Showing posts with label Ramadhan 2016. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2016. Show all posts

Tradisi Memberi Duit Raya

Salam Jumaat semua. Salam 3 Syawal. Ada yang dah kene kerja ke hari ini? Selamat bekerja pada yang dah mula bekerja. Macam mana tahun ni beraya? Memberi duit raya ke masih jadi penerima duit raya? Atau keduanya sekali? Seronok kan bila dapat duit raya. Mummy masih ingat kecil-kecil dulu. Sanggup berjalan satu kampung demi nak kutip duit raya. Dah dapat duit banyak-banyak tu. Masukkan dalam tabung. Tak pun pergi masukkan duit raya di Bank Rakyat. Entah kenapa Bank Rakyat dulu jadi pilihan. Mungkin sebab Bank Rakyat rajin datang kat sekolah. Senang nak deposit duit. Hahaha. macam banyak duit sangat ye !

Mak tak keje dulu, mengasuh anak orang. Tu pun tak lama, abah polis je. Bukan polis berpangakat. Polis orang bawahan aje. Berapa ratus je gaji masa tu. Tak dapat nak mewah-mewah pun. 

Bila dah besar, tradisi bertukar... mummy pula kene memberi duit raya. Sebenarnya, tradisi memberi duit raya ini amat bagus nilai murninya. Orang dahulu kala, yang cipta tradisi ini. Secara positifnya, menggalakkan tangan kita supaya rajin memberi. Bukan menerima sahaja. 

Tradisi Memberi Duit Raya


Seperti biasa, setiap tahun..Duit raya akan di sediakan oleh daddy. Daddy akan sediakan duit tukar. Untuk duit RM5 tu, memang dari awal tahun mengumpul. Duit RM1 pun sama, ada yang kami kumpulkan dari awal tahun.

Kurang beban nak berbelanja selepuk terus. bila tiba nya Syawal !

Kami laki bini memang tak berapa gemar preparation last minute. Nak raya ni..tau la kan. Belanja memang sangat besar. Kalau mampu..nak selepuk semunya tak apa !

Bajet duit raya ni...paling penting bagi kami terutamanya untuk mak abah. Duit raya untuk mak abah dan bapa mertua sendiri tu, mummy berikan atas peruntukan mummy. Daddy pun sama. Asing-asing bagi.

Sampul duit raya untuk tahun ini pula...tak banyak dapat yang baru. Guna pkai yang mana ada. Banyak koleksi tahun-tahun lepas..tak pakai lagi. Tahun ni, kita guna sampul duit raya mana yang ada je.

Untuk tahun depan, kita fikir cara lain pulak kalau dah tak ada stok sampul duit raya. Tapi, sampul raya customized family kami 6 tahun lepas (sebelum mummy kahwin) masih banyak lagi. Banyak buat order tu dulu. 

Family kecil tak ada pun sampul raya customized. Sebab daddy tak minat. huhu tapi..........mummy minat !


Sebahagiaan dari ang pow duit raya yang anak terima. Terima kasih pada yang sudi memberi. Moga kalian di murahkan rezeki selalu. Amen

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI AZLINDA ALIN

SELAMAT HARI RAYA semua ! Apa khabar raya kali ini? Dah habis makan rendang ketupat dan lemang ke? eh,,,confident je mummy tanya, entah-entah lain menu semua, ni ! Makan apa hari ini? Haaa...........baru betul soalan ! Menu mummy seperti biasa. Memang akan makan rendang daging dan kuah kacang. Menu wajib tu, cuma kali ini beraya di rumah suami...tentunya nasi impit sahaja ! Sebab mummy tak pandai anyam daun ketupat.

Kalau beraya dengan tok mak dan tok abah memang akan ada macam-macam makanan. mak rajin sangat masak. Sampai kekadang tak sempat nak bersiap di pagi raya. Sibuk nau duduk dapur.

Beraya di Kamunting ni, faham-faham je lah kan. Mak mertua dah tak ada.. Adik beradik daddy mainkan peranan masing-masing. Ikutlah nak masak apa pun. 

