Showing posts with label Syawal 2015. Show all posts
Showing posts with label Syawal 2015. Show all posts

Rumah Terbuka Penghujung Syawal

Rumah Terbuka Raya 2015 di Penghujung Syawal 2015



Sabtu lepas, adalah Syawal terakhir untuk Raya Aidilfitri 2015. Sempatlah, kami beraya 4 tempat (tak boleh lawan raya pertama hari tu...sehari, dapat 7 tempat kami beraya). Selesai 3 buah rumah open house, siap berehat sebentar di Kidzoona AEON Cheras Selatan untuk pengambilan baucer di AEON dan bagi anak-anak bermain. Budak-budak tu mesti penat ikut mummy dan daddy terjah 4 buah tempat open house. Jadi, kita bagi dorang upah ;)

TTDI Grove Kajang | Rumah Terbuka Raya 2015


Open house di akhir Syawal , Raya Aidilfitri 2015 | Tempat pertama yang kami kunjungi ialah TTDI Grove Kajang - Open House / Rumah Terbuka Raya.

Ayam Goreng dan Kicap Manis Pedas untuk Makan Tengah Hari



MAKAN TENGAH HARI - AYAM GORENG GARING BERSAMA MAHSURI KICAP MANIS PEDAS


Kadang-kadang nak makan pun boleh jadi seribu satu persoalan. Nak makan apa? Otak buntu nak makan apa? Seakan-akan boring dengan makanan yang sama atau pun terlalu macam agak berat jenis menu. Dan, sampai satu tahap. Nak makanan menu simple sahaja. Dan, ternyata gitu lah mummy ni ha!! Balik rumah makan tengah hari tadi. Dengan hanya gorang ayam segaring-garingnya beberapa ketul dan makan bersama Mahsuri Kicap Manis Pedas. Memang pedasnya..pedas..pedas sedap!! Tak caya? Cuba lah beli. Mummy tak beli pun kicap ni, pihak PR Mahsuri berikan tempoh hari. Siap ada logo 'NOT FOR SALE' tak tergamaklah nak jual kicap ni. Sebab sedap!! Seakan-akan makan bersama cili api.. peerghhhhhhhhhh..meleleh air liuq! ;)




www.azlindaalin.com | nurazlindaazman@gmail.com
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel

Raya - Kajang Perdana


Bila tibanya Syawal pastinya banyak open house di sana sini. Mummy pun sempat juga buat makan-makan Syawal secara kecil-kecilan untuk adik beradik sedara mara dan rakan kenalan yang terdekat. Mana yang terlepas pandang atau terlupa nak menjemput tu.  Maaf ye, boleh je datang beraya bebila masa.



Beraya di Taiping, Perak



Adil suamiku, dah beraya sebelah isteri. Balik pula ke kampungnya - Kamunting, Perak. Memang begitu setiap tahun. Berjalan ke sana sini menziarah keluarga sendiri dan keluarga mertua. Sebab tu, kami perlukan cuti raya yang agak lama. Untunglah en suami yang dapat cuti tanpa rekod beberapa hari. Isterinya? Kasik habis itu cuti tahun sahaja ! hehehe. Agak-agak boleh.. tak boleh nanti. Kita kasi je jual resume ! haaaaa!! Gitew terus kan! 

Raya Aidilfitri di Batu Pahat Johor


Seperti orang lain juga kami mempunyai giliran beraya. Tahun lepas giliran encik suami. Jadi, tahun ini giliran isteri pula. Tapi, kita sebagai isteri ini sebenarnya tak kisah sangat nak beraya di mana-mana pun. Raya kan sebulan. Tapi, encik suami tetap nak ikut giliran. Ok lah macam tu! Kita ikutkan sahaja. Almaklumlah kan..semuanya di tanggung oleh encik suami. Kita ikut arahan sahaja. Oleh kerana kali ini mak dan abah nak beraya di rumah nenek di Batu Pahat. Kami pun kena balik Batu Pahat lah, jawabnya. Sebenarnya, agak lama tak balik Batu Pahat. Dan, sepanjang perkahwinan kami. Belum sekali kami beraya di Batu Pahat. Alhamdulillah di beri kesempatan balik beraya di Batu Pahat kali ini, setelah beranak dua.