Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Pencuci Botol Susu Tollyjoy


Orang kata breastfeed ni mudah, selak je untuk susukan anak. Memang mudah sebenarnya pun. Tetapi, kalau mak-mak yang bekerja haruslah kene pam susu. Buat simpanan susu badan. Dan, kene juga lah cuci botol-botol susu. Kadang-kadang simpan juga dalam plastik susu simpanan EBM. Susu badan ni pun berlemak-lemak. Kalau nak cuci botol susu simpanan EBM ni kene cuci bersih-bersih. 

Susu EBM Stok Ramadhan


Lagi beberapa hari sahaja kita akan bertemu dengan Ramadhan. Pastinya ibu menyusukan anak seperti saya akan menyiapkan stok simpanan susu EBM untuk anak. Tak pernah give up menyusukan anak. Tak kira bulan puasa atau pun bulan tak puasa. Saya siapkan 2oz pek setiap plastik selepas sessi mengepam susu badan. Supaya senang nanti nak ambil dan di bawa ke rumah pengasuh. Pengasuh pun senang kerja keluarkan satu persatu pek plastik susu EBM.



Pertama kali saya mencuba plastik susu EBM dari Jingle Jungle. Best juga plastik ni. Tebal pun tebal, BPA Free dan pre- sterilize. Suka guna plastik susu EBM sebab jimat peti sejuk rumah dan juga rumah pengasuh. 


Cara menyimpan susu perahan EBM

Menyusukan badan untuk anak adalah satu perkara tak terungkap bagi saya. Saya seronok membuat susu perahan, EBM untuk anak saya. Ada yang nk tahu cara menyimpan susu perahan EBM? Saya kongsikan dari bahan bacaan saya dan pengalaman hampir 2 tahun saya menyusukan anak2 saya serta cara saya membuat stok susu perahan EBM. 

1. Penyimpanan susu perahan EBM untuk 5 hari.

Saya memerah susu perahan pada jam 10 pagi dan 4 petang (waktu bekerja). Waktu rehat saya balik rumah, direct bfeed anak2.

Dan, jika saya menyimpan susu perahan di peti sejuk 1 pintu (opis) ianya bertahan selama 5 hari. 

Tetapi, saya bawa balik susu perahan hari2 ke rumah. Samada untuk di minum hari yang sama atau pun esok harinya. 

Jika ada stok lebihan susu perahan, baru lah saya simpan susu perahan di peti sejuk bahagian atas (peti sejuk 2 pintu - beku). Boleh lah susu perahan bertahan 3-4 bulan.



Jadual Cara Pengurusan Stok Susu EBM
2. Penyimpanan susu perahan di opis (jika tiada peti sejuk) - 24jam
Tahun lepas saya tiada peti sejuk d opis. So, saya menggunakan cooler bag dan 3  ice pack untuk menyimpan susu-susu perahan saya. Ianya bertahan untuk 24jam. Ice pack tu saya bekukan dalam masa 8jam sehari (mlm - di rumah).


3.  Penyimpanan susu perahan yang beku.
  • botolkan atau simpan susu perahan EBM di dalam plastik khas.
  • labelkan tarikh dan masa setiap pek susu perahan EBM .
  • sesudah cairkan susu perahan yang beku. Tidak boleh di bekukan susu perahan EBM kembali.




4. Penyimpanan susu perahan yang di campur pada waktu berlainan. 
Saya tidak mencampurkan susu perahan EBM saya kecuali jika ianya di pump pd waktu yang sama (double pumping- masukkan ke dlam plastik EBM)

Tahun lps saya packingkan susu perahan EBM  2oz atau 3oz setiap beg plastik. Senang sekali pakai je. Tak terbuang susu perahan EBM tu nanti.


5. Penyimpanan susu perahan yang tidak habis diminum.
Saya akan menunggu sehingga 3-4 jam susu perahan EBM untuk di berikan kepada anak saya. Saya biarkan susu perahan EBM saya berada di suhu bilik sahaja.

6. Mencairkan susu perahan yang beku.
Cara saya memanaskan susu perahan EBM adalah menggunakan botol warmer. tapi anak kedua ni menggunakan botol MAM bontotnya agak besar, maka saya hanya rendam ke dalam mug (yg diisikan air panas).

Susu susu perahan EBM TIDAK BOLEH di cairkan dgn;-
  • memanaskan susu perahan EBM di atas dapur
  • menggunakan microwave.


