Showing posts with label Ejen Ali. Show all posts
Showing posts with label Ejen Ali. Show all posts

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR

Yeaaaayyy…Yang di tunggu-tunggu Ejen Ali Musim 3 dah keluar akhirnya ! Bukan kids je yang excited, mummy daddy pun sama tau . Terima kasih Primeworks Studios #wauanimation Disney+ Hotstar untuk fans screening 2 episod

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR


EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR

Haiihh.. Tak sabar pulak nak tunggu episod seterusnya . Ejen Ali Musim 3 ini sangat best dan lebih mencabar buat Ejen Ali dan ejen-ejen lama yang lain. Kerana musim kali ini, Ali , ejen-ejen lama akan berentap bersama-sama ejen-ejen baharu dalam pertandingan yang di anjurkan oleh MATA

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR

Kalau korang nak tahu apakah cabaran buat Ali dan rakannya. Serta berjayakah mereka dalam musim 3 ini?

Jangan lupa, tonton #ejenali di #disneyplushotstarmy ok


Sinopsis Ringkas Ejen Ali Musim 3


Ali tekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya selaku juara Arena MATA, namun menghadapi cabaran sukar untuk kekal bersaing tanpa bergantung pada alat gajet IRIS apabila bertemu dengan Ejen Antarabangsa yang jauh lebih berkemahiran tinggi. Ketika berlangsungnya pertandingan Arena, sebuah rancangan rahsia musuh dalam selimut muncul untuk menjatuhkan MATA dan berpotensi melumpuhkan bandaraya futuristik Cyberaya.

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR


Kumpulan penjahat Numeros kembali untuk membalas dendam di atas kehilangan ketua mereka Uno, dan membuatkan Ejen terbaik MATA, Rizwan (Azman Zulkiply), bertindak berseorangan untuk membongkar komplot bahaya mereka.

Dalam sebuah langkah yang mengejutkan, Rizwan bekerjasama dengan bekas ahli Numeros, Dos (Nurul Radhiah Ibrahim) untuk membongkarkan rancangan licik Numeros.

Terkenal dengan dunia penceritaan yang inovatif dan animasi berkualiti tinggi, francais animasi Ejen Ali juga berjaya mengangkat pengaruh kepelbagaian budaya di Malaysia dengan mengetengahkan teknologi moden yang digabungkan pelbagai elemen tradisional Malaysia dan serumpun. Antaranya adalah penggunaan unsur gasing dan kerambit sebagai gajet yang baru, serta seni mempertahankan diri silat.

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR



“Langkah hebat untuk kongsi kandungan hebat tempatan kepada penonton seluruh dunia”

Menurut Ketua Kandungan dan Kreatif, Asia Tenggara & Indonesia Walt Disney, Ahmad Izham Omar, pihaknya sangat berbesar hati apabila berpeluang bekerjasama dengan WAU Animation untuk menghasilkan musim terbaru siri animasi popular Ejen Ali dan memperkenalkannya kepada penonton Disney+ Hotstar di serantau Asia Tenggara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof pula optimis yang penonton Disney+ Hotstar akan terhibur dengan jalan penceritaan menarik di dalam Ejen Ali musim baharu ini.

“Kami berharap animasi tempatan yang menampilkan pelbagai suara dan rupa Asia ini akan memberi inspirasi kepada penonton setia dan penonton baharu untuk menerokai kandungan meluas yang boleh didapati di Rangkaian Televisyen Media Prima, dan agar penonton di luar Malaysia turut terhibur dengan kandungan kami yang tersedia di Disney+ Hotstar,” kata Nini Yusof.

Penonton bakal disajikan aksi yang hebat serta efek visual yang menakjubkan dalam jalan penceritaan siri Ejen Ali musim ini. Noorhayati Maslini, Azi Shafian dan Azman Zulkiply kembali mendukung watak asal mereka, manakala Usamah Zaid, Pengarah dan Ketua Penulis Skrip, bersama Shafiq Isa, Pengarah Kreatif dan Suara, turut meminjamkan suara mereka bagi beberapa karakter di dalam siri ini.

