Showing posts with label Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Jumaat. Show all posts

Kenapa Rumah Saya Adik Beradik Tak Datang Pun

Hai semua ! Salam Jumaat ! Hari ini, mummy nak kongsikan antara kiriman whatsapp yang mummy suka baca. Oleh kerana perkongsian ini bagus dan menginsafkan diri mummy, terus mummy rasa nak share dalam blog. Untuk renungan kita bersama Kenapa rumah saya adik beradik tak datang punSaya je kena ziarah mereka. Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi tak singgah ..

Jom baca....

sumber gambar : www.google.com


Kenapa Rumah Saya Adik Beradik Tak Datang Pun


Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka tak dapat. Bab ni kita yang pilih. Antara pahala / kebencian / dendam / cemburu. Jadi.... biarkan orang yang tak nak menyambung silaturrahim. 

Kita ikut sunnah, pasti kita bahagia.

Seperkara lagi:

Mummy sendiri tidak kesal / kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka busy. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim. 

Kita tak perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita..membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kita: 

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. 


Maka..

Senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yang fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.


(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

UJIAN KIFARAH DOSA

UJIAN KIFARAH DOSAApabila kita diuji, hati mulalah berbisik. Orang sekeliling menasihati.

"Allah uji sebab nak hapus dosa" Ya betul... Tapi,
_Kita makin sedih._
_Makin kecewa._
_Makin meratapi dosa._

ALLAH jua diajukan soalan.
_Kenapa dan Mengapa._

Wahai sahabat, Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.
_Allah dah janji,_

UJIAN KIFARAH DOSA


INNA MA'AL USRI YUSRO..
_(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)_


Nabi Muhammad SAW juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA ?? _(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)_


Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA ??

Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga terseksa di duniya. Dihenyakkan batu besar diatas dada... adakah kerana DOSA ??


_Bukan.. bukan..bukan.._ _Bukan kerana DOSA semata2..._


Allah uji untuk, Menaikkan darjat. ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita. Kerana ALLAH rindu airmata kita...


_Indah kan 😍_
Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.


Sahabat yang dikasihi,
Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.

Jangan menghukum diri apabila diduga. Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat..


Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.

_"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."_
Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..


Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .


Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.

ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


_Bersabarlah setiap kali diuji._

_Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati._

_Kita hamba yang sering lupa diri._

_Kita suka menunding jari._


Santapan Jumaat Penuh Barakah dari Whatsapp yang mummy terima. Moga DOSA kita sentiasa di hapuskan ! Aaminnn

6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI

Assalamualaikum Salam Jumaat semua. Bila hari Jumaat ni, banyak tazkirah yang mummy dapat dari group Whatsapp yang ada. Mummy jarang nak forwardkan pada group Whatsapp yang lain. Sebab takut menggangu. Oleh kerana tazkirah Jumaat tu best untuk di baca dan di kongsikan. Mummy share di blog mummy terus. Tazkirah tentang bersangka baik.

Nak positif kena bersangka baik. Nakkan aura positif pun kene fikir yang baik-baik. insyaallah.

 6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI

6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI



1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


2. Jika bertemu ANAK.KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..


3. Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


4. Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


5. Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


6. Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. 


Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su'ul khatimah. 


Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.


Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.


Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.


Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis diserata tempat..


Tazkirah pagi...dari group Whatsapp yang mummy terima.