Showing posts with label Syawal 2016. Show all posts
Showing posts with label Syawal 2016. Show all posts

Syawal di Zoo Taiping Night Safari Taiping

Syawal atau raya 2016 dah habis. Cerita Syawal tak habis lagi ke? Macam-macam cerita ada, kan kalau bulan Syawal ni. Mengunjung ke sana dan ke mari. Bab mengunjung ni,kan..kami mengunjung Zoo Taiping pada 4 Syawal. Beraya sat la.. kat sana. Tak salah,kan ? Boleh di katakan acara wajib keluarga sebelah daddy berjalan beramai-ramai di Syawal menjelma. Ini lah masanya dapat berjalan dan eratkan silaturrahim. Kami ke Zoo Taiping kali ini lengkap dengan ketujuh-tujuh adik beradik suami bersama keluarga masing-masing. 

Pengalaman buat keluarga kecil mummy..Ini adalah kali kedua kami sekeluarga ke Zoo Taiping. Pertama kali dulu, ke Zoo Taiping sewaktu umur Dhia beberapa bulan. Kali ini, anak-anak semua dah membesar. Dah boleh ajar kenali haiwan di Zoo. Dzal dan Dhia memang excited sangat. Almaklumlah kan...kalau tak dapat kenali haiwan-haiwan ini melalui televisyen atau pun tablet sahaja.


Jalan-jalan 4 Syawal - Raya 2016 di Zoo Taiping Night Safari Taiping


Zoo Taiping Night Safari Taiping
bergambar di parking kereta. Rezeki dapat parking bersebelahan dengan Zoo Taiping 

Sebelum ini, kami sekeluarga juga pernah kunjungi Zoo Negara dan melihat panda di Zoo Negara.

Zoo Taiping Night Safari Taiping
Anak bujang pun dah pandai melaram sebelum ke Zoo Taiping 

Zoo Taiping Night Safari Taiping


Zoo Taiping Night Safari Taiping


Zoo Taiping Night Safari Taiping


Zoo Taiping Night Safari Taiping

Sebelum masuk ke Zoo Taiping harus membeli tiket terlebih dahulu. 


Harga masuk ke Zoo Taiping (belum GST):-

Dewasa : RM16 (Zoo Taiping dan RM20 (night Safari)
Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM8 (Zoo Taiping dan RM10 (night Safari)
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM8 (Zoo Taiping dan RM10 (night Safari)


Zoo Taiping Night Safari Taiping

Harga tiket masuk ke Zoo Taiping. Untuk pemegang Kad Pengenalan beralamat di kawasan sekitar Taiping akan dapat diskaun 20%. Erm...baru tahu kenapa suami nak kekalkan alamat asalnya di kad pengenalannya.

Zoo Taiping Night Safari Taiping


Zoo Taiping Night Safari Taiping


Zoo Taiping Night Safari Taiping


Zoo Taiping Night Safari Taiping


Zoo Taiping Night Safari Taiping

Bergambar di pintu hadapan Zoo Taiping terlebih dahulu, sementara menanti ahli keluarga yang lain.

Zoo Taiping Night Safari Taiping


Zoo Taiping Night Safari Taiping










Burung ni cantik, sama seperti orang di sebelahnya...cia..cia..cia









Berehat sebentar



Kakak ipar 





Sepupu Dhia 





Suka lah kene dukung cenggini :)







Gajah paling bebudak ni suka tengok sebab watu ini, waktu gajah sedang makan. Mummy pun syiok tengok sekali.

Kami hanya ke Zoo Taiping sahaja, tak beli untuk Night Safari. Sebab masing-masing dah penat. Gigih berjalan 100% tanpa naik trem. Exersize katanya, lepas makan lemang, ketupat dan rendang, kan ! hehe

Keseluruhannya anak-anak memang suka ke Zoo. Tapi, ada je pasangan yang tiada anak kunjungi Zoo. 

Nak tahu selanjutnya tentang Zoo Taiping dan Night Safari Taiping, boleh layari : http://zootaiping.gov.my/




Asam Laksa Mudah dan Cepat !