Tapi, mummy dah siap masak awal-awal sebelum balik ke Kamunting. Tak la banyak mana masak. Kang masak banyak-banyak. Orang tak makan pula. Sayang je makanan terbuang gitu. Menu makanan raya versi mummy. Wajib ada rendang daging dan kuah kacang. Senang nanti, tak berebut duduk dapur. Hehehe. Maybe ada orang lain nak masak makanan raya versi sendiri ke kan ! Rendang daging versi pertama dah mummy update di SINI

Ok dah kenyang makan, dah boleh berehat dan beraya ! Oh..sebelum terlupa, mummy sekeluarga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN ye.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI AZLINDA ALIN

Kad raya versi online je la ye. Memang mummy ada tempah kad raya ni. Tapi, sangatlah limited. Dah habis dah pun. Maaf ye, jika ada yang tak dapat tu. 

RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA !

Mummy peminat kuah kacang. Kadang-kadang, ratah gitu je pun boleh layan. Hehehe. Kalau raya pula..memang suka lawankan menu kuah kacang dengan rendang daging. Makan dengan ketupat, lemang atau nasi impit. 

Nak tahu resopi mudah kuah kacang mummy untuk menu raya? Jom...


RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA !

RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA 


RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA !

CARA MASAK RESEPI MUDAH KUAH KACANG MENU RAYA !


Kacang goreng dan di buangkan kulit !


Sedikit ketumbar, jintan putih untuk di kisar. Kayu manis dan buah pelaga gorengkan sangai


Cili boh dalam 200gm cili kering yang telah di rebus, 1 inci halia, 2 batang serai, 1 labu bawang besar, 5 ulas bawang putih dan lengkuas di kisar, bersama sedikit air


Tumiskan semua dengan tambahan 1 labu bawang besar.


Sedikit air asam jawa


Masukkan kacang goreng yang telah ditumbuk atau kisar


Jika nampak pekat, boleh tambahkan air. Siap !! Boleh di makan dah..mudah tak resepi kuah kacang menu raya mummy?

Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya

Dah siap packing baju bawa balik ke kampung ke? Berapa pasang bawa tu?  Berapa beg bawa balik kampung untuk hari raya? Ha..sebenarnya, inilah masalah mummy tiap kali packing barang-barang. Stress juga ! Tengok orang lain relaks je kemas dan packing beg balik kampung untuk hari raya !

Memula, mummy ingat nak sumbat pakai kami 4 orang dalam 1 beg besar untuk bawa balik kampungini. Bila dah siap packing baju. Fuh, penuh ! Tak muat. Ni belum masuk baju daddy lagi ini. Huhuhu Paroh !!

Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya


Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya

Keluarkan balik semua baju-baju. Hanya letakkan pakaian mummy dan daddy je dalam ni. Selain pakaian, tuala, make up, toiletries, hanger baju, dan macam-macam lagi ada dalam ini. 

Baju siang mummy je ada 5 helai, baju jalan-jalan pula ada 6 helai, baju raya / baju kurung pula 3 pasang (tak ada dalam beg - dah gantung gosok siap-siap), seluar jeans ada 4, seluar siang dan seluar tidur ada 5 helai, tudung pula 7 helai bawa (kang pakai tudung yang sama je..macam tak best pula), pakaian dalaman semua ada 6 set. Ha...baru barang mummy je jumlahnya termasuk kecik besau..kecik besau tu dah 45 helai. 

Daddy pulak dah berapa helai, huhuhu 

Senang sebenrnya bawa baju banyak-banyak ini. Kot-kot tak sempat basuh ke tak sempat kering ke pakaian tu. Macam tahun sudah, Dhia keen muntah-muntah non-stop. Haaaa... berkali-kali la mummy kene tukar pakaian. 

Jadi, pentng juga baju standby....yang tak ada anak pun sama tau ! Buatnya korang sendiri yang muntah-muntah ke..


Beg Balik Kampung Untuk Hari Raya

Ok...ni pulak pakaian anak untuk 2 beg. Pun penuh jugak ! Tipa nak muatkan baju yang dalam 30 helai ini. Harus kene gulung ye ! Kalau lipat biasa tu, memang tak muat. Kene 5 beg pakaian kot bawa balik kampung.

