Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

KEJUTAN HADIAH CAKE RUSH BUTTERFLY EXPLOSION GIFT BOX

Kek dalam kotak tu satu kebiasaan, tapi kek dalam kotak Cake Rush 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐤𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐁𝐨𝐱 ni pula sangat luar biasa.

Bagi yang sedang mencari kek dalam kotak yang penuh dengan kejutan tak kiralah untuk hadiah hari jadi, hadiah ulang tahun, hadiah hantaran, hadiah untuk get well soon ke. Ha....mummy recommended Cake Rush 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐤𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐁𝐨𝐱

Cake Rush 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐤𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐁𝐨𝐱


Cake Rush 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐤𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐁𝐨𝐱 senang sangat nak order . Mereka ada juga penghantaran untuk same day delivery. So, mana yang urgent tu, korang boleh order terus. Cuma, untuk same day delivery ini hanya cover kawasan sekitar Klang Valley sahaja.


Cake Rush 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐤𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐁𝐨𝐱

Cake Rush 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐤𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐁𝐨𝐱

Cake Rush 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐤𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐁𝐨𝐱 ini didatangkan dengan paperbag, kotak, kek pilihan, kad ucapan dan juga boleh tambah dengan :-

🎁 4x rama-rama tambahan 
🎁 Gambar yang boleh di'customize' (Custom Pictures)
🎁 Bunga tambahan  (Flower Shower)
🎁 Gula-gula tambahan (Sweets Explosion)


Cake Rush 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐤𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐁𝐨𝐱

Setiap Cake Explosion Gift Box dilengkapi dengan kotak yang keras dan sangat exclusive.  Setiap kotak ini, ada pelbagai pilihan kek / produk asas seperti berikut : 

✅ Rainbow Cake
✅ Chocolate Fudge
✅ Pandan Gula Melaka
✅ Walnut Carrot
✅ Ferrero
✅ Teddy Bear



Cake Rush 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐤𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐁𝐨𝐱

Ha...bila buka sahaja Cake Rush 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐤𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐁𝐨𝐱, terus butterfly tu berterbangan. Memang surprise habis.

Cake Rush 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐤𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐁𝐨𝐱


BAGAIMANA CAKE EXPLOSION GIFT BOX BERFUNGSI ? 

Cake Explosion Gift Box direka untuk memberi kejutan dan kegembiraan. Apabila penerima membuka kotak, rama-rama, gula-gula dan kejutan lain meletus, mencipta detik kegembiraan dan keseronokan yang tulen. Sentuhan foto yang diperibadikan dan pilihan untuk menambah bahan menjadikannya hadiah yang benar-benar tidak dapat dilupakan, sesuai untuk sebarang majlis atau perayaan.

#1 Buka pada Permukaan yang Rata:
Untuk menikmati pemandangan visual letupan sepenuhnya, dan mencipta hasil terbaik, sentiasa buka Cake Explosion Gift Box pada permukaan yang rata. Ini adalah untuk memastikan rama-rama, gula-gula dan kejutan lain dipamerkan dalam keadaan yang sempurna.

#2 Abadikan Momen:
Cake Explosion Gift Box bukan sekadar hadiah; ia adalah satu pengalaman. Jika boleh, minta seseorang untuk menangkap atau merakam reaksi penerima apabila mereka membuka kotak. Ia akan menjadi suatu untuk yang akan diingati dan dihargai!

#3 Guna Semula dan Nikmati:
Cake Explosion Gift Box ini juga bukan hanya satu keajaiban – ia direka untuk boleh digunakan semula! Hanya gulungkan rama-rama sekali lagi (kira-kira 25-30 kali) dan letakkan semula ke dalam kotak. Voilà! Kotak itu kini bersedia untuk satu lagi kejutan yang menakjubkan.

KEK CAKE RUSH HALAL !


Jangan risau, semua kek daripada Cake Rush menggunakan bahan tempatan atau import yang disahkan halal. Semua kek dari Cake Rush telah disahkan halal sepenuhnya dan disertakan dengan cop pada kotak. Boleh semak di sini.


Cake Rush 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐟𝐥𝐲 𝐂𝐚𝐤𝐞 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐢𝐟𝐭 𝐁𝐨𝐱



Nak mencari hadiah dan kek yang lain dari lain. Haa...cepat order hari ini di  : https://www.cakerush.my/products/cake-explosion-gift-box

CAKE EXPLOSION GIFT BOX BY CAKERUSH



15 IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU

Setiap kali Hari Guru, mummy sering kali pening fikirkan idea Hari Guru untuk guru kepada anak-anak kami. Kalau boleh, nak bagi hadiah Hari Guru yang praktikal dan berguna.

