Showing posts with label Jordan. Show all posts
Showing posts with label Jordan. Show all posts

BERUS GIGI KEGEMARAN KAMI SEKELUARGA JORDAN DAH 180 TAHUN DALAM DUNIA PENJAGAAN GIGI

JORDAN DAH 180 TAHUN DALAM DUNIA PENJAGAAN GIGI - Pertama sekali, mummy ucapkan TAHNIAH kepada JORDAN. Diam tak diam dah 180 tahun bertapak dalam bidang penjagaan gigi. Tahniah JORDAN ! JORDAN antara berus gigi yang menjadi kegemaran ramai. Termasuklah keluarga kami, kami sekeluarga memang suka dengan berus gigi JORDAN ni.


BERUS GIGI KEGEMARAN KAMI SEKELUARGA - JORDAN DAH 180 TAHUN DALAM DUNIA PENJAGAAN GIGI


BERUS GIGI KEGEMARAN KAMI SEKELUARGA JORDAN DAH 180 TAHUN DALAM DUNIA PENJAGAAN GIGI


Tadaa...berus gigi JORDAN untuk kami sekeluarga ! Tepi sekali berus gigi JORDAN  0-2 tahun tu untuk Daim Naufal. Walau Daim Naufal baru berumur 7 bulan dah nak kena ajar guna berus gigi juga ! Supaya Daim Naufal sama seperti kakak dan abangnya yang suka berus gigi.

Berus gigi JORDAN  3-5 pulak untuk Dzal Aidi Fiqry dan berus gigi JORDAN  6-9 tahun untuk Dhia Batrisya.

Yang lelain tu ..untuk mummy dan daddy lah ! Hehe. Banyaknya berus gigi JORDAN ? Eh, mestilahkan. Doktor gigi sarankan kita untuk sentiasa menukar berus gigi kira-kira 3 bulan sekali.

Ada ke yang pakai berus gigi sampai bertahun-tahun? Eh..jangan macam tu tau ! 

Berus gigi JORDAN ni ada banyak versi, nak jenis berus yang Soft, Extra Soft, Hard, Slim semua ada. Daddy suka extra soft, manakala mummy pulak suka kesemuanya hehehe.

5 TIPS PEMILIHAN BERUS GIGI


BERUS GIGI KEGEMARAN KAMI SEKELUARGA JORDAN DAH 180 TAHUN DALAM DUNIA PENJAGAAN GIGI



Antara 5 tips pemilihan berus gigi:

1. Paling bagus dalam memilih berus gigi ialah pilih berus gigi yang berusnya lembut. Berus gigi yang sederhana atau keras boleh menghakis bahagian dalam mulut dan memusnahkan tisu gusi. 

2. Berus gigi yang mempunyai berus silang pangkah juga bagus kerana ianya boleh menanggalkan sisa-sisa makanan di kawasan yang sukar dicapai.

3. Pastikan berus gigi itu adalah saiz yang betul untuk korang. Berus bersaiz sederhana adalah yang terbaik untuk muat ke dalam mulut.

4. Carilah berus gigi yang berkepala bulat. Berus yang berbentuk segi empat tepat menyukarkan lagi untuk memberus gigi. 

5. Berus gigi yang boleh pegang secara kuat juga amat baik. Supaya tangan kita boleh kawal sekata sewaktu pembersihan gigi di jalankan.


Kalau korang minat dengan Jordan Oral Care ini, korang boleh dapatkannya di pasaraya besar atau boleh juga daptkan di www.shopee.com.my & www.motherhood.com.my.