Hujung minggu hari tu masak Asam Laksa. Teringin lama dah nak makan Asam Laksa homemade. Kebetulan, ada yang nak datang rumah. Jadi, teruskan niat nak memasak Asam Laksa. Ada yang minta resepi Asam Laksa mummy lagi. Katanya, nak resipi Asam Laksa mummy ni. Resipi mummy memang senang hadam. Jom tengok resepi Asam Laksa mudah dan senang ni . 

Asam Laksa Mudah dan Cepat !


BAHAN-BAHAN RESIPI MUDAH ASAM LAKSA 


  • 2 kg Ikan Kembung - di rebus 
  • 5 biji Bawang Besar - dikisar
  • 3 bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 tangkai Cili Kering - dikisar
  • 10 Keping Asam Keping
  • 2 Sudu besar asam jawa (bancuh dengan air, di buang bijinya)
  • 1 bungkus daun kesum 
  • 1 kuntum bunga kantan 
  • Sedikit belacan (mummy tak letak sebab tahu , ada ramai kawan-kawan yang tak allergy belacan)
  • Sedikit garam (secukup rasa)
Bahan-bahan lain untuk di makan bersama setelah di Asam Laksa masak
  • Telur rebus
  • Salad
  • Timun
  • Bawang merah hiris
  • Cili api
  • Limau kasturi

CARA MASAK ASAM LAKSA MUDAH


1. Asingkan isi ikan di rabus kepada dua bahagia. Satu tulang sahaja dan satu lagi isi ikan sahaja. Kisarkan berasingan.

2. Tumis bahan kisar cili boh dan bawang. Masukkan air asam jawa dan asam keping bersama air secukupnya. Mummy guna dalam 3 liter air.

3. masukkan ikan yang sudah di kisar.

4. Letakkan daun kesum dan bunga kantan tadi.

5. Perasakan dengan garam. 

6. Masak hingga didih.

Siap ! Mudah kan!!


Makan-Makan Raya Lagi !

Salam Syawal...hari ini hari terakhir Syawal,kan? Kalau mummy silap, betulkan ye ! Oleh kerana hujung minggu haritu adalah last weekend untuk Syawal..banyak betul jemputan open house raya sana sini. Tak kurang juga jemputan kenduri kendara. Alhamdulillah diberikan kesempatan menghadiri beberapa buah rumah minggu lepas. 

Petang ke malam, ada beberapa kenalan rapat juga hadir ke rumah kami. Terima kasih buat yang hadirkan diri.



perabihkan kuih raya yang ada :)


Asam laksa

cheese tart



selfie sekejap :)



best friend yang study sesama masa kat UiTM Arau dulu : - Lina


ibu yang jaga Dhia n Dzal dulu - terima kasih ibu

Berakhir sudah Syawal. Hingga kita ketemu lagi, Insyaallah. Selamat tinggal Syawal. Selamat datang Zulkaedah :)


Resipi Mudah Rendang Kerang


Selalu mummy buat rendang daging dan rendang ayam. kali ini cuba menu rendang kerang. Asalnya, adik mummy yang suka makan rendang kerang ini. Mudah masak dan cat siap. Cuma leceh rendang kerang ni nak kopek kulit kerang tu.

Resipi Mudah Rendang Kerang


BAHAN-BAHAN RESEPI MUDAH MASAK RENDANG KERANG


Bahan Kisar :-

  • Segengam cili kering (Gunting dan rebus) dan 10 tangkai cili api
  • 1 biji bawang besar dan 3 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari Halia
  • Sedikit Lengkuas dalam 3 cm
  • 3 batang serai
  • Jintan manis, jintan putih dan ketumbar 1 paket kecil dalam 10 gm

  • Kerang 1 kg
  • Air Asam Jawa - 1 sudu besar asam jawa
  • Daun Kunyit (hiris halus)
  • daun limau perut hiris
  • Kerisik (2 paket kecil atau 1 paket besar)
  • Setengah biji kelapa - ambil santan
  • Sedikit gula
  • Garam 1 sudu kecil


CARA MUDAH MASAK RENDANG KERANG



Semua resepi mudah-mudah je mummy buat. Cara nak masak pun mudah je. Yang penting sodap ! hehehe 

1. Tumis semua bahan kisar hingga garing

2. Masukkan air asam jawa


3. Dah didih, masukkan kerang sehingga agak-agak empuk. Kemudian masukkan, santan kelapa.

4. Kerang dah msak atau dah empuk, masukkan kerisik dan garam. Sebatikan hingga kering.

5. Taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau perut. Gaulkan sebati.

Siap !

