Showing posts with label 2019. Show all posts
Showing posts with label 2019. Show all posts

Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash : MANDIAN LEMBUT UNTUK BABY DAIM

Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash : MANDIAN LEMBUT UNTUK BABY DAIM Hai korang, dah mandi ke belum tu? Haha soalan 'deep' pulak ye. Sebenarnya mummy baru je sudah mandikan Daim Naufal. Terus rasa nak cerita bab mandian Daim Naufal. 

Daim Naufal ni, seorang budak yang sangat suka mandi. Lepas tu, kalau dah mandi, tak nak keluar. Huhu. Lama weiii mummy kena layan si Daim ni dalam bilik mandi. Mujur mandian Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash bersifat lembut, jadi mummy tak risau sangat Daim Naufal mandi dan bermain mandian Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash lama-lama di bilik mandi.




Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash : Mandian Lembut untuk Daim Naufal


Mummy akui, bukan senang dan bukan mudah nak pilih mandian terbaik untuk baby dan anak kita. Silap pilih, habislah! Naik rashes lah nanti! Daim juga mempunyai kulit sangat sensitif. Mujur ada Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk menjagakan kesihatan dan membersihkan kulit Daim. 

Kalau korang nak tahu, Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash bukan sahaja untuk baby tapi boleh di pakai sehingga toddler. 





Mummy memang dah biasa pakai barangan Cetaphil, tapi bila ada produk Cetaphil yang sesuai untuk umur Daim. Memang mummy tak tunggu dah, terus grab je mandian Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni.

Selain tu, kenapa mummy memilih Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk Daim?

5 Sebab Mummy Memilih Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk Daim


Macam ibu bapa lain juga, sebelum mummy buat keputusan untuk memilih Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk Daim, Mummy akan semak bahan-bahan dalam produk mandian terlebih dahulu. 




Apa yang mummy dapati, produk mandian Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk Daim ni bagus sebab :

Dermatologists Tested & Paediatricians Recommended

Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash telah diuji oleh dermatologi dan juga disyorkan oleh pakar kanak-kanak. Kalau doctor pun syorkan produk ni, memang selamat untuk guna kat kulit baby kan?




0% paraben
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash untuk Daim ini tak mengandungi bahan paraben! Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang digunakan dalam pemprosesan membuat bahan-bahan dalam kosmetik dan ubat-ubatan. 

Soap Free
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash tidak berbuih so takkan keringkan kulit baby dan kekalkan kulit bayi lembap.

Tear Free
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash tidak memedihkan mata. Jadi, mummy tak perlu risau jika Daim mandi sambil bermain sabun di bilik mandi.


1⁄3 moisturiser with soothing aloe vera and almond oil
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash mengandungi 1/3 aloe vera dan juga minyak badam. Dimana kandungan 2 bahan ini membantu menjaga kelembapan kulit Daim yang masih halus. Baunya juga wangi dan segar.


Hypoallergenic
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash juga bersifat hypoallergenic berupaya menjaga kulit bayi supya tidak terdedah kepada reaksi allergi yang tinggi.

Kalau korang nak tahu, dari survey yang di buat dari Home Testers Club Malaysia, 10/10 ibu di luar sana yang pernah cuba Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni setuju atas mandian ni membersihkan dan melembapkan kulit halus baby. Sebagai seorang ibu, I setuju jugak.

Daim ini pun suka mandi swimming pool, lepas keluar je dari kolam renang. Memang mummy akan bilas dan sabunkan Daim dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash dan hantar dia pergi mandi.

Dari kajian, jenama dan kandungan yang terdapat dalam Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash, mummy highly recommend mandian ni pada korang di luar sana juga.




Sifatnya yang lembut, wangi (asli) pada kulit Daim membuatkan mummy bertambah jatuh cinta dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash.



Di Mana Boleh Dapatkan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash
Di mana boleh dapatkan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash? Macam mummy, selalunya mummy dapatkan di pharmacy je. Tapi, kalau tak ada masa sangat untuk ke kedai. Mummy akan beli terus di Shopee atau pun Lazada.