Entah muat ke idak kereta kami tu ye... 3 beg baju, 1 stroller, 1 bakul makanan dan minuman, 1 beg kasut anak-beranak, 1 beg songkok dan pelampung anak-anak, 1 beg lagi charger-charger dan P1. 

Apa....7 beg !!!!!! Hahaha baru anak 2, kot ! 

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Salam 26 Ramadhan ! Ada yang dah balik kampung ke? Mummy bali kampung sebelah daddy minggu depan. Habiskan masa-masa bersama keluarga sebelah mummy sebelum raya. Cerita tentang Raya Aidilfitri. Semua orang update kisah raya dan persiapan raya, mummy pun tak nak kalah juga ! Nak juga update rambut baru untuk Aidilfitri 2016. Ahaha. Rambut raya lah sangat ye. Tapi not bad juga bila kasi try kat anak-anak. Dhia tu dah la rambut kurang. Memang ramai panggil Dhia "abang". Huhu Tak pe la nak, bertabah la ye !

Baru-baru ni kami sekeluarga dok lepak kat IOI Mall Putrajaya. Tak ada apa nak cari sebenarnya, ke sana window shopping semata dan tapau nandos je. Ops..jangan fikir lain ye. Tapau untuk buka puasa je, tu. Dok aim free ayam.

RAMBUT BARU - RAMBUT PALSU !


Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Kecik-kecik dah melaram rambut palsu ye ! Daddy punya kerja la ni. Dok bosan tengok anak meronda tempat mainan. Dok hiaskan anak-anak. Tapi, mummy tengok macam menarik je. Tapi...tak beli pun hahaha.

Dhia ni, satu peel nya tau...kalau dah jumpa tempat mainan. Memang mau 2 jam bertawaf dalam tu. Dhia akan tengok satu persatu tempat dan mainan. Semua akan explore !

Kadang-kadang minta beli. Kadang-kadang dia tengok dan main kat situ je.

Kalau tanya Dhia, Dhia nak mainan apa. Haaa....tentu Dhia akan pilih yang paling besar dan paling banyak mainan ! Set Barbie yang berharga RM200-300 pilihannya. Oh, tentunya Menteri Kewangan keluarga kita a.k.a daddy tak akan approved bab tu !

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Pandai dah selfie ! Buat muka dan tangan gitu. Baru nampak macam gegirl kan ! Rambut tocang dua.

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Test kat si Dzal pulak...haha haru ! Ops..sorry lah, kita tak puasa. Makan jajan sambil teman mummy dan daddy shopping. 

Rambut Baru untuk Raya Aidilfitri 2016

Eh..daddy pun nak rambut baru ke? hahaha. Daddy memang rajin melayan anak-anak. Memang akan join sama sekali main dengan anak-anak. 

Ok lah, korang semua ada rambut baru ke? hahaha. 

Oklah, entri saje saje je untuk hari ini. Hingga kita jumpa di lain entri. Mummy sedang gigihkan diri dan merajinkan diri siapkan entri untuk hari-hari mendatang. 

13 TIPS SEBELUM BALIK KE KAMPUNG BERAYA AIDILFITRI 2016

Bila sebut nak raya, mesti teringat kampung halaman. Kan? Dengar lagu raya pun, teringat kampung halaman juga. Allahuakbar...betapa seronoknya beraya Aidilfitri ni,kan? Ni lah masanya untuk kita bermaaf-maafan sesama kita. Masa untuk berjumpa sanak saudara dan sahabat handai. Tapi..dalam bersuka-suka tu, jangan lupa jaga keselamatan diri dan rumah di Aidilfitri.

