Showing posts with label babyD. Show all posts
Showing posts with label babyD. Show all posts

DAIM NAUFAL PROLONG JAUNDICE?

DAIM NAUFAL PROLONG JAUNDICE? Assalamualaikum..selamat pagi ! Pagi ni, mummy ke Klinik Pakar Shah Alam. Untuk futher check up jaundice Daim Naufal. Mummy boleh cool dan boleh rileks kali ini. Tak kalut macam masa Dzal Aidi Fiqry dulu. Jaundice jugak abangnya tu ! Prolong Jaundice sebab susu ibu.

DAIM NAUFAL PROLONG JAUNDICE?


DAIM NAUFAL PROLONG JAUNDICE?


Bila cerita dengan nurse di KK aritu. Nurse akui juga. Mungkin sama gen abangnya. Lagipun 75% baby yang lahir akan jena jaundice.

SEBAB-SEBAB LAIN DAIM NAUFAL JAUNDICE


- Mummy dan daddy berdarah O
- Bayi lelaki
- Bersalin pagi (doktor cakap gitu..tapi, jangan tanya fakta pada mummy)

USAHA TURUNKAN JAUNDICE


Terima kasih pada yang prihatin pada situasi jaundice anak kami. Mummy tak bercerita sangat dalam FB dan IG kisah jaundice Daim Naufal. Mummy banyak discuss dalam group tertutup Kelab Bayi je. Memang ramai prihatin.

Mummy dapat macam-macam tips. Seperti mandi air kucai, kerap susukan anak, bagi anak berak kencing dengan banyak (seminggu 1 beg pempes habis,,kalau kata tak banyak berak dan kencing jugak. Huhu tak tahu lah !) Dan lain-lain tips. 

Yang belum cuba ialah mandian NURAZ je.

Tak pe lah..kita tunggu keputusan darah dan air kencing baby Daim Naufal lepas check up harini.

Bila anak jaundice ni...yang penatnya kena ulang alik klinik cek bacaan darah.

Doktor nak pantau supaya bacàan tak lebih 308 je. So far, bacaan Daim Naufal tak tinggi.


DAIM NAUFAL PROLONG JAUNDICE?


BACAAN JAUNDICE DAIM NAUFAL

Bacaan jaundice Daim Naufal ialah 240, 224, 196 dan 207

Manakala Dzal Aidi Fiqry dulu bacaannya ( boleh baca di : SINI )

Day 3 - 185umo/L
Day 4 - 92umo/L - discharge
Day 7 - 258umo/L
Day 8 - 212umo/L
Day 9 - 225umo/L
Day 12 - 214umo/L
Day 14 - 181umo/L


Mummy paling kesian kat daddy je. Ye lah..daddy baru je masuk tempat kerja baru awal bulan lepas. Macam tak best performance nya nanti.

Erm..tak pe lah, Allah jentik sedikit je ujian ni. Insyaallah..moga kami sekeluarga kuat hadapi ujian dariNYA. Insyaallah.

Korang doakan ye moga jaundice Daim Naufal tak ada yang serius. Dan cepat sembuh ;)

HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL

HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL - Sebelum mummy hilang ingatan tentang harga bersalin secara operate / czer / c-section delivery di Hospital Serdang untuk Daim Naufal. Ada baiknya, mummy buat satu entri. Hehe. Ramai yang tanya mummy berapa kos bersalin czer? Ada yang ingat kami dapat PERCUMA sebab bersalin di Hospital Serdang under government. Oh..bukan PERCUMA ye kawan-kawan. Kami bayar walaupun bersalin di Hospital Serdang - government,  sebab kami laki bini ni, bukannya bekerja dengan gomen. Kami kerja di private sector.


HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL


Walaupun kena bayar di hospital gomen ni. Masih murah lagi, berbanding bersalin czer di hospital private. Bersalin di private hospital secara Czer je dah ribu riban. Tak termasuk harga bilik, ubat-ubatan dan cas anak pulak.

Cas bersalin harga czer di Hospital Serdang ni tak sama untuk setiap anak-anak mummy. Walaupun tiga-tiga czer di Hospital Serdang. Tapi, ketiga-tiganya ada lain-lain cas tambahan.

Oh ya..mummy memang pilih kelas kedua untuk Hospital Serdang. Sebab selesa dan bilik ada toilet sendiri. Pepaham la kan czer ni..jalan pun terkemut-kemut. Jauh dari toilet mau terkucil di tengah jalan kang hehe.

Harga bersalin kelas kedua di Hospital Serdang dan hospital goverment lain. Mummy tak pasti sama atau tidak harganya. Yang mummy tahu... dengar dari berita cas bersalin 2017 untuk kelas pertama dan kedua naik 50%. Tang mana naik..mummy tak dapat compare. Resit bersalin Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry di rumah Kajang. Seingat mummy cas anak pertama dan kedua mummy tu mahal sedikit. Berbanding Daim Naufal. Beza dalam RM100++


 HARGA 2017 CAS BERSALIN CZER KELAS KEDUA HOSPITAL SERDANG UNTUK DAIM NAUFAL



Untuk Daim Naufal, 
Harga bersalin czer : RM400
Bilik kelas kedua ( 4 orang sebilik) bilik ber air cond : RM40 semalam
Cas Perubatan : RM5 sehari
BTL : RM20
Full Blood Count : RM10

HARGA SEBENAR COS BERSALIN DI HOSPITAL SERDANG SECARA CZER SELAMA 4 HARI DI HOSPITAL : RM4,381


SELEPAS SUBSIDI KERAJAAN : RM610


Kalau kelas ketiga, agak murah. Mummy tak ingat berapa harganya, tapi macam kurang dari RM200 kalau tak silap untuk czer. Normal pula RM15 untuk kelas ketiga.

