Showing posts with label Genting Highlands. Show all posts
Showing posts with label Genting Highlands. Show all posts

Dating Di Genting Premium Outlet

Dating Di Genting Premium Outlet ni merupakan Father's day part 1 kami. Jarang-jaranglah dapat keluar berdua dengan husband time hari kerja ni. Kebetulan beberapa bulan ni, daddy dapat jadual kerja yang flexible. So, inilah masanya nak dating berdua,kan ! Bila lagi ! 

Mummy macam biasalah, saja dok gurau dengan daddy. Bagitahu Coach GPO ada sales. Tak sangka esoknya, terus daddy cakap "jom Genting" ! Phewwww, seronoknya ! Padahal mummy bukan nak cari apa pun kat GPO. Saje je lah jalan berdua, dating kat tempat sejuk ni kan. Daddy pun suka jugaklah, hehe bukan selalu boleh dating berdua kan.


Dating Di Genting Premium Outlet




Mummy pun meeting, training semuanya online. So, dalam kereta pun boleh bermeeting. Kerja pun ada yang online, ada juga offline. So, pepandai aturkan jadual !

GPO, Genting Premium Outlet ini, kanak-kanak tidak di benarkan masuk tau.Kesian tengok parents yang dah bawa anak naik ke Genting, Tapi tak boleh masuk ke GPO. Huhuhu ,. Nasib abaiklah kami ini, tak bawa kids. Memang plan nak Dating  berdua Di Genting Premium Outlet.




Hari kerja pun ramai juga naik Genting, sales agaknya. Coach pun beratur alam jugak, dalam 15 minit. 

Daddy dok racun mummy angkat 1 handbag, oh tidaklah ! Nak simpan duit, oiii. Cukup lah dah ada 4 bag Coach kat rumah !

Mummy dok racun daddy beli bag untuk file dan laptop. Sambil dok fikir-fikir tu, rembat jugak lah daddy bag fail dan laptop hahaha.

Daddy bagitau pada mummy , yang tu bukan bag dia sorang, share lah dengan mummy. Yes ! Thank you .....



Bag tu dalam paper bag, malas pulak nak amek gambar hehehe.



Kami makan Chicken Rice shop je. Daddy macam biasa, suka makan nasi ! Kami anaik Genting ni sebelum Father's day lagi. Saje lepak tenangkan fikiran sebelum nak amek mood pulun kerja 100%

Lama tak keluar bekerja, mood nak masuk kerja pun macam lemau je.

Bulan depan , daddy dah tak kerja flexi time dah ! Sob..sob..so, blan ni, mana ada kesempatan tu, pulunlah dating saje ! Dan , kami naik genting pun 2x minggu lepas haha. Semata-mata pi beli bag coach, pi cuci bag coach (lama) dan beli mainana anak. Mainan apa yang best sangat tu? Part ni, nanti mumy story next entry lah ye !


Akhir sekali mummy lanje daddy aiskrim mahal, Godiva.. Sedap ke tak sedap? Tapi habis licin makan sorang tu ha.. Sedap lah kot, kan ! Hehehehe

Inilah cerita PKPP kami...banyak lagi story PKPP ni. Tunggu mood datang lah ye..

Mood menulis pun ntah amna perginya............huhu

Genting Strawberry Leisure Farm Holiday Jalan-jalan Sekeluarga

Genting Strawberry Leisure Farm Genting Highlands Holiday Jalan-jalan Sekeluarga  - Yeay...cuti sekolah datang lagi. Ada yang nak jalan-jalan holiday ke Strawberry Park ke tu? Last week, Cameron Highlands jammed sangat,kan? Sesak orang atas tu. Korang cari Strawberry ke? Kalau nak cari Strawberry je....mummy cadangkan ke Genting Highlands aje ! Serius tak sesak macam Cameron Highlands tu ha.

