Showing posts with label czer. Show all posts
Showing posts with label czer. Show all posts

Kena Inject Sendiri Ubat Cair Darah Selepas Bersalin Czer Operation

Kena Inject Sendiri Ubat Cair Darah Selepas Bersalin Czer Operation - Alhamdulillah dan berpantang lebih kurang 25 hari ini. Badan semakin pulih dan semakin kuat sedikit. Syukur. 


Kena Inject Sendiri Ubat Cair Darah Selepas Bersalin Czer Operation


Trowback cerita beberapa minggu yang lalu. Mummy Kena Inject Sendiri Ubat Cair Darah Selepas Bersalin Czer Operation. Masa anak pertama dan kedua ( 3 dan 4 tahun yang lalu). Injection ubat cair darah ni, diberikan semasa dalam wad je. Tapi, anak nombor 3 ni...siap kena inject selepas keluar wad.

Kena Inject Sendiri Ubat Cair Darah Selepas Bersalin Czer Operation

Tak gerun? Ish..mestilah gerun ! Kena Inject Sendiri Ubat Cair Darah Selepas Bersalin Czer Operation. Doktor farmasi kata inject sendiri je di rumah. Sambil explain cara cucuk. Cucuk ubat cair darah memang tak sakit. Tapi, bila ubatnya dah masuk. Lenguh juga lah tangan !

Kena Inject Sendiri Ubat Cair Darah Selepas Bersalin Czer Operation

Mummy dapat bekalan untuk 10 hari. Inject setiap hari untuk 1 jarum. 

Siapa tolong inject? Dah tentulah suami sendiri. Nak pergi ke klinik berdekatan, macam tak larat tetiap hari nak pergi.

Lagi pun, doktor dah ajar cara cucuk. Dan macamana nak cucuk.

Jom kita tengok, kenapa kena suntik ubat cair darah dan atas faktor apa doktor berikan.

SEBAB-SEBAB DI BERIKAN SUNTIKAN CAIR DARAH 


Pembedahan meningkatkan risiko mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. 


FAKTOR DI BERIKAN SUNTIKAN CAIR DARAH 


1. Umur melebihi 35 tahun. 
2. Kelahiran anak ke 3 dan lebih. 
3. Berat badan berlebihan. BMI > 30.
4. Status semasa merokok. 
5. Pembedahan caesarean elektif
6. Pra-eklampsia (darah tinggi semasa hamil dan tanda² sawan). 
7. Kehamilan kembar. 
8. Kelahiran pramatang, kurang 37 minggu
9. Penggunaan alat bantu semasa kelahiran seperti forceps/vacumm. 
10. Perdarahan semasa bersalin yang banyak. Kehilangan lebih 1 liter atau berlaku transfusi darah. 
11. Jangkitan kuman sistemik (seluruh badan)

NYARIS NAK MASUK WAD BILA CZER KENA INFECTION !

NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION ! - Beberapa hari ni ..memang lain macam luka czer mummy yang merengat tu. Mungkin ada 1 hari tu, mummy sibuk tengok tv. Berjam-jam lama tangok drama dalam keadaan duduk. Pedih nyut nyut tempat czer yang sebelah kanan tu. Teringat juga pesanan doktor. "Czer kali ni, lambat sembuh ye. Sebab dah 3x czer. Tambahan pula ada buat BTL". Mummy akui dan setuju. Dengan umur 35 tahun, boleh consider sebagai seorang yang berumur juga. Antara salah satu faktor luka czer lambat sembuh juga.

NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION !


Mummy masih berpantang makan dan minum. Walaupun musim raya-raya ni. Insyaallah tak tergoda lagi hehe. Teringat czer yang pedih ngilu. Memang insaf sekejap :)

Hari ke 7 czer...tempat potong tu ada keluar sedikit air. Sama seperti kes anak nombor 2 mummy - Dzal Aidi Fiqry. Cuak,ke? Tak sangat sebab dulu pn tak de pa pe. Doktor just suruh datang klinik 3x untuk dressing cuci luka.

Kali ni..asben pn macam buat relax buat cool. 

