Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+

AI antara teknologi terbaharu di dunia. Kini, Durioo+ memperkenalkan penggunaan animasi menggunakan teknologi AI. Teknologi AI dalam filem dan animasi Durioo+ akan memastikan filem antarabangsa yang dibawa masuk ke Malaysia selamat ditonton oleh kanak-kanak Muslim 




Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+, Durioo+, Filem, Kucing, Cat The Movie, Filem Teknologi AI, AI Technologi




Apa Itu Teknologi AI ?


AI merupakan teknologi yang meniru kepintaran otak manusia dengan kemampuan untuk belajar memperbaiki mutu kerjanya dari semasa ke semasa hingga dapat berfungsi lebih cekap dan sempurna bagi melaksanakan suatu tugasan.

Kini AI sudah tidak asing lagi dalam kehidupan manusia, bahkan penggunaannya sudah tersebar luas ke pelbagai sektor termasuklah perfileman.

Durioo+, platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim, dengan bangganya mengumumkan pelancaran beberapa filem luar negara di platform mereka. Apa yang lebih menarik, filem-filem ini telah melalui proses penapisan, penggunaan AI dan pelarasan ketat untuk memastikan selamat sepenuhnya bagi tontonan kanak-kanak. 

Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+, Durioo+, Filem, Kucing, Cat The Movie, Filem Teknologi AI, AI Technologi


Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+


Terbaru, Durioo+ telah mendapatkan hak untuk menyiarkan satu filem daripada China yang bertajuk 'Cats The Movie'. Cat The Movie menggunakan Teknologi AI .

Apa yang paling menakjubkan dan membezakan tentang tayangan filem ini dari tempat lain? Cat The Movie, adalah filem pertama kalinya diolah sepenuhnya oleh Durioo+ >

Ini adalah untuk mengubah elemen-elemen filem generik kanak-kanak kepada filem khas untuk anak-anak Muslim. 


Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+, Durioo+, Filem, Kucing, Cat The Movie, Filem Teknologi AI, AI Technologi

Sinopsis ‘Cats The Movie’ oleh Light Chaser Animation Studios


Filem yang berdurasi 105 minit penuh aksi menarik, ‘Cats The Movie’ ini telah diterbitkan oleh Light Chaser Animation Studios dan diarahkan oleh pengarah ternama, Gary Wang. Dengan bajet 10.5 juta USD, filem ini berjaya mengaut kutipan yang mengagumkan sebanyak 20.5 juta USD di pawagam. Sinopsis Cat The Movie, mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan kucing dalam mencari ‘syurga’ kucing bernama Peachtopia, penyampaian jalan cerita ‘Cats The Movie’ yang penuh menarik bersama animasi yang berkualiti, menjadikannya satu pencapaian gemilang dalam dunia perfileman animasi. 

Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+, Durioo+, Filem, Kucing, Cat The Movie, Filem Teknologi AI, AI Technologi


Antara olahan Durioo+ yang merevolusikan filem ini ke aras lebih tinggi antaranya :-

1. Durioo+ memperkenalkan teknologi AI untuk menukar pakaian watak filem tersebut tampil lebih sopan dan Islamik.

2. Skrip dan usaha alih suara juga telah melalui olahan komprehensif dengan memasukkan nilai-nilai Islamik seperti ucapan “Allahu Akbar”, “Masha Allah” yang dituturkan oleh watak kucing utama. 

3. Misi Durioo+ adalah untuk melindungi kanak-kanak dari kandungan tidak baik yang berleluasa di internet, disamping menanam nilai-nilai Islam ke jiwa kanak-kanak melalui medium paling kerap mereka gunakan iaitu video. 

Oleh itu, adalah penting bagi Durioo+ untuk memastikan setiap video dan kandungan di platform ini sesuai untuk seluruh keluarga, disamping memiliki nilai-nilai positif serta sentiasa memberi manfaat kepada kanak-kanak. 

CEO Durioo+, Sinan Ismail, berkata, "Memang menjadi misi kami di Durioo+ untuk membina ummah beriman, berakhlak dan berilmu. Oleh itu, kami pastikan semua 5,500 konten di Durioo+ adalah selamat dan sesuai di tonton kanak-kanak. Tim Durioo+ berusaha keras untuk menghasilkan Durioo+ Originals dan mencari konten yang berkualiti dan bermanfaat untuk kanak-kanak " 

Sebelum ini, Durioo+ juga telah memperkenalkan beberapa filem lain (tempatan dan luar negeri), jadi ini bukanlah satu-satunya filem di platform Durioo+. Tetapi filem ‘Cats The Movie’ ini adalah satu-satunya filem yang telah menjalani olahan secara menyeluruh. Filem-filem lain yang boleh didapati di platform Durioo+ antaranya adalah 'Bilal: Lahirnya Wira Baharu', 'Tay', dan beberapa filem tempatan seperti 'Wheely', 'Bola Kampung', dan banyak lagi. 

“Cats The Movie ni istimewa kerana kami menggunakan teknologi AI untuk membolehkan animasi ini selamat dan sesuai untuk kanak-kanak. Di masa hadapan, kami akan terus menggunakan teknologi dan kreativiti untuk memastikan anak-anak Malaysia mendapat hiburan yang terbaik dan selamat.”, tambah Sinan. 

Usaha ini menjadikan Durioo+ sebagai antara pelopor utama dalam industri tempatan yang telah melabur wang dan tenaga dalam memastikan anak-anak Muslim boleh sama-sama menikmati hiburan selamat disamping menerapkan nilai-nilai Islam di jiwa mereka.

Jangan lupa muat turun aplikasi Durioo+ hari ini. Selanjutnya tentang Durioo+ boleh layari ke :-

The Monkey King Filem Netflix Sinopsis, Trailer dan Pelakon

The Monkey King Filem Netflix Sinopsis, Trailer dan Pelakon

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga menonton pre-sceering Netflix Movie The Monkey King. Netflix Movie The Monkey King ini akan ditayangkan di Netflix pada 18 Ogos 2023 ini. Apa yang best tentang Netflix Movie The Monkey King? Jom baca Netflix Movie The Monkey King Sinopsis, Pelakon dan Trailer


The Monkey King Filem Netflix Sinopsis, Netflix Movie, Netflix Malaysia, The Monkey King Netflix Movie , Netflix, Movie Netflix Malaysia,




    Sinopsis dan Trailer Netflix Movie The Monkey King


    Sinopsis dan trailer Netflix Movie "The Monkey King" , di mana filem ini adalah sebuah filem fantasi aksi yang terinspirasi dari kisah legenda klasik Cina, "Journey to the West" atau "Pengembaraan ke Barat." 

