Showing posts with label baju raya. Show all posts
Showing posts with label baju raya. Show all posts

TUDUNG SofeaRose ALUN RAYA 2023 BELI DAN MENANG !

TUDUNG SofeaRose ALUN RAYA 2023 BELI DAN MENANG ! - Yeayyyy..Tudung raya mummy dari SofeaRose dah sampai. Buka kotak je, terus pakai.Tak sempat iron pun, tak apa. Cantik terletak elok , on point betholl shawl SofeaRose


TUDUNG RAYA SofeaRose BELI DAN MENANG !



TUDUNG SofeaRose ALUN RAYA 2023 BELI DAN MENANG !


Kenapa mummy grab awal sangat shawl raya dari #SofeaRose ni?
Haaa…kalau korang nak tahu, mummy nak menang hadiah bernilai RM10,000. Untung-untung dapat rantai emas ke…kan . TUDUNG RAYA SofeaRose BELI DAN MENANG !


TUDUNG RAYA SofeaRose BELI DAN MENANG !



 
Eh…bukan mummy je, boleh menang. Korang pun boleh menang hadiah menarik seperti rantai emas, TV dan vacuum serta wang tunai RM500

SYARAT PERADUAN TUDUNG SofeaRose ALUN RAYA 2023 BELI DAN MENANG !


Syaratnya.. mudah sahaja :-
1. Beli apa sahaja produk koleksi dari jenama SofeaRose sekurang-kurangnya RM250.

2. Tunggu pengumuman pemenang secara LIVE di IG : sofearose_hq jangan lupa follow rapat-rapat, tau

TUDUNG RAYA SofeaRose BELI DAN MENANG !



Okay, jangan tunggu dahhhh.
Cepat join …sebelum 21 April 2023 

Jangan kata, mummy tak payung naaaaa…

TUDUNG SofeaRose ALUN RAYA 2023 BELI DAN MENANG !


Kain lembut, sejuk, sedap pakai....Alah membeli, menang memakai ! Gitewwwww....



MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Diam tak diam setahun sudah berlaku dunia ini dengan kegelisahan dan kekangan wabak Covid 19 yang mengekang segala macam aktiviti dan rutin harian kita. Sudah setahun kita jalani kehidupan dalam norma baru dan sudah setahun juga Butik Bahari Asyek Shah Alam ini tak beraksi di persada fesyen. Kali terakhir Butik Bahari Asyek Shah Alam mengadakan peragaan fesyen pada 13 Mac 2020  bertemkan 'Taman Inderaloka- Bahari Asyek Syawal Showcase 2020'.


MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM


Pandemik Covid memaksa kita semua meneruskan kehidupan dalam norma baru. Kehidupan tetap perlu diteruskan, justeru Butik Bahari Asyek Shah Alam tetap tampil gagah bersilat menepis serangan wabak dengan mengetengahkan koleksi 'tradisional melayu' nya dalam norma baru. Tiada lagi persembahan peragaan secara besar besaran dengan pelbagai persembahan sebelum ini, ekoran kekangan pandemik covid 19 dengan penerapan pelbagai S.O.P yang perlu dipatuhi.

"Harap harap kelapa puan

 Tidak puan kelapa bali

 Harap pada tuan dan puan

 Tidak tuan puan siapa lagi."

 Pandai Butik Bahari Asyek Shah Alam berpantun..

"Ya.. kerana tuan puan lah maka kami masih disini, memelihara dan mengetengahkan 'Jati Diri' melayu ke persada massa. Dek kerana itulah makanya kami sekali lagi beraksi, mengetengahkan koleksi busana tradisional melayu bagi diperagakan untuk perayaan syawal 2021", jelas puan Zahalina selaku pengarah urusan Bahari Asyek.

Justeru, Butik Bahari Asyek Shah Alam tampil mengetengahkan peragaan dan penampilan fesyen koleksi syawal terbaru dalam norma baru secara santai dan kecil kecilan. Tiada acara dalam dewan, tiada jemputan ramai, tiada acara berkumpulan malah tiada juga aneka persembahan selingan yang memeriahkan acara seperti sebelum ini, demi mematuhi S.O.P.