Ada masa yang sama, macam nak berikan hadiah Hari Guru tu, lain dari orang yang lain. Oklah..Kalau korang jenis sama perangai mummy. Tak ada idea untuk bajet serta hadiah sempena hari guru.

Jom tengok senarai 15 IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU 

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU
Hadiah hari guru 2023 kami !

Tentang Hari Guru


Hari Guru di Malaysia biasanya akan diraikan pada tarikh 16 Mei setiap tahun. Hari Guru  adalah hari untuk menghormati dan menghargai peranan guru dalam pendidikan. 

Tarikh Hari Guru telah dipilih pada 16 Mei kerana untuk memperingati kelahiran Sultan Idris Shah I, beliau merupakan peranan penting dalam pembangunan sistem pendidikan di negeri Perak dan juga merupakan seorang guru.

Hari Guru di Sekolah


Semasa Hari Guru, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti dan persembahan untuk memperingati para guru. Kebiasannya, pelajar akan memberikan penghargaan, hadiah, dan ucapan terima kasih kepada guru-guru mereka sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka dalam mendidik generasi muda.

Hari Guru adalah masa yang penting untuk mengiktiraf peranan guru dalam membentuk masa depan negara dan menghormati mereka atas dedikasi mereka dalam memberikan pendidikan yang berkualiti.

15 Idea Bajet Untuk Hadiah Hari Guru


IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


1. Sabun Serbuk

Sabun serbuk kebiasaannya ada di setiap rumah, tidak kira bujang atau yang sudah berkeluarga. Sabun serbuk bersaiz kecil juga memudahkan guru-guru untuk bawa travel atau letakkan di sekolah.

Sabun serbuk sesuai dijadikan sebagai idea hadiah Hari Guru sebab ianya boleh digunakan untuk membasuh pakaian, tuala kecil, dan pelbagai aktiviti mencuci.


IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


2. Beras

Jangan tak tahu ye, hadiah Hari Guru 2023 untuk guru-guru kelas sekolah anak kami. Mummy jadikan beras wangi ini sebagai idea hadiah Hari Guru. 

Beras wangi ini, mummy beli di kedai Eco-Shop je.


IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


3. Hand Sanitizer & Mosquitoes Repellent

Untuk Hand Sanitizer & Mosquitoes Repellent ini mummy buatkan sebagai hadiah untuk semua guru-guru kelas sekolah agama Dhia dan Dzal

Hand Sanitizer & Mosquitoes Repellent ini sangat sesuai untuk bawa travel atau diletakkan di daaam beg untuk kegunaan pada bila-bila masa.

Hand Sanitizer & Mosquitoes Repellent mummy beli di Shopee

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


4. Pewangi Kereta / Rumah

Untuk hadiah Hari Guru pada tahun 2021 pula, kami berikan guru-guru anak kami pewangi kereta atau pewangi rumah.

Pewangi kereta atau pewangi rumah ini, sangat sesuai dijadikan dea hadiah Hari Guru . Kerana harga tidak terlalu mahal dan guru boleh gunakan pewangi ini di mana-mana sahaja.


IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


5. Kalendar

Kalendar juga sesuai untuk dijadikan sebagai idea hadiah Hari Guru. Sebab mummy selalu juga selitkan kalendar ini sebagai hadiah tambahan .

Anak ada beritahu, kalendar yang kami berikan memang sentiasa ada di atas meja cikgu. Alhamdulillah.

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


6. Mug

Mug atau cawan juga antara idea hadiah Hari Guru yang sesuai buat guru, untuk guru minum kopi atau teh dalam bilik guru 

Harga mug di Ninso sangat berpatutan tak sampai RM3 !

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


7. Bunga

Bunga juga sesuai untuk hadiah Hari Guru , tak kiralah bunga tiruan ataupun bunga hidup. Bergantung pada bajet masing-masing juga .



IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


8. Pewangi Bajet

Kalau anda kurang bajet untuk berikan hadiah pada guru di Hari Guru. Haa...ini adalah pewangi paling bajet harga dalam 50-60 sen sahaja di Shopee.

Rata-rata review mengatakan, pewangi ini sangat wangi. Cubalah !

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU
9. Pen

Pen pula adalah hadiah Hari Guru yang sangat famous. Dan antara hadiah paling praktikal untuk guru.