    Filem ini mengisahkan tentang kisah kehidupan Raja Monyet, juga dikenali sebagai Sun Wukong, yang merupakan watak terkenal dalam kisah tersebut.

    The Monkey King Filem Netflix Sinopsis, Netflix Movie, Netflix Malaysia, The Monkey King Netflix Movie , Netflix, Movie Netflix Malaysia,

    The Monkey King Filem Netflix Sinopsis, Netflix Movie, Netflix Malaysia, The Monkey King Netflix Movie , Netflix, Movie Netflix Malaysia,




    Sun Wukong Si Raja Monyet dalam The Monkey King Netflix Movie


    Kisah bermula dengan kelahiran Sun Wukong dari sebuah batu biji di gunung batu. Beliau dilahirkan dengan kekuatan dan ketangkasan yang luar biasa serta mampu untuk berbicara dan berfikir seperti manusia. Baginda kemudian memperoleh kebijaksanaan dan kebolehan dari guru yang bijak, dan belajar banyak ilmu sakti sehingga menjadi makhluk paling berkuasa di dunia. Baginda juga dikenali sebagai "Raja Monyet" kerana kemahirannya dalam menggunakan tongkat sakti.

    Filem ini mengisahkan tentang pengembaraan Raja Monyet bersama-sama dengan watak-watak lain seperti Biksu Tang Seng dan Pigsy dalam mencari kitab suci yang berharga dan membawa kesejahteraan bagi manusia. Mereka menghadapi pelbagai cabaran dan pertempuran dengan makhluk mitos dan setan yang ingin menghalang misi mereka.

    Sifat Raja Monyet dalam filem ini digambarkan sebagai seorang yang cerdik, berani, dan kadang-kadang gila-gila. Watak ini seringkali menyebabkan konflik dan lawak dalam filem, menjadikannya seorang yang sangat menarik dan menghiburkan.

    Filem "The Monkey King" menampilkan pengambilan gambar yang mengagumkan, efek-efek istimewa yang memukau, dan aksi yang hebat. Ia menarik perhatian penonton dengan keindahan seni Cina kuno dan dunia mitologi yang berwarna-warni.

    Melalui cerita penuh pengembaraan dan pertarungan epik, "The Monkey King" menceritakan tentang pengorbanan, keberanian, persahabatan, dan nilai-nilai kebajikan yang menjadi intipati kisah klasik ini.

    Bagi peminat filem aksi fantasi dengan unsur mitologi dan legenda, "The Monkey King" di Netflix adalah pilihan yang sesuai untuk dinikmati. Filem ini menggabungkan elemen fantasi dan aksi yang menghiburkan, menjadikannya hiburan yang menarik untuk semua golongan penonton.

    The Monkey King Filem Netflix Sinopsis, Netflix Movie, Netflix Malaysia, The Monkey King Netflix Movie , Netflix, Movie Netflix Malaysia,

    5 Kisah Teladan dari The Monkey King Netflix Movie


    Netflix Movie The Monkey King ini sesuai untuk yang berumur 7 tahun ke atas. Apa yang kami sekeluarga dapat simpulkan dari Netflix Movie "The Monkey King," terdapat beberapa kisah teladan yang dapat diambil sebagai inspirasi:

    1. Kekuatan Belajar dan Disiplin: Kisah Raja Monyet, Sun Wukong, menunjukkan betapa pentingnya belajar dan disiplin untuk mencapai potensi penuh seseorang. Sun Wukong menjadi makhluk yang kuat dan bijak melalui upaya dan ketekunan dalam memperoleh ilmu sakti daripada gurunya. Ini mengingatkan kita tentang pentingnya kesungguhan dan kesabaran dalam meraih tujuan kita.


    2. Pengorbanan dan Persahabatan: Filem ini menampilkan persahabatan antara Raja Monyet dengan Biksu Tang Seng dan Pigsy. Mereka berjuang bersama-sama melalui berbagai cabaran dan membantu satu sama lain dalam mencapai tujuan mereka. Kisah ini mengajarkan kita tentang nilai persahabatan yang kuat dan bagaimana pengorbanan untuk orang lain dapat membawa kebahagiaan dan kesejahteraan.


    3. Keberanian untuk Berjuang demi Keadilan: Raja Monyet dan kumpulannya menghadapi banyak rintangan dan musuh yang kuat dalam mencari kitab suci. Mereka tidak pernah mundur dan bersedia menghadapi bahaya demi keadilan dan kebaikan. Kisah ini mengajarkan kita tentang pentingnya berani berdiri untuk kebenaran, walaupun menghadapi kesukaran dan risiko.


    4. 
    Hargai Kearifan dan Nasihat: Ketika Raja Monyet belajar dari gurunya yang bijak, ia mendapat banyak nasihat yang berharga. Hal ini mengajarkan kita untuk menghargai pengetahuan dan nasihat orang lain, terutama mereka yang lebih bijak dan berpengalaman daripada kita.


    5. Pentingnya Pengendalian Diri: Dalam filem ini, Raja Monyet kadang-kadang terpengaruh oleh rasa sombong dan arogan akibat kekuatannya. Namun, beliau juga belajar bagaimana mengawal diri dan menggunakan kekuatannya dengan bijaksana. Kisah ini menunjukkan pentingnya pengendalian diri dan bertanggungjawab atas kekuatan dan kemampuan kita.

    Kisah-kisah teladan ini dapat dijadikan inspirasi dalam kehidupan sehari-hari untuk menjadi lebih bijaksana, berani, dan berpegang kepada nilai-nilai kebajikan. Filem "The Monkey King" mengajarkan kita tentang kekuatan karakter, persahabatan, dan semangat juang yang dapat membawa kita melalui berbagai cabaran dalam hidup.




    Pengarah, Pelakon Filem The Monkey King


    Pelakon FIlem The Monkey King
    Monkey King (Jimmy O. Yang), Lin (Jolie Hoang-Rappaport), Stick (Nan Li), Dragon King (Bowen Yang), Benbo (Jo Koy), Babbo (Ron Yuan), Jade Emperor (Hoon Lee), Buddha (BD Wong), Demon of Havoc (Andrew Kishino), Red Girl (Sophie Wu), King Yama (Andrew Kishino), Wangmu (Jodi Long), Elder Monkey (James Sie), Mayor (Andrew Pang), Mayor’s Wife (Stephanie Hsu), Mayor’s Son (Kuno Inghram)

    PENGARAH: Anthony Stacchi (The Boxtrolls, Open Season)
    PENERBIT: Peilin Chou (Over the Moon, Abominable)
    PENERBIT EKSEKUTIF: Stephen Chow (Kung Fu Hustle, Shaolin Soccer)
    IMEJ DAN ANIMASI : ReelFX


    AIR FORCE THE MOVIE review daripada Mejar Mohd Fitri

    AIR FORCE THE MOVIE review daripada Mejar Mohd Fitri - Memang plan nak tengok movie AIR FORCE THE MOVIE, tapi belum ada masa yang sesuai. Nampak gayanya, nak kena tengok cepat setelah baca review dari Mejar Mohd Fitri ini.

