Showing posts with label Aqiqah. Show all posts
Showing posts with label Aqiqah. Show all posts

MURAH JE AQIQAH DAIM NAUFAL DI TANAH SUCI MEKAH MELALUI AQIQAHCENTRE.COM

MURAH JE AQIQAH DAIM NAUFAL DI TANAH SUCI MEKAH MELALUI AQIQAHCENTRE.COM  - Selain letak nama anak lelaki yang baik. Islam juga menggalakkan kita melakukan ibadah akikah. Daim tak aqiqah lagi? Umur dah 3 tahun, bila nak aqiqah? Yes! Inilah masalah kami sekeluarga zaman berzaman. Dok fikir bab aqiqah Daim Naufal si bongsu kami ni ha. Banyak sebabnya kami delay aqiqah Daim. Bila daddy FREE, mummy tak FREE. Bila mummy FREE, daddy tak FREE pulok. Huhu susahnya nak dapatkan masa ! Selain masa, ada juga masalah lain. Hrm....nak cerita semuanya mau 3 hari, 3 malam tak habis hehehe. Sampai satu tahap, buat dengan aqiqahcentre.com aje lah ! Senang dan mudah.

MURAH JE AQIQAH DAIM NAUFAL DI TANAH SUCI MEKAH MELALUI AQIQAHCENTRE.COM 


aqiqah, aqiqahcentre.com,

Memula nak buat aqiqah secara online ni pun, ada masa was-was jugalah ! Macam -macam persoalan ada ! Entah betul ke tidak dorang buat aqiqah tu kan? 

Sehinggalah mummy berjumpa dengan aqiqahcentre.com! Tengok testimonial, tengok cara aqiqah dari mereka. Terus mummy on !


MASALAH NAK LAKSANAKAN AQIQAH


Bila mummy up di media sosial mummy tentang masalah kami lambat aqiqahkan Daim. Rupanya ramai juga kawan dan kenalan mummy yang belum sempat lagi lakukan aqiqah macam kami.

Rata-rata dari mereka mempunyai masalah aqiqah seperti berikut :-

  • Kambing Mahal
Masa aqiqah kan abang dan kakak Daim. Dhia dan Dzal. Harga seekor Kambing dalma RM650- RM800 sahaja. Tapi, beberapa tahun dahulu lah. 

Ye, mummy tak nafikan harga kambing di Malaysia sudah cecah RM1,000 seekor untuk aqiqah. Kalau anak lelaki, memerlukan 2 ekor kambing makanya lingkungan RM2,000 perlu ada.

Itu baru kambing tau ! Tak masuk lagi doorgifts, katering, sewa khemah, kerusi meja.

Fuh memang berpeluh nak mikior RM yang patut di keluarkan !
  • Susah (tiada tempat)
Masalah tempat ini, macam kami lah. Kita pun tahu, rata-rata yang duduk bandar ni, tinggal di rumah high rise seperti kondominium, apartment  dan rumah flat.

Nak buat majlis memang agak sukar dan sangat limited. 
  • Tiada masa
Hat masa ni pun , kami sendiri pun ada masalah nak pilih tarikh yang tepat dan semua FREE. Selalunya, tarikh yang best ni , ada je clash masa. Huhu tunggu..tunggu mahu sampai umur Daim sekolah kang tak di buat aqiqahnya 
  • Bayi dan Ibu
Ada setengah orang nak kejarkan masa-masa yang bagus dan kejarkan pahala pada umur anak 7,14,21 hari . Tapi kalau bayi jaunice / ibu ada komplikasi terasa susah nak kejarkan masa-masa tu untuk majlis aqiqah. Betul, tak?

Solusinya.... senang aje ! Tak perlu kita fikir masalah banyak-banyak. Jomlah kita aqiqah di aqiqahcentre.com

KENAPA AQIQAHCENTRE.COM ?


Kenapa mummy memilih aqiqah Daim dengan aqiqahcentre.com ? Ha...kalau korang nak tahu banyak sebabnya mummy buat aqiqah melalui aqiqahcentre.com . Antaranya adalah :-

aqiqah, aqiqahcentre.com

  • 100% Online (tak perlu keluar rumah)
Zaman serba moden ini, semuanya di hujung jari aje ! Tak ada masa, tiada tempat nak buat majlis, semua ini bukanlah masalah besar. Aqiqah dengan aqiqahcentre.com ini, kita boleh buat secara online.

Bermaksud, dari proses order dan bayar aqiqah kesemuanya secara online. Jimaylah masa, duit minyak dan tenaga kita.
  • Di buat di Tanah Suci Mekah
Aqiqah dengan aqiqahcentre.com ini di lakukan di tanah suci Mekah. Dan daging aqiqah kita itu akan di agihkan pada fakir miskin di sekitarnya atau di negara berdekatan dengannya.

