Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts

B'HIDAN TRUBELLAI SET BERSALIN PILIHAN SEMASA BERPANTANG

B'HIDAN TRUBELLAI SET BERSALIN PILIHAN SEMASA BERPANTANG | Alhamdulillah, selesai berpantang dan diam tak diam dah masuk kerja dah pun ! Berpantang kali ni, agak special. Dah nombor 3, 3x czer. Mummy nak berpantang ala moden ala tradisional. Dan, nak  rasa betul-betul pantang. Setiap kali nak berpantang...memang mummy akan survey set bersalin. Set bersalin ni, bagi mummy agak penting. Korang pulak rasa penting, tak?


B'HIDAN TRUBELLAI SET BERSALIN PILIHAN SEMASA BERPANTANG


Anak pertama dulu, mummy beli set bersalin jenis jamu. Bila dah czer, susu pun macam lain macam. Terus Mummy mencari set bersalin jenama lain yang fokus pada breastfeeding. Almaklumlahkan...anak 1st. Susu badan macam problem. Memang rasa macam cukup...tapi, sebenarnya anak macam tak kenyang. Kejap-kejap merengek. 

Tapi set bersalin (zaman Dhia) breastfeeding friendly ni..tak ada param dan pilis. Param pilis kene beli asing. Order dengan makcik kat kampung. Dari tak sampai RM100 Set bersalin untuk pantang tu. Dah jadi beratus ratus. Hrmmm..

Anak no. 2 pulak jaundice..herba dan jamu tak leh makan pulak. 

Jadi, bila mengandung anak nombor 3 ni. Mummy dah boleh tahu pengalaman dedulu. 

Oleh kerana anak nombor 3 ni czer, dan kemungkinan jaundice akan ada. Sebab history abangnya. (Tekaan mummy benar belaka !)


Jadi, kali ini...mummy dari awal dah pilih siap-siap set bersalin untuk pantang dari brand Trubellai B'hiddan.

Set bersalin Trubellai B'hiddan ni yang czer pun boleh guna.

Yang bersalin normal pun boleh guna juga !


KENAPA PILIH SET TRUBELLAI B'HIDDAN UNTUK SET BERSALIN KETIKA DALAM PANTANG?

MummyLinda sukakan Set Bersalin Trubellai B'hiddan sebab ianya selamat untuk mummyLinda yang bersalin secara operate. Set ni, bagi mummy sangat lengkap gabungan cara traditional dan moden.

Nak tahu macamana mummyLinda berpantang dengan Set Bersalin Trubellai B'hiddan ?

Jom baca seterusnya kisah mummy berpantang.


CARA BERPANTANG DENGAN SET BERSALIN TRUBELLAI B'HIDDAN



Dengan 7 produk dalam satu beg peti yang elegant. 3 produk dalaman, 4 produk luaran dapat melengkapi keperluan masa berpantang mummy. Ianya sangatlah sesuai untuk kes mummy yang bersalin secara pembedahan atau czer. Orang yang bersalin normal juga sesuai. Kiranya, tak kira bersalin cara apa pun. Set Bersalin Trubellai B'hiddan sangat sesuai

Set Dalaman Set Bersalin Trubellai B'hiddan mengandungi:
1) Kacip Fatimah ( strawberry flavor)
2) Gamat Jelly (Orange flavour)
3) Herbal Drink (7 jenis akar kayu)

Set Luaran  pula Set Bersalin Trubellai B'hiddan mengandungi :
1) Body Peeling Scrub merangkap param
2) Tangas and femine wash (sachet)
3) Contouring Lotion (pemanas badan)
4) Pilis (tak perlu bancuh)

Set Bersalin Trubellai B'hiddan Herbal Soothing Lotion 



Cara mummy berpantang dengan  Set Bersalin Trubellai B'hiddan sangat mudah !

Seawal pagi, mummy akan mandi dengan air rebusan herba (tok mak bebudak ni buat kan).

