Showing posts with label Clarks. Show all posts
Showing posts with label Clarks. Show all posts

Murah Oiii Clarks Kat Mitsui Outlet

Murah Oiii Clarks Kat Mitsui Outlet - Lepas shopping kasut daddy baca di : www.azlindaalin.com/2019/01/bila-suami-shopping-kasut-timberland-kat-mitsui-outlet.html misi seterusnya, daddy nak cari selipar. Lama betul pakai selipar crocs yang sekarang ni..  untuk jalan-jalan dan basahan. Beli kat Mitsui Outlet jugak tu, tahun 2017. Dah masanya... Daddy nak cari selipar lain. Tempat yang sama juga kami p cuci mata di Crocs Mitsui Outlet jugak. Tapi non hado yang berkenan di hati daddy kat Crocs tu. Ternampak pulak Clarks, selipar Clarks ni bukan murah.... harga memang tahap RM300 ke atas (harga asal). Alhamdulillah, nasib baik designnya ada yang bg daddy berkenan. Tak perlu usha kedai lain untuk cari selipar dah hehehe. Rembat selipar Clarks aje.

Baca juga : Shopping di Mitsui Outle


Murah Oiii Clarks Kat Mitsui Outlet


Murah Oiii Clarks Kat Mitsui Outlet - Lepas shopping kasut daddy baca di : www.azlindaalin.com/2019/01/bila-suami-shopping-kasut-timberland-kat-mitsui-outlet.html misi seterusnya, daddy nak cari selipar. Lama betul pakai selipar crocs tu untuk jalan-jalan dan basahan. Beli kat Mitsui Outlet jugak tu, tahun 2017. Daddy nak cari selipar lain. Cuci mata di Crocs Mitsui Outlet jugak. Tapi non hado yang berkenan di hati. Ternampak pulak Clarks, selipar Clarks ni bukan murah.... harga memang tahap RM300 ke atas (harga asal). Alhamdulillah, nasib baik designnya daddy berkenan. Tak perlu usha kedai lain untuk cari selipar dah hehehe. Rembat selipar Clarks aje.  Baca juga : Shopping di Mitsui Outlet   Murah Oiii Clarks Kat Mitsui Outlet

Daddy tengok harga selipar Clarks lepas diskaun RM90 je dari RM300 lebih (dekat RM400 ). Terus offer kat mummy juga (design lain..tak sama design daddy) . Memula mummy rasa macam tak nak. RM90 ko..selipar semata. Baik beli selipar kat kedai RM2 je. Jimat banyak.

Daddy sound balik, kaki awak tu dah tak boleh pakai selipar yang tak selesa. Kang lutu sakit la, jari kaki cramp lah. Selipar Clarks ni selesa.

Dalam hati betul juga, dalam 3 minggu ni p kerja(kalau tak ada meeting) memang mummy pakaai kasut Sketchers je. Alhamdulillah kaki tak sakit, jari tak cramp dan lutut pun tak sakit.

Lagi pun, daddy lanje kan...hehe

Murah Oiii Clarks Kat Mitsui Outlet ! Rugiii lah kan tak amek satu !

Murah Oiii Clarks Kat Mitsui Outlet - Lepas shopping kasut daddy baca di : www.azlindaalin.com/2019/01/bila-suami-shopping-kasut-timberland-kat-mitsui-outlet.html misi seterusnya, daddy nak cari selipar. Lama betul pakai selipar crocs tu untuk jalan-jalan dan basahan. Beli kat Mitsui Outlet jugak tu, tahun 2017. Daddy nak cari selipar lain. Cuci mata di Crocs Mitsui Outlet jugak. Tapi non hado yang berkenan di hati. Ternampak pulak Clarks, selipar Clarks ni bukan murah.... harga memang tahap RM300 ke atas (harga asal). Alhamdulillah, nasib baik designnya daddy berkenan. Tak perlu usha kedai lain untuk cari selipar dah hehehe. Rembat selipar Clarks aje.  Baca juga : Shopping di Mitsui Outlet   Murah Oiii Clarks Kat Mitsui Outlet

Ada warna hitam, putih dan hijau. Tapi oleh kerana hijau tinggal sepasang je. Saiz pulak ngam. Mummy pilih hijau.

Jangan jadi mak kau hijau pulak, udahhh !

