Showing posts with label Buntat. Show all posts
Showing posts with label Buntat. Show all posts

TRENDING BUNTAT, SIAPAKAH BUNTAT?

Adoi, poning baca status twitter dan facebook bebaru ini. Kisah BUNTAT yang sangat trending. Dah ler mummy pi bercuti layan anak-anak. Tak dop masa layan TV. Tertanya-tanya pulak pada diri sendiri siapakah BUNTAT tu... Apa yang menarik tentang BUNTAT tu.

TRENDING BUNTAT, SIAPAKAH BUNTAT?


TRENDING BUNTAT, SIAPAKAH BUNTAT?


Google dan google seperti biasa. Rupanya, BUNTAT tu dalam cerita drama 7 Hari Mencintaimu. Watak Buntat yang di lakonkan oleh seorang kanak-kanak adik Muhammad Ariff Abdullah berusia 12 tahun.

Menurut penerbit drama 7 Hari Mencintaimu, Datuk Ziela Jalil, beliau berasa gembira dengan sambutan hangat yang diterima malah turut memuji lakonan semula jadi adik Muhammad Arif.


“Alhamdullilah, saya seronok apabila mendapat tahu penonton tersentuh dan menyukai watak Buntat. Sebagai penerbit, saya mengagumi lakonan Adik Ariff kerana dia kelihat sangat semula jadi apabila berlakon,” katanya dipetikHarian Metro.

Nama Buntat menjadi trending di Twitter semalam berikutan babak kematiannya yang cukup menyentuh jiwa penonton dengan lakonan cemerlangnya.