Daim belum ada seru lagi ke Mekah, oleh itu kita aqiqahkan lah dulu di tanah suci Mekah. Amek aura orang kata hehehe.
  • Harga murah (mampu milik)
Harga aqiqah di tanah suci Mekah bersama aqiqahcentre.com ini mestilah mahal , kan? sebab jauh tu? 

Oh..itu tidak benar sama sekali dong ! Aqiqah di aqiqahcentre.com walau nun jauh di tanah suci Mekah. Harganya sangat berbaloi. Hanya RM499 untuk seekor kambing.

Ya...RM499 sahaja ! Murah,kan ?


aqiqah, aqiqahcentre.com

aqiqah, aqiqahcentre.com


  • Bukti sembelihan (video beserta sebutan nama anak)
Paling mummy suka buat aqiqah dengan aqiqahcentre.com ni. Sebab ada Bukti video persembelihan. Pihak aqiqahcentre.com akan emailkan Bukti video persembelihan aqiqah kepada kita. Dan dalam video tersebut terang-terangkan di sebut akan nama 

Untuk video, korang boleh tengok di Facebook dan Instagram mummy

  • Trusted 
aqiqahcentre.com ini juga merupakan trusted company. Mummy buat survey dan nampaknya ramai artis yang membuat korban dan aqiqah melalui mereka. 

aqiqahcentre.com juga sudah mengurus 21,000 sembelihan sejak 2014! 
  • FREE : Al-Quran Eksklusif 5,000 Terawal Sebelum 10 Julai 2020
Berita baik untuk pelanggan 5000 orang terawkal. Anda boleh milik alquran ekslusif. Jom tempah sebelum 10 Julai 2020! 


Aqiqah anak Daim Naufal


Kami sudah laksakan sunnah aqiqah anak kami. Korang yang belum buat aqiqah lagi boleh terus buat tempahan secara dalam talian di :


Untuk segala pertanyaan pula, korang boleh tekan je link ini : https://aqiqahcentre.yzza.io/kl84m/







AQIQAH DZAL AIDI FIQRY DAN DOA SELAMAT KE UMRAH

AQIQAH ONLINE vs AQIQAH OFFLINE - Sekejap masa berlalu , dah tahun 2020 dah. Ramai yang bertanyakan pada mummy tentang Aqiqah anak-anak kami. Mummy dedulu cari kambing untuk aqiqah adalah secara offline. Tapi kalau kata zaman sekarang ini, mummy prefer , cari online je. Bagi yang tercari-cari Aqiqah Online 2020 mummy cadangkan korang ke Aqiqah Centre ni. Senang dah sekarang ni nak buat Aqiqah, semua di hujung jari je, lelagi zaman Covid-19 ni. PPKP ? MOC semuanya terhad.

AQIQAH ONLINE VS AQIQAH OFFLINE


AQIQAH ONLINE VS AQIQAH OFFLINE. Entri ini adalah Aqiqah Dzal secara offline.. Fuh ! jenuh juga mencari kambing offline. Berjalan ke sana ke sini dari satu kampung ke satu kampung demi mencari kambing untuk Aqiqah Dzal. Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry tahun 2016 dan doa selamat Tok Mak, Tok Abah dan abang untuk ke umrah. Simpan entri satu hal, penyakit M pun satu hal. Ok lah..Sempena mood rajin datang ni. Mummy cepat-cepat story mory kisah Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry dan doa selamat. Yang sebelum ini, mummy ada teaser majlis persiapan aqiqah Dzal Aidi Fiqry di SINI

So, kalau tanya mummy sekarang, 100% mummy sokong aqiqah online hehehe


2 ekor Kambing Aqiqah Dzal Aidi Fiqry selamat dilaksanakan. Alhamdulillah


Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry dan doa selamat 


Percangan Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry dan doa selamat ini dah berbulan perancangannya. Dari survey kambing sampai la ke persiapan yang lain-lain. 

Berbalik pada Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry dan doa selamat kami mengadakan nya secara sederhana sahaja. Jika ada yang mummy terlepas jemput. Harap di maafi ye. Next baby insyaallah boleh lagi buat. Ada rezeki lebih, boleh buat lebh. Sesama doakannya.


MENU AQIQAH DZAL AIDI FIIQRY

Antara menu-menu yang ada majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry. Semua ini Tok Mak masak sendiri di bantu oleh jiran tetangga dan lain-lain.