    AIR FORCE THE MOVIE review daripada Mejar Mohd Fitri



    AIR FORCE THE MOVIE review daripada Mejar Mohd Fitri


    Jom baca AIR FORCE THE MOVIE review daripada Mejar Mohd Fitri.

    Alhamdulillah, saya baru keluar tonton filem terbaru ini. 5 pendapat saya :-


    1) Jalan cerita yang ringkas, senang difahami. Aset-aset TUDM ditunjuk dengan baik dan realistik. Tahniah ATM, TUDM, PASKAU dan semua yang terlibat.


    2) Jatuh juga beberapa titik air mata saya ketika tonton beberapa babak filem ini. Yang ini, anda kena tonton sendiri babak-babaknya. (Lejen memang Lejen)


    3) Kepada peminat filem kombat/filem aksi, saya boleh simpulkan filem Air Force The Movie ini ialah versi Malaysia untuk gabungan filem Tears Of The Sun + Behind Enemy Lines + Top Gun.. (Tetapi kita tidak boleh menyamakan level dengan filem-filem itu, kerana bajet yang jauh berbeza). Walaupun bajet tidak tinggi, filem Air Force The Movie ini masih cukup memenuhi selera anda. Insya Allah, puas hati.


    4) Kepada kerajaan Malaysia. Berhenti bermain-main dengan bajet pertahanan untuk Angkatan Tentera kita. Penuhi keperluan ikut cadangan dan program yang diberi oleh tentera kita lebih-lebih lagi untuk Tentera Udara dan Tentera Laut. Mohon rakyat menyokong kuat penambah-baikan untuk aset-aset tentera kita.


    5) Saya cadangkan beberapa filem berkualiti keluaran Malaysia ini boleh ditunjukkan di semua sekolah/kolej/universiti, untuk menambahkan rasa patriotik dan cinta kepada negara=
    LEFTENAN ADNAN
    PASKAL THE MOVIE
    GERAN
    MAT KILAU
    AIR FORCE THE MOVIE

    Akhir kata, kepada sahabat dan follower saya semua, saya rekemen filem ini untuk ditonton seisi keluarga.


    Kredit : Mejar Mohd Fitri

    GRETA MOVIE DI NETFLIX BEST WAJIB TONTON

    GRETA MOVIE DI NETFLIX BEST, WAJIB TONTON - Layan Netflix musim PKP / MCO antara aktiviti paling best ! Banyak dah movie yang mummy selesai tonton tapi, belum ada kesempatan nak menulis di blog. Mummy mulakan dengan cerita Greta di Netflix dulu ye. 


    GRETA MOVIE DI NETFLIX BEST WAJIB TONTON


    Greta merupakan film bergenre drama, misteri dan thriller yang tayang pada 2018.


    Greta merupakan film bergenre drama, misteri dan thriller yang tayang pada 2018. Memang rasa rugi kalau tak tonton cerita Greta ini, sementara ianya ada di Netflix, kan. Setiap jalan ceritanya bikin mummy suspen tapi tak membosankan. Malah , setiap scene, mummy tak sabar menanti apakah yang akan berlaku next dan next lagi.

    Kisahnya bermula ketika Frances McCullen muda (Chloë Grace Moretz), seorang gadis New York yang berkongsi pangsapuri yang menakjubkan dengan kawannya yang kaya Erika (Maika Monroe), telah menemui beg tangan berjenama di kereta api bawah tanah.

    Beliau ingin mengembalikannya kepada pemiliknya, Greta Hideg. Greta adalah seorang janda dan guru piano kelahiran Perancis. Beliau tinggal bersendirian di sebuah rumah lama yang cantik, pandai bermain Chopin dan Beethoven. 

    Kebetulan Frances juga dalam kesedihan kerana baru sahaja kehilangan ibunya sendiri. Oleh itu, menjadikan hubungan mereka lebih akrab seakan mesra seperti ibu dan anak. 

    Frances siap membantu Greta mengadopsi anjing. Awalnya, nampak Greta seperti wanita baik dan juga mempunyai sifat keibuan.

    Greta merupakan film bergenre drama, misteri dan thriller yang tayang pada 2018.


    Kejahatan Greta terkantoi apabila Frances mencari lilin untuk dinner dalam almari.  Frances telah salah membuka almari. Rupanya, Greta mempunyai banyak koleksi beg yang sama design. Di beg tersebut ada di tampalkan nama dan nombor telefon wanita-wanita yang telah Greta phycho kan.

    Mulai dari saat itu, Frances mengetahui bahawa Greta adalah wanita jahat.

    Walau bagaimanapun, Frances tak dapat larikan diri dari Greta. Kerana Greta sering mengikut langka Frances termasuklah mengganggu Frances di tempat kerja.

    Berjayakah Frances melepaskan diri? Haaaa...sampai sini jaln ceritanya ahak thrill.

    Korang wajib tonton tau ! Tak lama pun movie Greta ini. Hnya berdurasi 1 jam 30 minit sahaja !

    FILEM THE WITCHES DI TAYANGKAN EKSKLUSIF DI HBO GO DAN ASTRO ON DEMAND

    FILEM THE WITCHES DI TAYANGKAN EKSKLUSIF DI HBO GO DAN ASTRO ON DEMAND - PKP / MCO ini jangan haraplah nak masuk panggung wayang keluar panggung wayang ye ! Norma baharu , dengan kes COvid-19 yang meningkat ini. Cara terbaik duduk di rumah sahajalah. Tapi, siapa kata duduk di rumah tak boleh feeling seperti menonton movie di cinema? Banyak juga filem terbaharu yang di tanyangkan ekslusif (premier) yang boleh kita tonton serta menjadi penonton terawal juga tau ! Jom kita tonton tayangan perdana FILEM THE WITCHES DI TAYANGKAN EKSKLUSIF DI HBO GO DAN ASTRO ON DEMAND

    jom tonton bersama-sama di rumah masing-masing

    Akhirnya, para peminat Anne Hathaway dapat menyaksikan kehebatan wanita berbakat besar dan versatil dalam menjayakan pelbagai peranan ini sebagai ganjaran istimewa di HBO GO. Dari ‘cat buglar’ kepada usahawan, saksikan bakat ikonik wanita ini dalam koleksi filem hebat seperti Locked Down, Dark Waters, The Hustle, The Dark Knight Rises, Les Miserables dan The Intern!