 

Namun begitu, peragaan koleksi syawal kami tetap dijalankan. Biarpun dalam skala kecil, sedikit sentuhan kreativiti diperlukan bagi merealisasikan hasrat meneruskan kesinambungan Butik Bahari Asyek Shah Alam dalam menampilkan busana tradisional bagi tiap kali syawal menjelang.

Peragaan fesyen kali ini kami jalankan didalam premis butik kami tanpa sebarang pembuatan set serta hiasan 'backdrop'.

"Cukuplah sekadar mengubah susun atur rak dan barangan sedia ada untuk dijadikan latar hiasan yang releven dan sinonim dengan koleksi fesyen yang kami tampilkan pada kali ini", jelas Puan Zahalina lagi.

Ada yang bertanya akan apa siknifikannya buat peragaan busana koleksi syawal BA kali ini sedangkan tiada kehadiran tetamu jemputan dan pihak media ekoran pematuhan S.O.P yang tidak membenarkan penganjuran acara berkumpul beramai ramai dengan pematuhan jarak sosial yang ditetapkan..?

Puan Zahalina tiba tiba menarik nafas panjang lalu tersenyum... "Meskipun tiada hadirin dan pihak media yang turut bersama dalam sessi peragaan kami kali ini, kita buatlah bagaikan mereka semua ada bersama. Kita gunakan teknologi untuk mereka dapat bersama menyaksikan peragaan kami pada kali ini", tekan Pn Zahalina lagi.

Buat pertama kalinya Butik Bahari Asyek Shah Alam membuat siaran 'LIVE' menggunakan aplikasi Instagram dan Facebook. Tindakan serampang dua mata sessi peragaan melalui aplikasi ini, Bahari Asyek dapat mendekatkan peminat dan pengikut Bahari Asyek kepada sessi peragaan, seterusnya mengikuti aktiviti kami serta tawaran yang kami sediakan. Kelebihannya, kami tak perlu lagi runsing memikirkan jumlah jemputan yang perlu disenarai pendek kerana dengan LIVE ini, semua pengikut BA boleh menonton secara terus. Peminat yang ingin menyorot dan menikmati paparan koleksi syawal kami boleh juga menontonnya di saluran Youtube yang akan kami muat turun kan selepas sessi peragaan selesai.

Kami membuat sedikit perubahan akan koleksi syawal BA pada tahun ini ekoran kesan pandemik wabak covid 19 ke atas masyarakat. BA sedar yang masyarakat terkesan dengan pandemik ini dengan himpitan ekonomi yang mengakibatkan ramai yang hilang pekerjaan, kemerosotan pendapatan dan sebagainya. Justeru, koleksi BA pada tahun ini memberi sedikit penumpuan dalam menghasilkan busana yang lebih mampu milik, namun masih tetap mengekalkan mutu fabrik dan kemasannya, berpadanan dengan jurang dan tingkat harga yang ditawarkan.

Peminat dan pengikut BA tak perlu risau akan fabrik yang kami ketengahkan kerana fabrik busana kami ini adalah fabrik pilihan BA sendiri yang dipilih serta diimport dari luar negara. Ia tetap eksklusif dan berlainan dari yang ada dipasaran. "Alah beli menang memakai..", celah Pn Zahalina.

Pengikut setia Butik Bahari Asyek Shah Alam telah sedia maklum yang fabrik di sini adalah dicari, dipilih dan diimport sendiri secara terus dari luar negara tanpa melalui orang tengah. Justeru, semua jenis, warna, corak, sulaman fabrik disini lebih dekat dihati dan diterima ramai oleh kaum melayu, sesuai dan bertepatan dengan konsep busana yang bercirikan tradisional melayu. Seiring dan selangkah dengan jenama butik Bahari Asyek itu sendiri yang membawa maksud 'Jatuh Cinta Kepada  Warisan Tradisi Bangsa.

Rekaan dan potongan busana Butik Bahari Asyek Shah Alam ini ada kelainan dan imejnya sendiri meskipun ada yang mengatakan baju baju bahari Asyek ini sama saja dengan yang banyak berada dipasaran. "Saya berikan sedikit olahan dan penambah baikan bagi keselesaan pada pemakai seterusnya untuk tampak berketerampilan. Siapa kata wanita melayu yang berbusana tradisional tampak kolot dan tidak berketerampilan?", soal Pn Zahalina lagi. Sentuhan dengan Olahan dan penambah baikan yang diberikan kepada busana BA ini menampilkan pemakai tampak anggun dan menawan. Busana tradisional BA bukan saja untuk keraian syawal, ianya juga sesuai dikenakan untuk sebarang acara keraian, kenduri kendara malah sesuai untuk ke pejabat.


