Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

UCAPAN BIRTHDAY SWEET DARI SHARNAAZ AHMAD PADA NABILA

Tak pernah, tak Sweet, Ucapan Hari Jadi Sharnaaz Ahmad Untuk Nabila pada setiap hari lahirnya. Tahun ini, Sharnaaz Ahmad sekali lagi menghanatarkan ucapan kepada Nabila sempena hari lahir yang ke- 39 pada 4 Sepetember 2023. 

Ucapan yang diberikan oleh Sharnaaz Ahmad Untuk Nabila melalui Instagram Sharnaaz Ahmad adalah dengan berterima kasih kerana menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak lelaki mereka, Jebat Jayden Ahmad.

Baca juga : Sedekah Subuh 



Sweet Sharnaaz Ahmad Bagi Ucapan Hari Jadi Untuk Nabila


Ucapan hari jadi untuk Nabila (bekas isteri Sharnaaz Ahmad) daripada Sharnaaz Ahmad sangat sweet... " Happy birthday Mommehh..thank you sebab jadi mummy yg terbaik untuk jebat...sentiasa beli toys dan cuti yang best best..semoga mummy sentiasa bahagia dan murah rezeki, Jebat sgt beruntung ada mummy yang kelakar dan annoying dalam masa yg sama...Semoga jebat jayden boleh jaga mummy sampai mummy dan baba tutup mata..aminnnn "



Nabila Reply Ucapan dari Sharnaaz Ahmad

Nabila turut reply penghantaran ucapan dari Instagram Sharnaaz Ahmad 

“Aminn thank you u. Annoying tu bagus. Penyedap rasa orang kata. Thank you for the wish. TThank you for the wish..... ðŸ˜š✨.”


Seorang bapa dan bekas suami yang bagus Sharnaaz Ahmad ini. Setiap tahun , pasti ada ucapan yang sweet dan annoying juga untuk Nabila (bekas isterinya) hehehe.


Biodata Sharnaaz Ahmad


Biodata Sharnaaz Ahmad adalah seperti berikut :-

Nama penuh : 
Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad

Tarikh Lahir : 
30 Ogos 1985 

Kelahiran di : 
George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Pendidikan : 
Perakaunan Perniagaan, Kolej Polytech MARA

Pekerjaan : 
Pelakon, pengacara, pengarah, penerbit

Tahun aktif :  
2009–kini

Pasangan : 
Noor Nabila Mohd Noor 
(Nikah perkahwinan pada 31 Mac 2017. Bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan)

Anak : 1 orang anak lelaki, Jebat Jayden.

Ibu bapa :
Datuk Basir Ahmad (bapa)
Datuk Marina Puteh (ibu)



Pada tahun 2011, Sharnaaz Ahmad juga pernah menjalin hubungan cinta dengan penyanyi dan anak sulung penyanyi veteran, ND Lala, Shila Amzah. Tiada jodoh dan berpisah pada tahun 2013.

Kemudian, tahun 2014 Sharnaaz Ahmad menjalinkan hubungan dengan pelakon, Anis Al-Idrus sehingga 2015.


ANUGERAH JUARA LAGU KE-31 #ajl31

Malam tadi, sana sini cerita pasal Anugerah Juara Lagu ke-31 #AJL31 yang pada asalnya mummy macam kurang nak tonton. Biasalahkan, mak-mak ini, malam minggu sibuk sedikit. Lepas makan malam dan berkemas. Nak menggosok baju laki bini untuk seminggu pula. Sedang melayan suami dan anak-anak di dapur. Terdengar Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu Lelaki Teragung. 

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-31 #AJL31


Anugerah Juara Lagu ke-31 #AJL31.


Mula pada tu, terus ke ada hati nak menonton Anugerah Juara Lagu ke-31 #AJL3. Sempat layan sampai habis juga lah sambil melayan anak-anak.


Awal Ashaari dan Fara Fauzana sebagai pengacara rasmi siaran Anugerah Juara Lagu ke-31 #AJL31.

