Showing posts with label belvita. Show all posts
Showing posts with label belvita. Show all posts

BELVITA PISANG DAN OAT PERISA BARU YANG SEDAP !

Biskut belVita Breakfast Menawarkan Perisa Baharu Pisang & Oat . Antara kegemaran Dhia dan Dzal makanan kudap-kudap waktu pagi ialah Biskut belVita Breakfast . Kadang-kadang mummy pun tak faham...adakala, setiap masa gak dorang minta. Suka sangat aih dorang ni dengan Biskut belVita Breakfast.

Kini...Biskut belVita Breakfast Menawarkan Perisa Baharu Pisang & Oat . Seronoklah kalau bebudak ni tahu. Sebab dorang ni peminat pisang gak ! Hantu makan..semuanya suka hehe

Biskut belVita Breakfast Menawarkan Perisa Baharu Pisang & Oat 


Biskut belVita Breakfast Menawarkan Perisa Baharu Pisang & Oat Variasi baru untuk menyokong amalan gaya  hidup sihat di kalangan penduduk bandar

Mondelēz Malaysia (Mondelēz), iaitu sebahagian daripada syarikat pengeluar snek terbesar di dunia Mondelēz International, hari ini memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang&Oat (belVita Banana & Oats). Pelancaran produk ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat. 



Ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan, Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks, Mondelēz International berkata, “Rata-rata rakyat Malaysia menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa. Oleh sebab itu, kami telah menghasilkan produk ini yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia. 

Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang. Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.” 

Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan pandangan beliau mengenai kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi. 

“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.” 

Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon mengulas, “Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral sertazat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekali gus  . Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun,pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang di perolehi.” 

Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zaT besi dan zink yang seimbang. 


Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan yang memberangsangkan dikalangan pengguna. Perisa ketiga belVita ini diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat. 

Tambah Sharon, “Selaku pemimpin kategori biskut, kami sentiasa memberikan tumpuan terhadap aspek inovasi dan kepelbagaian portfolio produk bagi memenuhi permintaan serta harapan pengguna yang serba berubah. Dengan ini, kami mampu memperluas impak dalam pasaran secara berterusan, di samping menzahirkan komitmen kami bagi mencipta detik-detik keriangan dan memperkasa pengguna untuk membuat pilihan yang jelas berhubung kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.” 

Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran berkata, “Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan harian paling penting bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVitaBreakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada  pagi yang palingsibuk.” 

Harga belVita Pisang& Oat boleh di dapati dalam dua (2) pilihan pek: 

o 80g (RM2.90) 

o 160g (RM5.20) 


Perisa baharu ini akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017. 

Semua biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi. 

Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan,berserta lapan jenis vitamin dan mineral. Apabila diambil sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.

BELVITA BREAKFAST SARAPAN PAGI YANG LENGKAP , MUDAH DAN CEPAT

BELVITA BREAKFAST SARAPAN PAGI YANG LENGKAP BERKHASIAT, MUDAH DAN CEPAT - Assalamualaikum dan selamat pagi. Dah breakfast ke semua? Korang breakfast apa tuuu ? Mummy breakfast dengan set belVita Breakfast je hari ini. Sedap, kenyang dan berkhasiat.


BELVITA BREAKFAST SARAPAN PAGI YANG LENGKAP BERKHASIAT, MUDAH DAN CEPAT



BELVITA BREAKFAST SARAPAN PAGI YANG LENGKAP BERKHASIAT, MUDAH DAN CEPAT


Biskut belVita ini, sebenarnya kegemaran anak-anak juga. Memang mummy pun selalu belikan untuk anak-anak.

MENU BELVITA BREAKFAST - BELVITA, YOGURT, EPAL, DAN KOPI


BELVITA BREAKFAST SARAPAN PAGI YANG LENGKAP BERKHASIAT, MUDAH DAN CEPAT

Cumanya, hari ini mummy bukan sahaja breakfast dengan biskut belVita sahaja. Mummy ada set belVita Breakfast, di mana dalam kotak ini ada biskut belVita, yogurt, air kopi dan 1 biji buah epal.

Set belVita Breakfast ini memang dah cukup sempurna untuk hidangan breakfast yang berkhasiat. Malah, nak menyediakan breakfast sebegini tak susah dan juga tak memakan masa yang lama.

Sesuai untuk mummy yang setiap pagi rushing ke tempat kerja.


BELVITA BREAKFAST SARAPAN PAGI YANG LENGKAP BERKHASIAT, MUDAH DAN CEPAT

Yogurt masam manis ini antara kegemaran mummy. Makan masa sejuk perghhhhhh sekelip mata je habis !

BELVITA BREAKFAST SARAPAN PAGI YANG LENGKAP BERKHASIAT, MUDAH DAN CEPAT

Kopi ini pula untuk memberi kesegaran di pagi hari. Kopi yang kurang manis tapi sedap. Ready to drink dalam masa 24 jam. Homemade kan. 

Okey, bagi yang kadang-kadang blur nak breakfast apa setiap pagi tu. Korang boleh try menu breakfast yang mudah ini. Biskut belVita, sebiji Epal, Yogurt dan minuman kopi (minuman lain pun boleh juga).

Selamat bekerja dan selamat menunaikan tanggungjawab !