Showing posts with label cook. Show all posts
Showing posts with label cook. Show all posts

Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar

Air Fryer’s Menu Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar - Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar. Lama tak tepek menu masak-masak 

Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar


Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar

video boleh tengok di SINI



Nah…
Resipi terpaling senang, terpaling mudah ni berebut semua makan …3 kg sekali hadap 


Bahan-bahan Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar


Bahan-bahan Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar:
Udang (belah bahagian belakang)
Sedikit bawang putih cincang
Sedikit butter
Mozarella Cheese
Daun Kari
Sedikit Garam

Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar

Cara Masak Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar


Cara Masak Baked Garlic Butter Cheese Prawn a.k.a baby Lobster Air Tawar:
1. Cairkan butter dalam kuali. Sambil udang di kukuskan sekejap.
2. Lettakkan bawang putih cincang bersama daun kari dan sedikit garam (udang lobster air tawar, agak tawar sket)
3. Udang di belah 2. Letakkan sos garlic butter atas isi udang
4. Taburkan mozzarella cheese
5. Bakar dalam Air Fryer suhu 180°C selama 7 minit. jangan lama. Nanti overcooked. Tak shedapp 

Siap !

Gerenti tak cukup 

RESEPI MASAK BROWN SAUCE UNTUK STEAK PALING SENANG DAN GERENTI JADI

Resepi Masak Brown Sauce Untuk Steak Paling Senang dan Gerenti Jadi ! - Hai Assalamualaikum semua. Menu hari Sabtu kami baru ini . Daddy teringin nak makan steak, minta mummy masak steak hehe. Mummy dha expert dah bab buat sos steak. Cakap je nak sos apa? Brown sauce, black pepper sauce? Mummy suka homemade black pepper sauce, tapi kalau kat kedai mummy suka pilih brown sauce. Daddy pula, as usual suka brown sauce je. Oleh kerana malas nak renyah, semua makan steak menggunakan brown sauce aje lah ! 

Resepi Masak Brown Sauce Untuk Steak Paling Senang dan Gerenti Jadi ! 


Recipe for Cooking the Most Happy Steak Brown Sauce and So Gerenti!

Resepi Masak Steak Brown Sauce Paling Senang dan Gerenti Jadi ni mummy masak rib eye steak, sirloin steak dan juga lamb chop. Eh, kenapa ada nama chop? Chops ni sebab mummy panggang atas dapur, macam goreng tu.. 

Steak tu, sebab mummy grill dalam oven hehehe.





Kebetulan daddy ada appointment check up hospitalnya. Balik dari check up, daddy bawa lah daging-daging dari House Of Meat Saujana Impian. Situ memang tempat jual pelbagai jenis daging. Nak cari daging untuk buat steak ke chop ke semua ada. Nak beli daging tempatan pun ada di sana. Harga macam mana? Harganya tak adalah murah sangat dan tak lah mahal sangat.

CARA MASAK RIB EYE, SIRLOIN, LAMB Steak Brown Sauce 


Okay bagi yang first time masak steak takut tak jadi, korang boleh follow cara mummy ini tau, insyaallah gerenti jadi steak dan brown sauce untuk steak tu ha.

CARA BUAT BROWN SAUCE 

Cara buat brown sauce ni senang je, bahan dan cara seperti berikut :-


1 labu bawang besar, sederhana besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 sudu sos tiram
4 sudu sos masakan
4 sudu sos tomato
4 sudu kicap
4 sudu chicken stock (botol kaca)
**boleh pakai kiub ayam / ikan bilis juga..sedap !
*tak pakai garam sebab sos tiram dah masin*


2 biji kentang di rebus.

Cara masak
1. Rebuskan kentang dan sediakan bahan di atas.
2. Blender semua bahan di atas dengan sedikit air
3. Panaskan kuali
4. Masukkan bahan blend di atas dan campurkan 1 cawan air.
5. Tunggu mendidih , siap !


