Showing posts with label ASB. Show all posts
Showing posts with label ASB. Show all posts

ASYIK LUPA PASSWORD MYASNB ! MACAM MANA NAK DAPATKAN BALIK PASSWORD UNTUK MASUK KE ASB ONLINE?

ASYIK LUPA PASSWORD MYASNB ! MACAM MANA NAK DAPATKAN BALIK PASSWORD UNTUK MASUK KE ASB ONLINE? - Fuh, paling mencabar zaman sekarang ini adalah bab password. Pening weiii, sistem kerja je dah berapa banyak password nak kena ingat, password portal peribadi lagi. Dah tua-tua gini, mummy selalu ada masalah lupa password, sebenarnya ada juga lah tulis di buku. Erm...tetapi entahlah....mana ntah buku-buku tu hehehe. Konon takut orang tahu, di sorokkan, sekarang amek ko ! Entah mana pulak buku tu ye !

Password untuk akaun ASB ni, rasanya sangat mencabar kot. Sebab jarang-jarang mummy buka. ASB ini, mummy lebih kepada SIMPANAN BUNIAN. Ada tapi , nak buat-buat tak nampak. Kegunaannya, untuk masa betul-betul terdesak atau kegunaan hari tua nanti. Tak nak lah, korek lubang, tutup lubang. Esok-esok kita susah, ada ke orang nak tolong bagi ribu-ribu setiap bulan kan. Nak bagi pinjam RM50 pun belum tentu lagi huhuhu.

Bab saving ni, jika korang ada incoem tetap atau income yang nampak positif. Buatlah beberapa tabung simpanan dan perlindungan ! Bab perlindungan mesti korang menyampahkan? "alahai, aku dah adalah insurans, aku dah ada lah takaful". Pampasan duit perlindungan (jika kena sakit / musibah) itulah yang akan selamatkan duit saving kita. Kalau boleh hat saving tu, biarlah untuk saving.

Okay, korang koreklah ilmu tu sendiri, sebab entri kali ini mummy nak cerita tentang mummy yang ASYIK LUPA PASSWORD MYASNB ! MACAM MANA NAK DAPATKAN BALIK PASSWORD UNTUK MASUK KE ASB ONLINE?

ASYIK LUPA PASSWORD MYASNB ! MACAM MANA NAK DAPATKAN BALIK PASSWORD UNTUK MASUK KE ASB ONLINE?


ASYIK LUPA PASSWORD MYASNB ! MACAM MANA NAK DAPATKAN BALIK PASSWORD UNTUK MASUK KE ASB ONLINE?

Sebenarnya senang je ! Kalau korang lupa passsowrd akaun ASB korang sebenarnya ada banyak kaedah yang korang boleh buat seperti :

1. Ke pejabat ASNB itu sendiri , lokasi boleh rujuk di SINI
2. Menelefon talian ASNB
3. Atau secara email.

Antara pilihan untuk aktifkan balik passowrd ASB mummy, mummy suka kaedah nombor 3. Sebab apa? Sebab ianya tak buang masa mummy hehehe. Email, dan tunggu aje jawapan.

Cara aktifkan password ASB melalui Email ni mudah je.

1. Siapkan gambar selfie dengan MyKad
2. Ambil gambar MyKad depan belakang
3. Siapkan gambar lesen memandu / passport / penyata bank/ bil utiliti (elektrik dll)

Hantarkan gambar berbentuk JPG/PNG/PDF (semua ni hand phone pun ada, pakai hand phone je pun ok dah tu) melalui kaun email memasing ke myasnbid@pnb.com.my

Siap ! Senangkan !

Dalam talian , mummy dah cuba juga ada banyak step verification, dan nak menunggu call kita di angkat pun agak lama juga huhu


OPEN HOUSE RAYA 2019 ASNB SHAH ALAM

OPEN HOUSE RAYA 2019 ASNB SHAH ALAM - Minggu lepas, ketika mummy check myASNB portal mummy. Ada 1 notification mengatakn ada 1 akaun anak tak boleh link ke akaun mummy. Mohon mummybke pejabat ASNB terdekat. Bila dapat noti macam tu. Mak aiii risau giler! Nak keluar ke sana masa tu, tapi mummy ada banyak barang untuk pos pulak. 
A
Sehari selepas tu, baru mummy ke pejabat ASNB SHAH ALAM. Kebetulan, masa sampai di sana. Ada pulak majlis OPEN HOUSE RAYA 2019 ASNB SHAH ALAM. Langkah kanan orang cakap. Kena pulak waktu lunch, of course la lah makan. Sebab tak mahu lajak masa lunch. 

OPEN HOUSE RAYA 2019 ASNB SHAH ALAM




ASB ni sejak tak pakai buku, mummy malas nk simpan duit anak di sini. Dalam 3 tahun ni, memang simpan saving anak-anak di TH je. Niat untuk cukupkan pendaftaran haji. Dah cukup dah tu, tinggal mumny daddy cari masa yang sesuai untuk ke pejabat tabung Haji nanti uruskan pendaftaran haji. 

