Showing posts with label 2021. Show all posts
Showing posts with label 2021. Show all posts

BELI KASUT SEKOLAH 2021 BATA ANTI BAKTERIA DAN KASUT SEKOLAH SEKOLAH BATA EJEN ALI !

BELI KASUT SEKOLAH 2021 BATA ANTI BAKTERIA DAN KASUT SEKOLAH SEKOLAH BATA EJEN ALI ! - Hai semua, dah beli kasut sekolah 2021 ke tu? Bila munculnya awal tahun atau hujung tahun ini, kebanyakan ibu bapa dah mula survey dan beli kasut sekolah anak. Samalah macam kami, kebiasannya kami akan tunggu Bata buat sales je ! Hehe jimat oiii. Kita ada anak ramai nak sekolah, ni ! Kalau beli waktu tak ada offer atau sales. Memang rabaklah poket kan ! Bukan nak beli kasut sekolah je. Nak beli stokin sekolah, kapur hitam kasut sekolah, baju sekolah, alat tulis sekolah, buku sekolah dan yuran sekolah. Jadinya, wajiblah kita berjimat. 

Walau tahun 2021 ini, kita tak tahu macam mana dengan sesi persekolahan anak kita. Tapi, kena juga beli kasut sekolah tahun 2021, juga ! Tak, mungkin,kan sepanjang tahun 2021 anak kita akan bersekolah 100% online sahaja kan? Kasut sekolah pulak...kalau beli lambat, nanti akan ada kerugian sedikit. Sebab apa? Haaa..sebab Kasut sekolah ini, bukan setiap hari ada offer dan diskaun yang banyak tau. Untuk kasut Bata sesi persekolahan 2021, ada sales tau sehingga hujung Januari 2021 ni. Dan, memang harga kasut Bata sangat murah jika korang beli sekarang.


BELI KASUT SEKOLAH 2021 BATA ANTI BAKTERIA DAN KASUT SEKOLAH SEKOLAH BATA EJEN ALI !


Yeayyy..Kami dah BELI KASUT SEKOLAH 2021 BATA ANTI BAKTERIA DAN KASUT SEKOLAH SEKOLAH BATA EJEN ALI ! Memang murah dan berbaloi beli sekarang. Right time kami lah masuk kedai Bata time gini ! 


Dhia dah besar , darjah 2 tahun ini. Bila anak dah semakin besar, semakin aktif dan dah ada aktiviti yang pelbagai di sekolah. Mummy sarankan Dhia untuk memakai kasut sekolah 2021 anti bakteria dari Bata. Dhia pun setuju. Alhamdulillah

KELEBIHAN KASUT SEKOLAH BATA ANTI BAKTERIA

Kasut SEKOLAH ANTI-BAKTERIA BARU BATA di cipta khas untuk perlindungan dan juga koleksi terbaharu dari Bata untuk tahun sekolah pada tahun 2021. 

Antara keistimewaan Kasut Sekolah Bata Anti Bakteria ini ialah :-

1. Bata ini menampilkan rangkaian kasut sekolah bergaya yang dilengkapi dengan bahan Life Natural, di mana ianya dilengkapi dengan bakteria yang melawan kekuatan tumbuhan untuk mengawal bau peluh. 


2. Bahan revolusioner menghilangkan 99% bau menyebabkan bakteria untuk kesegaran yang bertahan sepanjang hari. 

3. Rangkaian sekolah antibakteria Bata juga telah diuji makmal untuk perlindungan dan prestasi maksimum. 

4. Pengurus Negara Bata, Encik Ajay Ramachandranpula berkata, "selain memberi keselesaan , gaya, kasut sekolah ini juga boleh membantu menjaga kesihatan kaki


Oleh kerana Dhia menghabiskan rata-rata 6 jam sehari di sekolah yang boleh menyebabkan kaki berpeluh kasut anti bakteria seperti ini penting untuk melindungi kaki untuk jangka masa yang lama. Terutama pada kaki berbau.

Kaki berbau biasanya timbul apabila keringat berlebihan tidak dapat menguap. Kelembapan ini meresap ke dalam lapisan kasut yang mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk bakteria tumbuh dan mengakibatkan bau busuk. Maka, sangat penting bagi anak-anak untuk memiliki sepasang kasut sekolah yang baik yang memberikan keselesaan dan sokongan kerana ini dapat meningkatkan postur dan tumpuan dalam kelas secara drastik.