'Syawal showcase BA' yang bertemakan MANISNYA SYAWAL 2021 ini, menampilkan 15 rekaan baru selain dari rekaan yang telah sedia ada di butik.

 

Berikut adalah butiran koleksi busana MANISNYA SYAWAL 2021 - BAHARI ASYEK.

 

1 - Kurung Moden Melati

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Kurung moden dgn sentuhan “puff” di pangkal lengan, mengingatkan kembali fesyen era 80an ini yang mana menjadi trend kembali manakala di hujung lengan ada zip untuk menyenangkan pemakai menyinsing lengan untuk berwuduk . Menggunakan fabrik swiss printed cotton yang mana sangat selesa dipakai untuk semua aktiviti harian dan perayaan.

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

2 – Kurung Kedah Manis

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Kurung Kedah yg diolah untuk menberi kelainan dgn bahan printed cotton design yang unik. Ia juga ada kelainan dengan tampalan fabrik atasan & bawahan.

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM


3 - Kurung Kedah Manja

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Kurung Kedah yang diolah untuk menberi kelainan dengan bahan printed cotton dengan kombinasi bungaan dan jalur. Ia juga ada kelainan dengan tampalan fabrik atasan & bawahan.

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM



4 - Kurung Kedah Molek


MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Kurung Kedah yang diolah untuk memberi kelainan dgn bahan printed cotton dengan corak flora yang sangat molek dipakai bagi semua peringkat umur serta sesuai dipakai ke pelbagai acara dan keraian.

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM


5 - Kurung Kuno Kapas

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Kurung Kuno kali ini menampilkan kelainan dengan menggunakan fabrik kapas dengan teknik “hand block” dengan warna pastel, semestinya manis menawan kepada yang memakainya. Menepati tema kami kali ini “Manisnya Syawal”

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM


6 – Kebaya Empat Dara

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Untuk kelainan fabrik Egyption cotton, polos dengan batik Bali

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM



7– Kurung Kuno Perada

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Kurung Kuno dengan fabrik kapas dan motif yg unik serta dgn sentuhan perada (gold dust) yang mana tampak tesendiri dan eksklusif, lain dari yang ada.


8 - Kurung Riau

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Menampilkan fabrik cotton silk dengan motif bunga tanjung & melur, kali ini untuk Kurung Riau, fabrik ini diperkenalkan dengan rekaan sulaman khas yakni; inspirasi dari bungaan tempatan iaitu melur dan tanjung. Kombinasi cutting dan fabrik maka lahir lah busana tradisi yang nampak klasik dan sangat molek bila dipakai di hari raya nanti.

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM



9 – Kurung Sultana 1

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Kurung polos “cutting oversize” ini dibuat dari fabrik cotton silk, sememangnya sangat versatil dan menjadi pujaan ramai sementelah, ia sangat sesuai dipakai dengan cuaca Malaysia.


10 – Kurung Achipalago

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Uniknya kurung ini adalah dari rekaan pesak yang mempunyai 6 pesak kiri dan kanan yang mewakili gugusan kepulauan melayu Nusantara. Menggunakan fabrik linen dengan pelbagai warna , membuatkan ia tampak “flamboyant”.


11- Kurung Kelasi

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Ilham untuk kurung kelasi adalah tatkala melihat baju kelasi kapal, yang mana mempunyai kolar yang terlindung dari panas matahari. Masih mengekalkan bahan linen untuk kurung ini dengan ada penambahan labuh baju.

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

12– Kurung Rupawan

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Kurung klasik ini mengimbau kembali zaman persekolahan dahulu, yang mana suka sangat melipat tangan baju kurung, BA hadirkan dengan bahan fabrik semi thai silk untuk tampak mewah dan klasik.


14 – Kurung Dandea

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Kurung inspirasi dari baju lelaki Gujerat yang diolah dengan pendekatan kurung melayu. Mengunakan fabrik semi thai silk, kurung ini nampak elegan dan mewah.