Senarai Lagu Anugerah Juara Lagu ke-31 #AJL31.


Antara lagu yang berentap malam tadi ialah Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah), Terakhir (Sufian Suhaimi), Sudah Ku Tahu (Projector Band), Selamanya Cinta (Shila Amzah & Alif Satar), Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz), Ku Rela Di Benci (Aiman Tino), Di Amaran Mama (Hazama & The Penglipur Lara), Obses (Akin & The Majistret), Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael), Kalah Dalam Menang (Shamsul & Mawi), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black)

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-31 #AJL31


Juara : Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)
Naib Juara : Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hqfiz)
Ketiga: Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)

Vokal Terbaik : Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah)
Persembahan Terbaik : Hang Pi Mana (Khalifah)

Mummy memang suka vokal Dayang, masa zaman belajar rajin follow Dayang.

Tahniah semua ...
Lelaki Teragung Dayang Nurfaizah 2 Terakhir Sufian Suhaimi 3 Sudah Ku Tahu Projector Band 4 Selamanya Cinta Shila Amzah & Alif Satar 5 Terimaku Seadanya Misha Omar & Hafiz Suip 6 Ku Rela Dibenci Aiman Tino 7 Di Amaran Mama Hazama & The Penglipur Lara 8 Obses Akim & The Majistret 9 Setia Elizabeth Tan feat Awi Rafael 10 Kalah Dalam Menang Syamsul Yusof feat Mawi 11 Hang Pi Mana Khalifah 12 Anugerah Terindah Black

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Lelaki Teragung Dayang Nurfaizah 2 Terakhir Sufian Suhaimi 3 Sudah Ku Tahu Projector Band 4 Selamanya Cinta Shila Amzah & Alif Satar 5 Terimaku Seadanya Misha Omar & Hafiz Suip 6 Ku Rela Dibenci Aiman Tino 7 Di Amaran Mama Hazama & The Penglipur Lara 8 Obses Akim & The Majistret 9 Setia Elizabeth Tan feat Awi Rafael 10 Kalah Dalam Menang Syamsul Yusof feat Mawi 11 Hang Pi Mana Khalifah 12 Anugerah Terindah Black

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Lelaki Teragung Dayang Nurfaizah 2 Terakhir Sufian Suhaimi 3 Sudah Ku Tahu Projector Band 4 Selamanya Cinta Shila Amzah & Alif Satar 5 Terimaku Seadanya Misha Omar & Hafiz Suip 6 Ku Rela Dibenci Aiman Tino 7 Di Amaran Mama Hazama & The Penglipur Lara 8 Obses Akim & The Majistret 9 Setia Elizabeth Tan feat Awi Rafael 10 Kalah Dalam Menang Syamsul Yusof feat Mawi 11 Hang Pi Mana Khalifah 12 Anugerah Terindah Black

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Lelaki Teragung Dayang Nurfaizah 2 Terakhir Sufian Suhaimi 3 Sudah Ku Tahu Projector Band 4 Selamanya Cinta Shila Amzah & Alif Satar 5 Terimaku Seadanya Misha Omar & Hafiz Suip 6 Ku Rela Dibenci Aiman Tino 7 Di Amaran Mama Hazama & The Penglipur Lara 8 Obses Akim & The Majistret 9 Setia Elizabeth Tan feat Awi Rafael 10 Kalah Dalam Menang Syamsul Yusof feat Mawi 11 Hang Pi Mana Khalifah 12 Anugerah Terindah Black

