3 JENIS FERRERO KEGEMARAN, FERRERO ROCHER, FERRERO RONDNOIR, FERRERO RAFFAELLO - Korang suka makan Ferrero Rocher tak? Mummy memang peminat Ferrero Rocher. Sampaikan anak-anak pun terjebak sama. Kalau pi Langkawi sedap memborong Ferrero Rocher, murah yakmat, kan? Tapi, bulan Disember aritu..bulan nak raya Krismas. Sempatlah rembat ketiga-tiga Ferrero, FERRERO ROCHER, FERRERO RONDNOIR dan FERRERO RAFFAELLO
3 JENIS FERRERO KEGEMARAN, FERRERO ROCHER, FERRERO RONDNOIR, FERRERO RAFFAELLO
Jangan tak tahu Ferrero ni ada 3 beradik tau hehe. 3 JENIS FERRERO ni kegemaran mummy iaitu FERRERO ROCHER, FERRERO RONDNOIR, FERRERO RAFFAELLO tiga-tiga tu mummy suka ! Masing-masing mempunyai kesedapan tersendiri.
FERRERO RONDNOIR
Ferrero Rondnoir ini seakan-akan range dark chocolate. Rasanya, agak kurang manis dan terasa pure coklatnya. Sedikit pahit (of course ah kan sebab tak manis) tapi sedap. Dalam tu pulak di penuhi dengan coklat. Sedap !
Bungkusan Ferrero Rondnoir kemas dan stylish. Sama seperti Ferrero yang lain !
FERRERO RAFFAELLO
Ferrero Raffaello ni antara paling best, dalamnya ada white chocolate. Luarnya pulak, macam rasa kelapa pun ada juga. Manis tapi tak manis banyak sangat. Sedap di makan manisnya tu hehe.
Nak dapatkan versi putih ni, memang tak selalu boleh jumpa di semua pasaraya. Tapi, kalau Krismas....TESCO pun ada ! Ni mummy beli kat TESCO lah ni hehe.
FERRERO ROCHER
Ferrero Rocher ni, sapa tak kenal? Mummy yakin..semua kenal dengan Ferrero Rocher, kan? Gold lambang mewah. Memang mewah pun Ferrero Rocher ni !
Mewah dalamnya dengan kekacang yang sedap di saluti dengan chocolate yang sangat creamy. Perghhh...sekotak pun boleh layan sorang,kan?
Harga masa Krismas aritu RM29.90 sekotak 4 segi besar tu ! Lepas Krismas naik ke RM43++