6. Nak tabur cendawan pun boleh juga !

Sayur pula hanya rebus sekejap untuk brokoli, carrot dan kobis bunga.

Seterusnya, macam mana nak masak steak?

CARA MASAK STEAK 

Cara masak steak pula senang aaje, marinate kan sekejap daging dengan brown sauce yang siap masak tadi.

Lepas 30 minit, masukkan daging ke dalam oven


Mummy pilih mod oven (grill chicken 800g) , suhu 170, untuk oven mummy Rinnai Convection



Boleh juga pakai mod convection atau grill juga.

Rib eye steak dan sirloin steak

Siap, sebaenrnya untuk rib eye ini elok masak cara medium well manakala sirloin stek ni sesuai juga untuk masakan cara well done

Recipe for Cooking the Most Happy Steak Brown Sauce and So Gerenti!
Lamb chop, grill atas pan non stick Tefal je, senang control dan juicy !

Recipe for Cooking the Most Happy Steak Brown Sauce and So Gerenti!

Tak sah, makan western tanpa mushroom soup. Ginilah kami, sekeluarga sukakan mushroom soup . 

Siap dah semua, amacam, senang,kan masak steak ni !

RESIPI MUDAH MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA !

RESIPI MUDAH MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA ! - Musim PKPB  dan Work From Home (WFH) ini, memang kerja mummy masak, masak, masak, aje lah ! Penat, terkejar masa ..tapi, masak pun satu terapi bagi mummy. Lelagi, bila dapat masak menu yang simple, berkhasiat, sedap dan anak-anak suka. Penting sangat part ni, tau ! Ramai rakyat Malaysia suka lepak mamak, makan dekat kedai makan mamak. Samalah dengan keluarga kami ! Order apa di kedai makan mamak? ? Mee Goreng Mamak, Maggi goreng....

Oleh kerana kami sekeluarga tak nak terdedah sangat di luar rumah kepada virus yang ada sekarang ni, mummy sedaya upaya masak PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA di rumah je. 

PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA !



Memula mummy risau jugaklah, takut tak menjadi PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA ! Serius tau, mummy tak pernah masak lagi PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ni. Ini merupakan kali pertama untuk mummy mencubanya. Serammmm hehehe


Alhamdulillah, dengan bahan-bahan utama dari Kimball ni, mummy berjaya memasak MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA ! 

Yes !! Menjadi MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! Tak perlu lepak kedai makan mamak lah lepas ni. Sebab anak-anak, anak buah semua approved ! Yeaayyyy !

So, korang yang tak pernah lagi masak MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! Meh sini, tiru resipi MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK mummy ni ha je...

RESIPI MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA !



Resipi MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA ! Ini sangatlah mudah dan senang tau ! Hanya perlukan bahan-bahan utama dari Kimball je.

Spagethi / Angel Hair Kimball - 1 pek 
Sos Pasta Kimball - 1 botol
*Sos Cili Kimball - 4 sudu makan
*Sos Tiram Kimball - 4 sudu makan
*Kicap manis / kicap pekat - 4 sudu makan 
*Cili boh buat sendiri (dah ada bawang merah, putih dan sedikit halia)
*2 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
Isi Ayam (ikut citarasa)
Fish balls (ikut selera)
Fish cakes (ikut selera)
1 biji telur
Sedikit sayur sawi
Cili potong (hiasan)
Telur dadar (hiasan)

CARA MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA !



Cara MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ini mudah aje. Memula sekali rebuskan Kimball Angel Hair. Mummy suka masak angel hair ni sebab dia halus sedikit dari spageti dan cepat masak .


Panaskan kuali dan panaskan minyak. 


Dah panas, kita masukkan bahan untuk menumis yang bertanda * di atas. 




Siap tumis , barulah mummy akan letak isi ayam, fish balls, fish cakes. Boleh je ikut suka nak letak apa. Mummy letakkan bahan-bahan yang anak-anak dan anak buah suka je ni.


