Showing posts with label MIKI. Show all posts
Showing posts with label MIKI. Show all posts

MURAH ! BAJU ANAK JENAMA MIKI HANYA RM9 DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS !

MURAH ! BAJU ANAK JENAMA MIKI HANYA RM9 DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS ! Sakan MummyLinda korang ni dok citer pasai GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) ja ! Okay, sebelum tu, sempena nak dekat hari jadi ni. Mummy perkenalkan diri sendiri sebagai MummyLinda since ramai confuse nak panggil nama mummy. Ada yang panggil Alin. OMG rasa macam lain machiam. Hehe Alin tu nama panggilan keluarga nama manja di kalangan keluarga. Kalau orang luar panggil, kadang-kadang rasa geli geleman je. Sorry guys :( . Memang dari kecil, orang luar panggil MummyLinda dengan nama Azlinda atau Linda. So..after this, mummy akan letak MummyLinda sebagai nama diri sendiri untuk dalam blog dan media social. Okaylah kan nama sendiri tu. Dari letak LindaLofa. Kang ada yang muntah darah pulak, kan? 

MURAH ! BAJU ANAK JENAMA MIKI HANYA RM9 DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS ! 



Berbalik kisah shopping MummyLinda masa pi GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) aritu. Memang banyak barangan murah. Bagi MummyLinda, murahlah untuk semua brand dalam GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) . Kalau nak kira RM yang keluar pula, memang terasa macam mahal untuk jenama antarabangsa. Logik kot, takkan coach, BB, MK, Kate Spade dan lain-lain tu sale sampai barangannya jatuh sehingga RM9 satu barangkan?


Kali ni, MummyLinda nak share beli barangan murah RM9 kat GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) . Iaitu baju anak-anak kat butik PADINI. Jenama MIKI biasanya memang tak dapat la sehelai harga bawah RM20. Kali ni, kat GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) mummy dapat harga RM9.

Memula, masa masuk butik PADINI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) . Mummy nak beli seluar panjang. Almaklumlah, dah nak masuk kerja selepas dalam pantang. Nak lah berpakaian baru kekononnya. Hahaha padahal, seluar lama banyak tak muat lagi. Czer ni selalunya lepas 90 hari baru badan boleh tune balik. Hopefully lah...

So, masa MummyLinda duduk kat kerusi dalam butik PADINI sementara menunggu daddy. Mata melilau dok perati baju anak je. Aish..ada anak ni...lain macam. Asyik fikir anak je. Padahal MummyLinda ni seluar dah tak banyak boleh pakai. Huuhuu.

Tertulis di satu bahagian tu barangan RM9. Dah pulak tu, ramai gak pi borong. 

Lepas dapat barang mummy. 

MummyLinda terus pi terjah gak pilih baju anak.

GENTING HIGHLAND PREMIUM OUTLETS (GPO)


Ni bebaju anak yang sempat mummy grab untuk Dhia, Dzal dan Daim. Berbelas-belas helai gak lah dapat. 


GENTING HIGHLAND PREMIUM OUTLETS (GPO)


Baju tu harganya 2 helai RM49.
Sekarang, sehelai jadi RM9 je. Murah banyak !

GENTING HIGHLAND PREMIUM OUTLETS (GPO)


Seluar mummy..pinggang saiz 28 dah. Tapi, mummy tak nak pakai ketat sangat. Sebab tempat czer ari tu kan dah 2 kali berair dan menanah. Jadi, tak nak stresskan tempat czer tu dulu. MummyLinda amek loose sedikit. Cover pakai belt nanti.


Seluar mummy ni pun murah gak. Dari nak beli sehelai. Terus beli 2 helai. RM49 harga asal. Tapi, mummy dapat RM29 sehelai.


Memang giler kot kalau pi GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) banyak barang yang murah. 

Kalau korang kaki shopping dan nak jimat banyak. Terjah lah sini ye.