Selesai mandi, mummyLinda terus pakai Herbal Soothing Lotion yang merangkap pilis dari Set Bersalin Trubellai B'hiddan

Pilis ni best, tak perlu bancuh dah. Jadi, masa mummy untuk bersiap selepas mandi tu tak la lama sangat. 



Tetau je lah, baby dalam pantang. Kejap-kejap nak susu. Kejap-kejap berak. MummyLinda memamg dok kejar masa je time berpantang.

Cara guna pilis Set Bersalin Trubellai B'hiddan. Hanya goncang dan sapu terus di dahi.

Set Bersalin Trubellai B'hiddan Body Contour Lotions




Selesai berpilis. Mummy berparam moden. Iaitu ala berparam dengan panaskan badan dari Set Bersalin Trubellai B'hiddan Body Contour Lotions


Sehari 2kali mummy gunakannya. Sedap ! Badan rasa panas.


Set Bersalin Trubellai B'hiddan Gamat Jelly dengan Ekstrak Kurma



Set Bersalin Trubellai B'hiddan Gamat Jelly dengan Ekstrak Kurma untuk penyembuhan luka dalaman czer, berikan tenaga dan lancarkan pengeluaran susu.


Really recommended tau. Sebab mummy fully breastfeed Baby Daim Naufal. Dalam masa yang sama sehari boleh pam lebih 8 oz susu badan juga dapat masa beberpa hari bersalin baby Daim Naufal.

Gamat Jelly degan Ekstrak Kurma dari Set Bersalin Trubellai B'hiddan mummy makan dari hari pertama.

Set Bersalin Trubellai B'hiddan Kacip Fatimah Emulsion
.


Selepas hari ke -20 mummy pekena Set Bersalin Trubellai B'hiddan Kacip Fatimah Emulsion. Untuk mengetatkan otot dalaman mummy, memberi tenaga dan memperbanyakkan susu badan 

Rasa kacip fatimah ni sedap, rasa strawberry. Tak pahit sangat !

Set Bersalin Trubellai B'hiddan Body Peeling Scrub





Mandi ketika dalam pantang pula, mummy skrubkan badan dengan Set Bersalin Trubellai B'hiddan Body Peeling Scrub ala-ala paramkan badan juga sambil buang sel kulit mati.


Sedap bau badan, wangi sangat dan kulit badan pun terasa halus mulus bila pakai Set Bersalin Trubellai B'hiddan Body Peeling Scrub


Set Bersalin Trubellai B'hiddan Herbal Drink





Set bersalin Trubellai Herbal Drink ini mummy minum selepas 30 hari berpantang. Pertama kali, mummy amalkan minuman akar kayu berherba. Anak pertama dan kedua, serius! mummy tak minum air akar kayu.

Tapi, bila anak nombor tiga ni. Mummy dah ada kesedaran tentang khasiat air akar kayu semasa tempoh berpantang 



Set bersalin Trubellai Herbal Drink digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan, menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan, membersihkan darah nifas dan juga mengawal bau badan. 



Cara Set bersalin Trubellai Herbal Drink senang je. Rebuskan 1 paket Set bersalin Trubellai Herbal Drink 4 cawan air dan jadikan sehingga 1 cawan

Simpan dalam termos dan bancuh bebila mummy nak minum dengan air panas. Adakala, mummy tambahkan madu juga.

Serius badan segar, darah nifas lancar keluar sehingga kering.

Bab nifas ni, sangat bahaya kalau tak keluar habis dari dalam badan. Jika darah nifas tidak habis keluar darah ini akan tersangkut dalam rahim dan mengakibatkan perut ibu membuncit, muka sembab (macam bengkak air atau macam org bangun tidur) spt masih hamil, mudah terkena keputihan, lelehan faraj , ketumbuhan rahim, hakisan mulut rahim, mata akan jadi kabur, asyik pening , rambut gugur, alahan dan lain-lain

Seriau gak lah mummy rasa...Baiklah mummy mencegah sebelum terlambat ! 

Set Bersalin Trubellai Tangas dan Feminine Wash




Habis 44 hari berpantang, mummy buat tangas sendiri juga. Walaupun kak bidan mummy dah buatkan 1 kali tangas. 