Genting Strawberry Leisure Farm Holiday Jalan-jalan Sekeluarga 



Genting Strawberry Leisure Farm di Genting Highlands ini sebenarnya entri lama. Kami ke Genting Strawberry Leisure Farm Holiday Jalan-jalan Sekeluarga masa lepas mummy berpantangkan baby Daim Naufal. Sekali semak draft blog. Ya Allah, pending lagi rupanya entri ni hahaha. Dah alang-alang mood holiday tiba, mehlah kita update dan feeling macam sedang berada di Genting Strawberry Leisure Farm Jalan-jalan Sekeluarga. Menulis ni satu terapi jugak, walau tak kemana. Tapi, update dan menulis pun dah rasa macam sedang ber holiday jugak. Hehehehe.



Pertama sekali, mummy suka dengan Genting Strawberry Leisure Farm sebab harga entrance fees Genting Strawberry Leisure Farm ni murah juga . Harga tiket masuk ke Strawberry Farm Genting Highlands ialah RM10 dewasa dan RM7 kanak-kanak. Nak beli ke tidak Strawberry di dalam Genting Strawberry Leisure Farm pun terpulang. Kalau nak beli harganya dalam RM8 - 100g.

Genting Strawberry Leisure Farm ni terletak di jalan masuk Hotel Seri Malaysia Genting Highlands. Kami tahu tempat ini pun, sebab kami menginap di Hotel Seri Malaysia Genting Highlands. Agak berbaloi juga ke sini kerana kawasan ladang Genting Strawberry Leisure Farm disini bukan sahaja ada ladang Strawberry je. Malah terdapat taman bunga, cendawan, kedai cenderamata dan kafe.



Lepas check out dari Hotel Seri Malaysia. Kami terus ke ladang Stawberry ni.

Anak-anak boleh experience potong dan petik buah strawberi sendiri. Antara pengalaman yang paling depa suka sangat ni.



Dzal pun dapat petik buah strawberi sendiri juga.


Manis ! Sedap!


Baby Daim baru 4 bulan, si tembam ni. Lepas menyusu tidur aje lah. Dah la cuaca Genting Highlands sejuk sket. Sedap tido nya.

Rindu sangat pipi pau dak Daim masa ni.


Pemandangan cantik dalam kebun Stawberry ni.

Selfie seketui sat haha



Cuti berpantang tak keluar rumah, sekali lepas pantang dapat holidays cenggini. Memang fefeling romantika sangatlah haha.


Family potrait, amek jurufoto professional kat sana. So kami banyak habiskan masa dengan photoshoot. 

Puas hati sekali dapat gambar cantik macam ni. Cuma baby Daim masa ni dah nak susu pulak.

Hehe...tak pelah kasi gambar menangis pun lawa juga.





Dzal dan Dhia posing pulak !

Di sebabkan harga tak mahal mana. Kitorang borong 2 bekas strawberi fresh. 


Kebun bunga dan lelain kami tak amek gambar. Sebab dah penat hehe. Terus duduk sebentar di kafe Strawberi ni ha.

Lepak makan aiskrim strawberi.


Makan gegula strawberi dan lelain. Dalam banyak-banyak ladang strawberi kami pergi. Rasanya ladang strawberi kat Genting Highlands ni paling selesa dan santai.

Details tempat ni, seperti di bawah :

Genting Strawberry Leisure Farm
Add: No.6, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Tel: +603-61001121

Landmark : Seri Malaysia, Genting Highland.

Waktu operasi: Setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 6:30 petang.