Tapi, sekarang nak fokus saving ASB juga. Bantu manage akaun anak-anak. Supaya besar nanti mereka dah ada sedikit simpanan mereka. 

Berbalik kisah di pejabat ASNB ni. Selesai urusan di kaunter ASNB dan urusan link akaun anak ke akaun ASB mummy. Barulah mummy p makan OPEN HOUSE RAYA 2019 ASNB SHAH ALAM

Mummy hanya makan satay, nasi impit dan kuih je. Cukuplah alas perut untuk lunch. Dan sambung bekerja kembali


Sebelum meninggalkan kaunter ASB, sempat mummy daftar akaun ASB 2. Tujuan pembukaan akaun ASB 2 mumny ni adalah fokus untuk investment menggunakan EPF.

Sistem ASB 2 pun bagus. Dividen nya growing dan compounded. Kita try gandakan duit EFP pulak. Demi masa depan lebih cerah.

Bila umur meningkat dah nak dekat 40 ni, mumny dok fikir macam mana tua nanti. Cukupkah duit yang ada untuk menampung kehidupan sendiri (jika umur panjang)

Dan jika umur tak panjang, apa harta, duit yang ada. Yang boleh di tinggalkan untuk anak-anak. 

Insya-allah investment lain unit trust di tempat lain juga munny ada invest. 

Insurance, takaful dan hibah takaful is on the way. Ada rezeki insyaallah mummy pun part of thier family. 

Nanti mumny share kebaikannya juga di sini. 

Baca juga :






CARA-CARA CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB

CARA-CARA CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah check dividen Amanah Saham Bumiputra - ASB ke? Mesti ramai yang runsing tak dapat nak tengok lagi dividen ASB, kan? Yang tak dapat tengok dividen ASB tu, mungkin sebab korang tak buat lagi online di myASNB . Betul, tak ? Jangan risau ! Jom mummy kongsikan CARA-CARA CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB.


CARA-CARA CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB
Dari tahun 2017, mummy dapat tahu yang ASNB akan hapuskan penggunaan buku. Tetapi, pengeluaran dan pertambahan unit masih boleh di buat di pejabat ASNB - PNB atau agen sah untuk ASNB - Amanah Saham Nasional Berhad.  Selepas dapat perkhabaran sebegitu, mummy dan daddy terus ke Pejabat ASNB - PNB di Seksyen 14 Shah Alam untuk register akaun ASB / ASNB secara online.





9 LANGKAH CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB


Macamana nak register akaun AMANAH SAHAM di myASNB? Jom tengok 9 Langkah CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB :- 


1. Sebelum korang CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB , langkah pertama memang wajib ke pejabat ASNB / PNB terdekat ye. Benda ni penting untuk pihak ASNB register nombor telefon kita ke sistem mereka. Kiranya, untuk keselamatan dan TAC purpose.


2. Selesai register di pejabat ASNB - PBNB , seterusnya korang dah boleh ke website ASNB iaitu di https://www.myasnb.com.my/


CARA-CARA BUAT ASB ATAU AMANAH SAHAM SECARA ONLINE

3. Klik di bahagian "Daftar di sini" (kanan sebelah atas)

4. Jawab beberapa soalan dan terma syarat ASNB

5. Masukkan butiran No Kad Pengenalan dan salah satu akaun yang korang ada di ASNB samada ASB, ASB, ASW2020, atau apa sahaja amanah yang korang ada.



CARA-CARA BUAT ASB ATAU AMANAH SAHAM SECARA ONLINE

6. Seterusnya, masukkan nombor telefon yang berdaftar dengan ASNB. Dalam masa beberapa saat, pihak myASNB akan berikan TAC dan korang isikan nombor TAC tersebut.

CARA-CARA BUAT ASB ATAU AMANAH SAHAM SECARA ONLINE

7. Isi butiran seperti di atas dengan lengkap dan klik butang TAMAT di bahagian penjuru bawah sebelah KIRI

CARA-CARA BUAT ASB ATAU AMANAH SAHAM SECARA ONLINE

8. Bila dah terima kata laluan sementara (temporary password) dari myASNB. Korang boleh klik ke butang LOG MASUK dan masukkan kata laluan sementara serta menukarkannya kepada kata laluan sendiri (password sendiri)



CARA-CARA BUAT ASB ATAU AMANAH SAHAM SECARA ONLINE

9. Tadaaaaa...TAHNIAH ! Anda selesai register online untuk akaun ASNB korang ! Lepas ni korang bolehlah CHECK ASB / ASNB ONLINE DI myASNB ye. Jangan lupa passoword, udah !

Di sini, korang bukan je boleh lihat akaun ASB korang je tau, kalau korang ada akaun ASN / ASW2020 / AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA atau lain-lain amanah. Korang dapat lihat kesemua akaun di my ASNB ni. Mudah, kan! 


Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, korang boleh direct berhubung dengan pihak ASNB di :

Telefon : 03-2057 3000