    FILEM THE WITCHES DI TAYANGKAN EKSKLUSIF DI HBO GO DAN ASTRO ON DEMAND


    Para peminat Roald Dahl tidak perlu menunggu lama lagi untuk menonton filem terbaharu yang dibikin semula, The Witches apabila ia akan ditayangkan buat kali pertama dan secara eksklusif di HBO GO dan Astro On Demand dari Jumaat ini, 29 Januari!


    SINOPSIS FILEM THE WITCHES


    SINOPSIS FILEM THE WITCHES. Di mana filem ini adalah sebenarnya pembikinan semula karya Roald Dahl yang disukai ramai ini sebagai filem, Zemeckis menceritakan kisah komedi gelap dan menawan hati mengenai seorang anak yatim piatu pada akhir 1967 yang tinggal bersama neneknya yang penyayang di kota Demopolis, Alabama. Apabila budak tersebut dan neneknya menemui beberapa ahli sihir glamor tetapi sangat jahat, dia dengan bijaknya membawa cucunya melancong ke pusat peranginan mewah di tepi laut bernama Grand Orleans Imperial Island Hotel. Malangnya, mereka tiba pada waktu yang sama ketika Grand High Witch telah mengumpulkan rakan-rakan ahli sihir dari seluruh dunia untuk melaksanakan rancangan jahatnya untuk menukar kanak-kanak dunia menjadi tikus.

    Seperti yang dijangka, Hero Boy tidak dapat membiarkan itu berlaku tanpa berlawan, dan dia bekerjasama dengan kawan yang baru dikenalinya, Bruno Jenkins, penuh dengan semangat keberanian yang luar biasa untuk menghadapi ahli sihir jahat yang benar-benar menakutkan. Ini lebih ketara apabila rambut palsu, sarung tangan elegan dan sepatu menawan mereka ditanggalkan untuk mendedahkan kepala mereka yang botak, kuku tajam dan kaki yang tidak berjari!

    PELAKON FILEM THE WITCHES 




    Barisan pelakon filem The Witches ini dibintangi pelakon jelita, Anne Hathaway (“Les Misérables”, “Ocean’s 8”) yang menjayakan watak sebagai Grand High Witch bersama bintang baharu Jahzir Kadeem Bruno sebagai Hero Boy, filem klasik yang memberi nostalgia zaman kanak-kanak ini mendapat sentuhan penuh teatrikal daripada sutradara yang pernah menggondol Oscar, Robert Zemeckis (“The Polar Express”, “Who Framed Roger Rabbit?”, “Forrest Gump” dan trilogi “Back to the Future”) dan pasukan impian termasuk penerbit Alfonso Cuarón (“Harry Potter dan Prisoner of Azkaban”) dan Guillermo del Toro (“Rise of the Guardians”, “Book of Life”), penulis skrip Kenya Barris (“Barbershop 3: The Next Cut”) serta komposer Alan Silvestri (“Ready Player One”, “The Mummy Returns”).

    Distrimkan terus ke skrin di rumah anda menerusi HBO GO, kombinasi hebat itu turut dibintangi Octavia Spencer (“The Help,” “Onward”) sebagai Grandma, Stanley Tucci (“The Devil Wears Prada” dan filem-filem “The Hunger Games”) sebagai pengurus hotel iaitu Mr Stringer, Kristin Chenoweth (Drama “Glee”, “American Gods”) sebagai tikus ‘Daisy’ dan Chris Rock yang menaratifkan pengalaman Hero Boy ketika dewasa.

    Sebagai tambahan kepada barisan pelakon yang mengagumkan, tidak ada satu pun perincian yang ditinggalkan dalam mewujudkan pengalaman yang autentik dan menarik kerana pereka set, pakar prostetik dan pakar kostum mengambil inspirasi dari era yang lalu dan menggabungkannya dengan ‘special effects’ untuk menarik penonton ke dunia yang membuatkan penonton percaya ahli sihir sebenarnya memang wujud! Dari cetakan vintaj dan alat peraga autentik hingga rambut palsu mewah serta transformasi fizikal yang dramatik, filem ini adalah karya moden yang tidak boleh dilepaskan!

    “Ia satu kisah yang diabolikal (jahat),” kata Zemeckis, yang teruja dengan peluang untuk membikin semula novel kesayangan itu. “Buku-buku Roald Dahl sebenarnya bukan sahaja untuk kanak-kanak. Sememangnya karakter kanak-kanak memegang watak utama, oleh itu mereka sangat menikmatinya, tetapi pembaca dari semua peringkat usia boleh menikmati bukunya, dan filem ini juga serupa.”

    sambil tonton sambil mengunyah hidangan afternoon tea set dari St Regis. Menarik !

    Jom tonton FILEM THE WITCHES DI TAYANGAN EKSKLUSIF DI HBO GO DAN ASTRO ON DEMAND .Dengan muat naik aplikasi HBO GO dari App Store atau Play Store melalui peranti anda atau akses HBO GO menerusi Astro atau melalui pautan https://www.hbogoasia.my/. HBO GO tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV, Samsung Smart TV - dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

    Astro On Demand tersedia untuk semua pelanggan melalui kotak Ultra atau aplikasi Astro GO. Selain itu, pelanggan Astro Movie Pack dapat menikmati akses HBO GO tanpa bayaran tambahan. Selanjutnya, sila layari ke

    Facebook: HBOAsia
    Instagram: @hboasia
    Twitter: @HBOAsia





    Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo

    Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo - Assalamualaikum, dah marathon tengok cerita FROZEN 2 dan Ejen Ali The Movie di TGV Encorp Damansara. Kini giliran mummy pulak, untuk marathon tulis blog...ahhaahaha amek ! Masa nak tengok Ejen Ali The Movie ni, tiket TGV hasil AIA Vitality dah tak ada. Habis tebus untuk FROZEN 2. So, untuk Ejen Ali The Movie ni, mummy beli tiket dan bayar menggunakan e-Wallet TouchNgo. Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo RM10 je untuk semua seat. So, kami pun memilih couple seat. Total RM40 je ! 

