Showing posts with label Althea. Show all posts
Showing posts with label Althea. Show all posts

4 PRODUK DALAM KOTAK ALTHEA A'BLOOM : A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER, MASK MUKA, MERINGUE PUFF

4 PRODUK DALAM KOTAK ALTHEA A'BLOOM : A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER, MASK MUKA, MERINGUE PUFF - Selamat Hari Raya semua ! Sebelum raya / Syawal menjelma, mummy dah sesiap simpan stok barangan beauty / kecantikkan. Almaklumlahkan, nama pun raya ! Bukan je pakaian je nak cantik-cantik. Muka pun kenalah cantik juga ! Apa ? Barang kecantikan ni semua mahal-mahal? Iya, dulu mummy pun kedekut juga nak spend duit kat barangan kecantikan ni. Terasa mahal jugalah ! Tapi, bila dah kenal dengan jenama beauty ALTHEA dari Korea ni. Rupanya, tak mahal mana pun. Serius tau, tak mahal ! Tak percaya? Jom tengok satu persatu barangan ALTHEA mummy terima jauh dari negara Korea ni


4 PRODUK DALAM KOTAK ALTHEA A'BLOOM : A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER, MASK MUKA, MERINGUE PUFF




4 BEAUTY ITEMS DALAM KOTAK ALTHEA A'BLOOM aloh..aloh comei kotak depa. Siap tema raya gituuuu ! Pandai orang Korea ini ambil hati muslim !

kotak depa bungkus cantik ! 


Apa yang ada dalam KOTAK ALTHEA A'BLOOM ni? Dalam kotak ALTHEA A'BLOOM ini ada A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER, MASK MUKA yang di asaskan dari buah-buahan , Giant MERINGUE PUFF dan juga 3 pcs Baby Meringue Puff

MASK MUKA A'BLOOM DARI ALTHEA (RM2/1pc)





Mummy suka mask dari A'Bloom ALTHEA ini. Sebab semuanya ada fruit based ! Baunya pun , bau buah ! Sedap sangat ! Jom kita berkenalan dengan 4 masks dari A'Bloom Althea ini.

 A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright

A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright membantu untuk mencerahkan kulit kerana mengandungi Vitamin C dari Lemon dan Lime. A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright juga mengandungi double dose dari ekstrak limau dan kapur untuk menghilangkan bintik gelap.

A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright juga mengandungi teh hijau yang dapat mencerahkan kulit dan menenangkan kulit. 

Bahan utama A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright : Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah JerukCitrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis

A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi.



A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long

A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long mengandungi ekstrak tembikai dan ditambah dengan lavender untuk penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit. Buah tembikai mengandungi banyak air. Jadi ia membantu dalam menyuburkan kulit dan menenangkan kulit.

Lavender pula mempunyai bauan yang indah, memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan kulit.



A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me

A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me ini kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada faktor alam sekitar yang berbahaya dan mencegah wrinkles.

A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me mengandungi ekstrak avocado dan bunga raya ( Hibiscus Sabdariffa ) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.




A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach

A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach mask ini pula dapat membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif. Diadun dengan ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit serta melembutkan kulit.

A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach sesuai juga untuk kulit berminyak !




Sedapnya pakai mask A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach ! Terasa kulit lebih lembut dan lebih bermaya !


CARA GUNA MASK DARI A'BLOOM ALTHEA

Cuci muka terlebih dahulu. Kemudian pakai mask di wajah. Hindarkan di bahagian mata dan juga mulut. Biarkan selama A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach 10-20 minit di muka dan kemudian tanggalkan. 




Selepas itu, buat sedikit urutan di wajah dengan jari-jemari ajaib untuk bagi esen mask A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach sekata dan meresap dengan cepat

A'bloom Giant Meringue Puff (RM8/1pc)



Seterusnya, dalam kotak A'Bloom ALTHEA mummy ada Giant Meringue Puff. Di mana saiznya lebih besar berbanding baby meringue puffs. 

Fungsinya..boleh gunakan untuk meratakan foundation. Tak kira secara kering atau di basahkan. Jika di basahkan ianya akan menjadi besar sehingga 1.5x ganda.

A'Bloom ALTHEA Giant Meringue Puff ini bukan di perbuat dari span biasa. Ianya di perbuat dari material high density latex free foam. Lembut, kenyal dan tidak mudah koyak !



A'bloom Baby Meringue Puff (RM11/3pcs)



A'bloom ALTHEA - Baby Meringue Puff ini ada 3 pcs dalam 1 box. Sama seperti Giant Puff juga diperbuat dari latex yang berkualiti tinggi . Boleh di gunakan di kawasan mata, hidung dan celah-celah kawasan yang sukar di gunakan oleh span atau giant puff.


A'bloom ALTHEA - Baby Meringue Puff boleh di gunakan untuk meratakan foundation atau bedak 2 way cakes. Tak kira ketika A'bloom ALTHEA - Baby Meringue Puff basah atau kering.

Boleh tengok perbandingan A'bloom ALTHEA - Baby Meringue Puff gambar mummy di atas, ketika basah (membesar) dan kering

A'bloom BHA Blackhead Blaster (RM16)



Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster ini paling mummy suka dan tercari-cari ! Sebab apa? Sebab mummy nak nyahkan black head dan white head yang ada di muka mummy ni ha! 






Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster di reka untuk mengatasi masalah whitehead dan blackhead. Bentuk dia memang praktikal, dalam bentuk stick ala-ala lipstick tu kan. Korang pusing je, terus pakai. Boleh bawa je ke mana-mana. 



Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster mengandungi apricot seed powder bagi mengeluarkan sebum berlebihan dan tea tree oil yang dapat menenangkan kulit dan mencegah kerengsaan/kemerahan pada kulit.



Cara guna Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster . Hanya basahkan muka dengan air suam. Kemudian keringkan muka dengan tuala. Selepas itu barulah sapukan stick ini di seluruh wajah dan di hidung. Boleh juga urutkan rut wajah untuk beberapa saat dan kemudian barulah dibilas dengan air bersih.


Boleh di gunakan setiap hari kerana  Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster bersifat lembut dan tidak mencederakan kulit !



Tadaaaa...selepas memakai kesemua . Inilah hasil kulit mummy ! Nampak lebih sihat dan lebih bermaya, kan?



Dah, jangan tunggu lama sangat. Jom cepatkan dapatkan 1 kotak ALTHEA A'Bloom sekarang ! Untuk maklumat lanjut mengenai produk Althea boleh layari :-