Showing posts with label aman palestin. Show all posts
Showing posts with label aman palestin. Show all posts

Majlis Menandatangani Perjanjian Sefahaman Rakan Korporat Aman Palestin


Entri blog saya sebelum ini Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin dan Kelab Blogger Ben Ashaari, saya ada menceritakan sedikit tentang Aman Palestin. Dan juga entri pertemuan dengan duta Aman Palestin Saudari Heliza. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya ke majlis amal seperti ini. Sebenarnya, dah lama berniat nak hadirkan diri ke majlis amal seperti ini. Tapi, kadang-kadang masa tak sesuai, lokasi yang yang jauh...eh..eh..eh ni bukan alasan saya ye. Tapi, kita ni isteri orang dan anda anak. Nk keluar rumah pun kene redha suami. Bukan redha dia sahaja. Tpi, nk kene minta tlg suami bantu tengok2kan anak-anak di rumah juga. Apapun, saya berSYUKUR. Setelah mendapat kelulusan dari suami dan suami meluluskan saya untuk berprogram. Akhirnya, saya dan #kelabbloggerbenashaari dapat menghadiri dan memeriahkan majlis amal oleh pihak Aman Palestin Berhad. 


Nasib bertempat di Bangi sahaja.Dekat je dengan rumah. Tak sampai setengah jam perjalanan dari rumah.


Tibanya di dewan Hotel Bangi-Putrajaya kelihatan beberapa 'booth'. Antara booth yang ada dari pihak Aman Palestin Berhad sendiri. Segala hasil barangan jualan dari pihak Aman Palestin Berhad yang akan di salurkan dalam Misi Kemanusiaan.


Penaja rasmi Aman Palestin, Cosmodern juga terlibat sama dalam Misi Kemanusiaan ini.


Terhenti lamunan ku bila berada di Majlis ini. Lagi-lagi bila melihat Tabung Palestin ini. Seakan-akan membuka mata dan minda saya untuk lebih bersyukur dan membantu mereka di bumi Palestin. Bukan sekadar membantu dengan nilai duit atau barangan. Tetapi, doa saya agar, mereka di beri perlindungan dan dapat melalui kehidupan seperti kita di sini. 


Alhamdulillah, dapat bawa balik 2 tabung aman Palestin ini. Moga ianya akan menghentikan lamunan saya dan keselesaan kehidupan seharian saya. Moga saya lebih mengingat kepadaNYA dan lebih bersyukur dengan apa yang saya ada pada hari ini.



Anatara barisan orang kuat Aman Palestin :

Rakan Korporat: Hospital Islam Az-Zahra.
Duta Aman Palestin: Heliza Helmi, Maulana AF, PU Razi & Mr Bie
Rakan Penaja: Cosmodern, UniKL, PTS Publishing & Bank Rakyat
Rakan Blogger: #kelabbloggerbenashaari


UniKL antara rakan korporat Aman Palestin Berhad yang telah menyumbangkan ke Tabung Pembangunan Gaza dalm Misi Kemanusiaan. Sumbangan yang telah di sampaikan oleh President/CEO UniKL, Prof. Dato' Dr. Mazliham Mohd Su'ud kepada Ketua Pegawai Aman Palestin Berhad - Ustaz Awang Suffian


Barisan Kelab Blogger Ben Ashaari dan Duta Aman Palestin, Heliza.


Tak lepaskan peluang bergambar dengan blogger Herena dan Mira - penulis pertama Dato Zaki 


Antara barangan dari pihak penaja. Terima kasih semua!!


Sebelum pulang ke rumah. Kita bergambar dengan kamera Boni Kacak.
Terima kasih blogger Boni Kacak 

Pada yang ingin memberi sumbangan Misi Kemanusiaan Aml Palestin. Boleh di salurkan ke Aman Palestin Berhad melalui:

Bank Islam 12029010047880
Maybank 562263010787
Bank Muamalat 12070005133717
RHB Islamik Bank 2124760004907
Bank Rakyat 22-080-619592-2
CIMB Bank 12150001242107

Manakala derma melalui SMS:
Taip PALESTIN (jarak) 10 (nilai RM10 / 5 / 3 / 1)

CONTOH :

PALESTIN 10
hantar ke 39111

Boleh layari website : Aman Palestin Berhad