Tangas sendiri ni mudah je nak buatkannya. Mummy. Pendek kata set Trubellai ni memang mudah gunalah ! Tangas dari Trubellai ini, ada 20 sachets. Boleh pakai 2-3 kali 1 sachets. Auwww....jimat banyak iolssss :)

Macamana nak bertangas? Okay..Buat tangas senang je. Rendamkan 1 sachet bersama air panas. Dan wapkan bahagian intim selama 10 minit. 

Selesai tangas, air rendaman tadi mummy buat sebagai feminine wash.


Okay..yang ni wajib habaq ni. Set Trubellai ada FTEE GIFT tau !

Breast pad ni PERCUMA, bila beli set ekslusif Set Bersalin Trubellai B'hiddan. Untungkan? 

Penting oi breastpad untuk breasfeed mummy. Kang.. tak pakai, tetiba tengok baju tang dada basah je.

Hahaha..

Mummy ni memang jenis banyak susu. Breast pad ni antara yang wajib ada !

Kalau ada yang tercari-cari set bwrsalin dan berpantang . Mummy sangat recommended set Trubellai ini.

Sebab JIMAT duit, setnya pula lengkap untuk yang bersalin normal dan czer



Ha...bukan mummy je berpantang dengan set Trubellai. Artis Yatt Hamzah dan Diana Amir pun berpantang dengan set Trubellai !



Ada juga di sertakan panduan ibu berpantang dan panduan memakai Set Bersalin Trubellai B'hiddan . Senang ! boleh ikut je panduan dalam ni untuk cara pakai, cara makan dan jadual semasa berpantang. 

Menu  berpantang pun ada di lampirkan sekali. Mudahnya berpantang dengan Trubellai ada guide dari A - Z 

Untuk selanjutnya tentang produk ni atau nak beli. Terjah je :



SEDAPNYA..DAPAT MANDI HERBA SELEPAS BERSALIN

SEDAPNYA..DAPAT MANDI HERBA SELEPAS BERSALIN. Salam Jumaat semua...hujan arini. Sejuk ! Mandi lambat sket. Orang pantang tak leh sejuk sangat. Takut bentan atau urat kembang orang tua kata. Mandi pun tak leh kerap. Naya kalau urat kembang. Bila cerita  tentang mandi herba selepepas bersalin. Ni, part paling best bila berpantang dan lepas bersalin. Mandi mandian herba ! Mandian herba selepas bersalin ni. Buat sendiri je. Ada bahan yang beli juga, ada yang amek kat laman rumah mak je. Hehehe. 

Wangi je badan.. kalau mandi mandian herba selepas bersalin ni. Awal-awal pantang,  mummy tak pakai sabun untuk badan. Hanya mandian herba semata-mata. Sebab kulit wanita lepas bersalin ni. Agak sensitif, lembut dan warna kulit pun lain macam je. Garu sedikit je pun, boleh melecet.

SEDAPNYA..DAPAT MANDI HERBA SELEPAS BERSALIN

SEDAPNYA..DAPAT MANDI HERBA SELEPAS BERSALIN


Mandian herba ni, tok mak bebudak ni tolong buat. Setiap pagi, tok mak panaskan dan siapkan untuk mummy. Tok mak memang memahami mummy bersalin czer. Tak boleh angkat berat-berat lagi. Jadi, tok mak uruskan mummy. Kalau daddy cuti, daddy uruskan mummy dan anak-anak.

BAHAN MANDIAN HERBA LEPAS BERSALIN.


Tok mak campurkan serai, halia, jemuju, halba, daun pandan, daun mengkudu, daun jambu batu, limau nipis dan lain-lain

Jerangkan atas dapur bahan tadi.

Campurkan sedikit air paip dan terus buat mandi.

Segar ya amat, dapat mandi mandian herba.

Lepas siap mandi herba ni..mummy terus berpilis dan ala-ala berparam. Param losyen panas je kali ni. Tak pakai param biasa. Sebab tak nak habuk param lepas kering terkena tempat czer.