Dzal pula, beliau memilih kasut sekolah 2021 Bata - Ejen Ali. Ejen Ali pun Ejen Ali lah ye. Nak masuk darjah 1. Peratma kali pengalaman ke sekolah, makanya, kita ikut kehendak anak dulu.



Bagi ibu bapa yang mencari kasut sekolah comel yang lain untuk anak-anak. Di Bata, terdapat juga kasut sekolah Hello Kitty yang asli dan kasut sekolah Ejen Ali lesen asli . Hanya di Bata !




COMBO SET BACK TO SCHOOL BATA KASUT SEKOLAH 2021


Combo set Bata - Kasut sekolah 2021 ini ada 3 pilihan :
Combo 1 : 2 pasang kasut sekolah hitam pada harga RM69 
Combo 2 : 2 pasang kasut sekolah hitam dengan 4 pasang stoking berharga RM99 
Combo 3 : 2 pasang kasut sekolah hitam dengan 4 pasang kasut sekolah stoking dan beg sekolah NorthStar berharga RM149 


Kami grab combo set 2 berharga RM99 iaitu 2 pasang kasut sekolah warna hitam dan juga 4 pasang stokin berwarna hitam. Dan add on, kapur kasut hitam untuk kasut sekolah.

Untung tau, apabila kami dapat grab promosi kasut sekolah Bata's Smart Combo. 



Ada juga offer kasut sekolah Bata pada harga RM49 (2 pasang) tetapi kebanyakannya bersaiz kecil dan mempunyai 2 designs sahaja.






Promosi Back to School Combo sah dari 11 Dec 2020 hingga 31 Januari 2021.


Untuk melihat pelbagai jenis kasut Back to School, sila klik pada Katalog Kembali ke Sekolah - https://www.bata.com.my/media/backtoschool.pdf 


Bata juga menawarkan kedai online , penghantaran PERCUMA untuk pembelian lebih RM60 dan dalam 10KM dari outlet Bata. Whatsapp sahaja mereka di https://chatshop.mybata.com.my


Jadi member hari, dan dapatkan RM10 voucher !


Yeay, selesai sudah part beli kasut anak-anak. Satu kelegaan bila dapat beli kasut masa ada offer macam ni kat Bata.

Korang jangan lupa tau dapatkan offer kasut sekolah 2021 di Bata, selanjutnya tentang prmosi dan update terkini boleh layari website Bata di : https://www.bata.com.my/

Hadiah Perpisahan Untuk Cikgu-cikgu Sesi Persekolahan 2020

Hadiah Perpisahan Untuk Cikgu-cikgu Sesi Persekolahan 2020 - 2020, merupakan tahun norma baru buat kita semua kan. Sesi persekolahan juga amatlah sekejap secara bersemuka. Selebihnya, anak-anak bersekolah online sahaja sehinggalah ke hujung tahun.

Seperti biasa, hujung tahun kita hulurkanlah sedikit cenderahati buat guru-guru yang telah berjasa pada anak-anak kami untuk segala yang ilmu di turunkan. Cenderamata yang tidak seberapa buat guru-guru anak-anak kami sempena Hadiah Perpisahan Untuk Cikgu-cikgu Sesi Persekolahan 2020

Hadiah Perpisahan Untuk Cikgu-cikgu Sesi Persekolahan 2020



Hadiah Perpisahan Untuk Cikgu-cikgu Sesi Persekolahan 2020 ini mummy memang ready stock je kat rumah, sebab kami merupakan online seller untuk doorgifts. So, bila tetiba sekolah announce untuk mengadakan sesi perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk konvo Dzal dan juga sesi akhir pengambilan buku tahun 1 untuk Dhia.

Mummy terus zasssss siapkan Hadiah Perpisahan Untuk Cikgu-cikgu Sesi Persekolahan 2020.

Apa yang ada dalam kotak gifts Hadiah Perpisahan Untuk Cikgu-cikgu Sesi Persekolahan 2020?



Tadaaaaaa. dalam kotak gift Hadiah Perpisahan Untuk Cikgu-cikgu Sesi Persekolahan 2020 ini ada kad ucapan buat sendiri (kalau nak yang siap , tinggal print je boleh ambil di sini juga ye), gift box, kalendar 2021, mini notebook planner 2021 dan juga pewangi kereta.




bookmark kalendar 2021 boleh selit dalam buku, dalam beg atau boleh juga jadi sebagai penanda alquran

mini note book, planner, ada kalendar 2021, dan banyak lagi checklists yang ada

pewangi kereta, pewangi rumah

moga semua cikgu suka dengan gifts dari kami


Simple aje Hadiah Perpisahan Untuk Cikgu-cikgu Sesi Persekolahan 2020. Yang penting dapat siapkan dengan jayanya hehehe. Biasalahkan, sebab barang memang ready stock, dan macam-macam ada di kedai online kita ni ha.