7. Cara menggunakan susu perahan EBM.
  • Gunakan susu perahan EBM paling lama dalam simpanan
  • Saya mendapat susu perahan EBM 12oz sehari. 6oz susu perahan EBM untuk di bekukan dan 6oz susu perahan EBM lagi saya suka bagi untuk hari yang sama.
  • Susu perahan EBM beku - bawa turun susu perahan EBM ke pintu peti sejuk bah bawah. Esok baru guna (saya gunakan susu perahan EBM dalam masa 24 jam)







Ini lah antara tips susu perahan EBM dari bf mom untuk kedua-dua anak saya ;)
Enjoy breastfeeding uols!!


Rujukan:-




: Jom Chit Chat :
COD: Kajang / Cheras/ Subang
fb: http://www.facebook.com/UrbanMummy1
012-6460421
nurazlindaazman@gmail.com
pinky-lynn.blospot.com

Cara memperbanyakkan susu ibu

Alhamdulillah, rezeki dariNYA untuk keluarga kami. Dapat saya memberikan susu badan kepada anak-anak saya. Kepada yang nak tips memperbanyakkan susu badan. Disini saya share tips memperbanyakkan susu badan daripada pengalaman saya selama beberapa tahun ini.


1. Air masak 3 liter sehari.
Yup, saya kerap minum air masak untuk memperbanyakkan susu badan. Kalau tak minum pun, tekak mmg akan kerap dahaga. Sebab kita nk keluarkan susu kan?








2. Piramid makanan yang seimbang.
Pola piramid makanan juga mempengaruhi memperbanyakkan susu badan terutamanya protien, sayuran, buah-buahan. Tiga benda ni mmg memainkan peranan dalam penghasilan susu badan.

Sayur tu kene pilih juga. Jgn mkn yg berangin. mau kembung perut anak tu nanti. Saya suka sawi, kailan, carrot.

Untuk protien, pada peringkat awal tu saya ambil ikan (yg tak bisa / gatal). Bila agak2 luka pembedahan dah berumur sket, kita barulah berani mkn ayam.

Buah-buahan fav saya, apple, orange. Kongsi sekali dengan anak ;)





                       
3. Makanan kudapan.
Bila menyusukan nak ni, kudap2an pun kene pilih yg berkhasiat gak. Tapi, kdg2 langgar pantang mak nenek juga daku ni ;)

Kudapan terbaik memperbanyakkan susu badan tentulah, susu, badam, kismis dan kurma.


Selain itu, boleh la buat air ala-ala lai chee kang untuk memperbanyakkan susu badan. Resipi mcm gambar di atas :-
  • 10 biji kurma merah
  • 16 bji buah longan kering
  • sedikit halia
  • gula batu
  • daun pandan (untuk wangi)






4. Double pump / tandem
Untuk memperbanyakkan susu badan. Saya mmg menggunakan double pump untuk mengepam susu perahan EBM. Mmg lain, berbanding pam single sesi.
Di rumah pula kerap tandem. Sebelah untuk si kakak dan sebelah lagi untuk si adik ;) 






5.Demand and Supply
Menyusukan anak pun kene ikut permintaan mereka untuk memperbanyakkan susu badan. Kalau setengah jam sekali mereka mintak, kene lah bagi. Dimana ada permintaan tinggi, disitu datangnya stok susu ibu yg byk hehe.

Untuk waktu bekerja, kene konsisten mengepam 3x sehari sekurang-kurangnya. Saya hanya 2x pam sahaja sb lunch hour balik menyusukan anak2 secara direct. 

Benda ni pun kita kene share dgn suami supaya mereka faham. Kdg2 ada suami yg ingatkan bini nya ddk dlam bilik tak keluar2 nk mengular dr buat kerja2 rumah kan!! 



6. Bahan bacaan.
Saya juga tambahkan ilmu dengan bahan bacaan untuk memperbanyakkan susu badan.




7. Berdoa
Perkara utama untuk memperbanyakkan susu badan ialah dengan berdoa dan niatkan didalam diri supaya Allah cukupkan susu untuk kedua-dua anakku.

8. Jangan Stress.
Susu badan banyak atau sedikit keluar, jangan stress. Keep do on ur job. Bak kata org putih ;) Jika stress ianya mmg boleh merundum. So, kene bersabar sket ye sayang2 ku!!


8. Suplemen
Selain itu, saya juga mengambil suplemen untuk diri saya sbb saya nk susu yg dihasilkan itu diukur berdasarkan kuantiti sahaj tetapi berkualiti.



Saya agak sibuk, kekadang piramid makanan itu tak sempat nak di jaga. Jadi, ini adalah salah satu penyelesaiannya untuk memperbanyakkan susu badan.


Selamat mencuba tips2 memperbanyakkan susu badan dari saya. Jika ada yang nk berkongsi sama, boleh hubungi saya seperti yg tertera di bawah ini.

