Showing posts with label RMHC. Show all posts
Showing posts with label RMHC. Show all posts

Kejohanan Golf Amal Ronald McDonald House Charities RMHC Untuk Rumah Kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia

Kejohanan Golf Amal Ronald McDonald House Charities RMHC Untuk Rumah Kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia  - Assalamualaikum. Selamat Sejahtera semua. Korang pernah dengar tentang rumah Ronald McDonald? Mummy  pun baru tahu 2 tahun yang lepas. Rumah pertama Ronald McDonald House Charities RMHC adalah bertempat di HUKM di bina kira-kira 20 tahun yang lalu.


Ronald McDonald House Charities RMHC


Untuk apa Ronald McDonald House Charities RMHC ? Rumah anak yatim ke? Rumah pesakit ke? Bukan...bukan !

Rumah apa sebenarnya ?

Ya, sama dengan soalan mummy beberapa tahun yang lepas. Kalau korang nak tahu Rumah Ronald McDonald House Charities RMHC adalah rumah untuk membantu kanak-kanak (bawah 18 tahun) yang tidak sihat / sakit dengan memberikan tempat tinggal sementara kepada kanak-kanak dan juga penjaga sepanjang tempoh rawatan.



Seperti adik ini, beliau penghidap Talesemia sejak tahun 2003. Pada awal-awal rawatan di HUKM, adik ini  berulang alik dari Lukut ke HUKm setiap dua hari untuk menjalani sample darah. Bagi yang berkemampuan, mungkin tidak ada amsalah berulang setiap dua hari. Tapi, yang tidak berkemampuan? Sangatlah costly. Betul,tak?

Secara amnya, Rumah Ronald McDonald House Charities RMHC merupakan penginapan sementara kepada pesakit (bawah 18 tahun) dan ibubapa yang tidak berkemampuan. Rumah ini seperti homestay atau hotel. Di lengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk, sofa, bilik, katil, dapur dan lain-lain lagi.

Oleh kerana permintaan yang tinggi, selepas 20 tahun akan dibuka rumah kedua  Ronald McDonald House Charities RMHC akan di buka.

Rumah RMHC kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang, Kerian, Kelantan


Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah berjaya meraih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald baharu di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang, Kerian, Kelantan. Kejohanan golf tahunan yang diadakan pada tahun ini turut meraikan ulang tahunnya yang ke-25, dan menerima sokongan yang amat memberangsangkan menerusi sumbangan untuk memastikan visi RMHC dalam menjamin kesihatan, pendidikan dan kebajikan kanak-kanak tercapai.



Orang ramai dan pelanggan McDonald’s juga boleh turut serta dalam inisiatif yang dilaksanakan ini dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. 


Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal. Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di sila https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.


Maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.