Tapi, kalau korang ada bajet lagi, belilah reben ke sebelum beri kepada cikgu. 



IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


10. Pokok Kaktus

Pokok kaktus yang senang jaga tak perlu maintenance yang tinggi juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah Hari Guru.

Harga pokok kaktus juga sangat reasonable. Boleh dapat bawah RM3 sahaja !


IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


11. Sapu Tangan

Sapu tangan antara hadiah Hari Guru yang tidak terlalu mahal dan membebankan pelajar. Sapu tangan siap kotak ni boleh dapat bawah RM1 je tau !

IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU


12. Tisu Basah

Tisu basah antara barangan wajib ada dalam setiap beg cikgu. Banyak sangat kegunaan tisu basah ni, harga pun tidaklah terlalu mahal. Dalam 30 sen sahaja.


13. Tudung

Jika korang ada bajet sedikit besar, bolehlah hadiahkan tudung kepada guru perempuan. Orang perempuan memang sangat sukakan tudung.


14. Tali Leher

Tali leher sangat sesuai untuk dijadikan hadiah Hari Guru untuk cikgu lelaki. Tali leher antara pakaian yang cikgu wajib ada.

15. Voucher Buku

Guru dan buku...memang tak dapat dipisahkan. Kalau korang betul-betul tidak berminat dengan idea di aats. Korang bolehlah berikan voucher atau e-voucher buku kepada guru-guru anda sebagai hadiah sempena Hari Guru.


Idea bajet untuk hadiah Hari Guru ini bergantung kepada kesesuaian dan bajet anda. Boleh di tambahkan dengan reben berwarna atau kad ucapan untuk nampak lebih menarik.

Semoga perkongsian 15 IDEA BAJET UNTUK HADIAH HARI GURU ini dapat beri manfaat dan susun atur bajet anda.

Selamat mencuba !

5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

Zaman sekarang ini, doorgift telah menjadi satu trend untuk di berikan kepada tetamu, kawan sekolah, guru atau pelbagai jenis majlis.

Bagi mummy, untuk doorgift ..paling penting adalah bajet doorgift secara keseluruhan. Bila kita tahu berapa bajet, mudahlah kita tentukan apakah doorgift yang sesuai untuk tetamu, kawan sekolah, guru atau pelbagai jenis majlis.

Maksud Doorgift


"Doorgift" dalam Bahasa Melayu bermaksud hadiah kecil atau cenderahati yang biasanya diberikan kepada tetamu. Doorgift ini adalah satu tradisi yang popular dalam kebanyakan majlis di Malaysia dan sering digunakan untuk menghargai kedatangan tetamu. 


5 Idea Doorgift Murah Bajet Bawah RM1


Untuk doorgift ini, kebiasaannya..memang mummy suka buat sendiri. Lelagi doorgift untuk kawan-kawan anak. Selalunya, doorgift birthday mummy akan berikan untuk kawan-kawan sekelas anak termasuk juga guru-guru yang mengajar.

Antara 6 Idea Doorgift Murah Bajet Bawah RM1 yang pernah mummy buat adalah :-

6 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1


Doorgift Sepit Rambut 


Doorgift sepit rambut ini, mummy buat masa Dhia berumur 6 tahun. Sebagai hadiah perpisahan untuk kawan-kawan perempuan mereka yang sama-sama belajar di zaman tadika.

Sebab tak semua kawan-kawan Dhia 6 tahun akan memasuki tahun 1 di sekolah yang sama. Jadi doorgift sepit rambut ini sebagai kenang-kenangan

Harga Doorgift Sepit Rambut


Harga doorgift sepit rambut ini, antara kos paling jimat. Harga 1 set sepit rambut dalam 20 sen dan kos cetak ucapan berwarna (print) dalam 10 sen.

Total Harga Doorgift Sepit Rambut dalam lingkungan 30 sen sahaja !



5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

Doorgift Makanan Ringan Dalam Beg Ziplock


Doorgift makanan ringan ni pula, kebiasaannya mummy buat untuk majlis kecil-kecilan seperti pot luck atau hari jadi.

Isi dalam ziplock tu, akan di pilih mengikut kesesuaian dan bajet. Nak letak biskut ke chocolate chips ke..semua boleh custom

Harga Doorgift Makanan Ringan Dalam Beg Ziplock


Harga doorgift makanan ringan dalam beg ziplock ni boleh diubahsuai mengikut bajet. Untuk harga ziplock sahaja dalam 12 sen (saiz kecil). Ziplock ini, nampak lebih kemas dan kertasnya sedikit keras. Jadi makanan tidak mudah pecah.

