Showing posts with label Cikgu. Show all posts
Showing posts with label Cikgu. Show all posts

5 THANK YOU TEACHER DIGITAL CARD

5 THANK YOU TEACHER DIGITAL CARD - Sedihkan ..bila kita kenang balik tahun 2020 ini, anak-anak bersekolah penuh pun lebih kurang 3 bulan je. Mac 2020 dah start PKP, kemudian di istiharkan PKPP. Masa PKPP ni, anak-anak dapat sekolah semula. Anak-anak seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan dan cikgu. Tapi, anak-anak di wajibkan memakai mask muka dan hand sanitizer juga antara barang wajib yang perlu di bawa ke sekolah. 

Dan, kemudiannya PKPB balik sehinggalah Disember 2020 ! Sesi persekolahan tahun 2020 pun dah nak tamat. Norma baru dalam sistem pendidikan tahun 2020. Anak-anak lebih kepada belajar secara dalam talian (online). Walau apapun, jasa guru tetap di kenang. 

Dan, tibanya hujung tahun macam ni, kita akan hargai jasa guru-guru yang mengajar anak kita. Selain cenderahati, kad fizikal , tak kurangnya kad terima kasih cikgu secara digital menjadi pilihan semua ibu bapa. 5 jenis thank you teacher kad 

5 THANK YOU TEACHER DIGITAL CARD



KAD TERIMA KASIH CIKGU ! Mana-mana ibu bapa yang kekangan masa nak buat kad ucapan secara digital dan tak ada idea nak buat kad ucapan terima kasih secara digital. Bolehlah save terus dari blog mummy ni, ye !

Hanya 5 jenis kad terima kasih cikgu sahaja semopat mummy tepekkan di blog mummy ni. Dan, semua kadi digital terima kasih cikgu ini mummy tak letakkan watermark mummy. Gunalah dan save lah ye ! Mummy halalkan semuanya.



Dan, panjang-panjangkanlah pada yang lain. Moga pahala sedekah kita berterusan dan berpanjangan. Amin..




Untuk mummy, mummy pakai pink ni. Cantik,kan? Pilihan Dhia semestinya pink. Mummy tak send secara digital sahaja. Tapi.. mummy siap-siap printkan kad ucapan terima kasih ni berserta dengan sedikit cenderahati.

Cenderahati ini mahal ke? Nak mahal ke nak murah ke semua ada, korang boleh layari ke :  https://shopee.com.my/urbanshops kalau korang ada nak buat gift kepada cikgu-cikgu anak korang


HADIAH UNTUK HARI GURU - CIKGU TADIKA DAN CIKGU MENGAJI

HADIAH UNTUK HARI GURU - CIKGU TADIKA DAN CIKGU MENGAJI : Walaupun hari guru jatuh pada bulan Mei. Rata-rata banyak sekolah yang dah Sambut Hari Guru awal, yakni sambut Hari Guru pada bulan ni. Mungkin kerana, bulan depan kita dah Sambut bulan Ramadhan, bulan PUASA. 

Sekolah anak-anak kami pun sambut awal untuk Hari Guru, iaitu pada 3 Mei 2019 (Jumaat).

HADIAH UNTUK HARI GURU - CIKGU TADIKA DAN CIKGU MENGAJI


Eh.. Mummy tak siapkan hadiah lagi ke untuk Hari Guru? Hehe...Ada je, standby hadiah. Tapi, mummy kalut jugak lah.. nak siapkan hadiah hari guru. 

Walau hakikatnya, mummy ada je simpan hadiah extra kat rumah. Standby kot-kot ada birthday yang tetiba , mummy dapat jemputaan secara mengejut, wedding invitation atau apa sahaja untuk majlis mengejut. 

Bila ada 3 guru untuk 2 orang anak. 6 hadiah perlu di siapkan  

Walau hadiah dah sesiap standby, mummy terlupa akan paper bag atau sampul hadiah pulak. 

Dalam mencari bebarang tu, tetiba tangan mummy gatai pi tambah lagi hadiah. Ye lah, Ramadhan pun nak dekat. So, macam tak best pulak kalau tak bagi kurma. 

Padahal bukan kurma je, memacam lagi lah mummy tambah hehe. 

HADIAH HARI GURU MERANGKAP PUASA UNTUK GURU MENGAJI ANAK-ANAK




Guru mengaji bebudak ni, jiran Tok Mak, kiranya tak jauh dari rumah. Nenek Ju panggilannya untuk anak-anak kami. 

Hadiah Hari Guru untuk guru (nek Ju) mengaji ni. Mummy siapkan 2 versi. Satu dari Dzal Dan satu lagi dari Dhia. 

Apa dalam paper bag Dzal? Dalam paper bag Dzal ada sebungkus buah kurma dan brooch raya. 

Paper bag je sama design, Tapi isi dalam tu tak sama dari Dhia Dan Dzal.

Paper bag tu, mummy beli terus 6 pcs. Kekonon nak nampak sekata sedondon lah hehe. 

Tag paper bag.. aka kad ucapan Hari Guru pula.. mummy DIY kan je, pakai color paper dan tulis tangan. 




Mood Dhia masa ni, tak OK. Baru bangun tidur. Penat katanya.. Tapi, mengaji tetap nak pergi jugak tu.. 

Tu yang belasah je, baju..tudung tak bergosok.. Renyukkkk! 

Dhia ni, mengaji mesti nak pakai baju kurung. Walau dah lewat nak mengaji sekali pun. Tetap nak pakai baju kurung. 

Hadiah Dhia pula, untuk guru mengaji (nek Ju) ada jubah raya dan juga sampul duit raya. 

Consider hadiah all in one gitu. Hari guru, Ramadhan dan Syawal terus. Senang! 

HADIAH HARI GURU UNTUK CIKGU TADIKA


BROOCH Murah beli : SINI


CIKGU Tadika bebudak ni sebenarnya ada 1 je. Satu lagi ialah pembantu Tadika. Tapi, panggilan kat sekolah cikgu jugalah. 

Hadiah Hari Guru dari Dzal untuk cikgu Ida dan Cikgu Ina ialah buah kurma dan brooch. 




Hadiah dari Dhia untuk guru TADIKAnya pada hari guru ialah fridge magnet, sampul duit raya dan juga photo book.

Kesemua gambar photo book dan fridge Magnet untuk hadiah ni, adalah gambar memori Dhia bersama-sama cikgu ketika Dhia 5 tahun. 

Boleh lah...nanti cikgu simpan buat kenangan. 

So... Tak susah pun.. sebenarnya beli hadiah untuk hari GURU ni. Lelagi, hari guru kali ni.. dah nak dekat dengan bulan Ramadhan dan Syawal. Hehe

Ada juga mak pak yang pandai dengan DIY dan buat bajet hadiah hari guru dengan hasil tangan sendiri. 

Semua hadiah untuk cikgu...mereka DIY kan. Kreatifff  

Mummy ? Erm.. Kali ni . beli aje lah. Mummy sebenarnya pun, kekangan masa.. tak dan lah nk DIY. Kad ucapan kat paper bag tu je lah yang sempat DIY  

BTW, Selamat Hari Guru buat semua!!