 Beriyani Kambing

Rojak Buah

Ikan Masin Nanas Masak Lemak Cili Api


Dalca Sayur

Kambing Masak Merah

 Sambal Sotong dan Ayam Goreng

Jelatah / Pencuk / Acar Nanas Timun

SEPANJANG MAJLIS AQIQAH DZAL AIDI FIQRY






10 pagi Minum pagi dan Bacaan Yassin dari team Kg Melayu Subang



12 tengah hari makanan tengah hari di sediakan

Turut hadir Anak Yatim dan Asnaf dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari / Rumah Amal Kasih Bestari Kg Melayu Subang. Allah suka mummy melihat anak-anak kecil ini. Kelihatan ada kegembiraan di wajah mereka. Mungkin gembira dapat keluar outing. 

Kebanyakan mereka lebih gemar nasi putih berbanding nasi beriyani. 

4 round juga mummy masak nasi putih pada hari tersebut.









Gambar ini semua jemputan yang hadir dari surau Nurul Hidayah, sedara mara dan juga sahabat handai.

Baru perasan, gambar sekeluarga tak ada hehehe. Almaklumlah kan...triple busy. kami tak pakai perkhidmatan katering. Semua kami buat sendiri kenduri aqiqah ini.

Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar. Makanan minuman juga cukup buat semua tetamu. Terima kasih juga pada yang mendoakan kesejahteraan Dzal Aidi Fiqry.

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

Berbulan juga siapkan dan planning untuk Aqiqah Dzal Aidi Fiqry. Ada yang tanya, aqiqah baby baru ke? Huhuhu aqiqah baby tua ni, tapi masih belum baligh. Maka, masih ada tanggungjawab kami. Bila nak fikir bab aqiqah ini, kena juga tambah tolak kira-kira bajet semasa. Oleh kerana aqiqah ini, lebih afdhal di lakukan dengan duit dari bapa. Jadi, aqiqah Dzal Aidi Fiqry bergantung green light daddy.


Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry


Alhamdulillah, walaupun Dzal Aidi Fiqry dah berumur 2 tahun. Rezekinya aqiqah pada usianya itu. Masa Dhia Batrisya dulu, aqiqahnya ketika mummy dalam tempoh berpantang. Awal buat aqiqah Dhia Batrisya dulu. Mungkin rezeki Dhia Batrisya pada masa itu.

 
Kambing Dhia 3 tahun lepas ;)

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry
Kambing Dzal

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry
Door Gift dalam proses :)

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry
 kad jemputan untuk di edarkan pada kumpulan Yassin dan surau ;)

Oleh kerana kali ini, aqiqah anak lelaki. Maka 2 ekor kambing akan di aqiqahkan. Seperti biasa, kami suka aqiqahkan depan mata dan aqiqah di tempat sendiri. Dan masak sendiri juga nanti. Kolot ke? Tak,kan? Dari segi pemilihan kambing, kami nak pilih kambing sendiri dan melihat kambing itu.

Ketika penyembelihan kambing aqiqah juga nak bawa anak lihat depan mata juga. 

Mencari kambing aqiqah ni pun makan masa, dekat sebulan juga mummy dan daddy survey untuk kambing Dzal Aidi Fiqry

Antara tempat yang shortlisted ialah di Ijok, Keramat (tempat beli kambing aqiqah Dhia Batrisya) dan Hulu Langat.

Oleh kerana hujung minggu aritu, hujan dengan kerap. Kami ambil keputusan ke kandang kambing di Hulu Langat je.



Sampai di sana, daddy puas hati dengan kambing yang ada, harga juga agak murah dan pilihan kambing juga banyak.

Terus kami booking terus kambing aqiqah Dzal Aidi Fiqry.

Walaupun dah buat pendahuluan dan dah pilih kambing. Pihak penjual tetap berikan kelonggaran untuk kami menukar mana-mna kambing pada bila-bila masa.

Bagus,kan !

Sehari sebelum majlis, kami akan datang kembali untuk menyaksikan penyembelihan kambing aqiqah Dzal Aidi Fiqry.


Buat masa ini, inilah 2 ekor kambing aqiqah Dzal Aidi Fiqry telah di pilih. Bertanda oren.

Apa hukum aqiqah ini, ye? Jom kita tengok hukum aqiqah .

Hukum Aqiqah

Aqiqah hukumnya adalah sunnah muakkad, sekalipun orang tua dalam keadaan sulit. Aqiqah juga telah dilakukan oleh Rasulullah saw. dan para sahabat. 

Hukum aqiqah adalah sunnah mu’akkad dan seharusnya tidak ditinggalkan oleh orang yang mampu melakukannya.