Hari ke 8 czer..tempat czer dah mula keluarkan nanah. Perut dah jadi pedih pedih gatal. Tempat czer sebelah kanan tu dah mula panas.

Badan mummy pun dah seram sejuk macam nak demam. Huhu.

Lunch hour, daddy bawa mummy ke Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.

Doktor dan nurse check luka mummy. Mereka menggelarkannya "breakdown" dan terus refer ke Hospital yang bersebelahan. Hospital Shah Alam. 

Walaupun bersebelahan...tapi mummy wajib naik ambulans !

Mula pening kepala!!
Macamana dengan baby? 
Nasib baik doktor benarkan mummy bawa baby ke dalam ambulans bersama mummy. Manakala daddy follow dengan kereta.


NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION !

Mummy di pasangkan line untuk memudahkan kerja-kerja lain.

Nasib baik..1x cucuk terus dapat urat yang betul

NAIK AMBULANS KE HOSPITAL SHAH ALAM !


NYARIS NAK MASUK WAD, BILA CZER KENA INFECTION !

Dalam ambulans..hehehe. memang kelakar..hospital tak jauh mana. Tapi, kena naik ambulans.

Mummy di tempatkan di Bahagian kemasukan wad ibu bersalin hospital Shah Alam.

Doktor datang terus..untuk cek tempat czer. Buangkan nanah tanpa ubat bius 

Sakit? Yup ! Sangat...tapi, lepas semua nanah di buang. 

Luka di cuci. Alhamdulillah. Tak ada dah pedih-pedih gatal lagi.

Doktor kata..infection luar sahaja. Tak bahaya. Nanah tu sebab proses baik pulih sahaja. 

Doktor nasihatkan mummy cuci tempat luka macam biasa, keringkan dan banyakkan berjalan juga. 

Alhamdulillah..lega dengar dan paling best. Tak perlu admitted !

Ada juga yang kata..mummy ni jenis kulit sensitif. Sebab 2x kena macam ni. Anak nombor 2 dan 3

Sebelum meninggalkan Hospital Shah Alam. Mummy di berikan 10 hari ubat antibiotik. Harap-harap...luka czer tu pulih spt sedia kala




Selamat Melahirkan BabyD 21 Jun 2017 di Hospital Serdang Secara Czer

Selamat Melahirkan BabyD 21 Jun 2017 di Hospital Serdang Secara Czer - Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Mummy dah Selamat Melahirkan BabyD pada 21 Jun 2017 di Hospital Serdang Secara Czer / ceasearian / c-sec / C Section. Ha..penuh istilah mummy letak. Pendek kata beranak secara operate la ni. Kang mummy tak letak, ada yang tanya..beranak macamana tu? Hehehe. Ada 2 kaedah je normal atau operate. Czer ni operate la kiranya.

Sementara baby Qada' tidur ni. Mummy cepat-cepat buat entri ni. Kang lelama basi. Pastu nak story mory lain pulak dalam blog hehe.

Okay..berbalik pada kisah beranak yang ketiga.  Ada yang PM mummy, " sebelum masuk labour room nanti reroger lah ! Sebenarnya.. Kalau operate ni, tak de tunggu dalam labour room. Terus masuk bilik bedah je hehe. Tapai..tak sempat pn nk bagi tahu bedahnya bila. Selalu memang tergesa-gesa. Nurse ha nya bagi call asben saya waktu tu. Lepas tu, hp kena simoan dan cepat-cepat mummy kena tukar katil untuk ke operation theater.

Selamat Melahirkan BabyD 21 Jun 2017 di Hospital Serdang Secara Czer



Selamat Melahirkan BabyD 21 Jun 2017 di Hospital Serdang Secara Czer

Mummy memang kena buat elektif czer. Maknanya ialah czer atas tarikh yang telah di tetapkan. Kandungan 37 minggu ++ biasanya mummy dah kene masuk untuk czer.

Kenapa awal 37 minggu ++ ? Ni disebabkan kondisi dalaman mummy. Mummy kena Czer , sebelum mummy ada contraction. 