15 – Kebaya Cik Siti Wan Kembang

MANISNYA SYAWAL 2021 KOLEKSI RAYA BUTIK BAHARI ASYEK SHAH ALAM

Kebaya CSWK yang sangat sinonim dgn BA ini, menggunakan bahan fabrik voile dengan warna2 pastel. Potongannya pula longgar dan lebih praktikal untuk dipakai kemana saja. Kombinasi ini membuatkan CSWK kami kali ini lebih santai dan selesa.

 

Semua koleksi yang diketengahkan pada sessi peragaan 'MANISNYA SYAWAL 2021' ini, akan mula dibuka untuk jualan selepas selesai acara yang kami jalankan secara tertutup ini. Peminat dan pengikut yang mengikuti siaran 'LIVE' kami di IG dan FB yang tidak berpeluang berkunjung ke premis butik Bahari Asyek, boleh saja 'screenshot' baju baju yang dipaparkan seterusnya whatsapp di talian 016- 4819831 untuk pertanyaan dan pembelian.

Para peminat dan penggemar yang berhajat KE Butik Bahari Asyek namun terkesan dek pandemik Covid 19 ini dengan S.O.P dan kekangan PKP, PKPB, PKPP yang bersilih ganti, tidak perlu risau. Bahari Asyek sedia melayani pembelian / pertanyaan untuk busana dan fabrik kami di aplikasi dalam talian (On Line) akaun Instagram: bahariasyek.co

"Burung merpati kepak bersilang

 Turun ke bendang memakan padi

 Simpan di peti takutkan hilang

 Baik disimpan didalam hati.."

 

"Simpan dipeti takutkan hilang

 Baik disimpan didalam hati

 Simpan dihati perlakuan terbilang

 baik peragakan barang sekali. 


Untuk sebarang urusan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi : bahariasyek@yahoo.com



OPEN HOUSE RAYA 2019 TABIKA KEMAS ANAK

OPEN HOUSE RAYA 2019 TABIKA KEMAS ANAK - Sebut pasal raya, sana sini OPEN HOUSE. Tak kiralah OPEN HOUSE raya di rumah sanak saudara, sahabat handai, syarikat mahupun sekolah. Tak ketinggalan, sekolah anak kami TABIKA KEMAS juga. Sempat kami hadirkan diri. Sekolah anak kami bukan sahaja meraikan OPEN HOUSE RAYA 2019 tetapi ada birthday celebrations juga di TABIKA KEMAS ANAK

OPEN HOUSE RAYA 2019 TABIKA KEMAS ANAK



Berbaju raya lah kami


Dzal turut berbaju melayu. Tanpa songkok dan samping. 


Birthday boy for June! 


Kenang-kenangan

Anak-anak yang bersekolah sama

Bff forever 

Dengan cikgu-cikgu 

Semua yang sambut birthday dalam masa 3 bulan ni

Makannnnn.. 

Anak-anak gembira dan sudah faham erti Aidifitri. Sememangnya, hari yang depa nanti-nantikan.

Paling seronok tentulah dapat beraya bersama kawan-kawan di sekolah. 

Mummy, simpankan kenangan anak-anak di sini juga. Moga kelak, dapat korang baca dan lihat aktiviti korang sendiri. 

Baca juga :




5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG

5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG - Lagi beberapa minggu je nak raya ! Anak-anak kami dah tak sabar tu nak beraya, seronok depa bila raya. Samalah dengan mummy masa waktu kecil dulu, seronok bila nak raya. Yelah kan, semuanya serba baru ! Lepas tu tak sabar nak balik kampung jumpa saudara mara. Cerita bab raya dan balik kampung ni kan. Korang dah siap buat persiapan raya ke? Jom tengok apakah 5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG kami :-

5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG 



5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG


KUMPULKAN PAKAIAN BARU DALAM LUGGAGE SELEPAS BELI - PERSIAPAN WAJIB RAYA KAMI

Mummy sejenis, kalau dah siap beli je barangan raya macam baju, kasut, seluar dan apa sahaja barangan raya untuk di bawa balik ke kampung. Mummy akan simpan dalam luggage terus.


5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG

5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG

Senang nanti nak kira barang apa dah ada, dan barang apa yang tak ada lagi.