    Tengok Ejen Ali The Movie Murah Guna eWallet touchNgo



    Pakai prop sama je dengan FROZEN 2 . Dah nama pun, hari yang sama kan ! Frozen habis pukul 2.55pm. Manakala Ejen Ali The Movie start pada pukul 3.15pm. In between tu, rehatkan otot, psoing bergambar dan juga beli nugget set, pop corn set buat kedua kalinya


    Dapat seat atas, memang syioklah. Couple seat pun agak besar. Selesa si Daim nak share kerusi ! 

    Berbalik kisah Ejen Ali The Movie ni, mummy jarang-jarang tengok cerita ni kat TV. So, memang tak berapa nak kenal karakter Ejen Ali. So, terus terang..walau tak tengok sangat cerita ni. Tapi, bile tonton Ejen Ali The Movie ni. Mak aiiiii....serius best ! Serius terus faham !

    Sinopsis Ejen Ali The Movie



    Ejen Ali The Movie ni, mengisahkan Ejen Ali adalah satu-satunya ejen yang ada IRIS (cermin mata magic). Tup..tup MATA buat IRIS NEO untuk ejen yang lain. IRIS NEO ni, masih dalam percubaan.

    Setiap misi yang Ali jalankan, ada ejen lain yang lebih berjaya dan kuat dari Ejen Ali kerana mempunyai IRIS NEO.

    Ali agak sedih, di rumah pun bapa Ali sering sibuk. 

    Pada satu hari, Ali mengemas rumahnya dan terjumpa video lama kenangan bersama arwah mak Ali. 

    Masa part.... Ali tengok videonya ketika kecil dengan arwah mak nya ni, part ni...sangat sedih hokeyyy !

    Anak -anak kami turut nangis sama hehehe.

    Tiba-tiba Ali ternampak satu thumb drive kepunyaan maknya. Tapi, Ali tak boleh buka thumb drive tersebut.

    Dari thumb drive itu, Ali kenal Niki.

    Siapakah Niki? Apa kena mengena thumb drive itu dengan Niki? Siapa mak Ali sebenarnya? Kenapa mak Ali meninggal.


    Serius ...jalan cerita Ejen Ali the Movie ni memang terbaik. Adegan sedih, gembira, kelakar, lawan dan persahabatan semua ada.

    Korang wajib tengok tau...silap-silap korang pun akan nangis sama hahaha !


    FILEM FROZEN 2 MENGECEWAKAN?

    FILEM FROZEN 2 MENGECEWAKAN? FROZEN 2 TAK BEST ! FROZEN 2 Ada aksi tak sesuai untuk kanak-kanak? Huh, terkejut mummy tau ...bila terbaca tentang kutukan FROZEN 2 di Facebook beberapa hari selepas FROZEN 2 di tayangkan (22 November 2019). Walau hakikatnya, mummy tak percaya semua itu. Sebab pandangan orang berbeza. Mummy pulak, sejenis kalau tengok wayang cerita apa pun mummy rasa best. Setiap cerita ada point tertentu. Kena pandang dari pelbagai sudut. Takkan semua cerita nak ikut plot yang sama je ! Bosan !

    jumpa prop Ejen Ali je...

    Filem FROZEN 2 kali ini, kami memilih ke TGV Encorp Damansara. Tiket untuk FROZEN 2 ni, kami dapat FREE je. Kami laki bini tebus tiket PERCUMA dari AIA Vitality. Jimat banyak, alhamdulillah ! Tinggal beli pop corn set je lah dalam RM20++ di TGV

    Daim pelik, anak siapa lah nak masuk bergambar sekali hehehe. Dia je.. pulak tu yang tengok kamera hehehe

    FILEM FROZEN 2 MENGECEWAKAN?


    Berbalik kepada filem FROZEN 2, baru-baru ini..mummy sekeluarga dapat tunaikan janji untuk bawa anak-anak tengok wayang FROZEN 2. Kitorang marathon untuk tengok filem Ejen Ali The Movie sekali. Senang, one shot terus. Kami laki bini pun, setiap hujung minggu bukan 100% free. Dah alang-alang FREE, mummy suggested pada daddy. Kita marathon aje lah.

    Hahaha tabiat zaman bujang mummy gini lah. Penat kerja, bila tiba hujung minggu dan tak ada plan nak buat. Keluar masuk tengok wayang aje lah ! Kali ini, perangai gila mummy ni di bawakan kembali.. Tadaaaaa haha

    Daddy, asalnya dah risau. "okay ke Daim tu nanti" "kids tak bosan ke?" . Adoi daddy...dah cerita kids kan. Nak bosan kenapa pulak ! Lainlah bawa dorang tengok cerita Charlie's Angles ke...tu haruslah depa bosan, kan !

    Okay, kembali pada cerita FROZEN 2. Dhia dan sepupu perempuannya HAPPY sangatlah, sebab mummy memilih untuk menonton FROZEN 2 dulu. Yang kedua, baru masuk cinema untuk FILEM Ejen Ali The Movie !

     Dorang sakan turun bawah sekali menari.  Dah habis FROZEN 2, baru naik. Nasib Daim, tidur. Kalu tak, harus join sekali

    Lambat beli tiket, tak dapat seat atas. Kitorang baru balik dari kenduri sebenarnya.

    Dalam wayang Dhia, Bella dan Dzal memang cukup laya FROZEN 2 ni. Siap turun bawah menari ikut lagu dalam FROZEN 2.

    Sama peel dorang kalau tengok FROZEN 1 pun, ulang banyak kali untuk tiru aksi tarian frozen dan menyanyi bersama-sama.

    Mummy sendiri pun terhibur ketika menonton FROZEN 2 ni, banyak aspek nilai murni dari ELSA dan Anna. Mereka sedang mencari 'kuasa' Elsa tu dari mana. Dalam itu... 

    Mereka bersatu hati dalam FROZEN 2 untuk mencari satu 'bunyi' seakan-akan memanggil mereka ke satu tempat. Hint untuk mencari jawapan yang mereka ingin kan. Dalam perjalanan tersebut, ELSA dan ANNA dapat berjumpa kembali dengan 2 puak dalam satu hutan. Satu puak itu merupakan keturunan mak mereka dan satu kumpulan lagi merupakan bekas pekerja ayah mereka.

    Dari hutan itu, mereka dapat lebih 'hint' untuk mencari misteri suara yang memanggil, misteri kehilangan ibu bapanya, dan siapakah datuk mereka.

    Dalam pada ituu, ELSA dan ANNA berpisah sekali lagi.

    Kenapa mereka terpisah? Berjayakan mereka dalam mencari misteri itu? Ha..bab ni korang kena tengok kat wayang ye !

    Tak lama pun berdurasi 105 minit aje.