: Jom Chit Chat :
COD: Kajang / Cheras/ Subang
fb: http://www.facebook.com/UrbanMummy1
012-6460421
nurazlindaazman@gmail.com
pinky-lynn.blospot.com

Selasa Macam Isnin

Sekejap sahaja dah hari Selasa, tapi terasa seperti Isnin. Sebabnya semalamkan cuti raya haji ;) kemalasan tetap melanda nk bekerja. Biasalah anak2 menangis bila mummy bersiap2 nk g kerja. Apakan daya!! Tu nasib lah opis dpn rumah aje. Kalo nun jauh di sana. Ha, acaner tu?



Seperti biasa, kasi top up energy dulu. Dedulu sebelum kenal Shaklee mesti pepagi amek nescafe. Sekarang, tak lagi. Kita amek Peformance drink (PD) minum sesejuk. Sdap!! Mcm air fresh oren yang kurang manis. Manis2 buah aje.Pekena air sejuk2 pepagi sbb naik tangga berpeluh dan panas hehehe gitew!! Pagi ni maleh le rerasana nk amek ESP sbb nk telan vitales teruih. So, amek PD, B complex dan Vitalea. Kasi energy kedambom!! 

Energy keno adolah kan. Memalam tu bkn tido lena sangat2, kejap susukan si kakak, kejap lg susukan si adik pulak. Dah ler memasing tidurnya tu kul 12 tgh mlm. Tp, nk menidurkannya dr 10mlm. Mummy dok df yg tu berejam2..last2 tak tidur gak. So, kasi df yg sorang lg. pun sama. Last2 korang tidur kul 12 gak kan. 2 jam mummy tu cenggitu sahaja la ;)


Kekdahnya peti ais ofis dah jadi mcm peti ais sendiri. EBM ku di sana. PD pun kasi simpan fridge bg tahan lama dan texturenya cantik. Chocolate pun ado utk kudap2an katanya hehehe

Meh rajinkan diri buat EBM


Rutinku..
Untukmu..

Rajin sangat ke buat EBM, mummy oiii?

hahaha 
nak taknak nak tak nak.

Mesti, pasti dan harus kene GAGAH!!

Bukan dapur rumah saya, ini dapur opis saya ;)

Tak susah pun buat susu EBM.

1. Bila nk poo-poo, pee2 atau nk g basuh tangan / basuh pinggan / basuh mug.

2. Singgah sebentar ler port ngepam tu,kan.

3. Ini la dapur opis yg cunz tu..port ngepam katanya. kalah rumah iols tau ;)

4. Ok. nK buat susu EBM. Amek corong botol dan botol2 susu tu. Sambungkan ke tiub getah mesin pam susu.

5. Psg suis, on!!

6. Lps settle tu bungkus2 dlm plastik simpanan EBM (masa utk jimatkan space). Saya pilih plastik simpan susu EBM dgn autumn brand je hok 12oz tu ;)

7. Masukkan dlm fridge. Simpan!!

8. Dah settle pun buat EBM

9. Lps tu. Boleh tunaikan hajat lain pulak ;)

Senang tak? Susah ke buat EBM tuh?

Pam elektrik tu, mmg daku tinggalkan je kt opis. 
Tak kose nk hangkut ulang alik.

Erm...Nampaknya peti ais rumah tu mcm xmuat je nk simpan susu EBM.
Oleh krn kami xbeli2 lg chest freezer, apa kata kita simpan EBM dlm fridge ofis aje.

hehehe..JIMAT lagi 1 kes! ;)

Bak kata bos,' Office is our home'.

ok!! home sweet home
gitew ;)






hari hari ku


Setiap mlm..ai akan siap kan 2oz EBM setiap pek. Memudahkan mak nk panaskan susu. So, 1pek sekali pakai. Xde la mak nk confuse2 sukat susu pd Dhia nt hehehe


Buat masa ni, lunch time ai akan balik rumah sb nk bg Dhia direct bf. dhia pn bkn pandai sgt isap botol tu. nt lelama dia da ok. Mommy bg stok EBM byk sket.

Skrg, hanya pass pd mak 6oz je. Tu pn Dhia xpnh nk abes kan 2oz skali minum. 

Pandai dak kecik ni. Minum sket trus tido je. Huhu. Tido sb ngantuk ke merajuk si Dhia tu ye..


Seronok gak buat stok EBM ni hehehe. 

Spektra 3 ku pun sgt hebat!!
Xrs rugi membelinya!!


Nk fully bf selama yg boleh.. Ameen

#upah pd diri sendiri, mommy dah ode medela harmony hehehehe..xsbr nk guna!!