Jadi, kalau kata nak buat bajet 50 sen pun boleh, 80 sen pun boleh untuk isi dalamnya.



5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

Doorgift Surah Yasin

Doorgift Surah Yasin antara salah satu doorgift famous dan ramai jadikan doorgift Surah Yasin sebagai cenderahati untuk majlis tahlil, doa selamat, kenduri kahwin dan banyak lagi acara.

Harga Doorgift Surah Yasin


Harga doorgift Surah Yasin kebiasaannya tidak lebih RM1, dalam RM0.60 dah boleh dapat untuk sebuah Surah Yasin



5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

Doorgift Set Air Minuman


Doorgift set air minuman juga boleh di jadikan cenderahati, ramai juga yang menjadikan doorgift set air minuman ketika majlis kenduri doa selamat, kenduri kahwin, majlis hari jadi atau birthday dan pelbagai majlis keramaian.

Harga Doorgift Set Air Minuman


Harga doorgift Set Air Minuman boleh custom mengikut bajet dan juga pemilihan kedai yang mempunyai harga berpatutan.

Untuk air minuman sahaja, paling murah boleh didapati dalam lingkungan harga RM0.35. J


5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

Doorgift Air Milo

Doorgift air milo juga sangat sesuai untuk majlis yang melibatkan kanak-kanak. mummy pernah buat doorgift air milo ni untuk kawan-kawan tadika anak kami.

Harga Doorgift Air Milo


Harga doorgift air milo ini agak mahal sedikit. Jika air kotak milo kecil seperti mummy beli tu, harga sekotak dalam lingkungan harga RM0.70 je.

Boleh suaikan juga mengikut bajet masing-masing . Samada nak add on atau berikan air milo sahaja sebagai doorgift.


5 IDEA DOORGIFT MURAH BAJET BAWAH RM1

Doorgift Sabun Serbuk

Doorgift sabun serbuk, baru-baru ini mummy buat sebagai doorgift hari guru untuk guru kepada anak-anak kami. Nak bagi pen, marker, coklat, gula-gula tu...rasanya ramai yang dah bagi pada guru.

Jadi, mummy ciptakan kelaianan kali ini dengan memberikan sabung serbuk sebagai doorgift.

Harga Doorgift Sabun Serbuk


Harga doorgift sabun serbuk yang mummy beli ini dalam lingkungan RM0.40 sahaja. Harga sabun serbuk kebiasaanya bergantung berat dan juga jenama.

Sabun yang jenama yang terkenal lebih mahal dari yang kurang dikenali jenamanya.

Di atas tadi, semua itu adalah doorgift murah bajet bawah RM1 yang mummy pernah buat. Ada banyak lagi idea barangan yang sesuai untuk di buat doorgift.


11 Idea Lain Untuk Doorgift


Berikut adalah 11 Idea Lain Untuk Doorgift yang sesuai dengan korang :-

Bekas Minuman: Contohnya, cawan atau gelas dengan logo atau gambar majlis, atau tumbler yang boleh digunakan semula.

Produk Kecantikan: Produk kecantikan seperti lip balm, losyen tangan, atau sabun wajah.

Cenderahati Kustom: Produk dengan logo majlis atau nama pasangan pengantin seperti payung, pakaian, atau barang-barang lain yang diubahsuai khusus untuk majlis tersebut.

Pembungkusan Makanan: Makanan atau snek seperti biskut, coklat, atau kekacang dalam pembungkusan cantik.

Barangan Kraf Tempatan: Produk kraf tempatan seperti keychain, sulam tangan, atau cenderahati yang diperbuat oleh peniaga tempatan.

Tanaman Kecil: Pokok mini atau bunga kecil yang boleh ditanam oleh tetamu sebagai tanda penghargaan.

Produk Elektronik Kecil: Contohnya, pendrive, pen stylus, atau jam tangan digital mini.

Peralatan Tulis: Pensel, pen, atau blok nota dengan logo majlis.

Batu-Batu Hiasan: Batu-batu hiasan yang boleh diletakkan sebagai hiasan rumah.

Produk Kecil yang Berkaitan dengan Tema: Barang-barang kecil yang berkaitan dengan tema majlis seperti perkahwinan, ulang tahun, atau sambutan lain.