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
erakhir nyanyian Sufian Suhaimi, Sudah Ku Tahu (Projector Band), Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah), Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) dan Ku Rela Dibenci (Aiman Tino). Tidak ketinggalan berentap pada pentas AJL 31 ialah lagu Di Amaran Mama (Hazama), Obses (Akim & The Majistret), Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael), Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/211886
Terakhir nyanyian Sufian Suhaimi, Sudah Ku Tahu (Projector Band), Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah), Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) dan Ku Rela Dibenci (Aiman Tino). Tidak ketinggalan berentap pada pentas AJL 31 ialah lagu Di Amaran Mama (Hazama), Obses (Akim & The Majistret), Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael), Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/211886
Terakhir nyanyian Sufian Suhaimi, Sudah Ku Tahu (Projector Band), Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah), Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) dan Ku Rela Dibenci (Aiman Tino). Tidak ketinggalan berentap pada pentas AJL 31 ialah lagu Di Amaran Mama (Hazama), Obses (Akim & The Majistret), Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael), Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/211886
Terakhir nyanyian Sufian Suhaimi, Sudah Ku Tahu (Projector Band), Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah), Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) dan Ku Rela Dibenci (Aiman Tino). Tidak ketinggalan berentap pada pentas AJL 31 ialah lagu Di Amaran Mama (Hazama), Obses (Akim & The Majistret), Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael), Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/211886

Kisah Viral King Coco, Kini Sudah Berumahtangga

Pada awalnya, memang mummy tak kenal pun siapa King Coco ni. Ramai yang mengatakan King Coco ini terkenal dan femes sejak kisah pelatnya di gembar gemburkan dalam media sosial. Hinggalah, beliau di panggil ke siaran televisyen Motif Viral.

Tertanya-tanya juga pada husband, "Kenal tak Coco? Yang viral dan femes tu?". Husband jawab,"tahu, aik awak tak tahu? Pelik !"

Kekeke kita bukan blogger gossip. Haruslah tak tahu.

Jadi, mummy pun ambil tahu lah sedikit kisah Coco ini. Macam katak bawah tempurung pulak, kalau tak tahu. Kemahen femes awak yer. Dah rezeki beliau kan.

Kisah Viral King Coco, Kini Sudah Berumahtangga 


Kisah Viral King Coco, Kini Sudah Berumahtangga

Kisah Viral King Coco, Kini Sudah Berumahtangga
sumber gambar : google

Berita terbaru King Coco ini, beliau telah selamat mendirikan rumahtangga. Ramai netizen tak puas hati tentang perkahwinan beliau. Kerana beliau menjadi isteri kedua, di mana isteri pertamanya kini sedang mengandung.

Apapun, mummy doakan yang terbaik buat Coco dan Captain Azrin Anas.

Erm..kalau dah jodoh, memang insyaallah menjadi.

Ni antara video viral si Coco mummy terjumpa dalam YouTube. Hehehe baru tahu sebenarnya...


Lagu Tema Patahnya Sebelah Sayap Drama TV3 Hancur Estranged ft Fazura

Lagu Tema Patahnya Sebelah Sayap Drama TV3, Hancur Estranged ft Fazura. Best pula mummy melayan lagu HANCUR ni masa tonton cerita samarinda TV3 PATAHNYA SEBELAH SAYAP.

Cerita ni pun boleh tahan sedih juga. Eh..jom la kita layan lirik dan Lagu Tema Patahnya Sebelah Sayap Drama TV3, Hancur Estranged ft Fazura

Lagu Tema Patahnya Sebelah Sayap Drama TV3, Hancur Estranged ft Fazura





Lagu Tema Patahnya Sebelah Sayap Drama TV3, Hancur Estranged ft Fazura



Apa khabar teman?
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang

Tanpa kamu
Apakah ertinya?
Ke semua ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur
Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur
Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Huo, Ohh
Apa khabar teman?
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari
Diri aku
Apakah ertinya?
Kesudahan ini
Sepatutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur
Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur
Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Wooh, Uoh, Ohh

Hancur
Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur
Hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Ohh, Ohh, Ohh

Bila engkau tiada (bila engkau tiada)
Rindu kau bicara
Hancur, hancur aku
Bila teringatkanmu (ku teringatkanmu)
Hancur, hancur saja
Bila inginkan mu

Hancur aku (hancur aku)

Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot

Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot - Typical mummy..dah layan sinopsis Suri Hati Mr Pilot di SINI . Dok terfikir pula, lagu apa yang bakal hot OST Suri Hati Mr Pilot.