Harga selipar Clarks mummy RM376, lepas diskaun dapat RM90 je. Dia tulis situ limited time. Time kami pergi tu agaknya tetiba harga turun lagi kot. Rezekiiiii
Murah Oiii Clarks Kat Mitsui Outlet - Lepas shopping kasut daddy baca di : www.azlindaalin.com/2019/01/bila-suami-shopping-kasut-timberland-kat-mitsui-outlet.html misi seterusnya, daddy nak cari selipar. Lama betul pakai selipar crocs tu untuk jalan-jalan dan basahan. Beli kat Mitsui Outlet jugak tu, tahun 2017. Daddy nak cari selipar lain. Cuci mata di Crocs Mitsui Outlet jugak. Tapi non hado yang berkenan di hati. Ternampak pulak Clarks, selipar Clarks ni bukan murah.... harga memang tahap RM300 ke atas (harga asal). Alhamdulillah, nasib baik designnya daddy berkenan. Tak perlu usha kedai lain untuk cari selipar dah hehehe. Rembat selipar Clarks aje.  Baca juga : Shopping di Mitsui Outlet   Murah Oiii Clarks Kat Mitsui Outlet

Pada sesapa nak cari kasut ke selipar yang branded tapi harga tahap mampu milik. Mummy suggests korang pi Mitsui Outlet Sepang. Serius.... murah sangat-sangat  berbanding butik biasa kat shopping mall tu. 

Mummy berani kerat jari diskaun paling banyak pun 30% je (tu pun selected) dan last pair pulak, memang boleh la dapat 50% tapi last pair lah (kalau ada saiz,..bernasib baik..kalau tak bernasib baik..cuci matoo aje lah) !

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Tetiap Tahun Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut AnakKalau kasut pilihan untuk anak-anak, memang daddy sangat particular. Selalunya, memang setiap tahun daddy peruntukan sepasang kasut clarks untuk Dhia dan Dzal. Kasut Clarks ni, tahan lama, selesa kalau berjalan lama dan kalau berlari pun tak licin.

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak


Awal tahun lagi daddy dah ngatkan mummy untuk survey kasut anak-anak. Daddy tak nak kasut raya anak last minit beli nanti ada masalah macam tak ada saiz lah, tak ada pilihan lah. 

Mummy dan daddy tak pe...tak berkasut raya pun ok. Kasut lama masih banyak. Kaki pun tak membesar mana.

Anak-anak ni, setiap tahun kaki membesar lebih kurang 2 saiz. Walaupun, setiap kali beli kasut kami belikan besar 1 saiz (nak jimat untuk pakai lama?

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Sabtu aritu daddy kerja, tak balik. Biasalah kalau projek tengah jalan ni. Jadual daddy bekerja, kadang-kadang sampai pagi. 

Demi untuk keluarga dan anak-anak. Mummy ok je..bab kerja daddy memang tak kacau sangat.

Berbalik pada hari daddy kerja pagi (lebih kurang dekat 24 jam gak la kena kerja). Tetiba daddy whatsapp mummy, tanya pasal kasut anak-anak. 

Mummy memang malas nak ke shopping mall kalau daddy tak ada. 

Tapi, bila daddy kata nak bank in duit untuk pi shopping. Terus mummy automatik jadi yakin nak shopping dengan anak-anak tanpa daddy.

Hahaha dasar perempuan kan..bab shopping laju je. Walau hakikatnya, nak beli barang anak-anak. 

Mummy dapat window shopping pun, dah rasa bahagia gilaaa...dah

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Konon-konon nak buat gaya macam iklan drama Isteri Tuan Ihsan pegang paper bag banyak-banyak.

Dasar budak drama...memang macam ni 😅

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Muka cebek...ala-ala tak dapat shopping banyak-banyak

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Ni pulak muka happy dapat shopping pada harga sales kat Clarks.

Mummy pun suka gak. Mana nak dapat 30% diskaun kat Clarks.

2nd pair je pun dapat 30% diskaunnya. Tapi, mummy dah happy gilerr.

KASUT CLARKS SALES - CLARKS 2ND PAIR AT 30%


Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Pilihan kasut untuk anak-anak. Dorang ni, dah ada taste tersendiri. Kami memang bagi dorang belajar buat keputusan sendiri.


Mummy pilih design ni untuk Dzal harga agak murah berbanding kasut lain.

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Dhia pula, minat kasut ini. Entah kali ini, cepat pula Dhia buat keputusan.

Selalunya, Dhia lah orang paling lama pilih barang. 

Tetiap Tahun, Clarks Pilihan Wajib Untuk Kasut Anak

Untuk Dzal Aidi Fiqry, akhirnya. Ini lah kasut pilihan muktamad. Ada gambar train tepi tu. Comel je ...

Alhamdulillah..syukur. Siap dah persiapan kasut anak-anak yang bertemakan grey. 

SERVIS KEDAI CLARKS DI AEON SHAH ALAM TERBAIK !


Mummy 1st time ke Clarks AEON Shah Alam. Dalam banyak-banyak kedai kasut Clarks. Mummy rasa, staff di sini paling the best. Peramah, siap tolong test dan bukakan kasut lama anak-anak.

Padahal kami datang dengan baju sememeh je. Tau kan sememeh tu apa? 

Anak-anak pun pakai baju tidur. Dengan Dhia berselipar jepun je.

Kalau butik tempat lain..tengok kita pakai cenggini. Haram nak layan, kan !