Mummy ni bukan boleh sebarangan..kulit sensitip sket hehehe. Sebenarnya, kulit dah tua..kolagen berkurangan dah hehehe

NYARIS NAK MASUK WAD BILA CZER KENA INFECTION !

NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION ! - Beberapa hari ni ..memang lain macam luka czer mummy yang merengat tu. Mungkin ada 1 hari tu, mummy sibuk tengok tv. Berjam-jam lama tangok drama dalam keadaan duduk. Pedih nyut nyut tempat czer yang sebelah kanan tu. Teringat juga pesanan doktor. "Czer kali ni, lambat sembuh ye. Sebab dah 3x czer. Tambahan pula ada buat BTL". Mummy akui dan setuju. Dengan umur 35 tahun, boleh consider sebagai seorang yang berumur juga. Antara salah satu faktor luka czer lambat sembuh juga.

NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION !


Mummy masih berpantang makan dan minum. Walaupun musim raya-raya ni. Insyaallah tak tergoda lagi hehe. Teringat czer yang pedih ngilu. Memang insaf sekejap :)

Hari ke 7 czer...tempat potong tu ada keluar sedikit air. Sama seperti kes anak nombor 2 mummy - Dzal Aidi Fiqry. Cuak,ke? Tak sangat sebab dulu pn tak de pa pe. Doktor just suruh datang klinik 3x untuk dressing cuci luka.

Kali ni..asben pn macam buat relax buat cool. 

Hari ke 8 czer..tempat czer dah mula keluarkan nanah. Perut dah jadi pedih pedih gatal. Tempat czer sebelah kanan tu dah mula panas.

Badan mummy pun dah seram sejuk macam nak demam. Huhu.

Lunch hour, daddy bawa mummy ke Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.

Doktor dan nurse check luka mummy. Mereka menggelarkannya "breakdown" dan terus refer ke Hospital yang bersebelahan. Hospital Shah Alam. 

Walaupun bersebelahan...tapi mummy wajib naik ambulans !

Mula pening kepala!!
Macamana dengan baby? 
Nasib baik doktor benarkan mummy bawa baby ke dalam ambulans bersama mummy. Manakala daddy follow dengan kereta.


NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION !

Mummy di pasangkan line untuk memudahkan kerja-kerja lain.

Nasib baik..1x cucuk terus dapat urat yang betul

NAIK AMBULANS KE HOSPITAL SHAH ALAM !


NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION !

Dalam ambulans..hehehe. memang kelakar..hospital tak jauh mana. Tapi, kena naik ambulans.

Mummy di tempatkan di Bahagian kemasukan wad ibu bersalin hospital Shah Alam.

Doktor datang terus..untuk cek tempat czer. Buangkan nanah tanpa ubat bius 

Sakit? Yup ! Sangat...tapi, lepas semua nanah di buang. 

Luka di cuci. Alhamdulillah. Tak ada dah pedih-pedih gatal lagi.

Doktor kata..infection luar sahaja. Tak bahaya. Nanah tu sebab proses baik pulih sahaja. 

Doktor nasihatkan mummy cuci tempat luka macam biasa, keringkan dan banyakkan berjalan juga. 

Alhamdulillah..lega dengar dan paling best. Tak perlu admitted !

Ada juga yang kata..mummy ni jenis kulit sensitif. Sebab 2x kena macam ni. Anak nombor 2 dan 3

Sebelum meninggalkan Hospital Shah Alam. Mummy di berikan 10 hari ubat antibiotik. Harap-harap...luka czer tu pulih spt sedia kala




Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga

Dalam pada umat Islam nak sambut ketibaan Syawal. Mummy sibuk juga dengan persiapan Syawal dan sambut orang baru. Alhamdulillah syukur, mummy Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga.

Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga


Kalau ada yang terbaca entri mummy sebelum ini. Tentang kenapa czer dan mummy dah dapat tarikh czer di SINI . Mungkin ada yang tahu. Bahawa hari ini, adalah tarikh untuk mummy check in di wad bersalin. Persiapan awal juga mummy dah siap-siapkan. Boleh baca di SINIAdmitted Hospital Serdang Untuk Ceaserean Yang Ketiga ni mudah bagi mummy sebab semua anak-anak bersalin di sini dan juga di bedah czer di sini. 

Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga.


Hospital Serdang ni tak pernah tak ramai orang. Tapi, ramai yang mengatakan nak bersalin pun tengok rezeki masing-masing. 

Masa untuk menunggu katil untuk bersalin  di Hospital Serdang adalah di antara 12 jam hingga 48jam. Memang lama nak tunggu katil.

Cuma pagi tadi, masa mummy daftar di Level 2 Wad Bersalin. Mummy beritahu mummy nak kelas kedua. Terus dia kata ada kosong 1 katil.

"Mohon bayar RM400 deposit, jika tidak kita akan berikan pada yang paling awal bayar " kata pendaftar.

Husband terus buat pembayaran dan mummy telah confirm untuk katil tersebut.

Allahuakbar..mudah dapat katil kali ini. 

Selesai pendaftaran, seperti biasa mummy check CTG, ujian air kencing, ambil darah, sign borang untuk ceasarean, buat itu dan buat ini. 

Dari jam 8 pagi hingga lebih kurang jam 11 lebih pagi. Barulah mummy dapat renggangkan badan atas katil.

Nurse datang cek BP, heartbeat baby...tak lama pada tu sampai makan tengah hari. Ops..maaf kita tak puasa.


Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga

Menu tengah hari di Hospital Serdang - Day 1

Tak lama tu..mummy pun tertido. Hehehe Sedar-sedar pakar bius datang untuk check dan explain tentang ceasarean esok.

Muka mamai menjawab soalan-soalan. Biasalah kan prosedur. Memang kena bercerita dari awal dengan doktor yang berlainan.

Mungkin mereka nak match dengan rekod yang kita dah ada. Samada kita pesakit yang genuine atau bukan.

Selesai masa bersama pakar bius..mummy terlelap kembali. Hahaha. Entah nape letih sangat hari ini.

Sempat juga lah Whatsapp voice dengan Dhia. Pandai dah jaga diri. Tak nangis macam masa mummy bersalinkan Dzal Aidi.

Sibuk nak tolong tok Mak buat kuih raya katanya hehehe

Admitted Hospital Serdang Untuk Ceasarean Yang Ketiga

Ni pula minum petang mummy di Hospital Serdang. Susu dan bubur pulut hitam.

Okay..mummy nak berehat dan menanti encik asben sayang datang. Hehe nak minta ampun dan maaf. Lupa kita nak mohon maaf awal-awal.

Memang tunggu last minit baru minta maaf hehe.

Korang doakan mummy dan baby selamat menjalani pembedahan esok, ye !



NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?

NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL? | Anak dah nak masuk tiga pun, harus ada checklists untuk barang ibu dan anak apa yang perlu di bawa ke hospital. Urat banyak putus, cepat lupa..maka sebab tu lah mummy kena ada checklists gak ! Hehehe.


NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?


Jenuh juga lah buat checklists. Sebab checklists raya lagi nak buat, checklists itu, checklistds ni. Eh..eh..eh banyak pulak checklists ye. Kena fokus checklists barangan mak dan baby ke hospital dulu !



NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?


CHECKLISTS BARANGAN MAK KE HOSPITAL

Sebelum ke hospital perkara yang paling paling WAJIB kena pastikan ada ialah bawa kad pengenalan dan buku merah. Takada dua benda ni, kena patah balik ambil,lah jawabnya !



NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?


Antara barangan lain wajib yang mummy harus bawa ke hospital untuk melahirkan anak pula ialah :-
  • 2 helai kain batik
  • 2 helai t-shirt
  • 4 set pakaian dalaman (czer biasanya 4 hari kena tahan wad)
  • 4 pasang stokin
  • Maternity pad - yang ni mummy suka yang tali puye sebab awal2 czer tu kan nak kena free kasi angin masuk.
  • Tuala
  • Set Nipple Cream - tentunya Avent pilihan di hati
  • Minyak angin - tentunya Yu Yee Cap limau !
  • Toiletteries
  • Sikat
  • Getah Rambut
  • 2 helai Tudung 
  • Selipar
  • Suplemen
  • Bekas air
  • Susu Anmum
  • sedikit biskut
Bengkung dan set bersalin simpan kat rumah dulu hehehe


NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?