Ha....Dah jumpa pun. Jom layan lirik Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot

Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot


Tajuk : Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot
Nyanyian : Alif Satar duet Shila Amzah

LIRIK LAGU Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot



Pabila ku lihat senyumanmu
Terdetik memori pertemuan kali pertama kita berdua

Ada sesuatu tentang kita
Kemesraan bersama membuatku alpa
Tak pernah terlintas untuk aku kehilanganmu

Aku tahu kau juga pun turut rasakan itu
Lebarkanlah sayapmu ke pangkuanku
Agar bayangan hitamku berlalu

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Jarak itu buat ku celaru memikirkanmu merindukanmu
Namun itulah menguatkan cinta kita

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

BIODATA AMIRA OTHMAN HEROIN ABANG BOMBA I LOVE YOU

Godek biodata Amira Othman. Lama mummy tak follow tentang artis. Bila, nampak best lakonannya atau sedap nyanyiannya. Barulah mummy ada perasaan nak kenali artis tersebut. Drama bersiri yang mummy gemar tonton sekarang ialah Abang Bomba I Love You. Heroinnya dan lagu tema OST Abang Bomba I Love You dinyanyikan oleh artis yang bernama Amira Othman. Allahuakbar, sebelum ini, memang tak berapa kenal Amira Othman ini. Mummy terus godek-godek biodata Amira Othman.



BIODATA AMIRA OTHMAN HEROIN ABANG BOMBA I LOVE YOU


BIODATA AMIRA OTHMAN HEROIN ABANG BOMBA I LOVE YOU


Nama Penuh: Nadia Amira Othman 
Nama Popular: Amira Othman 
Umur: 23 Tahun (pada 2016) 
Asal: Skudai, Johor Bahru, Johor 
Agama: Islam 
Bangsa: Melayu 
Warganegara: Malaysia 

Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon 
Lagu Popular: Hati-Hati, Sesaat Untukku 
Drama: Abang Bomba I Love You (12 September 2016) 
Pencapaian: Tempat Ke-3 Akademi Fantasia 2013 Media Sosial Amira Othman 

Instagram Amira Othman: https://www.instagram.com/amiraaothman 
Twitter Amira Othman: https://twitter.com/amiraaothman_ 

Semoga berjaya Amira, mummy doakan agar Amira terus sukses dalam dunia seni.

LAYAN...LIRIK LAGU JAGA-JAGA AMIRA OTHMAN OST DRAMA ABANG BOMBA I LOVE YOU

Melayan lirik lagu Jaga-jaga  Amira Othman (OST Drama Abang Bomba I Love You) pulak ! Kemain si Amira Othman ini, dah la dapat jadi heroin dalam drama bersiri Abang Bomba I Love You. Dapat pula rakamkan lagu sendiri untuk tema drama Abang Bomba I Love You. Murah rezeki Amira Othman. Alhamdulillah. Yang nak tahu sinopsis drama bersiri ini boleh baca di SINI.  Mummy nak layan lirik lagu Jaga-jaga Amira Othman (OST Abang Bomba I Love You).

LAYAN...LIRIK LAGU JAGA-JAGA AMIRA OTHMAN


Tajuk Lagu : Jaga-Jaga
Artis : Amira Othman
Komposer : Ezra Kong, Faizul Sani, Ayden Ali
Lirik : Ezra Kong, Faizul Sani, Ayden Ali
OST : Abang Bomba I Love You



LIRIK LAGU JAGA-JAGA AMIRA OTHMAN OST DRAMA ABANG BOMBA I LOVE YOU


Pabila Mengungkap Kata Cinta
Manis Bicara Oh Semanis Gula
Lidah Lelaki Harus Waspada
Lihat Baik Buruknya

Aku Bukan Si Dara Biasa
Dambakan Kasih Nak Dimanja-manja
Lidah Ku Tajam Bila Berkata
Niat Di Hati Cuma Untuk Berjaga-jaga