    Keseluruhannya, FILEM FROZEN 2 MENGECEWAKAN? oh tidak sama sekali ! Memang layannnnnn...Mummy bagi 10/10 sebab anak-anak suka dan tak bosan. Dorang siap sanggup tahan kencing dalam cinema...demi FROZEN 2

    THE ANGRY BIRDS 2 BEST KE TIDAK !

    THE ANGRY BIRDS 2 BEST KE TIDAK ! - Baru ada masa nak cerita pasal The angry bird 2 haha. Dah basi pun kan ! Btw, cerita ni memang best ! Kami ke TGV Encorp Damansara. Kebetulan mummy daddy dapat redem tiket FREE hasil dari AIA Vitality ! Berbalik kisah THE ANGRY BIRDS 2 BEST KE TIDAKDari awal sampai habis tak ada sedikit kebosanan pun ! Cuma tak bestnya, lupa bawa sweater anak. Semua sejuk samapi 3x pi tandas. Adoi kacau betul,lah ! 

    Tapi, anak-anak kami pun enjoy layan THE ANGRY BIRDS 2. Dorang tak bosan dan tak ada buat perangai. Daim half way dah lena ulit intan dah. Hahaha. Sejuk gelap memang pakej tidur lah !

    THE ANGRY BIRDS 2

    Sinopsis THE ANGRY BIRDS 2 ini sambung cerita Angry Birds part 1, di mana pergaduhan / permusuhan 2 puak. Burung dan khinzir. Memang tak habis lah pergolakkan dorang. Sampailah satu masa ada satu puak lagi datang nak musnahkan perkampungan burung dan khinzir.

    Part ni, dah jadi best dah ! Seronok tengok dorang berbaik..



    Siap dapat bendera free lagi. Bulan kemerdekaan katanya !



    Tak tahu ada lagi ke idak cerita ni sekarang !



    Siap makanan dan minuman anak-anak adalah satu kewajipan !









    Selfie sekali harung semua !

    THE ANGRY BIRDS 2 ini, jalan cerita dah la tak bosan, lagunya pulak memang best ! Dhia Dzal siap berjoget hahaha.

    Okay berbalik kepada puak ketiga yang nak menghancurkan kehidupan si burung dan khinzir ni. Memang perjalanan ceritanya macam macam ada. Tapi, sifat kerjasama mereka tu paling best !

    Dari musuh jadi team pulak.

    Okay...berjayakah team burung dan khinzir ni menundukkan musuh baru mereka? Bagaimana mereka bergabung?

    Part tu orang tengok sendiri lah ye !

    Yang pasti, memang layan ! Tak kira kanak-kanak mahu pun dewasa.

    Minggu ni atau minggu depan plan nak tengok wayang lagi. Haha . Almaklumlah AIA Vitality bagi lagi rewards ! Jimat banyak lepas ni ! Hehehe 

    BOBOIBOY MOVIE 2 BEST KE TIDAK?

    BOBOIBOY MOVIE 2 BEST KE TIDAK?  - Assaalamualaikum, selamat pagi semua. Korang dah tengok ke Boboiboy Movie 2? Filem animasi tempatan BoBoiBoy Movie 2 ini adalah terbitan Animonsta Studios dengan kerjasama Astro Shaw. Mummy dan keluarga mummy dah khatam dah. Awal-awal lagi kami dah plan nak bawa anak-anak ke BOBOIBOY MOVIE 2. Tak tunggu pun review orang lain masa ni, booked dan just pergi. BOBOIBOY MOVIE 2 best ke tidak pada masa tu? I dont care. Justa watch hahaha. 


    BOBOIBOY MOVIE 2 BEST KE TIDAK?


    Mummy booking terus di aplikasi TGV. Dan memilih untuk menonton di TGV CHeras Cheras Selatan. Sehari sebelum Hari Raya AidilAdha. Hahaha. Orang sibuk kat dapur masak untuk raya. Kami anak-beranak dengan selambanya pergi tonton BOBOIBOY MOVIE 2. Setelah mummy dah tengok BOBOIBOY MOVIE 2. BOBOIBOY MOVIE 2 ni, mesti korang pon nak tahu best ke tidak movie ni,kan ?




    Semestinya BEST ! Memang tak kering gusi di buatnya kami dalam panggung. Daim jelah, boleh bantai tidur haha. Bising-macam mana pun, time tidur tetap akan tidur. Punctual kononya hehehe.

    SINOPSIS BOBOIBOY MOVIE 2

    Boboiboy Movie 2 kali ini memang lain dari yang lain. Dah taraf international dah !. Dari jalan cerita, watak dan kualiti gambar. Memang superb ! Jalan ceritanya yang tak membosankan berkisahkan BoBoiBoy menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. BoboiBoy dan rakan-rakannya perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

    Kemuncak cerita ini datang apabila, BoBoiBoy dan rakan-rakannya telah diserang oleh Retak'ka, pengguna asal Kuasa Elemental. Retak'ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy dan menggunakannya untuk menguasai galaksi. BoBoiBoy dan raka-rakan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak'ka dan menyelamatkan galaksi dari ancamannya.

    Retak'ka berjaya mendapatkan kesemua elemen kuasa yang ada pada Boboiboy.

    Waktu ini, memang rasa kesian sangat pada BoboiBoy.

    Boleh ke BoboiBoy menentang Retakka dengan sedikit kuasa yang tinggal?

    Ha...bab ni, korang tengoklah sendiri ye, yang pastinya kisah perjuangan Boboiboy dan kawan-kawannya memang BEST. Ada watak anak kepada papa zola, si Dudu yang banyak hal dan banyak lah lagi yang menarik

    BOBOIBOY MOVIE 2 ditayangkan serentak di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos 2019. Filem kedua ini membabitkan kos produksi keseluruhan sebanyak RM7 juta. Penyanyi terkenal tanah air Faizal Tahir dipilih menyanyikan lagu tema BoBoiBoy 2 berjudul Fire & Water.


    Bagi yang belum tonton lagi, mummy highly recommend pada korang. Serius tak rasa membazir bayar tiket wayang tu. #sisterhibur tau !






    Pokémon Detective Pikachu (2019)

    Allahu....sebenarnya lama dah janji dengan anak-anak nak bawa tengok filem Pokémon Detective Pikachu (2019). Filem ini merupakan salah satu yang anak-anak tungu.
    Pokemon, pikachu yang comel siapa yang tak suka,kan? Lelagi apabila ianya menjadi detektif dalam Pokémon Detective Pikachu (2019)

    Pokémon Detective Pikachu (2019)

    Filem Pokémon Detective Pikachu (2019) yang dibintangi oleh Ryan Reynolds dan Justice Smith ini merupakan filem live action pertama dalam franchise pokemon. Dia rahlan oleh Rob Letterman ini menceritakan tentang dunia dimana manusia mengumpulkan pokemon untuk bertempur.