Tekan..tekan..guna telefon je, esok sampailah Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash di rumah!

Korang yang nak dapatkan produk, jangan tunggu lama sangat untuk buat decision ye. Dapatkan hari ini, tau!


Info lanjut, boleh layari ke :- 

Shopee 


Lazada 


Website 


Facebook 


Instagram 


CARA MUDAH MEMILIKI KULIT CERAH DAN LICIN

CARA MUDAH MEMILIKI KULIT CERAH DAN LICIN - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Mummy sihat alhamdulillah.

Nah Mummy share tips untuk kulit segar dan berseri-seri yang anda impikan... VITAMIN C! Vitamin C mengandungi antioksidan yang kaya dan juga merupakan anti penuaan semula jadi .


CARA MUDAH MEMILIKI KULIT CERAH DAN LICIN


Pendek kan cerita, proses oksidasi secara semulajadi akan merosakkan sel kulit kita (Ibarat macam kalau kita potong buah epal, lepas itu kita biar kan atas meja, lama-lama buah epal jadi lebam sikit kan? Itulah oksidasi). Sebab itu penting ada vitamin C... Vitamin C mampu untuk repair dan memperbaharui sel kulit kita, so kulit rasa lagi 'hidup dan fresh' dan dengan pengambilan vitamin C ni dapat lah merangsang penghasilan kolagen so nampak lah berseri-seri (so tak payah lah nak spend 5 jam tengok make-up tutorial nak nampak berseri dan cerah punya pasal). Cerita pasal kulit cerah, semua orang tahu kan, vitamin C mampu mencerahkan kulit, , vitamin C ni ibarat macam agen peluntur semulajadi. 

And for your information (cewahhh) Kalau tak cukup kolagen didalam sel kulit kita, nanti wajah kulit cepat kendur dan berkedut. So jom jauhi kulit kendur dan kedut di usia muda (muda ke? Hehe) dan start jaga kulit kita dengan vitamin C! Dan baru baru ni, I start consume BiO-LiFE Nat C ni yang mengandungi 1000mg Vitamin C dengan formulasi 6 dalam 1 yang penuh dengan antioksidan semula jadi. I rasa kulit I start menjadi lebih cerah dan flawless 

Hakikatnya, kita perlu makan 32 biji oren bersaiz sederhana untuk mendapatkan manfaat 1000mg Vitamin C, namun ada jalan penyelesaiannya! 


Nak kekalkan kesihatan ni, mummy memang akan ambil suplemen / vitamin. Tak makan buah ke? Dalam buah ada vitamin juga? Okay, tu betul lah tu...buah adalah real vitamin. Mummy ambil buah juga setiap hari. Tapi, mummy rasa tak cukup intake yang mummy ambil. 

Sekiranya perlu, dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi. Jangan bimbang, kajian telah menunjukkan bahawa paras pengambilan yang dibenarkan untuk Vitamin C, khusus untuk orang dewasa adalah 2000mg/sehari.



Tapi dapatkan suplemen Vitamin C yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia (try beli di pharmacy seperti Caring, Guardian dan Watsons). 

Biasalah, kita kekangan masa, kejar masa, kejar buat itu dan ini. So, ada kala sempat ambil 1 potong atau 3 potong buah sehari je. Huhuhu teruk,kan? Tu yang kena ada backup plan, so Mummy start ambil Vitamin C. Tapi nak pilih vitamin c pun kena buat research jugak. So baru-baru ni Mummy ada nampak artikel tentang produk Bio-Life. Mummy share kat sini apa yang Mummy faham

Korang ada masalah yang sama dengan mummy tak? Intake pengambilan buah atau sayur tak mencukupi piawaian? Kalau ada masalah yang sama. Kita dah sama-sama kena ambil supplemen tapi Mummy memilih BiO-LiFE NAT C 1000mg