Bagaimana nak jaga keselamatan rumah yang kita tinggalkan sempena Raya Aidilfitri? Jom baca tips di bawah ini :-


13 TIPS SELAMAT PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH SEBELUM BALIK KE KAMPUNG BERAYA AIDILFITRI 2016



  • Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalakn rumah walaupun keluar sekejap sahaja.
  • Jangan sembunyikan kunci dalam pasu
  • Jangan tinggalkan nota bahawa kita nak tingglkan rumah
  • Jangan langgan apa-apa surata khabar apabila tiada di rumah
  • Tukat mangga kunci yang baru. Jika pernah kehilangan anak kunci yang lama
  • Elakkan tinggal kunci pada orang lain 
  • Simpan tool, tangga atau alatan membaiki di tempat selamat utnuk elakkan peneroboh menggunakkan tools.
  • Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radioa, lampu terpasang atau pasang timer (alatan kawalan )
  • Jika ada telefon di rumah, cabut wayar..
  • Serati program kejiranan, bersama polis dan komuniti
  • Berikan no telefon kepada Balai Polis yang berdekatan
  • Pastikan kawasan rumah bersih dari lalang atau semak samun (untuk elakkan penyamun bersembunyi) - untuk rumah teres
  • Pastikan sekitar pagar tidak mempunyai pokok yang boleh penceroboh memasuki rumah dengan mudah (untuk rumah teres)

ISI BORANG MAKLUMAT KE BALAI POLIS SEBELUM BALIK KE KAMPUNG CUTI AIDILFITRI 2016


Klik gambar untuk muat turun borang

Tips lain, sebelum balik ke kampung sebelum bercuti sambutan Aidilfitri 2016. Jangan lupa isi borang balik kampung. Hantar ke Balai Polis berhampiran rumah je. Mudah,kan !

Mummy doakan semoga perjalanan kawan-kawan mummy selamat utnuk berhari raya bersama insan tersayang. Pandu cermat ye. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Resepi Mudah 30 Hari Ramadhan Hati Kering



Salam Ramadhan, dah hari ke 23 kita berpuasa kan ! Lagi seminggu lagi nak raya. Raya..raya jugak ! Dapur pun kene berasap jugak ni ! Hehehe. Menu mudah resipi 30 Hari Ramadhan ialah Hati Kering ! 


Hati Kering Goreng Garing Dengan Cili Padi dan Bawang Besar.



Hati Kering? Korang tau ke apa itu hati kering? Hati ayam tu yang kering. Hehehehe. Semalam, mummy update masakan ni kat ig dan facebook. Ada yang taye kenapa hati kering? Sebab..mummy goreng sampai kering. Tetiba tekak nak makan yang goreng-goreng, pedas-pedas. Terhasil la masakan itu .


Resipi mudah..mummy pasti semua orang pun pandai buat.
Really recommended pada orang yang kejar masa untuk masak. 

RESIPI MUDAH : Hati Kering Goreng Garing Dengan Cili Padi dan Bawang Besar.








1. Hati ayam potong kecil


2. Lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit.


3. Goreng garing dalam 5 min api sederhana.


4. Masukkan hirisan bawang besar dan cili api potong.


5. Gaul…Siap !






Boleh juga tukarkan hati ayam tu pada daging ke ayam. Selamat menjamu selera !

Sambutan Hari Jadi Dzal 2 Tahun di Bangi Golf Resort !

Pagi-pagi dah tunjuk gambar makanan lagi, kan. Hehehe ni majlis berbuka puasa buat kali ketiga tahun ini di Bangi Golf Resort (BGR). Dasyat kan mummy...asyik ke BGR sahaja ! Dekat dengan rumah katanya ;)

Kalau ke BGR ni tak sah..kalau tak pekena telur Soft Boiled Egg with Mushroom Espuma. Antara makanan peberet mummy di Bangi Golf Resort ni.


Aumssss... tak tahu nak ckp macamana rasanya. Tapi yang penting. Memang sedap dap dap !



Dzal Aidi Fiqry pun suka. Boiled Egg ni. Tiap kali datang. Mesti dapatkan untuknya !


Berbuka puasa sekali dengan pemenang GIVEAWAY a.k.a family in law. Eh..pertandingan tu tak bias tau ! Boleh tonton video dari youtube mummy ;)


Beratur ambil western food. Kita selfie dulu. Western food dan italian food do Bangi Golf Resort ini antara favourite mummy juga !


Sambutan Hari Jadi Dzal 2 Tahun di Bangi Golf Resort !







Dah terlanjur birthday Dzal Aidi Fiqry jatuh hari yang sama. Kita bawa kek terus. Buat small celebration. Staff BGR awat nyorok? Tak sudi bergambar sekali ke? Eh..saje je gurau... Tengah kerja kan ! Tak pe..nanti next week, kita selfie...nak berbuka puasa lagi di BGR untuk minggu akhir Ramadhan. Nanti kita selfie !



