Showing posts with label P1. Show all posts
Showing posts with label P1. Show all posts

TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !

TERMINATE P1 4G, AMBIL DIGI BROADBAND ! - Hai korang..sekarang ni, hidup tanpa internet.. ibarat makan nasi tanpa air, kan? Lelagi macam mummy ni ha..kerja hakiki pun kena ada internet, kerja suka suka pun kena pakai internet. Sian daddy tu ha, makin kuruih kering kena bayar itu ini ! Hehe bertabahlah daddy ek ! Korang pakai internet apa? Mummy kalau untuk rumah pakai P1 4G (internet unlimited) , untuk mobile (hand phone) kami laki bini pakai Maxis mummy 30GB internet dan daddy pulak Maxis dia ada 10GB.


TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !
P1 4G untuk di pulangkan


TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !


Kenapa tutup P1 4G? Kitorang perasan, internet kitorang tak stabil beberapa bulan lepas. Rupanya, P1 dah di ambil alih oleh WEBE (under TM). Tu pun dapat tahu, bila daddy tunjukkan email dari P1 4G. Mummy blur-blur juga masa baca email tu. Rupanya senang je. Isi borang P1 4G (online) letak nombor telefon daddy, terus P1 4G call daddy. Pastu pi mana-mana cawangan untuk buat termination.

Walaupun P1 4G dah tak ada, owner WAJIB buat termination (penutupan akaun) juga. Jika tak tutup P1 4G tu, nanti. Bil tetap akan berjalan walau data internet tak ada. Billing tak stop !

Jika nak sign up pakej under WEBE (TM) unifi atau streamyx. Kena sign up sendiri datang walk in ke mana-mana cawangan.

Kami ke WEBE center di Sunway Pyramid bebaru ni. Sebab senang nak pi buat comparison telco lelain dan sign up broadband baru.

Punyalah rajin kitorang ni, dok bawa semua device yang hado.

Rupanya, tak perlu pulangkan balik pun device (warna hijau yang besar tu) semua. WEBE tak nak pun hehe.

Bawalah balik rumah semula, untuk kenang-kenangan hehehe

5 KRITERIA MEMILIH LINE INTERNET UNTUK RUMAH KAMI


Jenuh juga memikirkan beberapa minggu, nak pakai line internet apa untuk rumah. Oleh kerana, kitorang ni jenis berpindah randah. Kitorang laki bini prefer internet yang portable. Kiranya macam P1 4G tu lah, boleh bawa gi jenjalan, balik rumah mak, balik rumah mertua dan bawa ke lain-lain tempat.

TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !
sambil menunggu mummy dan daddy. anak-anak main tab yang DIGI sediakan

Keduanya, kitorang nak murah. Of course, lah kan. Sape yang nak bayar memahal hehe.

Ketiga, kriteria kami nak kuota internet yang banyak. Almaklumlah, banyak device nak connect nanti kat rumah hahaha.

Keempat, nak kelajuan internet yang stabil. Tak nak macam chipsmore...kejap ada..kejap tak de. 

Kelima, nak coverage line yang cantik untuk kawasan rumah mak, rumah mertua dan rumah sendiri.


TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !

Cari punya cari..tadaaa. Digi Borandband Portable untuk kami !


KENAPA MEMILIH DIGI INTERNET BROADBAND UNTUK RUMAH?


Kenapa kitorang memilih DIGI internet broadband untuk rumah? Sebab-sebabnya :-

TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !
tu broadbandnya tu..comel je

1. Murah berbanding telco lain. DIGI BROADBAND ni hanya RM100 sebulan , campur GST jadi RM106 setiap bulan.

2. Boleh bawa ke sana sini broadbandnya. Device broadband pulak, tak perlu bayar memahal beratus-ratus macam company *** . RM5 sebulan je kena bayar selama 12 bulan.

3. Kuota internet 100GB sebulan. Hopefully cukup kot ! Sebab mummy dan daddy ada sendiri puye internet juga iaitu 30GB + 10 GB +12GB  ( 3 line hadoo !)

4. Kelajuan DIGI stabil dan cun area rumah mak, rumah mertua dan juga rumah sendiri !

TERMINATE P1 4G AMBIL DIGI BROADBAND !

5. Dan faktor lain yang menyebabkan kami pilih DIGI Sales girl DIGI baik, layan kitorang berjam-jam lamanya. 

6.  DIGI ada banyak cawangan (kalau ada masalah..senang nak berurusan dan mudah bayar)

7. Last but not least...dah daddy yang bayar bulan-bulan. Mummy on jeee hehehe 

Btw, I miss P1 4G so much...lama berjasa dan tak pernah menyusahkan kami ! sobss..sobss.