Dan, step terakhir ni masukkan angel hair, telur gaul hingga sebati. Setelah sebati masukkan sayur sawi.

Sebagai hiasan mummy taburkan cili api (untuk mummy) dan telur goreng dadar di atas MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA !


Haaa...senang dan gerenti jadi ! MASAK PASTA GORENG KIMBALL ALA MEE GORENG MAMAK ! KOMPEN GAYA MALAYSIA !

Jom cuba, korang ! Kalau nak tengok atau nak cari idea resipi masak yang lain. Korang boleh ke website Kimball juga tau! www.kimball.com.my




MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG

MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG - Assalamualaikum semua, Salam Sejahtera ! Bila Work From Home (WFH) ada masa, mummy terlebih rajin juga. Walau WFH ni kita terkejar sana sini. Tapi, seronok juga masak pepagi buat breakfast. Boleh masak lunch lewat, kan? Waktu mummy nak buat entri ini, mummy dok teringat tentang ejaan yang betul untuk KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW. Apakah ejaan yang sebenar? Haaa..Untuk ejaan sebenar, mummy terus semak di Kamus Dewan Bahasa Pustaka Online. Dan ejaan sebenarnya ialah [kué.tiau] | کوءيتياو

Definisi : /kuétiau/ sj makanan berwarna putih yg lembut dan berkeping-keping (dibuat drpd tepung beras). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)[kué.tiau] | کوءيتياو

PENTING KE MENULIS DI BLOG EJAAN YANG BETUL UNTUK KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW


Bila kita buat entri blog ini, adakala di belenggu juga. Nak meNulis menggunakan ejaan yang betul atau pun ikut ejaan yang orang selalu Google. Semua ini, mempengaruhi enjin carian Google, keywords tak kena pun akan jadi amsalah juga, kan.. Hrm,,,

Okay lah, apa pun kita breakfast KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG ler dulu ye !

MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG




Tadaaaa, inilah MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG mummy. Mummy suka basah sedikit tekstur yang macam Char Kuey Teow. Dan ada campuran kerang, taugeh, daun kucai dan telur. 

Perghhhhh dia punya rasa memang sedap giler !

RESEPI MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG



RESEPI MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG ini paling mudah, paling cepat. Tapi kalau tak cukup bahannya, tak jadi jugakkan. Lelagi kuetiau tu, kalau dah beli kena terus masak, tak tahan lama kalau kita simpan buat stok. Dan, tak boleh buat stok lelama, macam mummy ni senang je, nak masak baru beli. 

So, kalau tak beli, tak jadilah breakfast ni hehehe.

Sama juga dengan sayur kucai dan taugeh. Nak masak barulah mummy beli. Sayang kalau beli awal-awal , lepas tu tak jadi masak. Cepat rosak nanti.

Mummy masak KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG ini gunakan resepi simple je !

Kuetiau
Cili boh siap blend bawang merah, bawang putih dan sedikit halia
Udang
Isi Kerang
Telur
Sayur Kucai
Sayur Taugeh
Garam
Kicap

Panaskan minyak, masukkan cili boh hingga naik minyak. Letakkan sedikit air asam jawa. Pecahkan telur , ratakan dengan sedikit garam dan tabur sayur-sayuran. Siap ! Nanti cantik nampak merah gelap, boleh juga tambahkan dengan sedikit kicap.

Kami makan dengan timun dan telur rebus je, senang !




KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG ini antara fav food suami kita (daddy). SO, dia requests nak bawa bekal. Hehe padahal sebelum keluar kerja dah makan breakfast sesama. Jadi kita bekalkan juga.

