Showing posts with label Deepavali. Show all posts
Showing posts with label Deepavali. Show all posts

DEEPAVALI 2019!

Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Kemahen cuti Deepavali kali ni. Cuti panjang sangat-sangat ni. Korang ke mana tu? Mummy tak berjalan jauh kali ni. Hanya lepak rumah tok mak as usual dan jalan-jalan dalam Selangor aje. 

Musim hujan petang sekarang ni, so decided tak plan nak ke luar Selangor. Tahu je lah, kalau cuti panjang je. Mesti jem. Lagilah musim hujan kan. Bertingkek lah jem nya tu ham

Dah faktor umur kami laki bini, memang tak larat nak hadam jem sangat. Kesabaran tak terlalu tinggi, badan pun mudah letih. 



Pada semua kenalan mummy yang beragama Hindu. Happy Deepavali di ucapkan. Pada yang beragama lain, selamat bercuti dan Selamat kembali bekerja. 

Hehehe tak sambut Deepavali pun, sambung cuti lama ye korang hihi

Meraikan Deepavali 2017 Bersama Jiran Tetangga

Meraikan Deepavali 2017 Bersama Jiran Tetangga . Lama tak jumpa jiran sorang ni. Berbulan-bulan juga, dari mummy bersalin sampai dah habis pantang. Ingatkan jiran India mummy ini, dah pindah ! Rupanya, dorang balik India selama 3 bulan.

Dhia Batrisya tu, dah rindu nak main dengan kawan-kawan (jirannya). Bila, Dhia dapat tahu yang jirannya dah balik dari India. Suka yakmat Dhia tu.

Meraikan Deepavali 2017 Bersama Jiran Tetangga

Meraikan Deepavali 2017 Bersama Jiran Tetangga

Dah jumpa, ni. Terus sambut, Deepavali sesama. Mummy berikan sebotol cookies untuk jiran, ni. Di balasnya pulak, muruku, kuih goyang dan mutton curry. Terima kasih jiran,ku ! Hehehe 


Meraikan Deepavali 2017 Bersama Jiran Tetangga

Meraikan Deepavali 2017 Bersama Jiran Tetangga

Meriah dekorasi Deepavali , kreatifnya dorang ni. Boleh melukis dan taburkan serbuk warna-warni mengikut lukisan ! Kalau mummy, memang haram tak jadik. Hehehe tangan tak berseni, mummy ni.

Meraikan Deepavali 2017 Bersama Jiran Tetangga

Rohan, Dzal dan Dhia

Meraikan Deepavali 2017 Bersama Jiran Tetangga

Rohan, Nisha dan Dhia

Dulu-dulu, masa Dhia kecil. Susah nak terangkan perayaan yang ada di Malaysia. Dhia suka tanya. Deepavali tu apa? India tu apa? 

Sekarang Dhia dah berumur 4 tahun. Mummy pun dah berikan Dhia exposure sedikit demi sedikit. 

Alhamdulillah sekarang ni, Dhia dah mengenali beberapa perayaan di Malaysia. 






Video Web FIlem "I Am Muniandy" Dari Petronas Sempena Perayaan Deepavali

Sambutan Deepavali akan dirayakan oleh penganut agama Hindu pada hari esok iaitu 29 Oktober 2016. Deepavali merupakan antara perayaan terbesar di Malaysia juga selain perayaan Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Natal, Raya Aidiladha dan lain-lain.

Juga merupakan hari cuti umum. Bab cuti umum ni paling ramai suka.Termasuklah mummy sendiri. hehehe


Video Web FIlem "I Am Muniandy" Dari Petronas Sempena Perayaan Deepavali


Video Web Filem "I Am Muniandy" Dari Petronas Sempena Perayaan Deepavali 


Sempena perayaan Deepavali ini, mummy terharu saksikan video Web Filem dari Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang bertajuk "I am Muniandy". Mesej yang di sampaikan dalam video berdurasi 3 minit 16 saat itu membuatkan mummy rasa bangga dan terharu.


I Am Muniandy dan Sahabat


Pada awalnya, mummy dapat melihat dan perspektif sikap orang ramai yang memandang negatif luaran seseorang. Hakikatnya, Muniandy dan rakannya mahu membuat kebajikan di rumah orang tua. Betul kata pepatah English, "Dont Judge Book By Its Cover'.

Dalam menyambut perayaan Deepavali, warga Malaysia sepatutnya saling peka dan hormat menghormati perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita. 

Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat kita lebih bertimbang rasa terhadap orang lain. 

Semoga cahaya ini, menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individu dan warga Malaysia. 

Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman dan sifat bertimbang rasa yang tinggi. 

Video I Am Muniandy di Youtube



Di sini, mummy mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada semua penganut agama Hindu dan selamat bercuti pada yang bercuti.