Showing posts with label book. Show all posts
Showing posts with label book. Show all posts

BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 2

Dah terbit pun buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 2. Alhamdulillah, rezeki mummy kali ini. Dapat buku dari penulisnya sendiri Ustaz Fathuri. Tapi, bukan mummy dapat buku ni depan-depan. Buku ni bos mummy terima masa berjumpa dengan Ustaz Fathuri sendiri. 

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 2.


Dan kemudiannya..bos mummy berikan pada mummy buku ini MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 2. Tak kisah lah kan dari sapa pun. Mummy bersyukur dapat membaca versi terbaru MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 2.

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 2.

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI versi pertama. Mummy dah baca. Dan juga Mini MMR..Memang best sangat perkongsian dari Ustaz Fathuri

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 2.

Buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 2 berikan motivasi yang tinggi pada mummy. Supaya mummy tak lupa siapa yang berkuasa dalam dunia ini. Ianya juga dapat menginsafi diri kita supaya kita lebih dekat padanya.

Pekerjaan, gaji, upah, job sana sini, duit dari sana ini semuanya ASBAB REZEKI. Tapi....yang memberi rezeki hanya ALLAH S.W.T.

Buku ni, mengingatkan mummy supaya mummy tak mendabik dada atas apa sahaja rezeki yang masuk.

Alhamdulillah..syukur padamu ya Allah atas rezeki yang engkau berikan padaku dan juga ahli keluarga ku.....