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS . Tempoh berpantang 44 hari mummy bersama anak-anak 24 jam antara bonding yang paling best ! Bila lagi kan nak bercuti lama sebegini. Tetapi, tempoh berpantang ni...bukan boleh bersuka ria dan keluar rumah sesuka hati. Ada banyak pantang larangnya, sebab tu di panggil berpantang. Oleh kerana, ianya cuti yang tak boleh ke mana-mana. Makanya, kami sekeluarga dah plan lepas berpantang untuk bercuti tenangkan fikiran mummy sebelum bekerja dan juga spend masa bersama-sama anak di luar sana. Daddy buat keputusan ke Genting Highlands. Since, dekat 3 tahun tak ke Genting Highlands. Mummy pun setuju untuk berhuhu di Genting Highlands. Sambil tu, boleh lepak di Genting Highlands Premium Outlets (GPO). Kebetulan, mummy nak habiskan voucher Traveloka yang expired 31 Ogos ni. Terlanjur tu, terus perabihkan dan redeem voucher Traveloka untuk Hotel Seri Malaysia Genting Highlands

JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Awal pagi, mummy dah bersiap. Tk sabar nak ke GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS. Tengok tu eyebag sebeban. Tak cukup tidur. Tapi, bila bab jalan, tak cukup tidur pun tak pe. Haha. Biasalah ada anak kecil ini, mana boleh tidur nyenyak sangat. Tapi, ni lah saat yang akan kita rindukan bila anak-anak dah besar nanti. Bukan lama pun, kita nak kena berkorban untuk anak-anak ni. 


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Bagi mummy, apa yang penting ialah anak-anak happy. Tak pe lah kita susah sedikit pun. Jangan nak menyesal esok lusa. Tak guna nanti !

Bebudak ini, excited sangat. Katanya nak ke musim sejuk. Huhu. Terpengaruh dengan Upin Ipin lah tu ! Haish ! Yang sebenarnya, musim sejuk kita di Genting Highlands je. haha


YEAY, SAMPAI DAH GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS


Tak jauh Genting Highlands dari Kajang, dalam sejam lebih je sampai. Perjalanan kami pepagi tu nak ke GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO). Senang sket meronda, mesti tak ramai orang pepagi tu kan. 

Lokasi GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) ni mudah je. Nampak bualatan Hotel Seri Malaysia. Amek pusingan pukul 3. Masa di kawasan ni, tak yah risau dah. Sebab ada sign board untuk ke GPO. 


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Sampai je GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO), bebudak ni terus main dulu. Mummy pun teruja tengok lawo nau lah playground kat GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) ini.


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Anak-anak main, kami bergambar dulu lah. Jarang-jarang dapat bergambar dengan daddy sekarang. Terima kasih GoPro dan timer hahaha. Tanpa anda, tiadalah kami nak dapat bergambar sebegini.


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

"Mana musim sejuk? Tak sejuk pun..ni angin je" Dhia mengeluh. Rerupanya Dhia nak pergi tempat salji. Allah, tak sempat kot nak ke tempat salji. Mummy pun tak boleh sejuk sangat. Baru je abes pantang kan. Nanti lepas mummy lebih 100 hari baru kita plan ke tempat salji pulak ye.

JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

MURAH-MURAH BARANGAN KAT GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Daddy soh mummy masuk ke butik Coach tengok wallet. Wallet mummy dah nazak. Mummy pun yang lurus bendul ini beratur dan tengok ke dalam butik coach.

Murah memang murah. Wallet dari RM380. Ada diskaun dekat 70% juga. 

Tapi, gigih nak survey tempat lain juga. Sebab mummy tak minat wallet zip atas /  zip semua. 

Sales person kat Coach nasihatkan kami buat keputusan betul-betul. Sebab butik coach ni ramai orang. Kalau nak keluar balik. Nak masuk nanti, kena beratur panjang. Kami nekad juga keluar butik Coach tu.

Mummy pun tak selesa masa tu, baby Daim Naufal asyik dok berak dalam butik coach. Hehe. Selamba dok tukar pempes dalam tu. Dah tukar, berak lagi. Udahnya...marilah kita keluar dari butik coach ni hehe


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Ikutkan hati mummy, nak beli wallet murah je kat Charles and Keith.  Ada sales gak..paling murah RM54 tak silap harga wallet nya selepas diskaun.

Tapi, daddy tak suka mummy pakai Charles and Keith.  