EJEN ALI MUSIM 3 DI DISNEY HOTSTAR



“Kami sangat teruja untuk melihat Ejen Ali berada di pentas dunia, terutamanya di platform Disney+ Hotstar yang mempunyai pengikut animasi yang setia. Seperti ramai, pandemik ini telah menyebabkan kami harus bekerja dari rumah untuk menjalankan produksi Musim 3 ini, dan saya percaya ini adalah bukti bahawa WAUriors yang hebat mampu mencapai kejayaan penting bersama-sama Disney+ Hotstar! Memandangkan animasi merupakan medium sejagat bagi orang ramai, terutamanya penonton muda, apabila mereka melihat karakter yang menyerupai mereka di layar skrin kami berharap kami berjaya memperkenalkan model yang positif untuk mereka contohi. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kami sehingga ke hari ini!”

Director Ejen Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid

Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo

Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo - Assalamualaikum, dah marathon tengok cerita FROZEN 2 dan Ejen Ali The Movie di TGV Encorp Damansara. Kini giliran mummy pulak, untuk marathon tulis blog...ahhaahaha amek ! Masa nak tengok Ejen Ali The Movie ni, tiket TGV hasil AIA Vitality dah tak ada. Habis tebus untuk FROZEN 2. So, untuk Ejen Ali The Movie ni, mummy beli tiket dan bayar menggunakan e-Wallet TouchNgo. Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo RM10 je untuk semua seat. So, kami pun memilih couple seat. Total RM40 je ! 

Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo



Pakai prop sama je dengan FROZEN 2 . Dah nama pun, hari yang sama kan ! Frozen habis pukul 2.55pm. Manakala Ejen Ali The Movie start pada pukul 3.15pm. In between tu, rehatkan otot, psoing bergambar dan juga beli nugget set, pop corn set buat kedua kalinya


Dapat seat atas, memang syioklah. Couple seat pun agak besar. Selesa si Daim nak share kerusi ! 

Berbalik kisah Ejen Ali The Movie ni, mummy jarang-jarang tengok cerita ni kat TV. So, memang tak berapa nak kenal karakter Ejen Ali. So, terus terang..walau tak tengok sangat cerita ni. Tapi, bile tonton Ejen Ali The Movie ni. Mak aiiiii....serius best ! Serius terus faham !

Sinopsis Ejen Ali The Movie



Ejen Ali The Movie ni, mengisahkan Ejen Ali adalah satu-satunya ejen yang ada IRIS (cermin mata magic). Tup..tup MATA buat IRIS NEO untuk ejen yang lain. IRIS NEO ni, masih dalam percubaan.

Setiap misi yang Ali jalankan, ada ejen lain yang lebih berjaya dan kuat dari Ejen Ali kerana mempunyai IRIS NEO.

Ali agak sedih, di rumah pun bapa Ali sering sibuk. 

Pada satu hari, Ali mengemas rumahnya dan terjumpa video lama kenangan bersama arwah mak Ali. 

Masa part.... Ali tengok videonya ketika kecil dengan arwah mak nya ni, part ni...sangat sedih hokeyyy !

Anak -anak kami turut nangis sama hehehe.

Tiba-tiba Ali ternampak satu thumb drive kepunyaan maknya. Tapi, Ali tak boleh buka thumb drive tersebut.

Dari thumb drive itu, Ali kenal Niki.

Siapakah Niki? Apa kena mengena thumb drive itu dengan Niki? Siapa mak Ali sebenarnya? Kenapa mak Ali meninggal.


Serius ...jalan cerita Ejen Ali the Movie ni memang terbaik. Adegan sedih, gembira, kelakar, lawan dan persahabatan semua ada.