CHECKLISTS BARANGAN BABY KE HOSPITAL


  • 3 helai baju baby
  • 4 set sarung tangan dan kaki baby
  • 4 set kain bedung dan barut baby
  • 1 selimut
  • 1 topi baby
  • standby manual breast pump
  • Toilettries set
  • Minyak Angin share dengan mummy Minyak Yu Yee Cap Limau !
  • 1 beg Pempes
  • Wet tisu
  • Tuala
  • Sapu Tangan

NAK BERSALIN? NAK BAWA BARANGAN APA UNTUK MAK DAN BABY KE HOSPITAL?


Mana barangan keciL tu, mummy masukkan dalam bekas plastik zip lock. Beli kat bahagian jual plastik sandwich. Senang nanti, tak  de lah meraba-raba cari dalam beg nanti hehehe.

Ini antara barangan penting untuk bawa ke hospital. Banyak juga kan? Berkampung lebih kurang 4 hari mummy di wad bersalin.

Paling cepat keluar lepas bersalin czer ni selalunya 3 hari..sejarah Dhia dan Dzal pula bersalin czer kena tahan lebih 4 hari. 

Dhia masuk NICU..manakala masa lahirkan Dzal pula kuning tinggi pula !

Harap-harap kali ni, semuanya di permudahkan !

Doakan yang baik-baik untuk mummy dan baby tau. 

Jumpa lagi di next entri ;)

Pa pe nanti kita reroger dan story mory lagi dalam blog :) :)


Dah Dapat Tarikh Beranak !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam 21 Ramadan juga buat semua umat Islam. 8 hari lagi nak raya,kan. Kali ini, mummy ada 2 debaran. Debaran nak beranak dan debaran nak raya. Hehehe. Okay. Sebenarnya, lama draft ni duduk dalam blog. Berkira-kira jugalah nak buat entri cenggini. Tapi, tulis jugaklah akhirnya. Alhamdulillah, syukur sebenarnya... mummy dah dapat tarikh untuk beranak ! Ramai dok tanya due beranak. Tak de due due dah.  hahaha. Dapat tarikh beranak terus doktor bagi. Tu, pun kena juga tengok kondisi kesihatan cane lah, kan.

Tarikh Beranak Dzal Aidi Fiqry


Teringat kisah Dzal Aidi Fiqry pada tahun 2014. Tarikh beranak untuk Caesarean section, C-section atau di panggil caesarean delivery yang doktor berikan adalah pada 21.6.2014 (Jumaat). Di Hospital Serdang ni, memang bersalin secara operate (elektif) pada setiap Rabu dan Jumaat je. Memang best la dapat Hari Jumaat. Dhia pun beranak hari Jumaat juga.

Tapi, pada tarikh 21.6.2014 tu mummy batuk teruk, czer mummy di batalkan oleh pakar bius ! Postpone kepada tarikh Rabu 25.6.2014. Akhirnya, Dzal Aidi bersalin pada tarikh tersebut.

Dah Dapat Tarikh Beranak !

Dah Dapat Tarikh Beranak Anak Nombor 3 !


Yang baby dalam perut ni pun, dapat tarikh yang sama macam Dzal Aidi Fiqry. InsyaAllah, kalau tak ada aral doktor bagi tarikh 21.6.2017. Perasan tak, tarikh elective Caesarean tu sama 21 Jun ! Jika tiada demam, batuk, selesema. 

20 Jun ni dah masuk wad untuk masuk tiub kencing, puasa dan lain-lain. 

Sekejap je masa berlalu. Lagi beberapa hari je, mummy nak masuk wad bersalin dan juga masuk bilik bedah.

Dah Dapat Tarikh Beranak !

Huhuhu..tetiba serammmms je rasanya nak kena bedah !

