Pastinya kita merindui zaman2 sblmnya itu.

Saya seronok tgk Dhia membesar. Seronok tgk Dhia mcm2 peel. Sel2 otaknya sedang berhubung.

Ok mummy should makan Omega lagi dan lagi. Sb Dhia sdang membesar & sel2 otak pn kene berkembang.  Tak gitew?? Hehehe. Moga Dhia dpt manfaat dari susu mummy! ;)