Nak tahu kenapa dan mengapa lagi? Boleh baca di entri mummy yang lepas-lepas di SINI DAN SINI

Kisah Bersalin Czer Day 1


Mummy check in / masuk ke wad pada 20 Jun 2017 untuk jalani proses sebelum beranak.

Mula-mula..doktor biasa akan buat saringan.

Setelah mendapat katil, doktor pakar bius datang berjumpa untuk interview. Interview pasal keadaan diri. Bukan pasal minta kerja tau ! Hehehe...mummy manalah layak jadi doktor..belajar pun takat Diploma je.

Pakar bius telah menetapkan waktu turn czer mummy pada jam 12 tengah hari. Mummy orang ketiga untuk elektif czer.

Maka...malamnya dah kena puasa.
Last boleh makan ialah pada jam 12 tengah malam dan minum terakhir pada jam 4 pagi !

Pagi-pagi jam 6 pagi mummy dah di kejutkan oleh nurse untuk mandi. Jam 7 pagi nak di pakaikan tiub kencing.

Mummy agak kurang selesa bila pakai tiub kencing. Mulalah..tak senang duduk. Nak terberak..nak terkencing..semua lah nak !

Pagi tu memang lapar gila ! Mungkin sebab kekerapan buang air besar sebanyak 4x. Huhu debo nak beranak ke apa pun tak tahu.

Tapi..memang rasa masuk bilik bedah tu..ingat nak mati je.

Serius ! Memang macam nak gi mati. Sebab bab-bab operate ni banyak risikonya. Tumpah darah, darah hilang banyak, dan macam-macam lagi.

Tak sempat jam 12 tengah hari. 
Nurse dah panggil untuk ke bilik bedah.
Katil untuk bawa mummy ke bilik bedah dah sampai pada jam 9 pagi.

Mak ko ! Awalnya..
Nurse kata, czer hari ni memang laju. Doktor bedah ni, memang laju dan cermat buat kerja.

Rezeki mummy dan anak-anak dapat pakar bedah super senior. Dr Asmahan !

Sampai dewan bedah yang sejuk ..mummy cuma berpakaian sahelai kain di badan.

Menggigil-gigil tak hengat ;)

Mummy di berikan ubat bius air dan epidural. 
Sebelum itu, diberi ubat gastrik, loya dan muntah.

History mummy beranak secara czer memang cepat pening, loya dan nak muntah.

Allergic betul dengan ubat bius tu



Keluarlah baby boy yang cute miut
Secara bedah dan juga forcep.

9minit pertama pembedahan...baby dah keluar. Memang laju doktor Asmahan ni bedah !

Setelah baby keluar..mummy kena bagi susu terus.

Baby sangat bijak...awal-awal lagi dah pandai menyusu badan. 

BALIK RUMAH DI HARI KEDUA SELEPAS BERSALIN


Syukur alhamdulillah..mummy masih bernyawa. Di berikan bernafas lagi di dunia ini.

Setelah baby sihat. Dah berak dan kencing. Mummy di benarkan bawa baby pulang.

Hari pertama dan kedua..baby dah berak hitam macam jelly. Bermakna baby sihat dan tak ada masalah lain


Hari keempat merangkap hari ketiga bersalin. Mummy dah di benarkan pulang.

Alhamdulillah. Doakan..Moga-moga mummy dah baby sihat selalu ye

Bersyukur dapat pulang ke rumah pada Ramadhan yang terakhir !

Mummy doakan rerakan yang sedang menanti hari tu.. di permudahkan urusan bersalin juga ! 

Ke OT Room bersalin secara c-sect


Alhamdulillah inilah hari yang di nanti-nantikan.

Seperti yg dah di jadualkan olehNYA.
Berbekalkan doa dan harapan. Moga ianya berjalan dengan lancar.

Ampuan dan Maaf di pinta kepada kalian semua. Doakan yg terbaik untuk saya & anak yg bakal di lahirkan,ye!





 Ya Allah permudahkanlah....

|Doa Nabi Yunus




Ya Allah...
Banyakkanlah susu badanku untuk membesarkan anak-anakku dengan susuku.

Permudahkanlah urusan hambamu ini..
Ameen