Doakan perjalanan elective Caesarean mummy berjalan dengan lancar, ye !

KENAPA KENA ELECTIVE Caesarean?


Okay, dedulu masa beranak Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry banyak benda yang mummy tak suka nak share dalam blog. Udahnya...mummy pening nak jawab sekarang hehehe.

Oleh kerana sekarang ramai yang tanya, dan ada yang nak tahu pengalaman mummy. 

Kali ini, mummy kongsikan juga kenapa dan sebab apa mummy czer untuk semua anak. Dan macamana mummy boleh tahu kena czer.

Asal-asalnya, Dhia Batrisya (tahun 2013) doktor cuba untuk mummy bersalin secara normal. Walaupun mereka tahu heartbeat baby tak konsisten pada masa tu. 

Baru mummy realize, patutlah bukaan 2cm mummy dah kena tahan wad. Orang lain bukaan 2 cm semua kena halau balik. 

2 hari bukaan gitu-gitu je. Sampai lah 22.3.13 bukaan 6cm pada waktu pagi.

Sampai labour room bukaan dah ke 9 cm. Try push beberapa kali, tapi baby statik tak push bersama-sama.

Doktor pakar datang, dia kata baby dah nak lemas. Kena operate itu jam gak. Call bilik bedah..mummy di tranfer dari satu katil ke katil yang berlainan. 

Masa ni jangan cakap contractionnya, memang separuh nyawa rasanya. Redha je apa yang dorang nak buat. Dah tak kisah sakit ke apa. Sebab sakit nak beranak tu sangat sakit. 

Bila doktor, masukkan ubat bius belakang badan. Fuh ! Lega..hilang sakit contraction tadi. 

Makanya, mummy menjalani emergency Caesarean untuk melahirkan Dhia Batrisya.

Selesai semuanya, 
Sebelum discharge dari wad (bersalinkan Dhia). Mummy di berikan satu surat yang mengatakan mummy boleh beranak secara Caesarean section, C-section atau di panggil caesarean delivery untuk anak-anak seterusnya. 

Dan, mummy juga di benarkan beranak seramai 3 orang anak sahaja. Atas sebab dalaman. Biasalah kan, emergency czer ni banyak faktor-faktor yang boleh terjadi. Demi selamatkan anak dalam perut.

Doktor terpaksa koyak lebih bahagian dalam. Bila banyak koyak, akan banyak parut. Maka di sebabkan itu, mummy kenalah czer untuk anak nombor 2 dan nombor 3.

Mummy redha dalam hal ini. Takdir dariNYA. Mummy terima dengan hati yang terbuka dan tenang.

Bila orang dok nasihat mummy
"cuba lah beranak normal juga"
"Doktor cakap je gitu, saya ni ha. 5 anak. Lima-lima operate sihat je pun"

Erm..lain orang..lain pendapatlah kan. 

Bagi mummy, mummy senang je.
Mummy hormati orang lain punya pendirian. 

Pendirian mummy pula, mummy akan ikut kata pakar.



Dah Dapat Tarikh Beranak !

Ta daaaa... Siap kemas beg dah !
Beg-beg...ni baru separuh siap. 
Eh..bukan beg untuk beranak tau.

Beg baju raya anak dan suami, beg mummy untuk pi Hospital, beg baby untuk pi hospital, beg barangan baby untuk di bawa ke rumah Tok Mak.

Belum masuk bakul botol susu, EBM, Pam susu, katil baby.
Fuh ! banyak nau barang.

Malam ni, nak cuci baju raya anak-anak. Esok nak menggosok pula. Walaupun mummy dalam mood nak beranak. 

Mood raya anak-anak, mummy tak mahu kasik spoil. Dah la Dhia excited nak beraya tu... dok dengar lagu raya setiap masa. 

Okay lah sahabat semua. Doakan yang baik-baik untuk mummy ye.
Di kesempatan yang ada ini, mummy mohon ampun dan maaf jika ada terkasar dalm penulisan, halalkan makan dan minum..dan maaf zahir batin. Kosong-kosong, ye !