    Allahu....sebenarnya lama dah janji dengan anak-anak nak bawa tengok filem Pokémon Detective Pikachu (2019). Filem ini merupakan salah satu yang anak-anak tungu.  Pokemon, pikachu yang comel siapa yang tak suka,kan? Lelagi apabila ianya menjadi detektif dalam Pokémon Detective Pikachu (2019)    Pokémon Detective Pikachu (2019) Filem Pokémon Detective Pikachu (2019) yang dibintangi oleh Ryan Reynolds dan Justice Smith ini merupakan filem live action pertama dalam franchise pokemon. Dia rahlan oleh Rob Letterman ini menceritakan tentang dunia dimana manusia mengumpulkan pokemon untuk bertempur.        Sinopsis Pokémon Detective Pikachu (2019) Cerita ini bermula saat Harry Goodman , seorang detektif terkenal manakala ayah dari Tim Goodman (Justice Smith) hilang secara miteri apabila keretanya kemalangan.  Tim keadaan ayahnya, kemudian Tim menjadi penyiasat !  Dalam pada penyelidikannya, ia bertemu dengan Pikachu (Ryan Renolds) .Semasa di Ryme City, Tim bertemu dengan detektif Pikachu (Ryan Renolds) yang tiba-tiba muncul di apartment nya. Pikachu sendiri sedang mencari di manakah Harry .  Dalam cerita ini, yang bestnya...bagaimana Pikachu handle kes ini. Mana minsteri kehilangan ayahnya. Yang pastinya, teaser Pokémon Detective Pikachu (2019) agak kelakar dan menghiburkan.   Nampaknya filem ini ada limited cinema je tayangkan. Kalau tak dapat bawa bebudak ni tengok. Alamatnya, Netflix atau tunggu di ASTRO je lah hehehe !

    Sinopsis Pokémon Detective Pikachu (2019)

    Cerita ini bermula saat Harry Goodman , seorang detektif terkenal manakala ayah dari Tim Goodman (Justice Smith) hilang secara miteri apabila keretanya kemalangan.
    Tim keadaan ayahnya, kemudian Tim menjadi penyiasat !
    Dalam pada penyelidikannya, ia bertemu dengan Pikachu (Ryan Renolds) .Semasa di Ryme City, Tim bertemu dengan detektif Pikachu (Ryan Renolds) yang tiba-tiba muncul di apartment nya. Pikachu sendiri sedang mencari di manakah Harry .
    Dalam cerita ini, yang bestnya...bagaimana Pikachu handle kes ini. Mana minsteri kehilangan ayahnya. Yang pastinya, teaser Pokémon Detective Pikachu (2019) agak kelakar dan menghiburkan. 
    Nampaknya filem ini ada limited cinema je tayangkan. Kalau tak dapat bawa bebudak ni tengok. Alamatnya, Netflix atau tunggu di ASTRO je lah hehehe !

    HOW TO TRAIN YOUR DRAGON, TENGOK WAYANG DENGAN ANAK-ANAK

    HOW TO TRAIN YOUR DRAGON, TENGOK WAYANG DENGAN ANAK-ANAK - Take 5 dari entri Bandung haha. Jenuh wei ada 7 part lagi hahaha. Teaser dah ada kat IG dan FB. Tapi, full details memang tak citer kat situ lah. panjang lebarnya tentunya kat blog lah kan ! 


    HOW TO TRAIN YOUR DRAGON, TENGOK WAYANG DENGAN ANAK-ANAK




    Cemana boleh tengok movie HOW TO TRAIN YOUR DRAGON, TENGOK WAYANG DENGAN ANAK-ANAK? Alkisahnya...Weekend baru ini, asalnya..pi pos barang-barang. Barang apa? Barang jualanlah..mummy ada bisnes kecil-kecilan juga. Bolehlah ...buat beli gegula anak-anak kan. So, masa drive balik tu..memasing beritahu dah lapar. Entah cemana, mummy terbuka pula website MBO. 

    Eh ! cun pulak time siaran HOW TO TRAIN YOUR DRAGON, apa lagi..jom TENGOK WAYANG DENGAN ANAK-ANAK. Depa memang suka tak hengat lah. Sebab lama nau berzikir nak tengok citer movie HOW TO TRAIN YOUR DRAGON.

    Beli tiket, sekali beli pop corn set. Sebab depa tengah lapa kan. Nasi pulak, tunggu abes wayang baru kita makan ye !


    BEST KE MOVIE HOW TO TRAIN YOUR DRAGON?


    Best ke movie HOW TO TRAIN YOUR DRAGON,Nak kata best sangat tu, bolehlah..okaylah. Jalan ceritanya tu macam lambat dan lagu-lagu tak berapa nak ada. So, anak-anak ada nampak kebosanan sketlah masa tengok movie ni.

    Tapi, sebenarnya dari awal mummy dah tau anak-anak kan bosan. Sebab HOW TO TRAIN YOUR DRAGON ada tulis spesifikasi 13.

    Tapi, ada part yang best juga. Biasalahkan happy ending harus ada. Tapi, ni bukan sebab happy ending citer movie HOW TO TRAIN YOUR DRAGON.

    Mummy sukakan tempat Dragon tu, dunia rahsia depa. Seolah-olah macam wujud di dunia ni. Dan, naga akan muncul satu hari nanti bila mereka dah bersedia.


    Ye lah, dulu memang wujudnya NAGA. Ada yang cakap di Tasik Chini tu tempatnya. Mitos atau benar entahlah !


    SINOPSIS HOW TO TRAIN YOUR DRAGON. nak tahu? Korang google je lah ye..hehehe. Sama je sinopsis tu. Nak tahu cerita sebenar? Pi tengok wayang tau ! Hehe

    SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2

    SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2Sebelum mummy cerita tentang SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2 ini, mummy nak share gambar mummy dengan mak dan adik kepada pengarah POLIS EVO 2 Joel Soh. Hehe tak dapat bergambar dengan pengarah POLIS EVO 2, dapat bergambar dengan mak dan adiknya pun dah mampu buatkan hati mummy berbunga-bunga hehehe.

    SINOPSIS MOVIE POLIS EVO 2



    Aunty ni, rupanya seorang lawyer di Kuala Terengganu, sangat peramah dan  merendah diri. Semasa kami bertemu, beliau yang menegur mummy terlebih dahulu dalam satu event. Tak sangka beliau adalah mak kepada Joel Soh pengarah movie Polis Evo dan juga mak kepada Joanna Soh Asia #1 Fitness YouTuber.