KENAPA MUMMY MEMILIH Vitamin C dari BiO-LiFE NAT C 1000mg


Mesti korang tertanya-tanya,kan? Kenapa mummy memilih Vitamin C dari BiO-LiFE NAT C 1000mg padahal banyak je vitamin C di luar sana. Kalau korang nak tahu, mummy suka dengan BiO-LiFE NAT C 1000mg kerana 

1. Ianya mengandungi 1000mg vitamin C yang diperkaya dengan bioflavonoid sitrus, hesperidin, rosehip dan acerola. 

2. BiO-LiFE NAT C 1000mg menyediakan 1000mg vitamin C untuk mengekalkan kesihatan umum 

3. BiO-LiFE NAT C 1000mg mengandungi 6 dalam 1 formula 


4. Sekali sehari sahaja pengambilan BiO-LiFE NAT C 1000mg dos yang mudah . Orang yang tak banyak masa macam mummy, eloklah ambil sebab sekali sehari je kan hehehe. Kalau lupa jugak nak makan, erm...tak dapeklah nak nolong 

5. Dan paling best, ianya lembut pada perut BiO-LiFE NAT C 1000mg direka khas untuk memberi kesan asid rendah untuk melindungi saluran gastrousus (GI). Siapa yang ada perut sensitif, korang boleh ambil BiO-LiFE NAT C 1000mg

Bagaimana Nat C 1000 membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik? 

* Vitamin C bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel-sel badan dari kerosakan radikal bebas. 

* Orang-orang yang berisiko mengalami kerosakan oksidatif (perokok, pendedahan yang kerap terhadap pencemaran alam sekitar dan cahaya matahari) harus memastikan pengambilan vitamin C sebagai asas untuk melindungi mereka daripada kerosakan radikal bebas. 

* Bioflavonoid telah ditunjukkan untuk meningkatkan tindakan terapeutik vitamin C. 

* Ia mengandungi sumber semula jadi vitamin C dari rosehip dan acerola. 


Siapa yang disyorkan untuk mengambil BiO-LiFE NAT C 1000mg? 



Siapa yang patut ambil vitamin C BiO-LiFE NAT C 1000mg ? 


1. Mereka yang mengidam kulit cantik dan berseri-seri

2. Orang dewasa yang lebih suka kandungan suplemen selain vitamin C 

3. Perokok

4. Individu yang suka ambil makanan dan minuman berkafien

5. Individu yang tak suka makan buah dan sayur

Apakah dos yang disyorkan? 

Dewasa: Ambil satu tablet setiap hari selepas makan atau seperti yang disyorkan oleh ahli farmasi atau doktor

Selanjutnya, boleh layari ke :



GERHANA MATAHARI CINCIN 2019

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Semalam mesti ramai yang dah tahu, gerhana Matahari bentuk cincin. Paling nyata nampak di Tanjung Piai semalam 26 Disember 2019. Mummy dapat lihat ke gerhana Matahari semalam.





Oh ya, semalam mummy ada appointment dengan client di rumah beliau kira-kira 12 tengah hari di Mantin. Sewaktu diskusi tentang pakej AIA dan membuat submission pakej beliau. Memang kami perasan tetiba cuaca menjadi mendung. Langsung tak terfikir tentang GERHANA MATAHARI BENTUK CINCIN. 

Tup.. Tup.. Settled urusan bersama client. Baru mummy baca semua Whatsapp. Priority wasap penting lah kan hehe.. Dan settle hat penting, reply wasap penting. Baru buka wasap group - group. Perghhhh banyak nau yang share tentang GERHANA MATAHARI BENTUK CINCIN ni. 

Memang cantik, masyaallah... Hebat ciptaan Allah.

Last, gerhana ni berlaku pada tahun 1998


Bagi yang terlepas.. Bolehlah tunggu lagi 20 tahun insyaallah 😁



Apa Iti Gerhana Matahari Cincin?