Terima kasih BANGI GOLF RESORT dan AURORA BUSKER. Siap ada nyanyian lagu birthday untuk Dzal Aidi Fiqry 



Rendang Daging Resipi Mudah Azlinda Alin

RENDANG DAGING ?? Baru 22 Ramadhan kot..takkan dah makan menu Raya ! Tak pe lah, orang nak cakap apa pun. Janji perut daddy kenyang. Daddy yang request nak makan rendang daging. Dok borak-borak laki bini cerita planning untuk raya nanti nak masak apa? Nak masak bila? Nak beli barang masak bila? Sudahnya..semua kecur nak makan rendang daging. Terus beli bahan-bahan dan masak rendang daging ! Resipi Mudah 30 Hari Ramadhan

Resipi Mudah 30 Hari Ramadhan - Rendang Daging Azlinda Alin

Kami laki bini memang kuat merancang hehehe. Kebanyakkan benda suka plan awal-awal. Supaya tak kelam kabut, boleh rehat dengan tenang dan berjimba ! Balik kampung nanti pun mudah. Tak adalah terkial-kial, kan ! Dan.. lagi mudah..bila kita tahu laki kita nak makan apa. Tu paling penting kene jaga !

Rendang Daging Resipi Mudah Azlinda Alin

Rendang daging resipi sendiri, tak tahu la umpph ke idak. Sebenarnya ada satu bahan wajib yang tertinggal. Lupa beli daun limau perut. Ada setengah orang tak suka letak. Mummy suka ketak. Tapi, lupa beli pulak ! Nak mudah kan resepi rendang daging ni. Kita proceed je lah !

Rendang Daging Resipi Mudah Azlinda Alin


BAHAN-BAHAN RESEPI MUDAH MASAK RENDANG DAGING

Bahan Kisar :-

  • Segengam cili kering (Gunting dan rebus)
  • 1 biji bawang besar dan 3 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari Halia
  • Sedikit Lengkuas dalam 3 cm
  • 3 batang serai

  • Daging 1/2 kg
  • Air Asam Jawa - 1 sudu besar asam jawa
  • Daun Kunyit (hiris halus)
  • Kerisik (2 paket)
  • Setengah biji kelapa - ambil santan
  • Daun Limau Perut
  • Garam 1 sudu kecil


CARA MUDAH MASAK RENDANG DAGING


Semua resepi mudah-mudah je mummy buat. Cara nak masak pun mudah je. Yang penting sodap ! hehehe 

1. Tumis semua bahan kisar hingga garing

2. Masukkan air asam jawa


3. Dah didih, masukkan daging sehingga agak-agak empuk. Kemudian masukkan, santan kelapa.

4. Daging dah empuk, masukkan kerisik dan garam. Sebatikan hingga kering.

5. Taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau perut. Gaulkan sebati.

Siap !

Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Mummy tambah koleksi tudung /shawl lagi. Kali ini, tudung /shawl dari Instant Shawl Flora Floos pulak ! Biasalah orang perempuan,kan ! Perempuan mana yang tak suka buat koleksi tudung / shawl, kan? Tudung penuh satu almari pun, tetap kata tak cukup tudung / shawl. Walaupun dah ada berpuluh-puluh tudung dalam almari. Bila nak pakai dan pilih tudung / shawl tetap merasakan tak ada tudung /shawl yang sesuai unTuk di pakai ! Terasa nak cari dan mencari lagi koleksi tudung / shawl. Betul tak? Bagi yang belum beli tudung raya tu kan. Jom..tengok koleksi Instant Shawl Flora Floos ini. Kot-kot menepati citarasa ataupun boleh matching warna dengan tema baju raya 2016.

JESAMINE BY FLORA FLOOS - PRINTED INSTANT SHAWL FLORA FLOOS 


Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Trending shawl sekarang ialah printed shawl. Mummy dapat informasi dari Flora Floos Boutique. Printed Shawl Flora Floos sangat laku keras. Mummy pun akui, memang terasa macam comel je bila pakai printed shawl Flora Floos ini.

Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !


Printed Instant Shawl Flora Floos ini mudah di gayakan. Nak labuh pun boleh, nak singkatkan pun boleh. Memang bidangnya besar !

Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Tak jarang dan sejuk je bila pakai ! Jenis kainnya pula dari Korean chiffon / chiffon georgette.

Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Buat masa ini, ada 6 jenis Printed Shawl dari Flora Floos yang mummy dah jatuh cinta ! Semua lawa-lawa ! Nanti mummy nak belilah lagi. Nak dapatkan semua koleksi Printed Shawl dari Flora Floos

PRINTED INSTANT SHAWAL FLORA FLOOS DI RANCANGAN ASTRO OASIS


Annisa - Wanita Terbaik (astro oasis) 
Ustazah Isfadiah



Sediakan Payung Sebelum Rumah (astro oasis) Yaya dan Intan



Nak dapatkan Instant Shawl ni pada harga yang murah? Kebetulan, sekarang ini Flora Floos Boutique buat SALES RAYA 2016. Sehelai Printed Shawl dari Flora Floos hanya RM39 sahaja. Beli 3 helai, percuma POSTAGE ! 

Berbaloi, kan?


PILIHAN TUDUNG RAYA 2016 INSTANT SHAWL DARI FLORA FLOOS PRINTED DAN PLAIN


Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Ini bukan Instant Shawl Flora Floos yang pertama untuk mummy. Sebelum ini, mummy pernah melaram Instant Shawl Flora Floos warna light purple . Mummy serasi dengan Instant Shawl Flora Floos. Jadi, pilihan Instant Shawl Flora Floos tudung raya 2016 mummy tahun ini ialah printed dan plain warna hijau muda !


AMANDA BY FLORA FLOOS - PLAIN DESIGN INSTANT SHAWL FLORA FLOOS 


Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Comel tak Plain Instant Shawl Flora Floos ? Ada bunga comel di situ, Celadone - Amanda Collection adalah pilihan mummy. Boleh sedondonkan dengan jubah raya mummy yang berwarna hijau tu nanti !


Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Siap ada metal tagging lagi tu ! Nampak esklusif Plain Instant Shawl Flora Floos

Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Apa yang mummy perasan,kan...nampak kurus muka mummy bila gayakan Plain Instant Shawl Flora Floos. Bab nampak kurus ini..yang buatkan mummy bertambah sayang dengan Plain Instant Shawl Flora Floos.

Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

Plain Instant Shawl Flora Floos ini dari chiffon crepe sejuk, tak panas, mudah gosok dan mudah di gayakan ! Nak labuh, tak nak labuh pun boleh kasik adjust



Instant Shawl Flora Floos Selesa,Sejuk dan Murah. Berbaloi !

6 pilihan warna koleksi Plain Instant Shawl Flora Floos . Dua darinya mummy dah ada, tinggal 4 warna lagi untuk di aim. 

PLAIN INSTANT SHAWAL FLORA FLOOS DI RANCANGAN ASTRO OASIS



Annisa - Wanita Terbaik (astro oasis) 
Ustazah Isfadiah



Sediakan Payung Sebelum Rumah (astro oasis) Yaya dan Intan


Nak kene beli sekarang, ka? Haruslah buat pembelian sekarang...sebab ada SALES RAYA 2016.

BELI 2, PERCUMA 1. 

Kiranya .. RM90 dapat 3 helai Plain Instant Shawl Flora Floos. JIMAT SANGAT ni  !!


CARA PAKAI INSTANT SHAWL DARI FLORA FLOOS

Dok cerita panjang lebar,..lupa pula nak share kan cara pemakaian Instant Shawl Flora Floos. Siap tutorial mummy kongsikan. Dah boleh cuba belajar pakai. Nanti tak ada lah kekoh nak pakai di Hari Raya. Ok..jom kita tengok cara mudah pakai Instant Shawl Flora Floos



Jesamine by Flora Floos - Printed Instant Shawl 



Amanda by Flora Floos - Plain Instant Shawl

BAGAIMANA NAK BUAT PEMBELIAN?