MENU MUDAH KAILAN MASAK LEMAK

Salam Syawal, masaih makan makanan Syawal? Mummy ada masa, masak juga makanan Syawal. Tapi, lunch hour atau dinner hari kerja, pastiny amenu biasa-biasa je masak.  Baru-baru ini, cuba menu Kailan Masak Lemak. Nak ikutkan nak letak lemak cili api. Tapi, nak mudahkan anak pun makan sekali harung. Cili api tu, kasi patah asing.

Selalu masak Kailan Goreng Ikan masin je,kan.... Kali ini, ubah selera. Sebab anak-anak suka makanan berkuah. Dari situ lah terbitnya idea Kailan Masak Lemak. Cara masak pun mudah je.. Mummy ada dengar kawan-kawan mummy kadang-kadang tak boleh hadam resipi yang susah-susah. Jangan sedih ye. Resipi mummy senang-senang je. Insyaallah boleh hafal dalam masa beberapa saat. :)


RESIPI KAILAN MASAK LEMAK.


1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 ulas bawang putih (potong atau tumbuk)
3 ulas bawang merah (potong atau tumbuk)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1/2 inci halia (potong atau tumbuk)
Sedikit ikan bilis (belah dua)
1 ikat kailan (potong kasar)

Cili api (patah-patah - asing)

MENU MUDAH KAILAN MASAK LEMAK

CARA MASAK KAILAN MASAK LEMAK


1. Panaskan sedikit air masak (setengah cawan)
2. Masukkan santan
3. Dalam 1 minit, masukkan kesemua bahan yang di atas tadi yang dah di tumbuk atau potong halus,
4. Agak-agak didih, perasakan dengan garam.

Siap !! Cepatkan, dalam masa tak sampai 10 minit dah siap.

Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

Salam Syawal, masih berbaki beberapa hari je, Syawal. Mula lah semua berkejaran membuat rumah terbuka dan juga tetamu yang akan hadir. Ada kuih raya lagi ke tu? Mummy dah tinggal sedikit je kuih raya. Nak habis dah...sempat kan diri juga lah buat 1 kuih raya. Kuih raya yang mudah dan cepat je mummy akan buat. Buat stok ada-ada je orang kata. Tak perlu mixer, tak perlu pakai oven. Mudah sangat.


Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu Mixer dan di Bakar.


Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar



BAHAN-BAHAN Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu Mixer dan di Bakar:


2 cawan gula pasir
1/4 cawan serbuk koko (atau 4 sudu besar)
1/2 cawan susu full krim
1/2 cawan butter / margerin
1 sudu kecil vanilla esen
Sedikit Garam
1/4 cawan peanut butter (4 sudu besar)
1/4 cawan Nutella (4 sudu besar)
3 cawan oat


CARA MASAK Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar


1. Gunakan api slow. Panas dan masak gula, koko, susu dan margerin / butter bersama-sama. 

2. Masak dalam masa 1 minit 

3. Angkat dan alihkan. 

4. Kacaukan dengan esen vanilla, garam dan peanut butter, nutella dan oat.


Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

5. Kacau rata hingga sebati.

Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

6. Letakkan sesudu doh tadi atas kertas di biarkan sejuk. Boleh bentukkan ikut kreativiti sendiri, samada nak bulatkan ke, nak terapkan bentuk LOVE ke..



Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

 7. Simpan dalam peti sejuk. Boleh juga nak keluarkan dari bekas kertas atau pun tak keluarkan pun tak apa. Dah sejuk dan boleh makan terus.

Sedap tau rasa macam makan coklat. Selamat mencuba