Masuk pula kedai Kate Spade. Harga walletnya lepas diskaun dalam RM400 RM500 gak. Huhu. Baik beli coach.

Daddy offer mummy Micheal Kors (MK). Erm, okaylah MK pulak. Tengok design nya lawa. Tapi, design baru semua wallet berzip. Tak minat berzip luar. Minat wallet Michael Kors yang tak ada zip. Allah, regenya dah boleh handbag. Sayang ya amat nak beli.

Sedang pilih-pilih barang. Bebudak ni ajak makan.

So, keluar butik MK dengan tangan kosong lagi. Makan dulu lah, sambil bincang dengan daddy.

Daddy minat MK. So, lepas makan. Pi MK balik..


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS



JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS


Mummy ngatkan daddy memain nak belikan MK walet untuk mummy. Sekali ..betul-betul daddy belikan. 

Dah siap daddy belikan. Daddy terus cakap. Ni hadiah birthday, ye. 

OMG hadiah birthday ke? 

Btw, thanks so much daddy. Selalu belikan hadiah birthday atas pilihan mummy sendiri. I love u !

Settled. 

Terus daddy beritahu dia nak beli sling beg dia. Tak tahu nak tengok kat coach atau MK. Harga sling bag lelaki kat MK ribu riban gak lepas diskaun. Coach pun lebih kurang sama. Dari RM2K , dapatlah RM1K macam tu.

Adoi..cemana nak bagitahu kat daddy ye. Mummy dah order sling bag daddy untuk birthday daddy bulan 10 nanti. Direct US. Murah sket berbanding beli kat butik.


Argh...kalau daddy beli gak. Bape banyak beg dia pulak ye. 

Dalam hati...tak pe la, biarlah koleksi dia banyak. Boleh tukar-tukar pakai sling bag.

Pi shopping mainan anak dulu. Pastu, lepak starbucks. Sambil tu, mummy pun bocorkan rahsia. "Nak tahu tak, orang dah order sling bag awak kat kawan orang jenama coach. Untuk birthday. "

Terus dia tanya..."dah bayar ke?". Mummy iakan,"dah bayar,cuma ada balance lagi RM280 tak abis".

"Ok , nanti orang transfer duit. Awak minta dia pos terus. Orang nak pakai sling bag cepat" ujar daddy.

Gulp! Daddy nak bayarkan ? Terkejut mummy sekejap. Erm..acaner hadiah hari jadi bulan 10 tapi nak sekarang? Confuse kejap. Pastu, daddt siap bayarkan balance lak tu.

Gamaknya, bulan 10 nanti tak ada surprise lah huhu.

Petang nak dekat balik, mummy baru teringat nak cari seluar kat PADINI. Nampak macam murah PADINI. Memasing yang shopping kat GPO yang lalu lalang bawa beg plastik PADINI.


So, masuk juga ke PADINI. Murah gila baju anak-anak. Rembat baju anak-anak dulu gamaknya hehehe. Baju apa? Nanti next entri lah mummy story ye.

Kesimpulan shopping di GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO). Berbaloi juga...walaupun barangan butik oversea macam MK , Coach tu tak semurah beli dengan kawan mummy. Tapi, masih murah dari beli kat KL.

GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) susahnya jika nak naik lif je. Lif dari LEVEL L (low) ada 1 lif sahaja yang direct ke LEVEL M (Medium). Lif lelain semua direct ke LEVEL H (High).

Kitorang yang dok naik turun..naik turun memang jenuh juga guna lif. Tapi, dah pakai stroller..nak tak nak. Berlif juga lah kan.

Parking GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) sekali masuk hanya RM5. Manakala pemegang kad GENTING boleh parking secara PERCUMA.

GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) ni linked terus dengan new skyway. Boleh la naik atas tu terus kalau dah pi GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO). Mummy tak naik skyway. Lepas shopping, nak balik rehat terus kat hotel. ZZZzzzz.