KEMAS RUMAH DAN MENCUCI - PERSIAPAN WAJIB RAYA KAMI

Sebelum balik ke kampung biasanya, mummy akan pastikan rumah dah bersih ketika di tinggalkan. Seawal 2 minggu sebelum raya, memang mummy akan pastikan cadar, toto, selimut, langsir semua sudah di cuci. Walau tak tukar yang baru pun , mesti cuci terlebih dahulu.

Habuk, sawang semua akan di bersihkan awal-awal lagi.


5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG

Manakala, pakaian baru raya untuk di bawa balik ke kampung juga mummy akan cuci terlebih dahulu. Untuk elakkan perkara yang tak di ingini berlaku.

Apa? Korang ada yang belum beli baju raya lagi? Jangan risau, sekarang ini online je pun boleh. 






Kalau bab shopping online mummy sukakan Zalora. Kerana di sana bukan setakat baju raya je kita boleh cari, gelang raya, rantai raya, subang raya, kasut raya dan segala apa sahaja bab raya dari atas kepala hingga ka kaki pun ada.

Nak lagi jimat, gunkanlah Zalora Promo Code paling berbaloi kalau korang guna. Ada diskaun tambahan! Eh..eh ...kang ada juga ni kang yang check out Zalora ni kan. Tangan dah terasa gatal macam nak shopping lagi je, ni hehe.


KEMAS BARANGAN UNTUK DI BAWA BALIK KE KAMPUNG

Dah siap semua pakaian di cuci dan di keringkan, mummy akan lipat mana yang boleh di lipat. Manakala selebihnya, mummy akan gosok dan gantungkan sesiap. Ini memudahkan bila kami berada di kampung. Tak perlu nak menggosok baju banyak-banyak.

Lagi pun, bila dah berada di kampung kita mak-mak ni akan jadi super busy. Nak masak, nak kemas, nak uruskan anak, nak membawang (eh hahaha).


Kesemua pakaian dan barangan raya mummy akan masukkan dalam hard case luggage. Kami memang suka bawa hard case luggage sebab tahan lasak, senang nak sumbat dan barangan dalam hard case luggage tu tak mudah rosak (jika ada letak kotak dalam hard case luggage).



Kalau korang nak beli hard case luggage, mummy sarankan korang ke Lazada. Banyak pilihan dan harga hard case luggage di Lazada ni murah je.

Nak lagi DISKAUN?? Nah ! Gunakan Lazada Voucher , korang boleh jimat berganda !


BAJET UNTUK KOS BALIK KE KAMPUNG

5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG

Oh ya, persiapan raya untuk ke kampung untuk bajet kos tol dan minyak jangan ambil endah tak endah juga ! Kang ada yang terus berkampung kat kampung kang hehehe.

Macam kami ini, KL- Taiping tu mungkin dalam beberapa ratus je. Tapi, tu bajet balik ke kampung sahaja. 

Nak kena kira juga minyak tol untuk berjalan ke sana sini selama berhari raya di Taiping tu. Bukan hari-hari bertapa dalam rumah je !


SEDIAKAN MAKANAN RINGAN DAN MINUMAN 

Sepanjang perjalanan raya kami setiap tahun, highway tak pernah tak jem. Pernah sekali tu hampir 8 jam untuk balik ke Taiping. Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) pula, jangan cakap lah.

Memang tak boleh berhenti ! Sampai ke jalan raya orang parking kereta.

Oleh kerana kami ada anak-anak kecil yang agak ramai. Kami wajib sediakan makanan dan minuman untuk mereka nikmati ketika perjalanan pulang ke kampung.

Perut anak-anak kena jaga, bab ni penting ! Spoil mood depa, dengan mood semua orang jadi spoil sekali !


SIAP JAHIT KAIN LACE BELI DARI BANDUNG INDONESIA

SIAP JAHIT KAIN LACE BELI DARI BANDUNG INDONESIA - Assalamualaikum, selamat tengah ariii semua ! Selamat Hari Isnin, Isnin ni biasalahkan mood Monday Blues di mana-mana. Macam mana nak elakkan blues? Macam mummy, senang aje ! Kita buat benda-benda yang boleh happy kan diri sendiri. Ameklah beberapa minit untuk happy kan diri sendiri. Macam mummy, sewaktu drive kereta (jalan jammed). Mummy edit gambar-gambar. Masukkan gambar dalam blog dan taip sedikit demi sedikit. So,adalah benda nak update dalam entri blog pagi ni. Mummy jenis taip sket-sket. Satu perenggan, satu perenggan kalau busy. Dalam toilet memerut pun sempat taip 1 perenggan tau !