Peralatan Dapur: Alat dapur kecil seperti pemotong kertas atau magnet peti sejuk.

Senarai ini hanyalah contoh sahja. Jenis-jenis doorgift berbeza mengikut tema, anggaran bajet dan kehendak seseorang atau penganjur majlis. 

Macam mummy, idea utama doorgift adalah memberikan sesuatu yang berguna atau bermakna kepada tetamu sebagai tanda terima kasih.

GIFTS UNTUK BIRTHDAY DHIA, FRIDGE MAGNET UNTUK GAMBAR TRAVEL KAMI

GIFTS UNTUK BIRTHDAY DHIA, FRIDGE MAGNET UNTUK GAMBAR TRAVEL KAMI DAN MUG UNTUK WEDDING ADIK ANGKAT 

Ulang tahun kelahiran, Ulang tahun perkahwinan, Hari Krismas, Tahun Baru, Pertunangan, Pernikahan, Graduasi, Makan Malam Tahunan, Hari Ibu, Hari Ayah, semua ini dan banyak lagi adalah saat-saat paling berharga buat mummy. Jadi, untuk birthday Dhia tahun ini, mummy hadiahkan sebotol botol air stainless steel yang di tempah khas untuk Dhia !



GIFTS UNTUK BIRTHDAY DHIA, FRIDGE MAGNET UNTUK GAMBAR TRAVEL KAMI DAN MUG UNTUK WEDDING ADIK ANGKAT 


♥️ GIFTS UNTUK BIRTHDAY DHIA DAN FRIDGE MAGNET UNTUK GAMBAR TRAVEL KAMI ❤️

Dalam kesibukan masa, risau di hanyutkan oleh masa. Maka, Mummy akan cepat-cepat buat plan untuk sebarang HARI YG SPECIAL 🎂

MAC merupakan special month untuk Dhia my only daughter 🥰

Sebenarnya Dhia lahir pada 22 Mac , tapi tak apa lah...bagi awal hadiah hari jadi untuk Dhia

Hadiah kali ini, botol air untuk Dhia. 

Dhia jenis suka botol air macam ini (dah ada 1 dari jenama Smiggle).

Kata Dhia, best minum air dalam ni sejuk sampai petang.

So, timbullah idea untuk tempah hat customised / personalised 


Yeayyy dah ada 2 jenis botol air cenggini.. Boleh lah, bawa botol air lama untuk sekolah pagi

Dan hat ni, boleh bawa ke sekolah petang



Dalam misi mencari tempat tempah botol air stainless steel custom made. Tetiba terjumpa dengan Ms Elaine dari The Present . 1 kali deal (whatsapp) terus mummy kasik on. Hanya beritahu nak design macam mana. 

Ms Elaine, dengan pantasnya menghantar gambar artwork pada mummy.

Artwork Ms Elaine memang mummy puas hati. Terus tak cakap banyak ! Jadi !



Dah alang-alang menempah botol air Dhia. Terus mummy tempah fridge magnet gambar percutian kami di Pulau Tioman. Ha..kalau nak tahu, kami dah jarang beli fridge magnet masa holiday. Tapi, akan tempah gambar kami holiday ke fridge magnet setelah selesai balik dari bercuti !




Last but not least, tempah mug yang bergambar untuk pengantin baru sirrang ni. Adik angkat mummy, mak bela dari baby sampai lah zaman sekolah menengah. Sekejap amsa berlalu. Dah kahwin dah pun !

Moga mug ini, memberikan seribu makna buatmu Faiz !


Kenapa mummy memilih The Present untuk buat souvenir?


The Present ini adalah jenama utama SanTAC. Di sinilah Malaysia bertukar untuk produk unik yang menyatakan apa yang paling disukai orang. Dari fenomena budaya pop terkini dan skandal politik ke hobi kegemaran, aktiviti, sebab dan minat, mudah untuk mencari reka bentuk dan barang-barang yang ada di The PresentThe Present ini adalah kedai hadiah peribadi dalam talian dengan menggunakan kaedah Print On Demand. 

Jangan buang! Mari kita bekerjasama untuk menyelamatkan sumber bumi. Teknologi percetakan kami menyesuaikan diri dari penyelesaian pemindahan haba BigTREE, di mana dapat semua imej atau reka bentuk terutama foto boleh dicetak pada produk dengan warna yang lebih tepat. 