Harga cas bersalin di Hospital Serdang ni untuk warganegara Malaysia je. 

Bukan warganegara, memang boleh tahan juga harganya.

Mana bagus bersalin di hospital goverment atau private?

Bagi mummy terpulang pada masing-masing. Mummy tak ada pengalaman czer di private hospital. Tak boleh nak komen.

Kalau tanya mummy perkhidmatan Hospital Serdang untuk czer kelas kedua macamana? 

Mummy sangat berpuas hati ! 3x bersalin di sana. Layanan memang terbaik ! Pad yang ada darah nifas pun nurse tukarkan tau !



Baby Daim Naufal Kuat Berak dan Kencing !

Kuat betul baby Daim Naufal ni berak dan kencing ! Dalam masa 10 Hari. Abes 1 Beg Pempes dan 8 Paket Wet Tisu. Nasib baik lah daddy siap beli 2 beg pempes newborn. Brand Pet Pet 64pcs dan juga MamyPoko 80pcs. Anak-anak mummy masa dalam pantang memang kuat pakai pempes. Masa 4 tahun leoas lahirkan Dhia Batrisya pula...kena pilih pempes yang lebar macam MamyPoko. Sebab, Dhia jenis berak cair sangat. Pempes lain mesti bocor sampai kena seluar, baju dan barut. Kalau 3 pagi berak tu, jenuh nak tukarkan semua.

Wet tisu kami pun dah standby sesiap. Stok kami ada 1 paket brand Huggies (80pcs), 2 paket brand Goo.N (55pcs each), pureen, 8 paket brand tesco loves (80pcs each). Jumlah stok wet tisu kami ada 12 paket. Hehehe. Macam banyak. Tapi, dalam diam tak diam. 8 paket dah abes !

Baby Daim Naufal Kuat Berak dan Kencing !


Baby Daim Naufal Kuat Berak dan Kencing !

Stok pempes newborn kedua baru buka. Kita tengok pula...berapa hari tahan hehe.

Awal-awal masa Daim Naufal lahir tu, berak hitam macam jelly. Memang standard baby baru lahir berak gitu. Dalam 2 - 3 hari juga la berak pesen cam tu.

Lepas tu, dah berak kuning. Berak kuning ni kalau baby minum susu ibu sahaja. Kalau ada susu formula. Baby akan berak sedikit hijau warnanya.

Lepas balik dari hospital. Daim Naufal dah mula kerap berak dengan kencing sebab kuat menyusu.

Boleh di katakan tiap 3 - 4 jam Daim Naufal akan berak ! Kadang tu, dua jam sekali pun hado.

Sekarang ni, mummy standby pempes saiz S sesiap dah untuk next stok ;)



DAIM NAUFAL NAMA DI BERI !

Genap hari ketujuh. Siap dah nama babyD. Daddy buat surat beranak pada hari ketujuh juga. Memula.. Nama yang daddy pilih untuk baby pun mummy samar-samar. Kali ini..Daddy nak buat pilihannya sendiri. Daddy cuma bagi arahan nak makna yang macamana je. Ada beberapa perbincangan nama dengan mummy. Tapi, selagi tak confirm di surat beranak. Selagi tu macam tak boleh nak confirmkan. 

DAIM NAUFAL NAMA DI BERI !


Akhirnya..DAIM NAUFAL NAMA DI BERI ! Yang bermaksud yang berpanjangan, pemurah, dermawan. Daim Naufal bin Mohd Firdaus. Semua anak-anak kami berhuruf D di depan. Hehe. Tak ada kene mengena dengan huruf nama mummy dan daddy pun. Kasi kelainan lah pulak, kan ! Hehehe

Mummy update di IG dan FB terlebih dahulu. Lambat update blog kali ni..sebab beberapa hari lepas, memacam hal terjadi hukhuk (refer entri blog sebelum ni, ye). 

No worries ye kawan-kawan. Mummy ok ok sahaja ni. Alhamdulillah..syukur ! Semuanya getting better..tak ada apa yang serius pun !

TERIMA KASIH YANG DATANG MELAWAT DAIM NAUFAL !


Dari makcik sebelah daddy - Cik Ily & Pak Abang

Dari Mama Su. Adik mummy

Dari pakcik dan makcik sebelah daddy - UmmiLong & AyahLong

Dari Hospital Serdang

Dari jiran - Doktor Azima


Terima kasih juga pada kawan-kawan mummy yang datang berikan angpaw dan lain-lain.

Ada yang sempat kita bergambar. Ada yang tak sempat nak bergambar.

Maaf jika ada kekurangan ye.




Senyum senyum awak ye orang datang melawat hehe. Kena pulak hari raya. Memang meriah dengan orang datang :)


THROWBACK GAMBO SCAN DAN SEKARANG





Throwback sket gambo scan HD 6D di Sonovison.

Sonographer Jezzlyn memang tak pernah menghampakan scan anak-anak kami.

Beliau lah sonographer anak kami dari nombor 1 hingga 3.

Sama kan gambar si Daim Naufal? Kalau tidur muka terkepit. 

Sama mukanya dengan masa scan beberapa bulan yang lalu. Ye lah kan..scan pun muka badan terkepit dengan kantungnya.