Showing posts with label Sanrio Hello Kitty. Show all posts
Showing posts with label Sanrio Hello Kitty. Show all posts

Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga

Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga  - Cuti sekolah ni memacam pulak permintaan anak-anak ! Dhia dan Dzal mula dah tu, dok zikir kat telinga mummy daddy minta nak ke Puteri Harbour with Fun Escapade by Astro. Nampak iklan dalam tv lah tu ! Erm, sorang nak pi Hello Kitty , yang si bujang tu pulak nak masuk Thomas Town.


Jom Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga, Puteri Harbour Johor, SANRIO HELLO KITTY TOWN, THOMAS TOWN, HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !


Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga



Bila belek-belek blog. Rupa-rupanya, setiap 2 tahun kami bawa anak-anak bercuti ke Puteri Harbour Johor ke SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN. Patutlah anak-anak mula dah sebut-sebut tentang nak Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro 

Bila anak dok bercerita tentang iklan Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor. Mummy pun tetiba teruja nak tahu apa program yang menarik untuk Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor.


HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !




Jom Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga, Puteri Harbour Johor, SANRIO HELLO KITTY TOWN, THOMAS TOWN, HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !




Harga tiket masuk ke Puteri Harbour Johor untuk 15 dan 16 Disember 2018 kali ini sangat murah ! Berbaloi kalau pergi ni ! Dah lah murah, dapat pulak enjoy dan menikmati persembahan muzikal menarik yang menampilkan watak-watak terkenal seperti Omar & Hana, XYT Tong Tong, Cam & Leon serta Didi & Friends. 


Harga tiket masuk ke Puteri Harbour Theme Park Johor ialah berharga RM418 untuk 4 orang. Di mana korang boleh masuk ke semua level termasuk SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN 

Pakej Berkembar Fun2Play pula berharga RM269 untuk 2 orang !

Masuk PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 3 tahun kebawah atau ketinggian bawah dari 90cm.

Tapi, korang kena beli melalui http://www.kidxy.com/puteriharbour boleh dibeli di Puteri Harbour pada hari acara berlangsung.



Apa Yang Menarik di Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor

Apa yang yang menarik di ASTRO FUN ESCAPE PUTERI HARBOUR JOHOR? Antara aktiviti program yang menarik adalah seperti :-

*Puteri Harbour Attractions anjuran Astro, Fun Escapade merupakan aktiviti pertama ASTRO buat pertama kalinya diadakan di luar Lembah Klang. 

*Acara tahunan selama dua hari ini akan menampilkan konsert dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak popular seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Cam & Leon dan banyak lagi watak kegemaran anak kami ada di sini. 

*Korang boleh dapatkan Pasport Escapade untuk mengambil bahagian dalam 15 aktiviti baharu di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN. 

*Selain itu, terdapat juga pelbagai permainan untuk disertai anak-anak dan ibu bapa. 

*Lebih menarik, seisi keluarga akan turut menerima barangan edisi terhad Fun Escapade dan baucar untuk membeli-belah, baucar makanan dan minuman serta baucar cetakan foto.

Jom sesama kita alami kemeriahannya pada Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Disember 2018 ini di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kidxy.com/puteriharbour atau hubungi 1 300 88 FAMILY (326459).

Setelah 2 Tahun Tak Jejakkan Kaki Ke Sanrio Hello Kitty Town Puteri Harbour, Johor Bahru

Hi semua, buat apa cuti panjang kali ini. Seronoknya lahai, cuti panjang 4 hari. Ke mana kami? Yeay..kami ke JB kali ini. Walaupun mummy dan keluarga dah pernah ke Sanrio Hello Kitty Town Puteri Harbour, Johor Bahru pada Oktober 2014 yang lepas. Kini, kami repeat kembali lagi berjimba dengan keluarga di Sanrio Hello Kitty Puteri Harbour, Johor Bahru. Sebelum Dzal Aidi Fiqry berumur 3 tahun, dapat masuk PERCUMA ke Sanrio Hello Kitty Puteri Harbour, Johor Bahru ada baiknya pergi tahun ni juga. Dhia Batrisya pun sibuk gak nak ke Sanrio Hello Kitty Puteri Harbour, Johor Bahru.


Setelah 2 Tahun Tak Jejakkan Kaki Ke Sanrio Hello Kitty Town Puteri Harbour, Johor Bahru





Ke Sanrio Hello Kitty Puteri Harbour, Johor Bahru kali ini kami tidur di Hotel Bajet sahaja. Tahun 2014 kami bermalam di 2 buah hotel. 1 bajet hotel dan lagi semalam bermalam di M-Suite Johor Bahru.




Perjalanan kami menaiki kenderaan sendiri sahaja. Mudah bawa anak kecil dengan kenderaan sendiri ni,kan. Dari Kajang terus ke Johor Bahru dengan melalui Lebuhraya PLUS.

Perjalanan makan masa lebih kurang 6 jam juga apabila di tabah tolak rehat, dan sebagainya. Semalam memang jem sangat jalan dari Nilai ke Johor Bahru



Muka penat hehehe..tak drive pun penat ye 😊


Eh..panjang pula mukadimah mummy kali ini ye.

Sampai di Johor Bahru, terus ke Hotel bajet kami. Mummy beli online dengan Traveloka. Murah sangat tau, sebab ada diskaun tambahan 25%. Fuh..jimat !!

Okeylah...entri kali ini memang mukadimah je. Nanti mummy story mory lagi kisah percutian kami ke Sanrio Hello Kitty Puteri Harbour, Johor Bahru.

Best ke? Apa perubahan sepanjang 2 tahun ini yang ada di Sanrio Hello Kitty Puteri Harbour, Johor Bahru?

Tunggu ye cerita mummy nanti :)