So, lain orang..lain dia punya cara untuk happy kan diri sendiri kan? 

SIAP JAHIT KAIN LACE BELI DARI BANDUNG INDONESIA



Korang ada baca entri blog mummy shopping kain ela dan kain lace di Bandung Indonesia tak? Tadaa..Ni lah hasilnya...siap dah sepasang kain lace berwarna biru. Untuk raya kedua atau ketiga lah kot. 1st raya tu warna sedondon kami.. Warna lain hehe. Siap dah tempah masa kat Bandung Indonesia. Senang, malas nak pikir banyak.

Masa di Bandung Indonesia tu, kami dapat lace murah. So akibatnyaaaaaaa.. Memborong tak sudahlah hahaha. Mummy beli warna biru, kuning dan oren.

Nak sedondon dengan anak pempuan sorang ni. Sok2 pi kenduri ke apa...boleh matching matchinggggg .


Suka si Dhia baju dia siap dah, nak baju ala-ala dress aje. Nak jadi princes katanya. Atas tu kosong sket, maybe nanti mumy beli beads ke macam mana nanti untuk bangi nampak bling..bling

Lace Dhia dan lining biru tu, memang semua beli kat Bandung, lembut dan tak gatal. Alhamdulillah..Dhia suka..Dhia ni cerewet sket.

Baju ni tempah dengan tailor satu apartment kami je. Upah RM50. Okaylah kann




Baju mummy pulak baju kurung moden, kain lace beli kat Bandung, Indonesia. Beli 2 meter je untuk lace atas. Lining tak beli, memang ada dalam lemari. Just mixed je lah ! Save kat situ.

Tahun ni, trend lace dan batik, tapi mummy malas nak berbatik. Sian Dhia tu ha..kang tak sedondon pulak, kan . Lagipun, kain ela biru dari Jakel mummy memang dah ada lama. Tak payah membazir sangat. Kang Marie Kondo jadiknya hihi

Upah baju kurung moden mummy tailor yang sama dengan Dhia. Upahnya RM100 burppppp boleh beli baju siap gamaknya huuhuuuu. 



Tapi, baju siap ni tak dapatlah nak ngam dengan badan ni haa.

SHOPPING BAJU MURAH SALES DI SHAH ALAM MALL

SHOPPING BAJU MURAH SALES DI SHAH ALAM MALL - Shopping ni satu terapi diri mummy, lelagi kalau tengah stress tu kan. Memang main beli je lah ! Asal,kan murah ! Hehe MURAH tu perlu lah. JIMAT katanya ! Murah ke baju kat AEON Shah Alam, ada sales ke kat AEON Shah Alam? Ha..inilahantara DM yang mummy dapat masa mummy update gegambar ini kat IG STORIES mummy beberapa hari lepas. Memang meroyan sesangat kat IG STORIES ! Meroyan benda baik, aci je kan !

SHOPPING BAJU MURAH SALES DI SHAH ALAM MALL


Memula tu, macam biasa lah sampai AEON Shah Alam je..mesti nak masuk ke PADINI. Saka apa ntah PADINI tu bagi pada mummy haha. Masuk shopping padini tu, kekononnya nak beli baju sendiri. Rewards diri sendiri dengan duit NAFKAH yang laki mummy bagi.  Tapi, at the end pi beli baju tshirt satu keluarga terus hahaha. Dalam pada mencari baju, mummy terjumpa tshirt berkolar lelaki warna peach pink ala-ala pink belacan. Terus mix and match dengan baju mummy. Dan..tup..tup jumpa baju Dhia. Baju Dzal dan Daim je tak jumpa pink belacan. 

Apa lagi, settle shopping PADINI. Terus ke AEON Shah Alam dalam tu. 

DRESS MURAH DI AEON SHAH ALAM 




As usual lah, pi shopping mall ini mummy suka nau pi bahagian clearance ! Tup..tup dress Dhia ni. Dhia lama dah requests, nak dres macam ni kembang-kembang ala-ala princess. 