Gerhana Matahari Cincin berlaku apabila Bulan bergerak tepat di hadapan Matahari. Namun disebabkan pada ketika itu, Bulan berada sedikit jauh daripada Bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring Matahari

“Ring of fire” antara gelaran yang diberikan ketika kemuncak Gerhana Matahari Cincin. Foto di atas menunjukkan dengan jelas ketika sentuhan atau kemunculan pertama bulan, kemuncak gerhana dan hingga kembali hilangnya bulan. 

(Image credit: Courtesy of Jay Pasachoff)

Kesannya ialah jika kita berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan kawasan laluan tengah gerhana ini, Matahari akan kelihatan seperti cincin

Merry Christmas! Layan Deko Krismas di AEON MALL Shah Alam

Merry Christmas! Layan Deko Krismas di AEON MALL Shah Alam. Selamat bercuti semua. Korang ke mana tu? Seriously, cuti Dec ni kami tak ke mana. Meaning tak outstation. Jalan-jalan dalam Selangor KL je. Pun anak happy to the max dah hehe. Okay lah kan. Anak-anak kami suka layan dekorasi Krismas. Semua shopping mall sekarang ni, kalau musim perayaan besar mesti ada dekorasi yang cantik. 

Merry Christmas! Layan Deko Krismas di AEON MALL Shah Alam



Sempena Merry Christmas! Kami layan Deko Krismas di AEON MALL Shah Alam. Cantik, lawa dan jenuh jadi photographer kepada anak-anak 🤣 hehe. Sakan lah depa nak posing sana sini. 

Jom.. Layan gambar-gambar kami sempena cuti Krismas




Dzal posing



Dhia posing




Dzal posing lagi




Dhia dan Dzal depan pokok Krismas 



Mummy dgn Dzal






Pintu pun lawoo






Sebenarnya semua ni kebetulan je, bukan sebab deko ni kami datang sini. 

Anak-anak kami suka nak pi makan Boat Noodle. Paling dekat AEON Shah Alam je la.. 

So, dah makan.. Jalan - Jalan dalam AEON tengok deko lawa.. Ajommm aje  layan Deko cantik gini hehehe. 



GROUP MEDICAL UNTUK STAFF / PEKERJA PALING MURAH

GROUP MEDICAL CARD UNTUK STAFF / PEKERJA PALING MURAH - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah mummy dah mula busy dalam industri AIA, dan baru-baru ini mummy selesai membuat satu presentation kepada HR di sebuah syarikat. GROUP MEDICAL CARD UNTUK STAFF / PEKERJA ini sangat penting untuk majikan menjaga pekerjanya. Kalau korang perasan ,kebanyakan syarikat besar seperti bank, semi-goverment, company develepor yang ternama memang akan menyediakan employee benefits (selain cuti tahun, cuti sakit) seperti GROUP MEDICAL CARD UNTUK STAFF / PEKERJA. Tetapi, sebenarnya, company yang tak segah bank pun dah banyak berikan  GROUP MEDICAL UNTUK STAFF / PEKERJA. Kerana company tak rugi pun, tax exemption semuanaya ni !


GROUP MEDICAL CARD UNTUK STAFF / PEKERJA PALING MURAH




Apa beza pelan medical card beli sendiri (individu) dan group (berkumpulan)? Pelan perubatan yang disediakan oleh majikan dikenali sebagai perlindungan berkumpulan, kerana ianya melindungi satu kumpulan pekerja di bawah satu majikan.

Pelan perubatan peribadi yang beli sendiri atau bersama keluarga, dikenali sebagai perlindungan individu.

Sesetengah pelan perubatan juga menyediakan perlindungan takaful jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, di mana keluarga atau tanggungan anda akan menerima bayaran sekaligus jika berlaku sesuatu kepada anda.

PERBEZAAN – PERLINDUNGAN KUMPULAN VS INDIVIDU

Mungkin terdapat perbezaan antara pelan takaful yang anda miliki dengan pelan dari majikan, ianya bergantung kepada pembekal insurans/takaful dan juga jenis polisi. Di sini ada beberapa perkara penting yang mungkin berbeza antara kedua-dua pelan ini:

Had tahunan – Berapakah jumlah yang akan dibayar oleh pembekal insurans dalam setahun untuk pelan insurans perubatan.

