Showing posts with label Romano. Show all posts
Showing posts with label Romano. Show all posts

ROMANO Eau De Toilette Untuk Jejaka Moden

Jejaka moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. Penampilan segak dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan.


ROMANO Eau De Toilette Untuk Jejaka Moden



ROMANO Eau De Toilette Untuk Jejaka Moden


Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka ROMANO.

Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.

Kehidupan sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan. Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!

Kuasai Kehidupan merupakan manteranya untuk berjaya.

ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri. Wanita disekelilingnya pasti tertarik dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette Untuk Jejaka Moden

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.


ROMANO Eau De Toilette Untuk Jejaka Moden


ROMANO Eau De Toilette – FORCE


Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.


ROMANO Eau De Toilette Untuk Jejaka Moden


ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE


Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan. Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.

Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.

ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

ROMANO SEMBURAN DEODORAN UNTUK SUAMI TERCINTA TINGKATKAN KEYAKINAN LELAKI URBAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, hari ini mummy nak review satu produk suami dari ROMANO - Semburan Deodoran yang dapat meningkatkan keyakinan sorang lelaki urban. Jenama ROMANO sebenarnya sudah lama bertapak di pasaran.




ROMANO SEMBURAN DEODORAN UNTUK SUAMI TERCINTA TINGKATKAN KEYAKINAN LELAKI URBAN


Tidak hairanlah, produk wangian jenama ROMANO ini menjadi kegilaan ramai lelaki di luar sana. 

Sinergi adalah kunci kepada hari-hari yang memerlukan ketangkasan dalam bertindak serta keinginan untuk mencapai kecemerlangan. Sama ada anda dalam misi menyelesaikan projek-projek hebat ataupun kerja-kerja penting, ia perlu didasari perancangan berstruktur dan asas yang ampuh bagi memastikan kejayaan. Justeru, Semburan Deodoran ROMANO telah diperkenalkan, dengan formula sinergistik yang diperbaharui berserta haruman maskulin berpanjangan dan perlindungan serta kesegaran maksimum.

Semburan Deodoran ROMANO dengan wangian maskulin premium dan formula cepat keringan yang diperbaharui memberikan kesegeran 24 jam dan perlindungan kepada lelaki yang memerlukan sofistikasi dan keyakinan dalam rutin harian mereka. Dengan kandungan antibakteria, ia melindungi anda daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.

Semburan Deodoran ROMANO juga kini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya dan didatangkan dalam empat jenis wangian mengikut keseusaian gaya anda. Ia sekali gus memastikan semburan dapat bertahan lama dan membolehkan anda berbau harum dan segar sepanjang hari. Pek baharunya juga menegaskan mesej yang jelas tentang lelaki maskulin yang sentiasa cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan tetapi masih mampu mengekalkan kesegaran sepanjang hari.

4 JENIS SEMBURAN DEODORANT ROMANO 



ROMANO Metro Pulse dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini sempuran untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi.



ROMANO Prestige menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody.Tarikan utama haruman ini adalah sesn akuatiknya yang menggoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki sofistikated dan berpengaruh.



ROMANO Classic berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegrana dengan sedikit adunan Citrus serta Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi kemudiannya membentuk wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman.


ROMANO Urbane Attitude difokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kesturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini. Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personality yang menyerlah.

ROMANO Deodorant Spray 150ml dijual pada harga RM14.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.