Showing posts with label Muaz Textile. Show all posts
Showing posts with label Muaz Textile. Show all posts

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?Selamat tahun baru dan Happy New Year 2017..Ada azam tahun baru tak? Mummy tak ada letakkan specific azam. Biarlah follow the flow je. Hehehe. Azam terdekat, nak pi shopping kat Muaz Textile Bangi je. Dengar kata baju dan tudung murah-murah kat Muaz Textile Bangi tu. Almaklumlah... kita nak bekerja tempat baru. Banyak baju lama tak muat. Selama kerja di tempat lama. Pakai uniform je, baju formal untuk ke pejabat tak banyak boleh muat. Kene gak mencari baju.

Shopping jommm..

Shopping di Muaz Textile Bangi. SESAT !


Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Pi Muaz Textile dengan anak-anak je Daddy kerja hari tu. Gigih mak buyong membawa anak berjalan-jalan kan. Sambil test drive kereta baru keluar bengkel. 

Sambil testing bawa dua orang anak jalan-jalan + shopping gak sebebarnya.

Lagi beberapa bulan, anak tiga lak. Hehehe lagu mana lah nanti nak hangkut ye :)

Masa nak p Muaz Textile. Terkial-kial gak mummy mencari Muaz Textile Bangi. Ada yang kata sebelah PKNS Bangi. Tapi sebelah tu ada McD, Shopping lot, dan bangunan tak siap.

Waze Muaz Textile Bangi pun tak keluar gak. Pusing punya pusing, rupanya belakang kedai kopi yang pernah mummy lepak iaitu Paparich Bandar Baru Bangi.

Senang cerita bawah butik Jovian Bandar Baru Bangi. Sebelah kedai makan Chinese Muslim yang popular.

Mummy parking dekat depan Paparich. Jalan kaki sedikit je. Nak betul-betul parking depan Muaz Textile Bangi. Memang tak dapatlah. Yang pi butik vendor depan tu pun dah parking area depan Muaz Textile.

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Tadaaaa...Siap shopping di Muaz Textile Bangi. 1 paper bag je. 

Tak sampai 1 jam siap shopping. Cepat, kan? Tak boleh lama ber shopping, biasalah kan..anak-anak bosan dan ajak balik dah. 

Murah ke pakaian kat Muaz Textile ni? Bagi mummy, Pakaian kat Muaz Textile ni. Murah memang murah. Kena pandai pilih kualiti kain gak lah kat Muaz Textile. 

Memang kalau compare tempat lain, Muaz Textile ni murah juga. Design pun lawa gak. Mixed and match sendiri.

Harga blouse dari RM19.80 sebelum GST.

Seluar dan skirt pun harga dari RM19.80 sebelum GST.

Pucci dari RM7.80, Tudung bawal dari RM0.80

Jubah pula harga dari RM39.

Semua harga belum GST lagi.

FORMAL WEAR DARI MUAZ TEXTILE


Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Mummy beli 2 pasang baju kerja. Skirt bergetah menjadi pilihan mak buyong. Boleh tahan lama pakai kan kalau yang getah. Harap-harapnya muat sampai 9 bulan lah.

Blouse tu mummy tak amek yang harga RM19.80 amek design lain yang tak jarang dan panjang sedikit. Tapi harga masih berbaloi. Bawah RM25 lagi.

Set hijau nak pakai masa hari pertama bekerja tempat baru. Padankan dengan pucci pertama katanya hehehe. Kemahen kan..baju baru, tahun baru di tempat kerja baru. Semangat lebih sedikit ! 

Set hitam tu pakai hari kedua. Padankan dengan tudung bawal je. 

Semua set dari Muaz Textile. Nanti mummy ootd masa first day kerja ek.

TUDUNG MURAH DAN CANTIK DI MUAZ TEXTILE

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Tudung bawal pun ada di Muaz ni. Sempat gak lah pilih tudung bawal. Borong tudung bawal harga RM0.80 dan RM4.80. Untuk diri sendiri dan ada untuk hadiah pada kenalan mummy.

Ada yang nak mummy jadi personal shopper Muaz Textile ke? Ada upah sedikit. Boleh je mummy pi belikan dan poskan.

Roger lah kalau nak kirim. Hujung minggu mummy tolong belikan.

LOKASI MUAZ TEXTILE BANGI

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke?

Shopping di Muaz Textile Bangi. Murah, Berbaloi ke

Yang nak pergi ke Muaz Textile pastikan nampak bangunan ni semua yer. Ni adalah landmark untuk ke Muaz Textile Bangi 

Jangan sesat mummy mummy dok pusing-pusing area PKNS. 


Alamatnya : 50, Jalan Medan Pusat 2C, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Okey..selamat bershopping uolssss.