Semua produk kosong yang The Present dapat dari kilang Bestsub. Kilang Bestsub dengan pengeluaran profesional dan kawalan kualiti telah berjaya meluluskan audit kilang yang dijalankan oleh BSCI dan SQP. 

Juga produk The Present dengan pensijilan ISO9001, SGS, CE, FDA dan Intertek telah memenangi pengiktirafan dari seluruh dunia. Mereka adalah produk yang hebat yang boleh dipercayai dan dibeli. The Present biasanya menghantar pesanan pelanggan kami dalam masa 24 jam. 



Nak cari hadiah juga? Jangan lupa menggunakan voucher ini, ye ! RM5 untuk anda !



Yang berminat nak join bisnes ini pun, boleh juga. Hubungi sahaja Ms. Elaine, 019-9858151

BestSub Malaysia, Total Brandme Sdn Bhd 

Address: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang. 

Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)

#ThePresent
#Personalized Gift
#SafeForDailyUse
#BigTree
#NoPinHole
#JSCoating
#SGSCertificate
#colouraccurate
#BestSubMalaysia
#WhiteMug
#GradeA


HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020

HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020 - Ha, kemahen entri hari ini, kisah hari kekasih / Valentine's Day. Mahu ada yang ceramah mummy ni,kang ! Sabar korang ! Jangan ceramah dulu ye. Sememangnya kami tak sambut pun hari kekasih / Valentine's day ni. Sambut apo jadahnya dalam wad weiiii. Busy jaga Daim dan belah petang nak discharge dari hospital pulak ! Daim boleh keluar wad pada 5 petang 14 Februari 2020. Saje je ni, bagi tajuk blog gempak. Almaklumlah sejak Google buat apa ntah, teruk juga jatuh UV, PV blog mummy ni. 

HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020


HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020

HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020 mummy dapat 6 kuntum bunga ros. Sebenarnya, sepanjang kami kawan, kahwin memang tak pernah daddy bagi bunga. Katanya, membazir ! Mahal dan bukannya boleh makan pun. Mummy pun tak kisah pun, tapi mummy ni nakal juga. Suka ajuk..ajukkan daddy. Tak pernah bagi bunga :(

Amek ! Setelah 9 tahun, nah 6 kuntum bunga ros HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020


HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020

Kat hospital memang ada kedai bunga. So, daddy kat hospital je ni. Agaknya appreciated mummy jaga Daim sepanjang duduk dalam wad sebanyak 3 kali.

Mummy memang tak bagi daddy cuti, sayang cuti tu ha..Biarlah daddy berkorban kerja cari duit untuk keluarga mummy.

Mummy pula berkorban jaga Daim di hospital. Hidup ini memang kena give and take lah ! Nak bahagia. Jangan ada hasad atau nak berkira !

Haaaaa..dari mummy tak berkira tu lah dapat macam-macam hadiah dari daddy hehehehe. Terima kasih sayang !

HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020

Balik je rumah, ada lagi surprise dalam bilik VICTORIA'S SECRET ! Allahu ! Banyaknya HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020 ni. Malu pulak rasa ! 

Hat ini, memang mummy tak pernah meminta, sebab kami ada banyak stok body perfume, hand sanitizer Bath & Body Works (stok jual). Kalau rasa nak pakai, boleh je beli dari kedai sendiri hehe.

HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020

Perfume, body mist, losyen dan lip gloss lengkap. Macam hantaran kahwin pulak hahaha. Perfume, body mist dan losyen semua dari bauan Victoria's Secret Bombshell

HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020


HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020


HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020

Lengkap dengan pouch lak tu....OMG mummy suka sangat. Tak pernah ada dalam wishlist.. Tetiba dapat depan mata. 

Rezeki yang tak di sangka !

Moga Allah berikan rezeki yang tak di sangka-sangka juga buat suamiku...ameeennnnn..

Mummy tak bagi daddy apa-apa ke hari kekasih ini. Haaa..sebenarnya, memang kebetulan sangatlah. 

Last month kitorang ada singga butik Coach di Johor Premium Outlet. Ingatkan saje nak belanja daddy wallet. Since beliau kata walletnya dah buruk.

Tapi, daddy kata harga macam mahal. Baik beli dengan PS kitorg je.

So, mummy order kat PS mummy untuk wallet coach daddy.

Tup..tup..tup wallet Coach tu sampai ngam-ngam 14 Februari...kekdahnya hari tukar-tukar hadiah gamaknya hehehehe