Showing posts with label PDGC. Show all posts
Showing posts with label PDGC. Show all posts

Port Dickson Golf & Country Golf Club Family Day 2014

Berbulan-bulan dah merancang untuk Family Day 2014. Dari sebelum bersalin Dzal Aidi sampai lah dak kecik ni berumur 6 bulan dah ;) Bos mintak cari tempat dan aktiviti yang sesuai. Jenuh lah mencari tempat-tempat menarik dan tertarik. Email sana sini quotation. Akhirnya, pilihan yang tepat dari pihak bos merangkap owner syarikat adalah Port Dickson Golf & Country Club untuk Family Day 2014. Keputusan yang agak singkat, sb nk abes dah tahun 2014. Terkucar kacir gak merancang dan membeli adiah. Pemilihan adiah pun di buat dalam masa tak sampai 1 minggu. Cepat tak cepat la,kan.

Memula dengar-dengar nk ke sini. Rerasa mcm tak best aje. Erm..golf Club? Ada ke org buat Family Day kat sini? Best ke ddk Golf Club? 

Tapi, dedulu kami pernah ke Bukit Tinggi Golf Club - Berjaya Hills Golf Club. Biasanya bilik nya besau2. Cuma designnya agak nmpak lama.




Hari pertama 11/12/2014 - Port Dickson Golf & Country Club untuk Family Day 2014


Aktiviti untuk harini:-


  • Buffet Lunch
  • Check in
  • Tele match
  • Buffet Dinner






Sesampai je kita selfie dulu dengan anak-anak sementara mereka masih dalam mood yang bagus.

Of cos la kan bagus!! Nk jalan2 yer pasal. Mmg mereka seronok


Buffet lunch kat cafe ni mmg ok best. Cumanya ada beberapa kejadian yg tak di ingini berlaku. Daku tak nak tulis di sini. Mau kene ttp cafe ni kalo daku announce ni.


Apa2 pun, terima kasih pd pihak FB kerana berikan action yang cepat. Sebelum gegambar di ambil.



Ramai nau nk pgg si Dzal Aidi. Kalo lah mummy ni jenis tak de ati perut. Mmg mummy bg je anak2 kt org lain jaga.
Tapi, bila mummy ada perasaan. Yg org lain pun, dtg sini nk relax. So, mummy akan hadkan beebrapa minit je utk org lain dukung.


Bukan kedekut nk bg anak pd org lain. Tapi, rasa serba salah pulak, Nk pass kt org lain.

Bio ler, mummy makan sambil dukong anak pun. Dah biasa, anak kita kan. Tak biasa pun... kene biasa kan jugak.


Bila dah check in, kasik anak2 masuk bilik berehat. Kita bg Tok mak dan atok ddk master bedroom. Kita amek room kecik ni je. Tp, katil muat ler utk berhimpit 4 org. Boleh lah kan...


Gegambar kat lobby Port Dickson Golf & Country Club untuk Family Day 2014




First day ni, kami bertemakan belang-belangan
Mcm kuda belang tuuu heeeeeeheheehe




Kasik belanja satu gambar tok mak depan lobby Port Dickson Golf & Country Club untuk Family Day 2014


Ni pulak, gambar dari balkoni kami. Nasib baik dapat GF. Tak le ssh nak naik turun bilik. 
Tu nampak tu swimming pool tu. 
Mmg anak ku tergoda sentiasa hehehe.


Ptg tu, sesiap tele match. Si adik sibuk zZzz. Time org nak keluar, time tu la br nak tidur. 
Alhamdulillah lah kamu tidur. Mummy n daddy take turn bersukan.



Hujan renyai2 tak mematahkan semangat bersukan. Nasib kejap je hujan renyai2 tu ;)




Si Dhia mmg nama dah ada dlm sukaneka ni. Tp, ada pulak yg tetiba ada ank kecik muncul. Pelik bin ajaib gak. di amna lah pulak dtg bebudak reramai bertambah.



Oleh krn mummy organizer, tak yah la nk bising2 kat sini. Kita kasi peluang dorang enjoy dulu kt Port Dickson Golf & Country Club untuk Family Day 2014 .



Esok2, kat opis...kita kasik basuh sampai kilat. hahaha hambek ko!



Dhia meh kita main air, meh.
Mummy teman kan main air je ye


Lepas sukaneka tu, si kakak pun tumbang.
Apa lagi, kasik tidurkan mereka dulu sementara daddy main football.



Tema sukan kami adalah purple color giteww


Semuanya bertema utk event kali ni .

Bkn selalu nk bergaya2 kan.
hehe



Malam pertama Port Dickson Golf & Country Club untuk Family Day 2014. Kita buffet dinner.



Nyum2...mmg sodap makanan. Ada udang, sotong, ayam dan segala macam ler...






Tema kami anak beranak mlm ni..adalah turquoise color giteeew




Hari kedua 12/12/2014 - Port Dickson Golf and Country Club untuk Family Day 2014


Aktiviti hari ini:

  • Buffet breakfast
  • Swimming
  • Buffet lunch
  • Free and easy - ke laut lah kami



Suka nau si kakak, tak sabau nk masuk ke dlm swimming pool tu ;)


Adik tunggu dulu ek. kasi belanja gambar selfie menghadap room kita dulu


Apesal si kakak tu? takut ke?


Now, kasik rendam dedua nak
Dzal Aidi 1st tym kene rendam dan selam.


Video selam belum upload dlm youtube lagi. Esok lah kita hapdet video dia ye.





Aktiviti FREE AND EASY kami - Port Dickson Golf & Country Club untuk Family Day 2014


Tema kami, oren peach untuk aktiviti kali ini.



Shopping di Teluk Kemang dan berjalan hirup udara laut yg segar bugar ;)



Nk kasik Dzal Aidi tidur dlm kendong dulu ni.



Si kakak duduk dgn daddy ek.



BBQ dinner - Port Dickson Golf & Country Club untuk Family Day 2014



Bertemakan baju superman untuk keluarga kami.
Menikmati BBQ dinner di tepi pool.


Mmg romantis habes.



Lucky superwomen no.9 yeaaaaah!!


Tq tok mak, tlg tgk2kan Dhia di kala mummy busy dgn aktiviti yang hado



Hari ketiga 13/12/2014 - Port Dickson Golf & Country Club untuk Family Day 2014


a.k.a last day



Sob..sob...
Tamat lah aktiviti selama 3 hari 2 malam di sini.



Tq for my MD, Director dan sume staff.

Nxt year, kita buat lgi grand untuk Family day ye.


Ameeen ;)



Pada yang nk stay di sini, pakej memang superb berbaloi. 

Harga bilik pun mampu milik. 


Studio room dari RM140 dan 2 bedroom Room dari RM180.



Cumanya, ada 3 servis yang kurang di hati kami. 

Service dari Food and Beverage, Hospitality dan Room services.


Kami bg 2 bintang je.