Showing posts with label Mangga. Show all posts
Showing posts with label Mangga. Show all posts

Mangga Harum Manis Perlis Ke Kajang !

Mangga Harum Manis Perlis - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Kemahen PKP ni, musim Mangga Harum Manis pula keluar ye ! Elok sangat lah tu. Hehe. Masa PKP 1,  dah terperap dalam rumah, mulut memang minta makan je. Mummy order 3 kg terus dengan sepupu mummy. beliau memang kenal dengan orang di ladang Perlis tu, last year sepupu dan makcik mummy memang ke ladang Mangga Harum Manis di Perlis

Proses order pun tak lama sangat, dalam seminggu je sampai dah ! Mereka pos direct dari Perlis ke Kajang dengan menggunakan perkhidmatan courier Citylink. Alhamdulillah selamat tiba di Kajang. Puas hati beli dari sepupu kami , Mangga Harum Mani yang kami terima ni, buah yang sampai semuanya elok, manis, tiada yang lembik, tiada yang pecah.

Harganya pun sangat ok 7 biji = 3kg RM100 termasuk pos

Mangga Harum Manis Perlis Ke Kajang


Mangga Harum Manis Perlis Ke Kajang !

Packagingnya  memang tip top


Mangga Harum Manis Perlis Ke Kajang !

Buahnya , semua cantik-cantik !


Mangga Harum Manis Perlis Ke Kajang !

Harum manis ini, berbuah setahun sekali sahaja. Antara buah mangga paling sedap dan paling mahal ! Kerana ianya bermutu tinggi !

Mangga Harum Manis ini, berbuah setiap tahun dari April sehinggalah awal bulan Jun. 

Alhamdulillah, rezeki kami tahun ini. Dapat merasalah ! Kami sekeluarga 




Mangga Harum Manis Perlis Ke Kajang !



Isi dalamnya, manis, kuning oren. Perghhhh! Memang sedap ! Korang nak? WhatsApp je beliau di SINI

Dengar dari sepupu mummy Mangga Harum Manis ini dah ke penghujungnya. Nak habis musim dah huhu.

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH - Geram tengok banyak mangga epal dah berbuah depan rumah mak. Cantik bergentel dia bergayut tu haa. Hehe. Korang panggil mangga epal ke? Kitorang kalau kat rumah suka panggil pelam. Bahasa yang betul, mempelam lah kot, kan? Bahasa pasar keluarga kami, panggil pelam je. Broken Malay sungguh

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH 


BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH

Mummy memang tak pernah cerita pasal mangga / pelam depan rumah mak mummy.  Sebab baru nak berbuah hehe. Walaupun dah bertahun pokok ni di tanam. Lebih kurang 9 tahun ke 10 tahun jugak lah tak berbuah. 

Ni kali kedua, pelam berbuah. Memang excited sangat dan sayang pokok ni.

Dia dengar kot. Kami dok cerita, tebang je lah, bukan ada buah pun.

Tup..tup..berbunga dan berbuah pokok pelam depan rumah ni ha.

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH

Takut ye...hehehe. Alhamdulillah sekarang pelam ni teruih BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH 

BERGENTEL BEGAYUT MANGGA EPAL DEPAN RUMAH

Sayng dah kami dengan pokok ni. Nak petik buah ni pun, sebenarnya macam sayang sangat. Risau kalau tak berbuah lagi.

Nak tak nak, kena petih jugak lah. Kang, kita tak datang petik. Mau orang lain yang petik kang.

Tau,tau ...dah gondol buah depan rumah hehehe

Korang suka makan pelam cicah apa? Mummy ni, kalau pelam muda cam ni suka cicah gula kicap cili api. Cili api, hiris halus je. Tonyoh pelam dalam gula kicap cili api. Gula pulak suka letak banyak dari kicap.

Perghhhh..leleh air liuqqqq 😅😅