    Oleh kerana mummy kejar masa, sampai lupa bertanyakan nama aunty ini dan firm nya di Kuala Terengganu ! Haissss, so bad mummy Linda ni kan !





    Walau apa pun, mummy memang salute dengan anak-anak aunty ni...banyak tips yang aunty ni share dengan mummy. Masa jumpa tu, rasa macam tak nak balik hahaha. Sebab macam banyak pulak soalan yang mummy nak tanyakan. Gitulah mak mak ni kan !


    Berbalik SINOPSIS POLIS EVO 2, mummy suka dengan arahan Joel Soh ini, cerita ni nampak hidup dan tak boring ! Berkisahkan tentang polis, Inspektor Sani dan Khai terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut. Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung. Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia. Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.


    PELAKON POLIS EVO 2


    Polis Evo 2 ini arahan Joel Soh & Andre Chiew di mana pelakon Polis Evo 2 ialah CastZizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Riz Amin, Jeff Catz, Hairul Azreen, Fir Rahman Dennis YinZizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Riz Amin, Jeff Catz, Hairul Azreen, Fir Rahman Dennis 



    Synopsis : 

    Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga!

    Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga! - Siapa dah tengok movie Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 ? Best tak? Bagi mummy best sangatlah ! Sebab  bukan sahaja anak-anak seronok. Tapi mummy pun dapat banyak info berguna dalam movie Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2.

    Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga! 



    Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga!


    Anak-anak paling excited sebab doang dah tengok trailer kat YouTube. Amboi..kemahen advance korang ni, tau ! 


    Mummy pun tak tengok trailer ni awal-awal. Bila tengok schedule minggu ni mummy daddy FREE. Baru mummy godek website TGV apa cerita kartun yang available. Lepas dapat tahu Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 ada di family friendly hall TGV. BArulah...mummy tengok trailer Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 .

    Mummy jugak ketinggalan hahaha.



    Bila tanya mereka, okay ke cerita ni. memasing dah start kecoh bercerita pasal trailer Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 , gamat !

    So, tandanya setujulah kan nak tengok movie Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 




    Senang amek hall TGV FAMILY FRIENDLY. Ko nak melalak, berlari naik turun tangga, nak tukar pempes ke..semua di benarkan. Tapi, anak kami dah di biasakan menonton wayang..dah behave dah sekarang.

    Hall pun tak berapa gelab dan terlalu kuat sangat (bukan volume slow..rasanya volume macam biasa je).




    Memula je lah, Daim macam takut sket, ni memang drama punya orang pun hehe. Movie yang ketiga buat Daim Naufal. Cayalah dik ! Champions berbanding kaka dan abangnya !

    Tapi, alhamdulillah tak ragam dan nangis pun ! Peluk, susu dan tidur akhirnya hehe




    Mummy booking online je..sebab takut seat abes, kami prefer couple seat, senang duduk rerapat dengan anak-anak hehe. Rerapat dengan laki tunggu movie date berdua je ! (hat ni kena amek cuti kot hahahaha)

    SINOPSIS Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 Sesuai Untuk Kanak-Kanak dan Social Media Influencer Juga! 



    Jom kita tengok pulak sinopsis Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 . Movie Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 adalah filem ber GENRE yang bersifat Adventure / Animation / Comedy yang berdurasi selama 120 minit.

    Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 telah di lakonkan dan wataknya dari 
    John C. Reilly, Sarah Silverman, Jack McBrayer, Jane Lynch, Gal Gadot

    Ralph Breaks The Internet: Wreck-It Ralph 2 di mana hero dan heroinnya Ralph dan Vanellope (bukan manusia, tapi watak dalam games) misi mencari stereng kereta untuk video games Sugar Rush (dalam kotak yang macam di shopping mall). Vanellope adalah racers dalam games tersebut.

    Kawan-kawannya mencadangkan Ralph dan Vanellope dapatkan stereng tersebut di E-Bay. Maka, mereka berdua masuk ke dunia internet mencari e-bay.

    Mereka berdua teroka dunia internet, masuk 'bid' di e-bay. Pertama kali mereka melihat 'bid' maka mereka pun berlawan 'bid' sesama sendiri ! Akibat dari kemenangan main 'bid' sahaja.

    E-bay meminta mereka kena bayar stereng kereta itu dalam masa 24 jam. Terkedu terus depa. hahaha Haamek ! Sapa suruh main 'bid' !

    Ralph dan Vanellope mencari usahawan bernama "Yesss" di mana beliau adalah pakar dalam algoritma dalam BuzzzTube. Misi mencari $27K bermula di BuzzzTube.

    Part BuzzzTube mummy suka sebab ada tips macam mana nak trendingkan video, macamana nak jana income dari BuzzzTube. Ini semua mengingatkan mummy kepada Google Adsense hahaha ! Dasar Blogger !

    Sepanjang pencarian duit melalui BuzzzTube. Banyak adegan best-best yang mereka lalui seperti 
    bertemu dengan sekumpulan puteri-puteri magis Disney termasuk Elsa, Cinderella, Snow White, Jasmine dan Moana.

    Ini pertama kali penampakan puteri-puteri Disney yang seramai ini dalam satu-satu filem animasi. Vanellope kemudian berkata kepada mereka, “I’m a princess too! (saya pun puteri juga!)”.

    Dia akhirnya serasi bersama puteri-puteri tersebut dengan ikatan feminisme, dilengkapi dengan Belle, Tiana, Mulan, Rapunzel, Ariel dan Pocahantas yang terkenal dengan sifat berdikari dan kuat semangat.

    Pengembaraan alam maya mereka juga menyaksikan kameo-kameo daripada watak-watak Disney yang lain seperti Storm Troopers yang mewakili Stars Wars dan Iron Man yang mewakili Marvel Universe. Sementara Eeyore dari Winnie the Pooh juga sempat membuat penampilan sekilas dengan begitu comel sekali.

    Dalam masa yang sama, nilai persahabatan mereka di uji. Setelah Vanellope berjumpa dengan rakan racers baru di medium internet. Beliau merasakan games di internet lebih hebat dari video games di dalam Sugar Rush.

    Ralph agak marah sebab misi utama mereka ke dunia internet adalah untuk mencari stereng kereta Sugar Rush. Berjayakan persahabatan mereka ini pulih? Adakah Vanellope tinggal di internet atau kembali di video games Sugar Rush nya?

    Kalau nak tahu, korang kena tonton ASAP movie ni. Secara keseluruhan memang berbaloi dapat tengok sekeluarga ! 5* mummy bagi !