Had seumur hidup – Apakah jumlah maksimum yang boleh dituntut seumur hidup anda?

Kadar bilik dan penginapan harian – Apakah jenis bilik yang layak anda dapat berdasarkan pelan anda?





Pekerja anda merupakan penggerak di belakang perniagaan dan sebagai majikan yang bertanggungjawab, adalah penting untuk menjaga kesejahteraan mereka.  

Pelan Takaful Perlindungan Korporat boleh memastikan kebajikan pekerja dan majikan akan dijaga degan baik.

Dikenali sebagai Group Term Takaful dan Group Hospitalisation & Surgical Care, serta perkhidmatan klinik.

Klinik hanya untuk syarikat sahaja ye !





Pelan Perlindungan Komprehensif Untuk Pekerja Syarikat



*Direka khas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (minima 11 orang pekerja)
*Perlindungan rawatan Hospital dan Klinik Panel Tanpa Bayaran Tunai.
*Panel Perubatan di Seluruh Negara.
*Khidmat Pusat Panggilan Careline yang Beroperasi 24 Jam.
*Reka Bentuk Pelan yang Fleksibel dengan pilihan untuk Perlindungan Perubatan dan Khairat Kematian (Hibah Keluarga).
*Pilihan Faedah Individu, Suami Isteri atau Keluarga Pekerja.

Jenis Pelan Takaful Perlindungan Korporat



1. Pelan Takaful Perubatan Pekerja ‘Medical Card’ 
– Faedah Kemasukan Hospital Panel (HP). Faedah ini akan memberi perlindungan kepada pekerja dalam menguruskan perbelanjaan kos rawatan di Hospital Panel AIA.

Sebagai pilihan, faedah ini juga turut memberi perlindungan kepada ahli keluarga pekerja seperti pasangan dan anak-anak.

Pilihan Jenis Pelan : Pelan HP500, Pelan HP350, Pelan HP230, Pelan HP160, Pelan HP120, Pelan HP80.

1.1 Rider Tambahan – Faedah Rawatan Pesakit Luar Klinik Panel (KP) – Rider Tambahan
Faedah ini wajib disekalikan dengan Pelan Faedah Kemasukan Hospital Panel (HP).

Faedah ini akan memberi perlindungan kepada pekerja dalam menguruskan perbelanjaan kos rawatan di Klinik Panel AIA.

Pilihan Jenis Pelan : Pelan KP1500, Pelan KP1000.

1.2 Rider Tambahan – Faedah Saringan Eksekutif ‘Medical Check Up’ (SE)
Faedah ini wajib disekalikan dengan Pelan Faedah Kemasukan Hospital Panel (HP).

Faedah ini memberi Ujian Komprehensif darah dan air kencing menguji profil 41 jenis penyakit secara percuma.

2. Pelan Takaful Hibah Pekerja – Takaful Asas (TA)
Faedah ini memberi perlindungan berkenaan Pampasan Kematian (Hibah Keluarga), Hilang Upaya Kekal Menyeluruh, Hilang Upaya Kekal Sebahagian, 36 Penyakit Kritikal, Penyakit Terminal, dan Perbelanjaan Penghantaran Pulang Jenazah sekiranya Kematian di Luar Negara

Pilihan Jenis Pelan : Pelan TA300K, Pelan TA250K, Pelan TA200K, Pelan TA150K, Pelan TA100K, Pelan TA50K, Pelan TA20K.


