Showing posts with label Nivea. Show all posts
Showing posts with label Nivea. Show all posts

Cantikkan Kulit Dengan Nivea Oil In Body Milk Skin Delight Glowing Rose dan Relaxing Lavender

Nivea Oil In Body Milk Skin Delight pilihan mummy. Sebab apa mummy memilih Nivea Oil In Body Milk Skin Delight ? Salah satunya, mummy suka dengan bau dari bran Nivea. Di mana Nivea ini ada trademark bau tersendiri yang unik dan dapat di bezakan dari jenama yang lain. Nivea Oil In Body Milk Skin Delight yang terbaru in di datangi dengan dua pilihan iaitu Glowing Rose dan Relaxing Lavender.


Cantikkan Kulit Dengan Nivea Oil In Body Milk Skin Delight Glowing Rose dan Relaxing Lavender

Habis berenang di kolam renang...terus mummy sapu satu badan dengan Nivea Oil In Body Milk Skin Delight. Ya Allah wangi ya amat ! 

Cantikkan Kulit Dengan Nivea Oil In Body Milk Skin Delight Glowing Rose dan Relaxing Lavender


NIVEA Oil In Body Milk Skin Delight Glowing Rose


Cantikkan Kulit Dengan Nivea Oil In Body Milk Skin Delight Glowing Rose dan Relaxing Lavender

NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk Glowing Rose! Bau bunga ros yang harum wangi ini dari bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. 

Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit. 

Cantikkan Kulit Dengan Nivea Oil In Body Milk Skin Delight Glowing Rose dan Relaxing Lavender

Kalau perasan, budaya melayu juga sering gunakan air mawar bunga ros. Kebiasaannya, akan campurkan air mawar bunga ros ke dalam bunga rampai dan juga renjisan air mawar ketika merenjis pengantin baru.


NIVEA Oil in Body Milk Skin Delight Relaxing Lavender



Cantikkan Kulit Dengan Nivea Oil In Body Milk Skin Delight Glowing Rose dan Relaxing Lavender


NIVEA Oil in Body Milk Skin Delight Relaxing Lavender pun mummy suka juga kerana ianya buat mummy tenang dan kurang rasa stress.

Lavender atau nama saintifiknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. 
Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia. 

Cantikkan Kulit Dengan Nivea Oil In Body Milk Skin Delight Glowing Rose dan Relaxing Lavender

Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.


Nak cantik dan nak kelembapan kulit tahan lama, jom sapukan Nivea Oil In Body Milk Skin Delight di seluruh badan selepas mandi dan sebelum tidur.

Apa yang best tentang NIVEA Skin Deligh Oil in Body Milk ini ialah kandungannya yang mempunyai susu.

Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus. Beberapa abad kemudian, setelah dunia di ufuk Timur membuka pintu kepada para pedagang dari Barat, golongan wanita di Eropah mula mengamalkan amalan-amalan kecantikan eksotik yang diamalkan oleh wanita di negara-negara yang lain seperti mandian Turki atau Hammam yang amat popular di Maghribi. Setelah memasuki alaf baru, golongan wanita kini boleh memanjakan diri mereka dengan perkhidmatan spa pada harga yang berpatutan, ia masih lagi dianggap sebagai satu kemewahan bagi wanita-wanita yang mahukan diri mereka dibelai laksana seorang ratu, dari hujung rambut ke hujung kaki. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan urusan kehidupan serta berkerjaya. 


Namun begitu, dengan NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” anda semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri.

NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk ini terdapat dalam dua saiz. Ianya dijual pada harga pengenalan

  •  250ml -> RM 16.50 (harga pengenalan : RM 11.90)
  •  400ml -> RM 21.90 (harga pengenalan : RM 17.50)
Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Website : www.nivea.com.my







NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program Potensi Anda Cita-cita Kami !

Entri kali ini mummy nak cerita tentang NIVEA. Mesti ramai yang tahu tentang jenama kecantikan NIVEA ini, kan? Tapi... pernah tahu tak NIVEA ada buat satu program Kejar Kerja? Haaa...mummy pun baru tahu program NIVEA Kejar Kerja ini. Lampi (short form kepada 'lambat pick up') betul,kan mummy ini ? NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program ini sebenarnya usahama antara FORWARD dan NIVEA. Gadis ayu negara kita ini terkenal dengan sifat pemalu dan lemah lembut. Tapi, impian tetap ada. Impian dan cita-cita tu tak perlu ada sifat pemalu dan lemah lembut.


 NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program Potensi Anda Cita-cita Kami !


NIVEA dan FORWARD - POTENSI ANDA CITA-CITA KAMI 


Setiap gadis adalah berbeza, namun di dalam sifat semula jadi mereka yang ayu dan pemalu, terdapat juga semangat yang membara untuk mengecapi impian mereka dan inilah antara karakter-karakter unik yang akan menentukan siapakah mereka pada masa hadapan. Cuba bayangkan, jika kekuatan dalaman ini dipadankan dengan peluang yang cerah, bukankah ia akan melahirkan wanita yang berpendidikan serta berkemahiran untuk negara kita?

NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program


NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program merupakan usahasama antara FORWARD dan NIVEA bagi menyediakan platform dan memberikan peluang kepada para gadis ini untuk mencari dan meningkatkan kemahiran dan personaliti diri mereka serta meraih kerjaya dalam pelbagai industri kreatif di Malaysia. Projek ini juga diperkukuhkan dengan WOMEN:girls yang akan membantu kita untuk menyasarkan kumpulan pelatih khusus bagi tujuan perlaksanaan projek ini. 

Antara ciri terbaik di dalam projek ini adalah penglibatan para perantis secara lansung bermula daripada hari pemilihan sehingga hari mereka berjaya mencapai matlamat utama selain daripada memperolehi inspirasi dan memperkasakan diri mereka melalui NIVEA dan FORWARD. 

NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program telah membuka ruang yang terbaik kepada para gadis untuk menonjolkan bakat serta menonjolkan potensi penuh mereka.

Melalui penglibatan mereka dengan NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program, mereka dipupuk serta diberikan motivasi untuk mencapai kecemerlangan pada tahap yang lebih tinggi agar dapat memperbaiki diri . Walaupun mendapat kurang sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan serta segelintiran pemikiran masyarakat yang stereotaip.

NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program menyasarkan gadis seawal usia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Projek ini menyediakan laluan yang lebih baik untuk mereka ceburi dalam bidang industri kreatif yang digemari, pada masa yang sama, project ini akan membantu merapatkan jurang kemahiran kritikal serta bakat di Malaysia. 

 NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program Potensi Anda Cita-cita Kami !

Gadis-gadis ini akan dibimbing oleh individu-individu terkenal seperti Chef Adu dari The Canteen, Boryeong Mud Facial Spa @ Nu Sentral, Baba Can Cook dari Limapulo, Project B, Souka Bakes, serta penasihat kecantikan terbaik NIVEA. Program ini turut dibimbing oleh nama-nama terkemuka seperti Christopher Ling dan Firdaus Nisha, yang masing-masing mempunyai kekuatan dalam bidang mereka sendiri agar dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan terhadap kejayaan ini. 

Berlian tidak muncul di depan mata, tapi perlu di cari. Atas sebab itulah, NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program telah distrukturkan untuk mencari para perantis yang berpotensi dengan teliti dan cermat melalui kaedah kaji selidik, serta pencarian di kawasan sasaran sebelum proses pengambilan, orientasi dan perantis dijalankan. 

Kerjasama antara NIVEA dan FORWARD telah menyasarkan sehingga 350 orang gadis di lebih daripada lima lokasi untuk fasa pertama perekrutan selama tempoh sepuluh hari. 

Fasa orientasi akan melibatkan perantis yang telah disenarai pendekkan dan mereka akan dilatih dengan asas-asas kerja oleh pembimbing pilihan mereka di kem latihan bagi program ini. 

Hanya yang terbaik di antara kalangan perantis akan meneruskan ke fasa Apprenticeship yang seterusnya setelah berjaya melepasi sesi temuduga bersama mentor mereka. 

Pada 26 September 2016, tujuh perantis yang berjaya akan di perkenalkan di dalam majlis bersama media iaitu “Apprentice Announcement Ceremony” bagi mengumumkan kejayaan mereka untuk mendaftarkan diri dalam program perantis ini. NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program meliputi penilaian mingguan oleh mentor dengan proses dokumentasi melalui video perjalanan mereka dan testimony daripada mentor mereka. 

Setiap perantis akan diberikan elaun RM250 setiap minggu sepanjang tempoh perantis. 


Pada minggu terakhir NIVEA Kejar Kerja Apprenticeship Program, perantis yang berjaya akan disalurkan kepada tawaran kerja bersesuaian, serta memulakan peluang pekerjaan mereka dalam organisasi berikut.