Showing posts with label Farm In The City. Show all posts
Showing posts with label Farm In The City. Show all posts

FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT


Cuti baru ini, kami bawa anak-anak jalan kawasan yang tak jauh dari rumah. Malas pula nak berjalan jauh cuti kali ini. JAdi, FARM IN THE CITY EQUINE SERI KEMBANGAN SELANGOR menjadi pilihan kami untuk membawa anak beriadah. Bukan kali pertama kami ke sini, ini merupakan kali kedua kami membawa anak-anak ke FARM IN THE CITY EQUINE SERI KEMBANGAN SELANGOR. 

Pertama kali, bawa anak-anak ke FARM IN THE CITY EQUINE SERI KEMBANGAN SELANGOR dalam tahun 2015 kebetulan cuti Thaipusam (boleh baca di SINI )

 

 FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT


FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT 

Bergambar bersama keluarga menjadi satu kewajipan. Tanda kehadiran gitu hehehe

FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT


FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT


FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT

Dekorasi pintu masuk FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN juga menjadi tarikan anak.

FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT 

 FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT

FARM IN THE CITY ANAK KENAL HAIWAN SECARA DEKAT

Aktiviti memberi makan kepada burung merpati. Makanan burung boleh di mesin kiosk berhampiran dengan harga RM2 sekotak.

 



Burung-burung ini sangat jinak. Dzal Aidi Fiqry seronok dan tak ada perasaan takut langsung.

 





Selesai memberi makanan pada burung merpati, kami terus ke tempat kura-kura gergasi ini. Dua tahun lepas mungkin anak-anak belum dapat recall. So, kita kasi recall memori mereka.

Berani si Dzal Aidi Fiqry pegang ayam serama. Hehehe. Umur gini memang tahap keberanian anak kecil tinggi, kan?




 

Seterusnya, aktiviti menangkap ikan. Memula dapat ikan kecil. Lepas tu, daddy dapat tangkap ikan yang bersaiz sedang. Anak-anak memang langsung tak rasa penat. Mummy je yang pancit  huhu




Suka sangat si Dzal ini memberi makanan pada haiwan jinak yang ada dalam Farm In The City Seri Kembangan ini.

Rumput kering ini, boleh di beli dengan harga RM2 sekotak.



 

Meerkat ni paling best, kebetulan kami sampai sini hujan sedang rintik-rintik. Pakai payung lah kami kan. Meerkat tu mendongak tengok payung kami. Hehehe

Comel sangat !

 

Bergambar dengan burung kakak tua. Oleh kerana hujan rintik-rintik. Tak dapat tengok burung kakak tua ni buat show.

 

Nak naik keldai sangat. Bila tengok orang lain handle. Terus tak nak. Hehehe. Mummy dan daddy tak leh masuk kawasan ini lah, nak !



 

"Ini anak ayam ye anak-anak". Yang asalnya Dhia dan Dzal tak kenal pun anak ayam. Dorang boleh panggil burung pada mulanya :)

 

Tenang nyaman dan selesa berjalan dalam Farm In The City ini. Tak rasa macam zoo. Malah rasa macam suasana kampung. Sejuk mata memandang dan hilang segala mak nenek stress dalam diri hehehe.

Tak tipu tau ! Sungguh dari hati ke hati ni :)

 

 


Masa bersama dengan arnab pula. Oleh kerana selepas hujan. Arnab ini agak kesejukkan, tak mahu keluar kandang. 

Ke sebab malu kami datang ? hehehe



 

Bergambar dengan alpaga yang super peramah, hehe. Dzal sempat juga berikan alpaga ni makan. suka dia dengan Dzal.

Dhia puye story mana? Hahaha Dhia takut sedikit. Berkepit dengan mummy je.  

Selesai sudah kisah kami sekeluarga ke Farm In The City Seri Kembangan. Insya Allah nak ke Farm In The City KL Tower pulak.

Nanti kami story kisah itu ya !

Ha..ramai PM tanya harga dan alamat Farm In The City Seri Kembangan.