Jarangakn orang lelaki ni, nak bawa bekal. Alhamdulillah, penangan WFH dapat melayan selera laki kita Kalau tak WFH, memang tak done ler nak bekalkan semua mcm ni,

Tapi, laki kita pun , kalau tak kena selera. Tak ada dia nak request bekal pun. Bekal air panas, air masak je lah yang wajib kita bekalkan untuk laki kita setiap hari hehe

Amacam?? Macam isteri mithali, dak?? Hahaha..Dah !! Jangan muntah ijoooo ye !

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging a.k.a. Curry Puff - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Apa khabar? Sihat ke? Macam biasa, mummy nak sharekan resipi paling mudah buat karipap. Kalau korang Google, mesti ada banyak jenis resepi Karipap kan ! Cara mummy ni cara memang mudah dan juga cara orang dedulu buat karipap. Sedap pun sedap juga ! Ceh ! Puji diri sendiri. 

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging a.k.a. Curry Puff


Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging

Kalau korang nak tahu, mummy pertama kali buat karipap dari A- Z tau. Masa memula, minta daddy belikan tepung dan bahan untuk buat karipap. Daddy macam pelik juga. Siap tanya mummy berkali-kali. Are you sure nak buat karipap? Pandai ke buat karipap ? 

Aduh, boleh dia tanya macam tu? Haruslah boleh buat,kan ! Ini pun mummy buat sempena PKP 1, PKP paling ketat masa ini. Dan first time alaminya. Maka, sedikit bosan la, kan ! Kalau tak kerana PKP. Karipap beli ajelah 😁

Rumit buat karipap sebenarnya kan. Mummy punyalah confident bancuh 1 kg tepung ko. Hahaha, amek ! Banyak namatey karipap ku !

Memula, mummy ngat nk buat karipap pusing, adunan dah buat untuk karipap pusing. Tapi, anak2, kejap nangis nak tidur, kejap nak makan, kejap anak-anak nak mandi

So, satu kan ajelah semua hehe

CARA BUAT KARIPAP RESEPI PALING MUDAH !





Inti karipap, mummy buat menggunakan kari daging dan isi daging. Bahan-bahan untuk inti karipap adalah seperti berikut

5 biji ubi kentang potong kecil
Sedikit Daging potong kecil
3 ulas bawang merah kecil (blend atau tumbuk)
1 ulas bawang putih (blend atau tumbuk)
Sedikit halia (blend atau tumbuk)
3 cubit garam


1 paket tempah kari Daging adabi
Daun kari (jika ada)
Sedikit air.

Masak hingga kering dan ubi Kentang masak

Dah siap inti karipap, kini masanya untuk mummy buat kulit karipap pula. 



Kulit karipap mummy buatkan 2 bahagian, sebab nak buat kulit karipap pusing memang kena buat 2 jenis adunan.

Adunan 1

Tepung gandum 1/2 kg
3 gelas minyak masak

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging

Manakala adunan ke 2

Tepung gandum 1/2 kg
1 1/2 gelas air bersama 1 sudu garam

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging
bebola kan semua adunan


Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging
campurkan dan gelekkan semua



Tak jadi buat karipap pusing, buat biasa je, campurkan semua adunan

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging


Alhamdulillah siap, boleh la makan breakfast, tea time untuk 2-3 hari ni. Jimat masa untuk masak dan prepare 😅

RESEPI MUDAH MASAK DENGAN PREGO SOS PASTA MAKARONI & KEJU

RESEPI MUDAH MASAK DENGAN PREGO SOS PASTA MAKARONI & KEJU - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Fuh...mummy nak kena tarik nafas dendalam dulu hahaha. Penat hujung bulan tak sudah lagi ! Lega sebenarnya, bila dapat tahu semua client approved . Sebenarnya, bukan nak cerita bab kerja mummy. Tapi, dalam kesibukan dan berkejaran dengan masa. Mummy tetap akan memasak makanan kegemaran anak kami. Kalau korang memang follow rapat dengan cerita mummy. Pastinya korang tahu yang anak kami sangat suka sangat dengan pasta. Lelagi spaghetti ! Klau boleh, breakfast dan lunch pun nak pasta ! Huhu