Engkaulah Lagu Yang Menemani Diriku
Selama-lama Terus Menyanyi
Tiada Ganti, Indahnya Suaramu

Bagaikan Lagu Yang Membayangi Diriku
Seumpamanya Melodi Terindah
Telah Tercipta, Irama Di Hatiku

Ku Bagaikan Mawar Yang Berduri
Cantik Dipandang, Takut Didekati
Andai Hanya Nak Bertarik Tali
Baik Kau Undur Diri

Namun Harusnya Ku Mengakui
Sebenarnya Hati Telah Kau Curi
Siang Dan Malam Silih Berganti
Walau Tujuh Purnama, Ku Tetap Setia

Engkaulah Lagu Yang Menemani Diriku
Selama-lama Terus Menyanyi
Tiada Ganti, Indahnya Suaramu

Bagaikan Lagu Yang Membayangi Diriku
Seumpamanya Melodi Terindah
Telah Tercipta, Irama Di Hatiku

Usik Mengusik, Bergurau Senda
Batasnya Jangan Dilupa
Sucinya Cinta, Elok Dijaga Hingga Terbina Istana

Engkaulah Lagu Yang Menemani Diriku
Selama-lama Terus Menyanyi
Tiada Ganti, Indahnya Suaramu

Bagaikan Lagu Yang Membayangi Diriku
Seumpamanya Melodi Terindah
Telah Tercipta, Irama Di Hatiku

Engkaulah Lagu, Engkaulah Lagu
Seumpamanya Melodi Terindah
Telah Tercipta, Irama Di Hatiku

Hentikan Sebar Berita Tak Benar! Saya Belum Peluk Islam - Acappan


Semalam penuh timelime facebook mummy ucapan untuk Acappan kerana telah memeluk Islam. Kebanyakkan wall facebook yang share berita itu dari page Mustapha Kamal. Nak ikutkan memang kita yakin tu satu kepastian. Bukan viral atau cerita yang tak pasti. Sebab sama-sama artis kan ! 

Kebetulan memang mummy superbusy semalam. Mahu juga tekan butang share dan ucapkan tahniah ! Berita gembira katanya kan....

Nasib baik tak viral. Mahu berdosa mummy ! Rupa-rupanya yang update itu admin page Mustapha Kamal.

Tak pe..kita maafkan beliau. Bulan puasa kan....



Hentikan Sebar Berita Tak Benar! Saya Belum Peluk Islam - Acappan

Hentikan Sebar Berita Tak Benar! Saya Belum Peluk Islam - Acappan


Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 12:00 PM


PETALING JAYA: Pelawak Acappan meminta orang ramai agar terus menghentikan penyebaran berita kononnya dia sudah memeluk Islam berikutan isu itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin.

Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.

"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Acappan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan dia sudah memeluk agama Islam selepas foto dia berbuka puasa dengan rakan-rakannya di sebuah surau tersebar.

Terdapat juga rakan artis dalam gambar-gambar yang disebarkan itu antaranya pelakon Isma Aliff, Ijam (Medicine) dan Iwan.

Malah, berita itu juga turut dikongsi oleh rakan-rakan arits di media sosial yang mengucapkan syukur atas penghijrahan berkenaan. 
Dia dikatakan menggunakan nama Islamnya Shahrin Abdullah dan ada yang mendakwa namanya Muhammad Ramadhan

Dalam pada itu menurut Acappan, dia dijemput oleh seorang kawan yang ingin memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama.

"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad).

"Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya.

Dalam pada itu, Acappan turut memohon agar orang ramai tidak mudah percaya berita yang tersebar tanpa pengesahan daripada mulut dia terlebih dahulu.

Katanya, sejak foto dan berita itu menjadi viral, dia menerima pelbagai reaksi daripada rakan-rakan terdekat dan keluarga yang meminta pengesahan mengenainya.

Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.

"Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini," ujarnya. 