 

HARGA TIKET FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

 

PAKEJ KELUARGA :
RM116 for 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (3-11 tahun). 
Pakej ini termasuk :-

- 2 cenderahati
- 1 kotak makanan untuk haiwan
- 2 tiket kanak-kanak ke Farm In The City KL Tower
- 2 sijil penghargaan kanak-kanak

Harga biasa:-
RM48.00 dewasa
RM38.00 kanak-kanak

MYKad :
RM32.00 dewasa
RM27.00 kanak-kanak

Notes:-
*Kanak-kanak 11 tahun kebawah.
**kanak-kanak tingginya kurang 90cm masuk PERCUMA
***Senior Citizen 60 ke atsa harga tiket sama seperti kanak-kanak
Parking PERCUMA
Alamat : Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai
Seri Kembangan

Telefon : 03-8941 2099




Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan - Kami suami isteri memang pantang ada kelapangan. Ada masa lapang sahaja, adalah rancangannya untuk anak-anak. kali ini kami ke Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan. Sian kan anak-anak, duduk dengan baby sitter di hari kami keluar bekerja. Bila kita cuti tu, mesti nak bawa anak-anak jalan-jalan. Hiburkan hati mereka (eceh...ceh..anak nak jalan-jalan ke,,, mummynya yang nak berjalan?). hahaha...biasalah kan. Orang pempuan kan!! 

Semalam, walaupun cuti sehari je untuk perayaan Thaipusam. Kami tak lepas kan peluang untuk bawa anak-anak ke Farm In The City, Taman Equine, Seri Kembangan (belakang Giant Hypermarket, Seri Kembangan dan Pasar Borong Selangor). Memang dah lama nak bawa anak-anak explore dunia haiwan di sini. Sebab, boleh pegang-pegang (bukan semua haiwan yang di lepaskan). Tapi, oklah kan..tak macam di Zoo sangat semua binatang terkurung.


Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan


Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan


Sebelum memulakan perjalanan dan eksplorasi di Farm In The City. Kita bergambar dulu sekeluarga dengan penyelia di sini, Mr Jack. Appointment di buat dengan Mr Raja, tetapi Mr Raja tak dapat nak entertain kami, hari Thaipusam,kan ;)

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Dah lama tak selfie berdua..hehehe kasik belanja gambar berdua depan signboard Farm In The City jap.  Boolat-boolat dah muka kami bila guna kamera depan ni.

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Selepas mak pak selfie, anak pulak selfie di tempat parking Farm In The City hehehe

Tengok la, si Dhia teruja bercerita dengan si Dzal Aidi sambil makan muffin.
Excited ko!! Bukan selalu dapat gi tempat cenggini,kan.

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan, Harga tiket FArm in the city

Mesti ramai yang tertanya-tanya berapa harga tiket Farm In The City.


Harga Tiket Farm In The City, Seri Kembangan


Pemegang My Kad:
Dewasa - RM30.00
Kanak-kanak (Ketinggian melebihi 90 cm) - RM25.00

Family Package Farm In The City (2 adults, 2 Children) : RM109.00
Termasuk:
2 botol Air Vitagen
2 paket Air Marigold
Kupon Makanan
Sijil Kehadiran
Pony Ride untuk 2 orang


Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Harga tiket Farm In The City untuk bukan pemegang MyKad RM48.00 (dewasa) dan RM38.00 (kanak-kanak)




Hijau je keadaan sekeliling Farm In The City ....sejuk mata memandang tempat cenggini di tengah bandar.

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Bila berjalan atau tempat yang kami terjah. Kami paling menitik beratkan accessible entrance cenggini. Baru lah friendly. Ye, dok? Jadik, tak de masalah besar pd pengunjung yang hadir ke Farm In The City yang menggunakan stroller atau wheel chair 

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Guna twin stroller pun, tak hado masalah. Mmg space mencukupi giteewww ;)

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Selain itu, ada juga entrance yang mempunyai tangga. Terpulang nak ikut mana2 pun boleh. 