Korang wajib tengok tau...silap-silap korang pun akan nangis sama hahaha !


AirAsia dan Kidzania Kuala Lumpur raikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - International Children’s Day

AirAsia and Kidzania Kuala Lumpur raikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - International Children’s Day . Sempena HARI KANAK+KANAK SEDUNIA, kami meraikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA bersama AirAsia di KidZania Kuala Lumpur pada hari Sabtu lepas. Meriah KidZania dengan kanak-kanak dan terdapat juga acara yang hebat !

AirAsia and Kidzania Kuala Lumpur raikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - International Children’s Day


AirAsia dan Kidzania Kuala Lumpur raikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - International Children’s Day

Apa yang menariknya di KidZania Kuala Lumpur sempena AirAsia and Kidzania Kuala Lumpur raikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - International Children’s Day ? Seperti yang mummy beritahu tadi, ada pelbagai aktiviti dan program AllStar untuk kanak-kanak yang menarik sempena HARI KANAK-KANAK sedunia. 

AirAsia dan Kidzania Kuala Lumpur raikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - International Children’s Day

Seperti aktiviti menjadi chef, di mana kanak-kanak dapat membuat pizza secara hands on dan makanan yang terdapat di dalam kapal terbang AirAsia.

Kanak-kanak juga dapat belajar  cara berdandan dan tingkatkan keyakinan diri dengan senyuman seperti krew AirAsia.

AirAsia dan Kidzania Kuala Lumpur raikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - International Children’s Day

Head of Commercial for AirAsia, Spencer Lee said, “We are truly privileged to be a part of this event to celebrate children and I would like to thank our partner, KidZania Kuala Lumpur for making this special occasion possible on International Children’s Day. It is most gratifying for us at AirAsia to see smiles light up on the children's faces as they look forward to becoming our very own little Allstars. This is also an opportunity for us to take time off from our busy schedules to ensure that our children can grow up in a safe, innovative and enriching environment, such as what KidZania offers.”


Mayor of KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad said, “We are delighted to be involved in this initiative to celebrate children, the core reason of our existence. At KidZania Kuala Lumpur, we always look forward to meaningful collaboration that inculcates great values and enriches the experience for kids. We do hope to see more collaboration that would contribute to educate our future generation such as this initiative with more forward thinking partner like AirAsia Berhad.”



AirAsia, Ejen Ali dan Kidzania Kuala Lumpur 


Dalam diam tak diam, dah 9 tahun AirAsia beroperasi. Kalau korang nak tahu, ada berita baik bagi peminat Ejen Ali. AirAsia AirAsia Malaysia (airline code AK) juga turut memperkenalkan menu baru kanak-kanak Ejen Ali Lil’ Star Combo

Penumpang AirAsia X Malaysia (D7) juga boleh mendapatkan 30% diskaun tiket KidZania Kuala Lumpur.

Siapa nak 2000 BIG POINT AIrAsia secara PERCUMA? AirAsia and Ejen Ali ada buat contest tau !  Mudah je caranya:-

AirAsia dan Kidzania Kuala Lumpur raikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - International Children’s Day


1. Rakam video anak-anak yang sedang beraktiviti di KidZania selama 15 saat 



AirAsia dan Kidzania Kuala Lumpur raikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - International Children’s Day


2. Upload video anak-anak yang sedang beraktiviti di KidZania di AirAsia’s Facebook, Instagram and Twitter 

AirAsia dan Kidzania Kuala Lumpur raikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - International Children’s Day

3. Letakkan #MisiAspirasiAirAsia

AirAsia dan Kidzania Kuala Lumpur raikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - International Children’s Day

4. Kongsikan !


AirAsia dan Kidzania Kuala Lumpur raikan HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - International Children’s Day

5. Jangan lupa follow Instagram dan Facebook AirAsia



Untuk berita, aktiviti dan hebahan AirAsia pula, boleh layari :-
Twitter : twitter.com/AirAsia