BERGAMBAR DENGAN KAKAK KARIPAP | NELYDIA SENROSE

SUKA DHIA DAPAT BERGAMBAR DENGAN KAKAK KARIPAP STRAWBERI THE SERIES | NELYDIA SENROSE


Cantik rupanya si Nelydia Senrose ini, Dhia pertama kali jumpa pelakon cantik jelita ini. Terus panggil kakak karipap. Sebelum ini, Nelydia Senrose ini ada berlakon dalam rancangan drama kegemaran Dhia iaitu Karipap Strawberi The Series. Redha je Nelydia Senrose kena panggil kakak karipap hehehehe.


BERGAMBAR DENGAN KAKAK KARIPAP | NELYDIA SENROSE

Ada yang tak kenal Nelydia Senrose , ke? Jom kenali Nelydia Senrose dengan lebih mendalam lagi. 

Biodata Nelydia Senrose 

Nama: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen 
Nama komersial: Nelydia Senrose 
Tarikh lahir: 30 Julai 1994 
Keluarga: Anak ketiga daripada tujuh beradik 
Kacukan: Gadis kacukan Kelantan-Siam 
Kerjaya: Pelakon 
Akademik: Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya 
Lakonan Drama/Telefilem: Spa Q 1 dan 2, Spa Qistina, Sirah Cinta, Datin Wannabe, Biru Cinta Di Laguna, Hati Seorang Perempuan, Khalifah, Anak Aku Artis, Syah Jihan, Pak Suman, Iqra', Ahmad Durrah,Mistik Alam Hitam, Segenggam Api Secangkir Pelangi, Puaka Bunga Tanjung,Friday I’m in Love, Chef Cinta dan banyak lagi. 



MINGGU AKHIR DIA SEMANIS HONEY


APA? DAH MINGGU AKHIR DIA SEMANIS HONEY??


Lama benau mummy simpan entri DIA SEMANIS HONEY dari episod 1 hinggalah dah minggu akhir DIA SEMANIS HONEY tak siap-siap hehehe. Ni gigih nak siapkan. Ohoiiii...penyakit apakah ini duduk dalam draft lama sangat, mummy oi ! Huhu..


MINGGU AKHIR DIA SEMANIS HONEY


Mummy suka layan drama yang chicky chicky, fun, straight forward macam DIA SEMANIS HONEY. Setelah penat kerja, jaga anak, kemas rumah dan macam-macam benda-benda yang kadang-kadang boleh merungsingkan fikiran. Adakalanya, mummy nak tonton cerita santai-santai je di rumah. Sambil relakkan otak dan fikiran. Terapi !

Lagi satu, mummy nak sangat tonton lakonan Nana (Siti Nordiana). Zaman muda-muda dulu mummy adalah salah seorang dari ahli Nana FC (Fan Club). Siap berkampung kat rumah mak pak Nana di Taman Puteri Chreas (rumah kartun) dulu. Dok ikut Nana buat road show sampai ke Perak. Tapi tu, dulu lah... Zaman muda mudi.

Sekarang?? Tak ada daya lah kot nak ber fan club lagi. Banyak kerja penting nak buat dan nak meng'kais' huhu.

Tapi, kan...masa episod awal DIA SEMANIS HONEY ini, mummy dah meroyan dah. Kenapa lah (Honey) Hani Safira pilih Ahnaf, dah la suka berahsia..pastu suka buat tindakan yang mengecewakan (batalkan majlis pernikahan semasa majlis). Hrm...walaupun niatnya tu baik. Nak bantu ex-girlfriend dia yang sedang menghidapi kanser tu kan. Apa salahnya terus terang dari awal dengan (Honey) Hani Safira. Tak suka betul lah, perangai lelaki gini ! Maaf..mummy emo sekejap hahaha !

Dalam masa yang sama, Adam Hazrul kan hado ! Setia menanti kot 3 tahun cinta si (Honey) Hani Safira tu.

Dok meroyan sendiri tengok cerita DIA SEMANIS HONEY lak ye ! Daddy sampai tegur..ala...tu drama je la. Drama melayu typical gitu lah ! Hrm..orang lelaki tu je lah dia tahu..