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Ada macam-macam aktiviti pertunjukkan di Farm In The City . Masa pertunjukkan pula, ada yang sessi pagi dan ada juga di sessi petang.



Kura-kura terbesar. Memang besar. Besar dari Dzal Aidi Fiqry


Dhia memula jumpa kura-kura ni, macam teruja. Bila Dhia tengok cara kura-kura ni makan. Tetiba jadi takut lak. hehehe besor kot mulutnya yer...



Adik gak relax,kan!! Ni kura-kura tau, dik. Insyaallah mummy akan tlg belek-belekkan gambar ni selalu. Supaya anak-anak tak lupa kenangan-kenangan di Farm In The City



Seterusnya, kita tengok kuda kaki pendek. Kuda kecik katanya. 
Memula mummy ngatkan ni,keldai.


Bila baca di sini, baru tau ni bukan keldai.


Burung kakak tua yang cantik-cantik di sini. Nak pegang, pun boleh. Jangan bawa balik,je udah!




Hilang penat lelah mak pak. Best melayan anak-anak beriadah dalam 
Farm In The City


Budak umo 8bulan tu pun apa kurangnya. Seronok Dzal Aidi tengok haiwan-haiwan di Farm In The City. Walaupun kene duduk dalam stroller. 


Ni pulak, telur besor. Pijak pun tak pecah, ko.


Dhia siap melompat-lompat.
Mmg la tak pecah kan. Budahk 9kg je pun yang lompat.


Ha...daddy pijak pun tak pecah tau. Telur betul ni, bukan hiasan semata-mata.
Tepi tu pulak cicak lidah biru, badannya corak2 macam ular. Mummy geli nak gi dekat-dekat. Amek gambo dari jauh je la ye.



Kura-kura kecik. Comel, badannya macam bercotak berbatik-batik giteeew.


Sedang melayan anak-anak tgk kura-kura. Boleh pulak, pakcik ni keluarkan ular sawa dari balang kaca. Ades....mummy ko mmg LARIIIIIIIIII....pastu, Dhia pun LAAAAARIIIIIIIIIIIII sama hehehe

Apaknya, nk soh mummy pegang ular tu. Nk bagi RM100 katanya, kalau mummy berani pegang. Ermmmm..ya ampun!! Tak sanggup mummy hoi!



Main sebentar dengan Black Tail Prairie di Farm In The City. Comel je. Geram....


Kita tengok anak ayam pulak.. hehehe comel2 anak ayam. Mengimbau zaman mummy ko kecik dulu, masa duduk di rumah sewa Kg Melayu Subang. Tok Liri (tuan rumah) banyak bela ayam. Ptg2 boleh main kejar-kejar dengan ayam-ayam tu. 



Anak-anak ku sekarang? Erm, nak kejar ayam cemana..ddk pun tingkat 8,kan!! So, disini di Farm In The City kita kasik anak-anak pegang, rasa, main bersama-sama. 


Pertama sekali, sampai sini..daddy taye mummy satu soklan, " cer teka ni burung apa? Jgn baca apa-apa".

Mummy terkedu dan geleng2kan kepala. Dalam ati, merpati ke? Putih-putih melati je, yg mummy tahu. (Nampak sangat pengaruh lagu kuat dlm diri )

Rupa-rupanya, ini ialah Gagak Putih daa....nampak sangat orang dewasa mcm mummy ni ha...  perlu datang Farm In The City 


Sessi melepak dengan Dzal Aidi, melepak kat reban ayam je pun hehehe. Mummy nk mengimbau zaman kecik2 mummy, sambil bercerita dengan anak. 


Comel je photo booth ni. Kasik Dhia posing di sini dulu di Farm In The City


Photo booth lg. Berehat sebentar sambil Dhia dan daddy bergambar ;) di Farm In The City


Turn mummy dan Dzal Aidi di tempat itik dan angsa. Dzal Aidi pun sibuk nk tengok bunyi apa di sana.





Di sana tu, itik dan angsa...daddy berkata-kata dengan Dhia.