Korang nak cari doorgifts, nanti terjahlah portal online kami ye di : - https://shopee.com.my/urbanshops

HAPPY NEW YEAR 2021

Hai..Assalamualaikum semua ! Rasanya macam belum terlewat lagi kan untuk mummy ucapkan HAPPY NEW YEAR 2021 kepada semua ! Moga tahun 2021 ini, tahun yang baik buat kita semua ! Amin. Mummy ni, dari bulan Disember 2020 sehinggalah awal Januari 2021, mummy punya jadual sangatlah pack. Macam ini lah, bila kita kerja sendiri kan. Kalau sehari ada 48 jam, mahu 48 jam pun sibuk juga hehehe. Sebenarnya tak sihat juga kalau terlalu sibuk. Sibuk amcam mana pun, rehat, tidur tu memang akan mummy cukupkan juga. Badan pun nak rehat kan !


HAPPY NEW YEAR 2021 !


Alhamdulillah penghujung tahun 2020, mummy sempat kejar beberapa wishlists mummy. Penutup tahun yang agak baik walau dalam keadaan kelam kabut sedikit. Manakala, awal tahun baharu 2021, mummy dan keluarga tidak sambut di mana-mana. HAPPY NEW YEAR 2021 di rumah sendiri aje, habiskan kerja-kerja sebelum bercuti. Ya, daddy last minit pula nak bercuti nak rehatkan diri. Sebab beliaun baru sahaja discharge dari hospital. Nanti bebila free, mummy story di blog ye tentang daddy masuk wad tu ha.


31 Disember 2020, masuk ofis siapkan sedikit kerja dan selepas tu sambung buat kerja di rumah. Mummy lebih banyak kerja di luar. Masuk ofis jika ada urusan tertentu sahaja.





Alhamdulillah, 99% clients mummy dah dapat Kalendar 2021 dari mummy. Macam biasa mummy sejenis suka hantar Kalendar 2021 awap-awal. Ada beberapa clients lama yang belum dapat sebab plan nak jumpa. Dan, tak sempat nak jumpa lagi. Hehe kalau pos, dah selamat sampai gamaknya kan.
 
APA WISHLISTS 2021?

Kalau dedulu wishlists tahun baru nak kurus aje kan ! Tapi, bila dah berumur gini mummy tak letakkannya as priority. Wishlists mummy untuk tahun 2021 ini dan tahun mendatang adalah :-

1. Nakkan financial freedom, selesaikan semua hutang yang ada dan hanya tinggalkan hutang rumah sahaja. Sebanranya bab financial freedom ni dah lama plan, dari 2012. Dan bila mummy semak, dari tahun 2016 - 2020 ini mummy dah selesaikan sebanyak RM130K hutang yang ada termasuk bayaran ansuran rumah, kereta . Alhamdulillah, banyak juga dah selesainya. Daddy macam mana? Daddy tak banyak buat hutang hehe. Sebelum kenal dengan beliau tahun 2010/ 2011 beliau tak ada hutang apa-apa pun termasuklah hutang belajar pun tak ada. Nak dekat-dekat tarikh kahwin, barulah beliau ada hutang ASB loan dan juga hutang beli kereta. 

2. Bila dah ada financial freedom ni, bolehlah kita saving lebih sedikit kan. Untuk masa tua, untuk umrah, haji dan juga untuk pembelajaran anak-anak.

3. Dalam masa yang sama, protection, insurance takaful juga wajib ada buat kami sekeluarga . Alhamdulillah, semua dah ada... tinggal nak tambah je sedikit lagi.

4. Wishlist seterusnya, nak besarkan sedikit empayar bisnes. Untuk persaraan (eh, agent insurance ada persaraan juga ke?). Nak besarkan agensi kita yang ada lah ni hehehe.

5. Nak lebih banyak memberi insyallah...

So far, inilah wishlists yang paling penting. Ada banyak lagi wishlists mummy sebenarnya,,tapi, biasrlah kami je simpan sendiri yang lelain tu hehehe.

Korang pulak, macam mana? Apakah wishlists tahun 2021 korang...