Jumlah Perlindungan Pelan Takaful Korporat


1. Pelan Takaful Perubatan Pekerja ‘Medical Card’ 
– Faedah Kemasukan Hospital Panel (HP)

Pelan Had                    Bilik Harian(RM)               Had Tahunan(RM)
Pelan HP500                     500                            200,000
Pelan HP350                     350                            150,000
Pelan HP230                     230                            75,000
Pelan HP160                     160                            45,000
Pelan HP120                     120                            25,000
Pelan HP80                       80                             20,000

1.1 Rider Tambahan – Faedah Rawatan Pesakit Luar Klinik Panel (KP) – Rider Tambahan
                                   Pelan KP1500                          Pelan KP1000 
Had Tahunan (RM)             1,500                                     1,000

1.2 Rider Tambahan – Faedah Saringan Eksekutif ‘Medical Check Up’ (SE)
Saringan 18KS 

– Maksimum Sekali Setiap Tahun Sijil Tanpa Bayaran Tunai

2. Pelan Takaful Hibah Pekerja – Takaful Asas (TA)



Jadual Harga Pelan Takaful Korporat

1. Pelan Takaful Perubatan Pekerja ‘Medical Card’ – Faedah Kemasukan Hospital Panel (HP)

Pelan HP500 (RM)
Pekerja sahaja 3,585.00 
Pekerja & Pasangan   8,962.50 
Pekerja & Anak-Anak   8,962.50 
Pekerja & Keluarga 14,340.00

Pelan HP350 (RM)
Pekerja 2,410.00 
Pekerja & Pasangan 6,025.00 
Pekerja & Anak-Anak   6,025.00 
Pekerja & Keluarga 9,640.00

Pelan HP230 (RM)
Pekerja 1,390.00 
Pekerja & Pasangan 3,475.00 
Pekerja & Anak-Anak   3,475.00 
Pekerja & Keluarga 5,560.00

Pelan HP160 (RM)
Pekerja  795.00 
Pekerja & Pasangan  1,987.50 
Pekerja & Anak-Anak   1,987.50 
Pekerja & Keluarga 3,180.00

Pelan HP120 (RM)
Pekerja  630.00 
Pekerja & Pasangan  1,575.00 
Pekerja & Anak-Anak   1,575.00 
Pekerja & Keluarga 2,250.00

Pelan HP80 (RM)
Pekerja  395.00 
Pekerja & Pasangan  987.50 
Pekerja & Anak-Anak   987.50 
Pekerja & Keluarga 1,580.00


1.1 Rider Tambahan – Faedah Rawatan Pesakit Luar Klinik Panel (KP) – Rider Tambahan

Pelan KP1500 - Caruman Tahunan Setiap Pekerja/Tanggungan Yang Dilindungi (RM) 827.86 

Pelan KP1000 - Caruman Tahunan Setiap Pekerja/Tanggungan Yang Dilindungi (RM) 687.94

1.2 Rider Tambahan – Faedah Saringan Eksekutif ‘Medical Check Up’ (SE)
Caruman Tahunan setiap Ahli/Tanggungan yang Dilindungi (RM) 88.00

2. Pelan Takaful Hibah Pekerja – Takaful Asas (TA)

Lingkungan Umur dan setiap RM 1,000 daripada Jumlah yang Dilindungi Asas (RM)

16 Hingga 20 - RM1.66
21 Hingga 25 - RM1.72
26 Hingga 30 - RM1.86
31 Hingga 35 - RM2.13
36 Hingga 40 - RM3.01
41 Hingga 45 - RM5.02
46 Hingga 50 - RM8.62
51 Hingga 55 - RM14.29
56 Hingga 59 - RM22.10
60 Hingga 64 - RM33.37


Contoh Kiraan Caruman, Umur 47, Pampasan Kematian Pelan TA250K RM250,000 : RM8.62 X 250 = RM2,155.00

