Showing posts with label LETIH & LESU SEMASA TEMPOH BERPANTANG?. Show all posts
Showing posts with label LETIH & LESU SEMASA TEMPOH BERPANTANG?. Show all posts

LETIH & LESU SEMASA TEMPOH BERPANTANG?

LETIH & LESU SEMASA TEMPOH BERPANTANG?
==============================

Biasanya ibu yang dalam tempoh berpantang mudah letih dan lesu. Menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bergelar ibu memang melelahkan. Sekiranya sudah mempunyai anak lain, kelahiran bayi baru pasti memberikan tanggungjawab baru buat ibu.


Justeru petua orang lama ada memberikan kaedah mudah menyegarkan kembali tubuh badan yang letih dan lesu. Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam.


Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin. In sha Allah badan ibu akan terasa segar dan bertenaga kembali untuk menjalankan tanggunjawab dengan cergas.

CREDIT : PAMA