GIGIH REKOD SEMUA EPISOD DIA SEMANIS HONEY



MINGGU AKHIR DIA SEMANIS HONEY

Esok episod last untuk DIA SEMANIS HONEY. Berdebar-debar juga nak tengok sebab perangai jahat si Bella dan Dato (majikan Bella) semakin menjadi-jadi.

Huhu walaupun mummy tahu, hero dan heroin tak akan mati ;)

SINOPSIS DIA SEMANIS HONEY

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?


LAIN TENTANG DRAMA DIA SEMANIS HONEY



JUDUL : DIA SEMANIS HONEY

EPISOD : 16 Episod

TARIKH TAYANGAN : 2 Mei 2016

HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
SKRIP : Nazri M. Annuar / Fairul Nizam Ablah
NOVELIS : Dila Dyna
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON : Alif Satar , Siti Nordiana, Hairul Azreen, Hafeez Mikail, Farez Ridzwan, Ziha Salleh, Nadya Syaher, Falisha Crossley, Aleza Shadan, Nina Juren, Lan Kristal, Adam Mika, Zainol Macwiilson, Danish Hazriq, Fatihah Baharum

WATAK PELAKON
Alif Satar sebagai Ahnaf Wafiy
Siti Nordiana sebagai Hani Safira
Hairul Azreen sebagai Adam Hazrul
Hafeez Mikail sebagai Hanafi
Farez Ridzwan sebagai Hakimi
Ziha Salleh sebagai Ara
Nadya Syahera sebagai Bella
Falisha Crossley sebagai Ariana
Aleza Shadan sebagai Puan Munirah
Nina Juren sebagai Puan Sri Hartini
Lan Kristal sebagai Hafiz
Adam Mika sebagai Nabil
Zainol macwiilson sebagai Dr Farid
Danish Hazriq sebagai Rayyan
Fatihah Baharum sebagai Aishah

LAGU TEMA / OST DIA SEMANIS HONEY
Tajuk : Memori Berkasih
Artis : Alif Satar & Siti Nordiana


Siti Elizad Juara Gempak Superstar Menang Wang Tunai RM100,000 dan trofi.

JUARA GEMPAK SUPERSTAR - SITI ELIZAD MEMENANGI WANG TUNAI RM100,000 DAN TROFI art


Malam ini, anak-anak semua tak mahu tidur awal. huhuhu. Jenuh mummy nak tahan ngantuk. SUdahnya, layankan pusingan akhir atau final untuk rancangan GEMPAK SUPERSTAR yang di hoskan oleh Scha Al-Yahya dan Sharnaaz.Mummy tonton sehingga ke penghujung rancangan. Sehingga pengumuman pemenang GEMPAK SUPERSTAR Musim pertama. Tahniah mummy ucapkan kepada Siti Elizad yang menjadi juara untuk GEMPAK SUPERSTAR musim ini.

JUARA GEMPAK SUPERSTAR - SITI ELIZAD MEMENANGI WANG TUNAI RM100,000 DAN TROFI

Tahniah juga untuk pemenang lain :-
Naib Juara - Sherry
Ketiga - Arja Lee
Keempat -Soffi
Kelima - Nazim

1 JUTA TONTONAN VIDEO KLIP CRASH YUNA DAN USHER DALAM MASA 4 HARI !

1 JUTA TONTONAN VIDEO KLIP CRUSH YUNA DAN USHER DALAM MASA 4 HARI !


Bangga sekejap mummy dengan Yuna ini. Bawa industri muzik ke antarabangsa. Kali ini, lagu duetnya dengan Usher - Crush. Video Klip CRUSH nyanyian Yuna dan Usher telah mencapai 1 juta tontonan dalam masa 4 hari. Dasyat, kan ! Mummy pun pertama kali tengok Video Klip CRUSH nyanyian Yuna dan Usher.


Video Klip CRUSH nyanyian Yuna dan Usher