Untuk dapatkan kiraan yang tepat, boleh terus hubungi saya ye : 012-6460421

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entri ni, merupakan checklists terakhir untuk persiapan sekolah Dhia. Pakaian sekolah Dhia untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama dah ssettled ! Misi seterusnya, ialah untuk mencari kasut hitam Dhia. Oleh kerana Dhia akan masuk darjah satu dan akan bersekolah di 2 sesi (pagi / petang) dan ada aktiviti sukan untuk kedua sekolahnya. Maka, Dhia perlu ada beberapa pasang kasut. Baru-baru ini, mummy jalan-jalan di Tesco Ara Damansara (selesa, tak crowded) dan mummy terus singgah ke kedai kasut jenama Bata. BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI, Iye, memang mummy suka ke Bata. Lelagi, hujung tahun ni ada banyak promosi BACK TO SCHOOL. Rugilah kalau tak grab, kan ! Selain promosi yang banyak di BATA, Bata ada keluarkan kasut baharu. Kasut sekolah Bata yang terbaharu ini adalah anti bakteria. Ha..macam menarikkan. 

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

Sesi mencuba saiz kasut hitam sekolah anak-anak. Nak ikutkan..mummy nak beli kasut hitam Dhia je. Tup..tup Dzal pun nak jugak kasut hitam baharu. Okaylah, kita belilah semua kasut hitam untuk anak-anak hari ini. Kitorang semestinya BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA yang terbaharu. Yang dutanya angkasawan pertama Malaysia, Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI


BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA ni mummy suka sebab ianya hadir dengan dua rekaan yang dibuat dengan bahan hidup semula jadi berasaskan kekuatan bakteria tumbuhan bagi mengawal bau peluh.

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

Bahan revolusioner itu mampu menghapuskan 99% bau yang menyebabkan bakteria bagi kesegaran kaki sepanjang hari. 

Kesemua jenis kasut ini telah diuji makmal bagi perlindungan dan prestasi maksimum pada pemakainya.

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

Bersifat ringan, tapak grip !

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

Memang stylo !

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

Jom ke sekolah dengan kasut KASUT SEKOLAH HITAM BATA  ANTI BAKTERIA 

PROMOSI HEBAT BATA KE SEKOLAH 2020

Apa lagi yang best promosi kembali ke sekolah tahun 2020? Ha..kalau korang nak tahu. Memang banyak gila promosi yang sedang berlangsung di BATA sehingga 5 Januari 2020 (selagi stok masih ada). Antara promosi yang hebat di BATA ialah

1. Beli 2 pasang kasut BATA pada harga RM79

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

Disini, korang boleh jimat banyak. Terus boleh beli kasut untuk 2 sesi persekolahan anak. Harga untuk sepasang hampir cecah RM50 jugak tu.

2. Beli kasut hitam, PERCUMA kasut putih BATA

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

Dengan setiap pembelian kasut hitam, akan dapat sepasang kasut putih. Bolehlah buat kasut jalan atau kasut sukan anak. Mak aiii berganda jimat dah ni !

3. Beli 2 pasang kasut hitam, boleh beli beg sekolah pada harga RM49
Setiap pembelian 2 pasang kasut, korang boleh beli beg sekolah pada harga RM49. Manakala harga asalanya ialah RM70. Kualiti beg ni, mummy dah tengok. Memang sangat berkualiti !

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI

4. PERCUMA SoundPod BATA dengan setiap pembelian RM150 ke atas
Oleh kerana mummy banyak berhabis di kedai kasut BATA almost RM200 untuk beli kasut anak-anak, stokin anak-anak dan kasut wedges mummy (sempat tu ha..hehe). Mummy entitled untuk dapatkan SoundPod BATA secara PERCUMA. 

SoundPod BATA ini adalah limited edition, selagi stok masih ada. Di datangi dengan 3 pilihan warna merah, hitam dan putih. 

BATA KASUT SEKOLAH HITAM ANTI BAKTERIA PILIHAN KAMI


Tak rugi shopping beratus-ratus di BATA . Sebab apa? Sebab mummy ahli kelab BATA. Setiap 150 point mummy akan dapat voucher RM5. Kalau korang nak jadi 

Untuk maklumat lanjut tentang BATA, promosi terkini, BATA club (keahlian BATA) ataupun shopping online. Korang boleh layari ke :


Website : www.bata.com.my