Aqiqah bagi anak laki-laki afdhalnya dengan dua ekor kambing, namun dengan seekor kambing juga dibolehkan. Sedangkan aqiqah bagi anak perempuan adalah dengan seekor kambing.

Waktu utama aqiqah adalah hari ke-7 kelahiran, kemudian hari ke-14 kelahiran, kemudian hari ke-21 kelahiran, kemudian setelah itu terserah tanpa melihat hari kelipatan tujuh. Pendapat ini adalah pendapat ulama Hambali, namun dinilai lemah oleh ulama Malikiyah. 

Aqiqah asalnya menjadi tanggungjawab ayah selaku pemberi nafkah. Aqiqah ditunaikan dari harta ayah, bukan dari harta anak. Orang lain tidak boleh melaksanakan aqiqah selain melalui izin ayah. (Shahih Fiqih Sunnah, 2/382)

Imam Asy Syafie mensyaratkan bahawa aqiqah adalah untuk orang yang mampu. 

Imam Asy Syafie berpendapat bahawa aqiqah boleh di lakukan pada bila-bila masa. Namun disarankan agar tidak dibuat ketika sudah baligh. Jika aqiqah ketika sudah baligh. Maka, ianya tidak wajib di buat oleh bapanya atau orang tua. Tetapi, anak punya pilihan, boleh mengaqiqahi dirinya sendiri atau tidak. 

Dalam aqiqah ini mengandung unsur perlindungan dari syaitan yang dapat mengganggu anak yang terlahir itu, dan ini sesuai dengan makna hadits, yang ertinya: "Setiap anak itu tergadai dengan aqiqahnya." 

Sehingga anak yang telah ditunaikan aqiqahnya insya Allah lebih terlindung dari gangguan syaithan yang sering mengganggu anak-anak. Hal inilah yang dimaksud oleh Al Imam Ibunu Al Qayyim Al Jauziyah "bahawa lepasnya dia dari syaitan tergadai oleh aqiqahnya".

Aqiqah merupakan tebusan hutang anak untuk memberikan syafaat bagi kedua orang tuanya kelak pada hari perhitungan. Sebagaimana Imam Ahmad mengatakan: "Dia tergadai dari memberikan Syafaat bagi kedua orang tuanya (dengan aqiqahnya)"

Sumber : google 

Checklists sebelum dan selepas bersalin

Dari dulu hingga kini.

Nk bertunang ke nk kawen ke nk bersalin ke.
Pasti kami, somi isteri akan. Buat checklists & bidget. Klo xbuat checklists & budget.  Dah tentu melilau lilau perbelanjaannya nt. Yg penting dilupakan. Yg tak berapa penting di dahulukan (nafsu shopping,kan!!)

So, utk 2nd baby ni..mummy mcm malas2 aje. Checklists & budget xbuat. Tup2..tgk byk xsiap lg. Tp, alhamdulillah msh sempt mengejar planning.

Lgi2, dh tau tarikh nk buat ceaserian,kan!!

Antara checklists yg perlu:

Utk si baby
=========
*7helai bju siang & 7helai bj malam utk si newborn
* mittens & booties - pkai tang Dhia puye aje.
*barut & kain bedung - pakai yg Dhia puye juga.
*stok pempes
*stok penyimpanan susu ebm
*botol2
*alatan pencuci botol
*krim2 & minyak2.
* dan keperluan yg di perlukan.

Utk Dhia
========
*baju2 yg perlu
*baju raya (tetiba je raya kan!!)
*kasut raya ;)
* stok pampes
*stok makanan n minuman
*bju baru sket ;)

Utk mummy
=========
*mengurut
*set berpantang
*set pilis n param
*kos2 bersalin pn perlu utk budget. (Aim kelas kedua d Serdang nt)
*brgan yg perlu dlm berpantang (stokin, kain batik dsb - semua stok ade. Tak yah beli dah ;) kasi pack saje ;)

Slps bersalin
==========
*budget utk aqiqah, marhaban & cukur jambul.
*costing utk berhari raya. (Kuih raya, duit raya, kasut raya-eh nk kasut gak ke mummy ni!!, dan segala2nya ttg raya)

Kan!! Dh nk raya..pastinya persiapan pn kene buat. Nsb mummy abes pantang beberapa ari raya. Boleh la makan lemang, rendang, kuah kacang nt. Xde la terliur,kan. Hehehe

Bila daddy Dhia tye budget bpe RM nk kene standby. Baru la mummy terkial2 buat checklists ;)



Semoga segala yg di planning ini dpt berjln dgn lancar & sempurna. 

Kita hanya mampu merancang, tp DIA yg tentukan jua ;)

Aqiqah!!

14/4/13 Aqiqah Dhia Batrisya!!



Ini kambing saya!!