Mudah je berurusan dengan Flora Floos Boutique, hanya Whatsapps kan bukti pembayaran ke +601132609666

Pihak Flora Floos Boutique akan selesaikan pengeposan. Perkhidmatannya cepat tau ! Trusted seller !

Nak tahu promosi-promosi terkini? Jangan lupa layari :

Whatsapp : +601132609666 


Resepi Mudah Ramadhan 2016 Kuih Raya Popia Nestum Paling Mudah

Resepi Mudah Ramadhan 2016 Kuih Raya Popia Nestum Paling Mudah - Salam 12 Ramadhan, seperti biasa..siaran langsung resipi 30 Hari Ramadhan. Mesti ramai bosan baca bab resipi lauk je,kan? Ok..oleh kerana mood buat kuih raya sudah mari. Mummy kongsikan Resepi Mudah Ramadhan 2016 Kuih Raya Popia Nestum Paling Mudah

Resepi Mudah Ramadhan 2016 Kuih Raya Popia Nestum Paling Mudah


Resepi Mudah Ramadhan 2016 Kuih Raya Popia Nestum Paling Mudah

Memang mummy tak tipu..ini lah resepi paling mudah ! 3 bahan je di perlukan. Mummy modify resipi ini. Bila siap, alhamdulillah menjadi. Jimat masa pulak tu ! 15 minit pun boleh siap 1 adunan. Eh adunan ke panggil tu? Entah la ek ! Pepaham je la ye ! :)

BAHAN-BAHAN Resepi Mudah Ramadhan 2016 Kuih Raya Popia Nestum Paling Mudah


  • Kulit Popia sebungkus RM4.25 (beli kat 99speedmart)
  • Nestum 3 in 1 Rm10.60 (beli kat 99speedmart)
  • Tepung gandum campur air - tak beli amek kat dapur je (pakai sedikit untuk di jadikan gam)
  • Gula - jika perlu...mummy beli tapi tak pakai sebab dah cukup manis 

CARA BUAT Resepi Mudah Ramadhan 2016 Kuih Raya Popia Nestum Paling Mudah


1. Gulungkan kulit popia. Gamkan tepi-tepi kulit popia dengan tepung gandum. Tak perlu gulung rapat sangat. Sebab nanti nestum susah nak meresap dalam gulungan popia yang dah di goreng .

2. Guntingkan ikut suka, mummy gunting serong dan tak tebal..suka crispy !

3.Gorengkan hingga kekuningan.

4. Angkat gorengan tadi. Toskan minyak dan tunggu sejuk.

5. Dah sejuk, letakkan dalam bekas. Taburkan Nestum 3 in 1. Sukatan agak-agak. 10 gulungan popia. Mummy letkkan 3 paket Nestum 3 in 1. Kalau suka manis boleh tambah gula castor ke gula pasir ke.

6. Ratakan dalam bekas. Siap !



Resepi Mudah Ramadhan 2016 Kuih Raya Popia Nestum Paling Mudah

Siap dah kuih raya - Kuih Raya Popia Nestum Paling Mudah. Kuih raya pertama mummy. Mummy suka tesktur nestum kasar-kasar. Ada orang suka halus. Nak halus kene blender la ye. Tapi, kalau renyah nak buat dah tak nama resipi mudah dah hehehe. 

Mummy puye resipi, resipi mudah je !

CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYASekejap je dah 8 Ramadhan 1437H, sahur apa pagi tadi? Eh..puasa ke tu? Mummy?? Puasa lah! Semalam dah buka puasa sedap-sedap kat Hotel Bangi-Putrajaya (dulu dikenali sebagai Hotel Equatorial Bangi). Memang best bufet Citarasa Ramadhan 2016 di Hotel Bangi-Putrajaya. Macam-macam menu ada. Nak tahu menu apa yang best di Hotel Bangi-Putrajaya. Jom baca entri mummy sampai habis :)