SELESAI DAFTAR DARJAH 1 SEKOLAH AGAMA DZAL UNTUK TAHUN 2021

SELESAI DAFTAR DARJAH 1 SEKOLAH AGAMA DZAL UNTUK TAHUN 2021 - Alhamdulillah, selesai daftar kemasukan darjah 1 Sekolah Agama untuk Dzal di tahun 2021. Pendaftarannya telah di buka Mei hingga September 2020. Tapi bulan Mei PKP / MCO dan Jun pula, mummy nak settle kan macam-macam benda ! Bulan ni, tak nak tangguh dah. Kang tangguh, kang MCO 2.0 pulak. Huhuhu Mampuihhh ! So, syukur dapat selesaikan semua benda-benda yang penting. Bila benda penting ni settle. Allahuuuu tenanggg sangat rasanya !


SELESAI DAFTAR DARJAH 1 SEKOLAH AGAMA DZAL UNTUK TAHUN 2021 


Sekolah agama dorang ini, sekolah agama 100% bawah kerajaan negeri Selangor, bukan KAFA atau tahfiz yang private. So, silibus dorang pun sangat bagus. Tu bila fikir balik, malas nak tukarkan dorang sekolah lain. Untuk sementara ini, sekolah di sekolah kawasan rumah tok mak depa je.

Daftar tahun 1 untuk tahun 2021 ini tak susah mana pun. Hanya bawa surat beranak asal dan 4 salinan surat beranak Dzal. Dah ! Siap. Tunggu nanti bulan 10 (Oktober ) datang lagi untuk pengesahan

Sekolah turun temurun, dari mummy kecil sampailah mummy besar, anak-anak pun sekolah kat sini juga hehehe.

So, tahun depan. Dhia dan Dzal akan bersekolah di sekolah yang sama. Walau sekolah sama, tapi waktu rehat dan waktu balik murid darjah satu tak sama dengan darjah 2,3,4,5,6. mereka dapat previllage awal sedikit.




Sekejap je rasa anak-anak dah besar, semakin dorang besar , semakin busy lah kami mak pak ni ha. Nasib baiklah atok depa ni bawa van sekolah . So, bolehlah cucu cucu nya naik dengan atok pi sekolah, balik sekolah, pi ngaji.

Satu kelegaan, bila semua urusan di permudahkan. Dan kami suami isteri boleh fokus pada kerja masing-masing tanpa ada kerisauan.

SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL

SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL -  Alhamdulillah, sejurus je Kementerian Pelajaran buka portal untuk pendaftaran online tahun 1 bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2014. 2 hari selepas itu, mummy terus cepat-cepat daftar online kemasukan darjah 1 untuk Dzal. Ye la, kekadang kita ni sibuk buat itu dan ini. Ada masa boleh terlupa benda yang penting. 


Kebiasaannya, benda yang tersangat penting ni. Mummy tak ajar diri untuk berlengah. Sebab bila bertangguh nanti, takut ada perkara yang tak di ingini berlaku seperti website tak boleh masuk, di opis pulak ada kerja urgent berhari-hari. 

Tak ke naya?? 


SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL 


SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL

Seawal pagi, sebelum masuk ofis..mummy singgah terus sekolah untuk Dzal. 

Untuk menghantar beberapa dokumen yang sekolah kehendaki. 

Alhamdulillah, tak ada siapa pun datang mendaftar masa kedatangan mummy di sekolah. Parking senang, urusan pun senang je  

Syukur.. MUrusan mummy berjalan dengan lancar je. 

SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL

Selepas siap mendaftar kemasukan darjah satu tahun 2021. Semua borang tersebut hendaklah di cetak (print).

Antara dokumen yang perlu di bawa ke sekolah pula :-

Borang yang telah di cetak
Surat beranak anak (asal dan fotostat) 
Salinan kad pengenalan ibubapa / penjaga
Sslinan sijil perkahwinan ibubapa 
Bil air / elektrik (asal) 

Kesemua checklist ni ada dalam portal Kementerian Pelajaran (permohonan kemasukan darjah 1)


SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL

Yeaaaayyy... Selesai pendaftaran kemasukan darjah 1 tahun 2021 untuk Dzal. 

Malam sebelum tu, masa nak siapkan dokumen. Ternampak surat beranak Dhia. 

Dhia pun daftar darjah satu tahun 2020 tarikh yang sama juga 6 Mac.

Tarikh sama ni... Semua berlaku tanpa di rancang. Allah sebaik-baik perancang !