Showing posts with label Kajang Perdana. Show all posts
Showing posts with label Kajang Perdana. Show all posts

Raya - Kajang Perdana


Bila tibanya Syawal pastinya banyak open house di sana sini. Mummy pun sempat juga buat makan-makan Syawal secara kecil-kecilan untuk adik beradik sedara mara dan rakan kenalan yang terdekat. Mana yang terlepas pandang atau terlupa nak menjemput tu.  Maaf ye, boleh je datang beraya bebila masa.



Menapak ke Tingkat 8 sbb Letrik Tak De

Lama benar dah tak naik tangga balik ke rumah. Ptg smlm, kekdahnya senaman naik tangga ke tingkat 8. Letrik tak cukup rupanya. Masuk rumah, lampu dan kipas tak berfungsi tapi TV boleh tengok. Lampu lorong ada pulak. Memacam lagi lah sana ada karen, sini xde karen. So, amek keputusan kasi tutup semua suis yg ado. Kang trip rosak pulak brg letrik2ku. Cecepat call TNB buat laporan gangguan letrik 15454 - Hotline Gangguan Letrik.

Borak puye borak, katanya dalam masa 1-2 jam solusinya kalo 1 buah rumah. Tapi, kalo byk rumah, mungkin up to 4 hours. So, cpt2 kasi anak mkn dan mandi. Sebelum terbenamnya sang matahari kan. Nnt semua tak boleh nk buat.


Kira2 dalam 8.30mlm baru ada api. Nasib si bambam Dzal Aidi boleh tidur tanpa ragam ketika ketiadaan api. Gambo2 mana? Gegambar semua tak de ye. Hp bat kong, kekdah mlsnya nk bw charger ke opis. Ha!! sekali balik rumah, xde letrik!! Padan muka aku,kan!!

Malam tu guard soh kami kosongkan tpt parking kami. Sbb lori letrik bantuan 9tak tahu namanya apa..kita panggil lori bantuan letrik aje lah ye) nk mai. Api kawasan kami tak cukup katanya.

Ok gambar lori letrik tu spt di atas. Hampir 6 parking lot ko amek, nmpaknya. Besau,tak? 


Selasa di Pasar Malam Kajang Perdana

Jika berkesempatan atau mempunyai masa lapang. Kami suami isteri akan spend masa bawa anak2 outing. Tak kira lah pasar mlm ke atau memana yg boleh bw slps waktu kerja. Waktu yg pendek itu selalunya kami cuba untuk gembirakan hati anak2.


Smlm ptg, kami bawa mereka ke psr mlm bwh rumah. Dhia mmg suka nk main basikal dia tu. Bukan hari2 dpt naik basikal sb kekdg kami kekangan masa. Jadi, kami akan bw mereka jenjln ke psr mlm dgn Dhia dan basikalnya. Mmg muka happy sesangat dpt jln2 mcm ni. Budak dah beso katanya kan!


While adik spt biasa, ddk dlm stroller. Memudahkan mummy dan daddy nk shopping2. Biasalah menyambil tu kita cuci2 mata gak. Buat masa ni ada 2x Dzal Aidi ke psr mlm dan 1x ke downtown Jln Reko. Ada sesetengah org tak bawa baby ke tpt awam sb sekarang ni mcm2 penyakit. Tp, kami suka anak2 adapt dgn mcm2 keadaan. Biar dia biasakan diri mereka. Lps balik dari pasar mlm kasi anak2 terus mandi dgn air suam2 kuku. Insyaallah kita doa2 moga2 di jauhkan dari penyakit2 berjangkit dan yg merbahaya.



Sempat lagi pekena bakso pethal..mkn panas2 di situ. Sedap bakso nya!! nyummeh. Mmg aim tpt mkn sbnrnya sb nk bg anak makan sekali. Nt balik rumah dah boleh kasi anak rest dan tidur shj ;)

Yg tak best gi psr mlm ni, nampak apa sahaja...semua mau beli. Dah pulak tu en somi sdg lapa. Mmg terbaik la!! Semua mau beli,kan!. Sesampai di rumah sampai ke mlm bini nya melantak.Tgh2 tidur, br terasa perut sebu ya amat.

Moralnya, jgn ke pasar mlm saat2 sedang lapa ;)