Sana tu pula, fish besar2


Kita bagi fish makan...makanan pallet semua ada di sediakan oleh pihak Farm In The City tak perlu beli dah.




Selesai pegang pallet dan makanan ikan, kita cuci tangan.
Tempat mencuci tangan mmg banyak di sini. 


Selesai melawat tempat rerama. Kita main2 dengan rabbit.


Hehe nk dekat2 macam takut. Tapi, ada hati nak main sama-sama.
Acaner tu, ye?


Siap bunyikkan jari jemari lagi tuh.
Nk panggil rabbit kekononnya ;)






Peace sket Dhia... tp, peace Dhia mesti tak jd..hehe


Tempat ni , nama nya Fishing Longkang.
Mummy assume tempat tangkap ikan je lah ye.


taaaaaa daaaaaaaaa..this is my fish


Teruja lah tu..padahal, daddy yang bersusah payah ;)




Kalau rasa dahaga, lapar. Ada kafe dalam ni. Tak makan pun kat sini, kami dah lunch. Mummy melepak minum jap dengan Dzal Aidi je. Bfeed mummy ni, mmg dahaga selalu. Tengok tu, ayam-ayam pun berkeliaran sana sini. Best, sapa sangka tempat ni berada di tengah-tengah bandar. Farm In The City




Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Tempat sayur dan buah-buahan Farm In The City, tapi tak masuk pun. Kami kesuntukan masa dah ;)

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Bergambar dengan rusa pulak. 
Paling best kat sini, ada kambing. Dah la pulak tu... dok ngendeng kat mummy je.
Tangkap bawa balik satu, kang. Baru tau! hahaha

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Daddy tak leh jauh dari DHia. Dhia takut kambing tu datang dekat.

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

jom kambing..jom. Ikut balik.
Balik Kajang, kasik sembelih hehehe

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Weeee hoooooooo..
Ayam lagi ;)

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Tempat biawak dan ular. Sungguh!! Mummy ko tak nak masuk.

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Pokok manggis ni, tak lama lagi berbuah.
Wajib kene gi lagi Farm In The City, nak makan buah pulak hehehe

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Gegambar ular..dalam rumah ular dan biawak.
Daddy yang snap..mummy tak sanggup nk tengok

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan




Abes jelajah di dalam, kita kasik jelajah di luar.
Tengok ostrich.

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Dedulu, masa belajar kat UiTM Arau, rajin gi ladang tengok ostrich ni.
***Kasik ngimbau ler lagi 


Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Kalau keluar berjalan2..tak sah..wajib bawa:-
Toiletries anak-anak, baju extra, pempes tambhan, wet tisu, air, makanan, nursing cover, susu (xde dlm gambar sbb EBM tgh panaskan), sterimar (anak selsema sket), penyedut selsema anak, uv protector dan insect repellent (penting oo...halau nyamuk katanya)

Ni je la.. handbag mummy korang (pemberian daddy) kalau jenjln. Wallet, i pad segala bagai pun kasik sumbat.
Mmg nampak mcm kecik, tapi dalamnya masaallah. Segala bagai la boleh sumbat ;) nak bawa pun sonang je.

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Selesai sudah terjahan ekspedisi bersama anak-anak.
Upah Dhia makan ais krim sebelum balik.

Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Kedai cenderamata Farm In The City, kalau2 nak bawa balik fridge magnet ke tshirt ke. 

Bab rege..ok sangat. Tak mahal mana. Fridge magnet Farm In The City dari RM4.00 cenggitu


Bawa Anak Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm In The City, Seri Kembangan

Yeayyyyyyyyyyyyyy....kami dah jejakkan kaki di Farm In The City sangat seronok. Best!! Sapa2 nak gi, sangat lah di galakkan. 

Masa operasi:
9.00 pagi - 6 ptg

Tak lupa juga terima kasih pada Abg Ben Ashaari memberikan saya peluang  bersama keluarga bercuti di sini dan terima kasih Encik Raja Farm In The City