RESEPI MUDAH MASAK DENGAN PREGO SOS PASTA MAKARONI & KEJU 


Korang rasa mummy ada masa untuk masak,ke ! Eh...eh..HARUSLAH ada weiii. Sebenarnya, rahsia mummy masak pasta ni sebab PREGO tau ! RESEPI MUDAH MASAK DENGAN PREGO SOS PASTA MAKARONI & KEJU ni memang akan jimatkan masa korang. Sangatlah mudah, semudah 1,2,3 je MASAK PASTA DENGAN PREGO SOS PASTA MAKARONI & KEJU 


Makaroni dan keju atau Mac n cheese, atau Maccheroni al formaggio! Walau apa jua nama panggilannya, kombinasi pasta, keju meleleh dan sos putih ini ternyata sukar mummy lupakan. Makaroni dan keju, hidangan mengenyangkan yang digemari bukan sahaja oleh keluarga kami, tapi mummy pasti korang juga sukakannya.

Sos ni sesuai masak dengan apa? Ha...Sos pasta ini, sesuai digabungkan dengan makaroni, pasta, spaghetti dan pelbagai jenis mee. Macam mummy, pastinya spaghetti sebab kesukaan anak kami !

 CARA MASAK RESEPI MUDAH MASAK DENGAN PREGO SOS PASTA MAKARONI & KEJU 



Memang mudah ke masak pasta dengan sos pasta dari PREGO ni? Okay memang mummy tak tipu ye ! Memang mudah sangat-sangat !. Jom kita tengok cara mummy masak RESEPI MUDAH MASAK DENGAN PREGO SOS PASTA MAKARONI & KEJU 


Bahan untuk masak RESEPI MUDAH MASAK DENGAN PREGO SOS PASTA MAKARONI & KEJU :

Spagethi dari Prego
Sos Prego Mac & Cheese
Seafood (mummy guna isi ketam dan isi lala)

4 bahan aje dah boleh siap pasta !

CARA MASAK SPAGHETTI PREGO SOS PASTA MAKARONI & KEJU 


Cara masak PREGO SOS PASTA MAKARONI & KEJU pun mudah je, 

1. Mummy akan rebus sesiap isi ketam (jangan lama sangat) dan isi lala.

2. Dalam masa yang sama, rebus juga spagetthi


3. Tuangkan sos pasta PREGO sehiingga masak (didih), tambahkan sedikit garam (jika suka)

4. Masukkan seafood tadi dan tutup api



Siap ! 




resepi lain, yang boleh di ikuti


diet? cek maklumat makanan di sini !


Memang mummy sangat setuju hari ini, sebanyak 53.5% kaum wanita dikenali sebagai sumber figura yang amat penting di dalam mengembangkan ekonomi dan menjadi teraju penting di dunia pekerjaan. Isteri atau kaum wanita ini, perlu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga

Wanita kini menjalani gaya hidup yang begitu sibuk, apatah lagi perlu menjadi ibu, kawan, anak perempuan, isteri, kakak atau adik dan pekerja pada masa yang sama. Jadi mereka tidak mempunyai masa dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang mudah, terutamanya apabila perlu menyediakan makanan buat keluarga tersayang. 

Prego, peneraju sos pasta di pasaran Malaysia, merupakan jenama dari Campbell Malaysia, syarikat mutinasional terkemuka yang menawarkan penyelesaian menerusi Prego Sos Pasta Makaroni & Keju yang pekat dan enak. 

Nak jimat masa untuk memasak, jom cuba resepi mudah dari Prego Sos Pasta Makaroni & Keju yang menawarkan cita rasa terbaharu untuk masakan sekeluarga di rumah. 

Prego Sos Pasta Makaroni & Keju baharu ini boleh didapati di pasar raya besar dan pasar raya seluruh negara pada harga berpatutan, iaitu RM6.49 setin.