SELESA BERBUKA PUASA SECARA BUFET DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA - CITARASA RAMADAN 2016


CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

Memang tak tipu, selesa sangat berbuka puasa Citarasa Ramadan 2016 di Hotel Bangi-Putrajaya. Tengok tu, meja siap ada nama dah tu. Memang well-prepared orang kata ! Tak tahu nak cakap macam mana. Sampai je Cafe Lavista, terus jatuh cinta, nampak meja tersusun bertambah jatuh cinta. Air kosong sejuk pun dah siap-siap di isikan air dan di letakkan atas meja. Biasalah, bulan Ramadan ni. .. Nampak air kosong sejuk pun, dah nampak macam sedap giler ! Giler tak sedap? Seharian tahan dahaga kot ! Meja kami di sediakan 2 kerusi budak. Tak perlu tercari-cari kerusi budak. Awal-awal lagi pihak Cafe Lavista Hotel Bangi-Putrajaya dah sediakan.

TENTANG HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

Lupa pula mummy nak cerita, mesti ramai yang confuse. Hotel Bangi Putrajaya? Ha..dulu nama hotel ini ialah Hotel Equatorial Bangi. Sekarang dah bertukar nama ke Hotel Bangi-Putrajaya. Jangan confuse, ya ! 

CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

Kami dari Kajang ke Bangi tu paling lama setengah jam sampai (kalau jem teruk, dalam setengah jam). jalan smooth tak sampai setengah jam akan sampai).

Parking pun tak susah, banyak tempat parking di Hotel Bangi-Putrajaya. Parking di sini di jaga oleh pengawal keselamatan. Parking adalah PERCUMA duduk la berapa jam pun kat Hotel Bangi-Putrajaya. Best,kan !

CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

Lobi berada di aras 3. Mummy nak ke aras 1 Cafe Lavista. Dari atas dah nampak bufet Citarasa Ramadan 2016 Hotel Bangi-Putrajaya. Meriah ! 

CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

Mummy sekeluarga turun ke tingkat 1, Cafe Lavista dengan lif sebab bawa stroller. Tak mampu nak turun tangga. Puasa kot ! huhu. Lif Hotel Bangi-Putrajaya siap ada cermin. Nak selfie ke nak make up ke. Semua boleh buat depan cermin. Hehehe Typical orang perempuan ! 


CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

Dah sampai tingkat 1, bawa anak ronda-ronda tengok kolam ikan. Bagi mood anak-anak positif kejap ! Seronok sedikit. Lagi pun waktu buka puasa lambat lagi .

PELBAGAI JUADAH CITARASA RAMADAN 2016 - BUFET BUKA PUASA HOTEL BANGI-PUTRAJAYA


CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA
dessert pelbagai jenis. Strawberry tu favorite Dhia

CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA
Pelbagai sup. Sup tulang, daging, perut dan campur. Mummy pilih campur !

CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA
Bihun sup dan spaghetti Aglio Olio untuk anak

CITARASA RAMADAN 2016 | BUFET BUKA PUASA DI HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

Hidangan Masakan Cina

Kuih Muih

Sambal belacan, kerabu mangga, kuah asam, tempoyak, sambal kicap







Tauhu Sumbat

Kerabu perut, kerabu sayur, kerabu pegaga, kerabu ayam

Aiskrim Gelato

Pau dan Dim Sum

Buah-buahan

Ais Kacang dan Cendol

Nasi Kerabu

Roti John

Pulut Kukus dengan Serawa Durian

Masakan Goreng-goreng



Kambing Bakar










Pekena Serawa Durian dulu. Sebab mummy memang hantu durian hehehe

Dzal pekena sup ayam di awal waktu berbuka puasa

Kuih raya..eh..bukan lah ni ialah honey mixed nut ni. Memang sedap !



Kugiran 



Namapk sedapkan makanan di sini? Jangan tahan air liur sangat ye, booking terus je kalau teringin hehehe. Setahun sekali orang kata ! 

HARGA BUFET CITARASA RAMADAN  2016 HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

Promosi (6-9 Jun 2016 dan 3-5 Julai 2016) 
RM 90 (dewasa)  dan RM45 (kanak-kanak)

Selain tarikh di atas (10 Jun - 2 Julai 2016 )
RM100 nett (dewasa) dan RM50 nett (kanak-kanak) 

Untuk tempahan, sila hubungi : 
Telefon : 03-8210 2222  
Emel: fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com 
Instagram: @hotelbangiputrajaya