Showing posts with label baby boy. Show all posts
Showing posts with label baby boy. Show all posts

14 BULAN DAIM NAUFAL

Seketul Daim Naufal yang dah berumur 14 bulan, susah nak nampak duduk diam dah sekarang ni. Gelongsor / slide ni tempat fav Daim main. Mummy yang selalu berderau kalau Daim main. Ye la kan, risau kalau terjatuh ke apa. Apa-apa pun, mummy doakan moga Daim di dalam lindunganNYA selalu.

14 BULAN DAIM NAUFAL


14 BULAN DAIM NAUFAL

Cara Daim nak turun dari gelongsor/slide, dia akan duduk atas gelongsor / slide dan pusingkan badannya. Kiri , bawah gelongsor / slide tu memang mummy sesiap letak tilam dan bantal.


Safety 1st kengkononnya lah !


14 BULAN DAIM NAUFAL

Daim dah mula pusingkan badan dan nak turunkan dari gelongsor / slide. Abaikan artwork di dinding tu, hehehe hasil anak kreatif tu !


14 BULAN DAIM NAUFAL

Boleh pulak cak...cak...mummy sebelum turun, aihhh geram nau dengan seketul Daim ni tau !

Ginilah Daim bila setahun. Memanjat dulu, jalannya entah bila. Nak ikut jejak kakak dan abangnya kot. Tunggu 1 tahun 3 bulan gamaknya.

Gigi pulak dah ada 8 batang. 4 batang gigi di atas dan 4 batang gigi di bawah. 

Orang tua-tua cakap kalau gigi tumbuh awal, jalannya memang lambat.

Tak apalah nak ! Asalkan dikau membesar dengan sihat walafiat ! Aamiin


Baby Daim Naufal Kuat Berak dan Kencing !

Kuat betul baby Daim Naufal ni berak dan kencing ! Dalam masa 10 Hari. Abes 1 Beg Pempes dan 8 Paket Wet Tisu. Nasib baik lah daddy siap beli 2 beg pempes newborn. Brand Pet Pet 64pcs dan juga MamyPoko 80pcs. Anak-anak mummy masa dalam pantang memang kuat pakai pempes. Masa 4 tahun leoas lahirkan Dhia Batrisya pula...kena pilih pempes yang lebar macam MamyPoko. Sebab, Dhia jenis berak cair sangat. Pempes lain mesti bocor sampai kena seluar, baju dan barut. Kalau 3 pagi berak tu, jenuh nak tukarkan semua.

Wet tisu kami pun dah standby sesiap. Stok kami ada 1 paket brand Huggies (80pcs), 2 paket brand Goo.N (55pcs each), pureen, 8 paket brand tesco loves (80pcs each). Jumlah stok wet tisu kami ada 12 paket. Hehehe. Macam banyak. Tapi, dalam diam tak diam. 8 paket dah abes !

Baby Daim Naufal Kuat Berak dan Kencing !


Baby Daim Naufal Kuat Berak dan Kencing !

Stok pempes newborn kedua baru buka. Kita tengok pula...berapa hari tahan hehe.

Awal-awal masa Daim Naufal lahir tu, berak hitam macam jelly. Memang standard baby baru lahir berak gitu. Dalam 2 - 3 hari juga la berak pesen cam tu.

Lepas tu, dah berak kuning. Berak kuning ni kalau baby minum susu ibu sahaja. Kalau ada susu formula. Baby akan berak sedikit hijau warnanya.

Lepas balik dari hospital. Daim Naufal dah mula kerap berak dengan kencing sebab kuat menyusu.

Boleh di katakan tiap 3 - 4 jam Daim Naufal akan berak ! Kadang tu, dua jam sekali pun hado.

Sekarang ni, mummy standby pempes saiz S sesiap dah untuk next stok ;)