Selalu tenangkan Dhia dan suruh bersabar. Minta Dhia doakan mummy daddy murah rezeki. Ada rezeki lebih. InsyaAllah mummy daddy boleh tunaikan permintaan Dhia ni. Almost 1 year jugaklah Dhia minta nak dress macam ni.




Dress macam ni, memang tak boleh la nak dapat murah. Range harga Memang RM60  - RM200. Sayang je duit nak beli memahal, sebab depa ni cepat membesar. Pakai tak boleh lama.

Alhamdulillah Dhia, rezeki Dhia kali ini...langkah kanan mummy ke AEON Shah Alam.




Baju ini, mummy daat pada harga RM20 je, mungkin nak habiskan stok. Masa mummy pergi ada 3 baju design ni je yang tinggal. Saiz pun tak banyak ada. So, mummy grab je lah saiz 7-8 tahun.


SHOPPING BAJU MURAH SALES DI SHAH ALAM MALL

Baju kurung pun ada clearance juga. Mungkin sebab bulan puasa semakin hampir, baju design baru nak keluar dah tak lama lagi.

SHOPPING BAJU MURAH SALES DI SHAH ALAM MALL

SHOPPING BAJU MURAH SALES DI SHAH ALAM MALL

Mummy dah check tak ada cacat cela pun, tak ada terkoyak ke apa. So, beli jugaklah untuk Dhia untuk pi kelas mengaji.

Harga asal baju ni RM46++, lepas diskaun (clearance) jatuh RM13++.

Rezeki Dhia lah ni, berkat kesabaran yang tinggi dan selalu kena jaga adik-adik. Rewards kepada Dhia jugaklah !

SHOPPING BAJU MURAH SALES DI SHAH ALAM MALL


SHOPPING BAJU MURAH SALES DI SHAH ALAM MALL

Nampak pulak baju kurung purple ni ada saiz Dhia kat AEON Shah Alam. Apa lagi, beli lagi lerrr hahaha.

RM13++ je kot. Beli kain campur upah pun dah beratus kan !

BAju pi mengaji biarlah lelawa sket, baru naik semangat nak g mengaji !

SHOPPING BAJU MURAH SALES DI SHAH ALAM MALL


SHOPPING BAJU MURAH SALES DI SHAH ALAM MALL

Ni pulak, baju tidur untuk hari raya...hahaha baju raya tidur pun ada ye ! Memang kitorang tiap kali raya, baju tidur mesti belikan hat baru untuk anak-anak. Bukannya selalu beli baju tidur...jadi hari raya tu biarlah semua baru. Barulah RAYAAAA hihihi

Harga sales baju ni RM10 je. Tapi tinggal 1 je lah.

Untuk Dzal dan Daim macam biasalah non hadoooo. Tunggu mummy rajin tawaf mall lagi ye. Kot-kot boleh jumpa hat murrr murr lagi untuk anak bujangs mummy tu ha

SHOPPING DI PADINI SHAH ALAM MALL


SHOPPING BAJU MURAH SALES DI SHAH ALAM MALL

Nilah hasil PADINI, tapi baju Dzal dan Daim beli kat AEON sebab tak jumpa warna yang lebih kurang. Okay settle dah 1 set baju basahan di hari raya. Boleh siap cuci dah hehehe bulan May kita hantar dobi untuk gosok pulak !

Oh ya..PADINI ada sales ke idak, mummy rasa macam biasa je lah range harga dia..tak dapat lah nak 70% kot kat butik PADINI.

PADINI Shah Alam Mall ni, banyak koleksi casual. PADINI lain macam kat Sunway, Paradign tu banyak baju kerja. Susah nak mix and match dengan kids. Tak banyak pilihannya !

SHOPPING BAJU MURAH SALES DI SHAH ALAM MALL

Ni pun hasil tangkapan PADINI juga, 2 set dah ada untuk baju basahan Hari Raya. hehehe..apesal ntah mummy amek putih lagi..banyak betul koleksi putih kitorang !

Tak pe lah kan, putih ni macam-macam boleh jadi ada banyak set pun tak pe.

As usual, mummy memang jenis sedondon je warna sekeluarga, sebab tu..kalau shopping pening sekejap. Dan, dari nk pi beli baju sendiri tu...terus pi beli baju satu family. Senang mix and match.

Ginilah seorang perempuan, kan....laki bagi nafkah ...abes dia belanjakan untuk satu family hehehehe.